بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Dia mengesat peluh yang menitik di dahinya. Terik matahari memancar sirna seakan mahu menggamit seluruh alam membahang bersamanya. Namun manusia itu masih lagi degil, fikirnya dia lebih kuasa dari yang Maha Kuasa itu. Terus saja mahu sombong, hidup dengan egonya. Tetapi matahari itu. Masih lagi memancar? Dia mengeluh. Langkahnya dipercepatkan.
Dia meletakkan buku di tangannya. Volume pemain mp3 dikuatkan. Kedengaran rentak piano Exodus alunan Maksim kian rancak. Dia membiarkan dirinya lemas dalam muzik itu. Sememangnya dia mahu lemas, terus lemas meninggalkan semuanya. Kalau boleh.
Esok madrasah itu datang lagi. Gentar hatinya mengingatkan masa yang bergerak laju tanpa sedikit menunggu mereka. Dia masih terkial-kial meraba-raba dalam terang. Hatinya lemas lagi. Lemas dalam tangisan yang tak mampu dia zahirkan.
Mengenangkan esok yang bakal kunjung menambah gentar. Sesak jiwanya. Apakah dia masih punya peluang untuk terus menambah rindu kepada Nya di hati? Sesak jiwanya memikirkan madrasah tarbiyah yang bakal tiba, andai hanya akan menjadi satu lagi budaya masyarakat. Masakan tidak, bila madrasah ini mula membuka tirai, dada manusia itu sepatutnya sudah mula merindui untuk bertemu dengan Dia yang Maha Kuasa itu, merindui untuk berada dalam malam yang penuh barokah, yang lebih baik daripada seribu bulan itu. Ah malangnya manusia itu lebih tegar merindui juadah enak di bazar saban hari, manusia itu lebih penuh di dadanya dengan persiapan sang Syawal. Mengapa ya masih tidak kita nampak buah-buah pahala yang Allah janjikan, bunga-bunga rindu yang Allah campakkan? Mengapa masih kita terhijab dengan nikmatnya itu ya?
Dalam madrasah tarbiyah yang bakal menjelma itu, tersedia pakej lengkap sebagai persediaan menghadap Dia. Cukup lengkap dengan tanpa gangguan si syaitan yang diikat selama sebulan. Namun apakah pakej yang tersedia itu akan terus menjadi satu budaya dalam diri manusia? Ya, mengapa tidak aku buat, orang lain juga buat perkara yang sama.
Hatinya terus gentar. Mampukah dia menghadapi madrasah tarbiyah yang bakal tiba ini dengan hati yang benar-benar berpaksikan ikhlas kepada Nya? Mampukah dia?
Exodus semakin tenggelam.

2 dah komen wuu~:
Bismillah,
Ya Allah kau rahmati dan berkati tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan akhirat...
Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...
aminnn.,..
jzakallah
Post a Comment