بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Niat asal ingin melepaskan sebu di hati. Sebu dan serba salah. Bila dalam satu hari kau perlu katakan TIDAK yang tak tegar kau katakan itu, untuk 5 kali, dan hanya Tuhan mengerti perasaan kau selepas itu. Tapi comel juga. Aku punya sebab untuk mengadu kepada DIA. Terima kasih buat kalian yang mendesak. :)
Bila mata menjenguk laman formspring, entah berapa banyak soalan dibiarkan begitu sahaja, terbit pula rasa bersalah. Bukan dari barat yang pasti. Terlalu banyak aku menabur janji, langsung diabaikan. Sibuk. Ah. Persetan. Maafkan aku teman.
Q1 :
kamu cemburu apabila?
one can do what i thought i couldn't do which finally turn to i think I CAN DO IT :)
Q2:
:) kak fairuz di sini..
and muna bukan di situ :) cute :P
Q3:
saya bangga dgn anda..
saya pula pelik dengan anda yang bangga dgn saya. saya hanya hamba Dia.
Q4 :
Salam. Sebelum tuh, nak tau dulu jawapan soalan nak baca kat mane?hehe. ikin.
haha. ok.first : wsalam. second : biasanya akan automically expose kat fb. third : oleh sbb kau bertanya. ok. aku expose semua answer kat blog. ok? :)
And the list goes on and on. Soalan daripada eryn langsung tidak boleh digunapakai untuk contoh soalan UPSR. :P
Maaf untuk soalan yang tidak terjawab. Jawapannya ada, cuma biar sahaja disimpan di mana-mana ruang yang masih ada.
Review mingguan :
Saya suka minggu ini. Perasaan itu. Rasa mahu belajar, menyalin nota, mengangkat tangan bila cikgu (baca:lecturer) bertanya soalan. Tahu tak? Hanya sekali saya rasa ini. Tingkatan 5. Tapi lepas chicken pox masa trial SPM, semuanya berakhir. SEMUA. Terima kasih Tuhan untuk chicken pox itu, kalau tak saya tak hilang minat belajar, kalau tak saya tak rasa sekolah itu lebih macam a dork place, kalau tak saya mesti tak dapat result teruk, kalau tak mesti saya tak masuk maktab ni. Lihat. Apa yang saya maksudkan bad things may lead to good things. Mungkin pada awalnya, bila sesuatu buruk berlaku, kita rasakan bahawa tiada apa yang lebih teruk daripada apa yang kita lalui waktu itu. Seakan Tuhan sengaja menduga, bermain rasa dengan hamba Nya. Andai hamba Nya itu tidak betah bersangka baik dengan DIA, hilang segala keyakinan yang dipaksikan kepada Nya, hilang segala tawakkal yang disandar. Syukur Allah sayang saya dengan beri ujian yang pelbagai. Tiada sebab lagi untuk saya berpaling meraih cinta selain dari DIA.
Sayangnya pengakhiran minggu ini kurang indah berbanding hari-hari sebelumnya. TIDAK. Saya paling tidak gemar untuk menyebut perkataan itu andai diminta secebis pertolongan. Sungguh. Itu kelemahan saya. Hanya sebut perkataan tolong, memadai. Namun, bukan kerana ego, bukan kerana malas, tiada cara lain, saya terpaksa menolak. Maaf, kata saya. Sekali mungkin sudah cukup menambah runsing di hati saya. Tapi 5 kali. Ulang suara. LIMA KALI. Andai boleh disukat kerunsingan saya (sehingga detik ini), himpun seberapa banyak tolok hujan sekalipun, tetap tidak mencukupi.
Maaf. Maaf. Maaf. Saya cuba untuk memahami kalian. Faham benar. Bukan kalian pinta semua ini. Terlalu banyak tekanan dari yang di atas. Ya. Cuma satu saya pinta. Fahami pula saya. Saya merayu. Hidup saya bukan semata-mata untuk buat kerja yang satu itu. Itu sahaja saya pinta. Biar saya demand untuk kali ini. Silakan untuk label saya apa-apa. Saya hanya mohon HAK saya. Dalam menjalankan tugas, tidak bermakna seseorang itu tiada hak langsung ke atas diri dia dan tugasnya. Saya sedang cuba menghayati erti hidup pada memberi. Bantu saya. Jangan rosakkannya.
Baru beberapa hari lepas, mak membawa perkhabaran gembira. Alhamdulillah. Ada yang sudi menyunting. Jangan salah sangka. Bukan menyunting yang itu, tetapi khabar dari mak, ada kenalan abah berminat untuk menerima karya-karya nukilan si hamba ini. Mungkin tidak sehebat penulis-penulis gah, tapi syukur Allah membuka peluang berharga ini. Sememangnya menjadi penulis itu satu daripada mid term saya yang disenaraikan dalam ESQ (baca:haram) lepas. Haram kata mereka. Halal pula untuk JOM HEBOH dan JUDI. Sebab tu saya bangga jadi rakyat Malaysia. Apa-apa pun, doakan saya!
p/s: andai kena dengan cara, tak mustahil masa saya akan menjadi lebih panjang. Semoga berjaya ketemu cara itu! :)
1 dah komen wuu~:
Roses are red
Violets are blue
Sun will always shining
And so are you.
The rose is red
The violet is blue
Mehnah is sweet
May Allah bless you.
Post a Comment