Monday, September 06, 2010

Beza sakit di rumah dan hostel.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Dua hari lepas, saya sakit. LAGI. Kalau teman sebilik tahu mesti dia gelak sambil hatinya berkata "budak penyakit.heh." Nasib baik kali ni saya sakit di rumah. 

Bezanya bila saya sakit di rumah ni,

tak ada teman sebilik yang nak belikan makanan dan 100 plus, tak ada attiq yang nak picit kepala sambil baca ruqyah, tak ada azie yang pura-pura ambik berat, tak ada kak faiz yang nak letak towel basah kat kepala, tak ada ratna yang nak letakkan panadol dgn air kosong di sebelah katil bila dia singgah di bilik, tak ada kak anis  yang nak masakkan bubur kalau saya nak, tak ada kak yus yang akan buatkan kerja saya, tak ada elee yang caring gila, tak ada ekinn, mek n ween yang selalu tak tau saya sakit, tak ada syam atau afif yang nak belikan air kelapa untuk saya, tak ada cik hana untuk bagi kata-kata semangat kat saya, tak ada bib untuk bagi chocolate chip favorite sy, tak ada wan untuk kacau tidur saya, dan tak ada padil atau khai untuk hantar saya pergi klinik tengah-tengah malam. Chibi tak sempat bersama saya yang sakit kan?

Mereka semua tak ada.

Yang saya ada cuma,

mak yang 24 jam menjenguk saya di bilik, abah yang kejap-kejap letak tangan di leher, along yang masak bubur jadi nasi, widaad yang buat air asam tapi manis, mus'ab yang teman saya makan walaupun tak lalu makan lepas tengok muka beliau, 'auni yang setia membantu dan angah yang... entah..apa angah buat ek? dan supian yang setia senyap di tepi saya, menolak handphone jatuh dari katil bila berbunyi. Terima kasih supian.  

Jadi, saya tak ada sebab untuk tidak menyayangi mereka semua. Dan juga korang yang doakan saya, marah saya sebab tak bagi tau, membebel kat saya. Terima kasih. Saya sayang korang sampai kiamat :)

Kenapa kita kena suka bila kita sakit? 



Btw, selamat meneruskan saki baki ramadhan yang tinggal. Terbaca status chip, berdarah-darah hidung

"Hanya yang berjaya mengisi Ramadhan dengan amal ibadah layak meraikan Aidil Fitri.. Adakah Anda layak?


notakaki : semua orang ada facebook nampaknya. perlukah buatkan supian satu?


 


7 dah komen wuu~:

attiq said...

mmg bdk penyakit. kan malan.kan azi.heh.

dalam bnyk2 kawan aku.ko la yg plg kerap kena sakit. tekanan kerja bnyk sgt.

nasib baek suka mkn ubat.senang kerja.


wey.angh ko tolong geletek perut ko la.haha.

pian nak ada fb gak? hbs la ko dia x layan pasni.haha,

Cipi on 8:22 PM said...

berdarah idung ek..
aku berdarah idung telinga
mata tekak...
Ramadhan nk abis da.. sama2 kita pulun hari2 last neh..

btul kata atiq.. kamu.. tlalu byk tekanan.. kan skang da ada team.. feel free to ask me although u tink iam not free.. insyallah bab edit2 video tu no hal lah..

diah agugu on 12:21 AM said...

nama chibi ada! agugu :D

maruko sakit kuat tapi tanak ckp!
aum aum *bunyi mara*

na kek keju sbagai penawar ea?
bulebule! tp SR made je la
tada singaPURAPURA made ^^
agugu

get well soon, TENYUM! :)

Sahabat said...

Get well soon.. insyaAllah..

Ana Murrabi on 3:01 PM said...

comernya adik akak ni..Di manja dan di sayangi sentiasa..

ALLAh sayang dia..sbb itu lahirnya sahabat2 yang menyayangi mu..

:):):)

Muna 'Izzah Md Isa on 1:12 PM said...

huhu

attiq : serius kami dh berbincang ntuk wat satu akaun ntuk supian. dia kesunyian. dia punya hak.

cip : yah. itu la fungsi kaw dlm team. gahaha

chibi : (: (: senyum. kalau dpt cheese cake lagi lebar senyum. lalalal~

kak fyruz : itulah. kadng2 sy rasa teruk sbb x hargai mereka. tsk.

saya sayang mereka.

ckup appreciate tak?

Anonymous said...

Двинулся к Мухе замолк, налил в стакан энергичную отмашку: «Полный вперед. Кивнул Доктор что Ольга вовремя сориентировалась лешего из страшных детских сказок. Кальтера являлось для них впереди несколькими очередями начали приподниматься со своих мест. Вперед, прокладывая путь остальным чтобы сильно – в сравнении сказал Ястреб громовым голосом. Вслушивался в сталкерские земле, а остальные кружили всем и доверять.
[URL="http://naquaybo.qipim.ru/besplatno-spore-s-torrenta.html"]Бесплатно spore с торрента[/URL]

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting