Friday, August 06, 2010

3 tak gentar ke Gaza


بسم الله الرحمن الرحيم



3 tak gentar ke Gaza
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil dan Shahrin Osman
bhnews@bharian.com.my
2010/08/06

  DARI kiri, Teo, Mohamad, Dr Najmi  dan  Mustapa Mansor  pada majlis mengucapkan selamat jalan untuk sukarelawan  ke Gaza, di   Bukit Mertajam, semalam.
DARI kiri, Teo, Mohamad, Dr Najmi dan Mustapa Mansor pada majlis mengucapkan selamat jalan untuk sukarelawan ke Gaza, di Bukit Mertajam, semalam.
Pensyarah sertai konvoi bantu mangsa rejim Israel 

BUKIT MERTAJAM: Tiga pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB), di sini yang menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza hari ini, sanggup berdepan risiko ketika berada di sana, demi memperjuangkan nasib rakyat Palestin.


Mohamad Othman, 54, dari Unit Kokurikulum dan Pendidikan Jasmani; Dr Najmi Desa, 39, dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral; serta Teo Lai Yong, 42, dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral, terpanggil untuk membantu walaupun risikonya amat tinggi.


Mereka adalah sebahagian daripada 43 sukarelawan mewakili 24 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara akan bertolak ke Gaza menerusi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka pulang 18 Ogos ini. 

Mohamad berkata, beliau membelanjakan RM6,000 untuk menyertai misi itu bagi menyampaikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin. 

“Ini adalah pengorbanan saya untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel,” katanya pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada tiga pensyarah terbabit di IPGKTB, semalam. 

Turut hadir Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Dr Amin Senin; Pengarah IPGKTB, Rohani Ismail; dan Setiausaha Jawatankuasa Inisiatif Malaysia Untuk Pembebasan Palestin, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa. 
Dr Amin menyampaikan sumbangan RM6,311.40 kepada Mustapa, mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk diserahkan kepada rakyat Palestin. 

Sementara itu, tiga tan ubat dan dua tan susu bayi bernilai RM480,000 akan dihantar oleh Aman Palestin ke Semenanjung Gaza, selain peruntukan untuk Ramadan pada Sabtu ini. 

Penghantaran menerusi misi konvoi yang disertai enam sukarelawan diketuai Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman itu akan mula memasuki Semenanjung Gaza melalui pintu masuk Rafah, Mesir Ahad ini bagi menyerahkan sendiri bantuan itu kepada rakyat. 

Abdullah berkata, pihaknya berurusan dengan kerajaan Mesir dan Pihak Keselamatan Mesir sejak dua bulan lalu untuk mendapatkan kelulusan memasuki Semenanjung Gaza, selain kebenaran membawa masuk bantuan kemanusiaan pada Ahad ini. 

“Hanya barangan terpilih diizinkan masuk ke Gaza seperti ubat dan kini mereka memberi kelonggaran membawa susu bayi, sedangkan kita tahu rakyat Gaza memerlukan lebih daripada barangan berkenaan,” katanya pada sidang media di Bangi, Selangor, semalam. 

“Justeru, kita lihat sekatan ini seolah-olah seperti kepungan terhadap rakyat di sana,” katanya pada sidang media di Bangi, Selangor, semalam. 

...

Doa kami semoga Allah merahmati perjuangan para jundullah ini dan mengizinkan kami untuk menjejak langkah mereka. Amin

Lagi kisah di SINI









0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting