Tuesday, November 16, 2010

Untuk kalian pelajar sekolah AGAMA.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan



Saya tersedak beberapa kali mendengar cerita mak tentang kisah pelajarnya yang baru-baru ini kantoi 'fly' dari asrama untuk bersama teman lelakinya. Sampai part tu masih ok lagi, tapi bila mak mula bercerita bagaimana si pelajar dan teman lelakinya pergi check in ke hotel, menyirap terus darah ke kepala. Astaghfirullah - hanya itu mampu terlafaz di hati. Tak sanggup nak tahu sejauh mana mereka pergi selepas adegan check in hotel tu. 
Mak sudah hampir 4 tahun mengajar di sekolah tersebut. Tak perlu dinyatakan sekolah mana, sekadar yang pasti merupakan sekolah agama. Bukan satu, bukan dua kes-kes pelik berlaku, tapi entah, macam satu kebiasaan mendengar kes terbaru bila pulang ke rumah. Masa mak mengajar di sekolah biasa itu, tak lah terlalu pelik bila macam-macam kes yang berlaku. Tapi bila di sekolah agama ni, sungguh, bagi saya merupakan satu musibah yang bukan kecil, bila sedikit demi sedikit petanda akhir zaman muncul.

Gerun rasanya bila memikirkan inilah realiti sebenar yang bakal saya lalui satu hari kelak andai dipanjangkan umur. Masakan tidak, hari demi hari ada sahaja berita menakutkan yang keluar terpampang di muka depan akhbar. Tak tahulah kalau Harian Metro memang suka guna bahasa menakutkan seperti "Guru ratah pelajar dihukum." Tidakkah sangat menggerunkan? Jadi, jangan baca Harian Metro mahupun Utusan, TV3 atau RTM. Ustaz Azizan tak bagi.

Ok. Lari tajuk pula.

Saya juga bekas pelajar sekolah agama. Tak lah bangga sangat. Sebab realiti sekarang pelajar sekolah agama dan sekolah biasa macam tiada perbezaan. Tak pasti kenapa pelajar sekolah agama nak marah-marah atau bising-bising bila ada suara yang menyamakan mereka dengan pelajar sekolah biasa. Nak perjuangkan nama sekolah untuk apa kalau diri sendiri tak langsung membawa imej sekolah? Bangga jadi pelajar sekolah kluster kecemerlangan ke? Tak perlu kot kalau diri sendiri sekadar tumpang nama sekolah, bikin malu lagi ada lah.

Ok. Nampak seperti sangat emosi. Tarik nafas.

Baik. Saya bukan pelajar cemerlang di sekolah dahulu, apatah lagi kaki surau, apatah lagi lah BADAR, apatah lagi lah KEPIMPINAN, apatah lagi lah apa saja lah jawatan hebat-hebat di sekolah dahulu. Sekadar makhluk picisan yang tercampak ke sekolah hebat itu, menumpang kasih mencari ilmu. Oh. Padahal ilmu lain yang saya dapat. Ok. Abaikan. 

Dan bila keluar dari sekolah, saya masih si budak picisan yang kalau jumpa di Melaka Sentral, orang tak sapa pun dengan kata-kata begini "Hey, kau budak SHA****, kan?" Tak. Tak pernah. Orang tak nampak pun saya kalau berjalan di jejantas panjang tu. Tapi saya tak pula rasa saya perlu menjaja nama sekolah saya sebab saya tahu saya tiada fungsi apatah lagi peranan di sekolah itu. Hanya menumpang nama sahaja. 

Apa yang lebih memelikkan dan sebenarnya sangat kasihan, bila satu demi satu teman yang saya kenal, bila sahaja keluar dari sekolah, masuk ke alam pengajian yang lebih tinggi, wah, semuanya berubah! Tudung? Apa perlu pakai? Di sekolah sahaja cukup. Dress? Mesti up-to-date. Wah! Buka pula facebook, bangga benar menayangkan buah hati masing-masing. Posing wajib romantik! Ini Malaysia, beb. Jangan ketinggalan zaman, Waktu sekolah boleh la nak jadi baik-baik, tudung labuh, tangan ketap, berstokin. Itu cerita lama.

Eh, so what happened in school back there? Weren't you girls warned me to wear tudung labuh, socks and so on? Bukan ke? Where are all those words, girls? What happened to you girls? *sigh.

Saya sering tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang kita peroleh waktu di sekolah dahulu? Ilmu kah? Disiplin? Keseronokan? Kawan? Hiburan? Apa? Tak salah rasanya kalau saya kata kita sekadar mengukir A dalam sijil SPM selama, hasil 5 tahun 'pentarbiyahan' dari sekolah.

Saya bukan meletakkan 100% kesalahan pada sekolah, masih ada figur-figur hebat yang berjaya dilahirkan sekolah agama ini, bukan tiada langsung. Tapi bila memikirkan lebih banyak jasad yang keluar hasil cetakan sekolah agama yang sekadar jasad tanpa roh berbanding figur hebat, sungguh, saya terpaksa membutakan mata pada figur hebat itu. Hari demi hari, jiwa yang rebah itu kian bertambah. Sakit rasanya hati ini.

Punca utama mengapa berlaku sedemikian adalah apabila ILMU yang dipelajari, tidak menjadi AMALAN. Ya, bukankah di sekolah dahulu kita belajar Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah? Ke mana hilangnya ilmu tersebut, kawan? Mengapa kita begitu jauh dengan ilmu yang kita belajar itu? Masih ingat kah dalam QS, kita perlu menghafal satu hadis, dan antara hadis paling menjadi rebutan adalah 

"Innamal a'malu binniyyatai, wa innama likullimri in Maanawa"

Apa sebenarnya yang kita hafal? Ke mana isi hadis tersebut kita muntahkan?

sesungguhnya sesuatu perkara itu brgntung kpd niat,bg seseorg ape yg diniatknnya.
 Entah apa sebenarnya kan niat kita belajar di sekolah dahulu?

Kepincangan sistem. Lihat sendiri sistem itu. Ah, kalau akar umbinya sudah korup, bagaimana mahu menyelamatkan yang ranting dan dahannya? Sebab itu, manusia yang luar biasa itu, sebenarnya hanya manusia biasa yang mampu survival dalam kepincangan sistem yang ada sekarang.

Sesak. Sesak bila bicara soal ini. Bukan sengaja saya mahu sentiasa bicara perihal ini. Tapi bila melihat realiti sekarang, risau saya menjadi-jadi. Saya punya adik 3 orang. Ketiga-tiga mereka ini selagi belum mampu hidup sendiri di dunia yang sebenar ini, selagi itu saya anggap mereka di bawah tanggungjawab saya.Realiti dunia belum mengizinkan saya untuk melepaskan mereka sendiri. Mereka masih memerlukan pengisian yang cukup dalam dada untuk di bawa ke luar sana.

Jadi, untuk teman di luar sana, aku sayang kalian. Aku tahu kalian kata itu hak kalian untuk buat apa sahaja kalian mahu, tapi aku juga sedang jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan. Aku tak nak tengok kalian jatuh. Aku tak nak tengok kalian terus lemas dalam arus dunia yang menggila. Tahu tak kalian sedang dipermainkan oleh syaitan dan hawa nafsu kalian sendiri? Aku bukan si pandai yang mahu berlagak seolah-olah dia paling baik, tak. Aku tak pernah berniat begitu. Tolonglah fikirkan seketika tentang dirimu. Kalian cukup berharga, cukup indah, cukup istimewa. Jangan biarkan nafsu dan dunia meratah keistimewaan kalian. Kita nak syurga Allah, itu matlamat hidup kita. Redha Allah. Untuk apa kalian hidup sebegini, tapi tanpa rahmat dan redha dari Nya? Untuk apa? Untuk dunia yang sementara, bukan? Ah, persetankan semua itu, teman. Kalau pernah sedetik di hatimu terlintas untuk berubah, untuk apa perlu ditunggu lagi? Lakukan saja perubahan itu! Allah maha Mendengar. Allah Maha Pengampun. Tolong lah sedikit pun jadilah untuk rasa malu dengan Allah. Tolong lah.... Aku sayang kalian. Pintu taubat itu masih terbuka. Aku pun perlu banyak lagi bimbingan. Dan aku mahu bersama-sama kalian ke syurga. Andai aku jatuh, aku mahu kalian gapai tangan aku, kita pimpin sama-sama ke syurga. Insya Allah.

Kenapa entah saya tekankan soal sekolah di sini? Jawapannya adalah kerana sekolah merupakan universiti asas pentarbiyahan diri, tapak asas bagaimana diri mahu dibentuk. Untuk mendirikan satu jasad yang punya aqidah yang kukuh, pegangan Islam yang mantap, memerlukan batu asas yang mungkin biasa, tapi digilap dengan tarbiyah yang luar biasa. Terus, kenapa hanya sekolah agama pula? Kenapa mahu dibezakan dengan sekolah biasa lain? Itu yang biasa ditanya. Kenapa sekolah agama? Kerana namanya saja sudah membawa perkataan AGAMA. AGAMA bukan satu perkara main-main. Fizikal, rohani, jasmani, semua harus seiring dalam membawa nama ISLAM itu. Dunia sekarang dan realitinya punya gelodak yang mengganas hari ke hari. Hanya aqidah Islam yang kukuh mampu menjadi benteng pertahanan seseorang individu untuk terus bergerak menentang arus dunia. Penyelesaiannya hanya ISLAM, kerana sesungguhnya ISLAM agama yang syumul. Jangan disempitkan pemikiran dengan mengasingkan ISLAM dengan perkara-perkara lain.

 Saya hanya mampu tersenyum sumbing bila ada teman yang dalam nada sinis mengejek penampilan seseorang apabila tamat persekolahan, yang terang-terang bagi saya mempermainkan agama. Ada yang dalam nada bangga berkata, "Tudung-tudung labuh ni aku dah buat kain buruk dah kat rumah!" Wah, begitu sekali. Ya, mungkin benar kata kalian, tudung labuh atau tidak bukan kayu pengukur tahap keimanan seseorang. Allah tengok hati, bukan pakaian. Bukan begitu?

Teman, bukankah menutup aurat, memakai tudung menutupi dada adalah satu daripada syariat Islam? satu daripada arahan Allah? Dan bukankah Allah telah ciptakan sesuatu tanpa sia-sia? Bagaimana nilai Islam dalam diri kita ini perlu dizahirkan, kalau bukan dengan penampilan diri mengikut yang digariskan dalam Islam? Tinggi atau rendah tahap keimanan seseorang itu hanya Allah yang tahu. Bukan kita yang perlu mengukurnya. Tugas kita, hanya patuh pada arahan Allah, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Kenapa masih mahu mempersoalkan arahan Allah?

Teman, ayuh refleks kembali diri. Muhasabah semula. Sejauh mana kita ingkar pada arahan Al Khaliq. Sejauh mana kseombongan dan keangkuhan kita pada DIA? Sesungguhnya kita merupakan insan yang cukup bertuah kerana ALLAH pilih untuk mendapat tarbiyah di sekolah AGAMA. Mungkin ada antara kita yang terpaksa, tapi hikmah di sebaliknya pasti ada. Mengapa kita yang terpilih dalam ramai-ramai yang memohon untuk masuk ke sekolah agama? Jangan sia-siakan peluang itu. Allah buka jalan untuk hidayah Nya, sayangnya mata kita sentiasa dibutakan dengan perhiasan dunia yang 'tak ada apa-apa' pun sebenarnya.

Kita tidak tahu kita mati bila dan bagaimana. Ingat, mati itu tidak kenal usia, wahai teman. Dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa ke sana adalah taqwa.

Wallahualam.









Tuesday, November 02, 2010

Tolonglah sekali fikir untuk umat!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Serius dulu saya tak kisah bila minyak naik harga sampai RM 2.70 seliter.
Mahal.
Tapi setakat naik motor tu berapa sangat je.
Fikir di benak.

Tapi sekarang.
Bila kerajaan yang adil umum harga minyak naik lagi,
temperature terus naik.
Nasib baik Najib kena cacar.
Temperature turun. Kesian juga.
Tapi bila tengok zaujah nya.
Temperature naik balik.
Hish. Rimas.Rimas.

Seminggu dua ni lepas pembentangan Bajet 2011,
kat mana-mana asyik sembang hal-hal kerajaan.
Rasa matang pulak. haha.
Tadi berhenti isi minyak di Lunas sebelum ke Hospital Kulim pon,
sempat lagi mengata Pemangku PM terbaru.
Hish. Rimas. Rimas.

Semakin hari semakin celaru.
Hari ni dia umum nak naikkan Menara Warisan yang bajet lebih 10 billion tu,
siap dalam Bajet Negara lagi.
Haih.
Esok dia lancar Transformasi Ekonomi. ETP.
Pesatkan industri hiburan. Hub Hiburan.
Haih.
Belum kecoh 'zaujah' nya punya Islamic Fashion Festival.
Haih.
Esok pulak dia bagi sampai RM 393 juta buat 14 projek mega kat Galas.
Sebelum ni entah dia pernah tau ke tak wujud tempat nama Galas dan Batu Sapi.
Haih.
Dalam meeting habis semua dia kata kita bawak nama Islam,
mulut tak lekang sembang agama-agama.
Macam betul gebang nya.
Bukak sirah Nabi, kisah sahabat. Wah nampak hebat sudah.

Kami dah penat la dengan semua ini.
Penat, tahu?

Cuba buat sesuatu yang boleh bawa rakyat menuju modal insan.
Buat sesuatu yang adil. Kau untung, kami untung.
Bukan untung harta yang kami mahukan sangat.
Cukup la layan kami dengan adil.
Saya tak nak anak generasi saya akan datang hidup dalam dunia macam ni.
Nampak mewah. Nampak kaya. Nampak hebat.
Tapi minda? 
ZERO.
Yang ada apa - hiburan, hiburan, hiburan.

Kalau dah itu yang mahu dibangunkan sangat. 
Kalau dah itu yang mahu dibanggakan sangat.
Ke mana hala tuju kami?
Sudahlah masalah generasi sekarang tak kan habis.
Apa ingat dengan buka sekolah harapan boleh selesai masalah?
Apa ingat dengan buat Festival Fesyen Islamik boleh diiktiraf sebagai negara Islam?
Tolonglah sekali fikir untuk umat.

Sekarang tiap-tiap hari saya hidup dalam kerisauan.
Apa la nasib anak-anak generasi akan datang.
Saya tak tahulah apa ada dalam fikiran kamu.
Lepas satu, satu.
Bak kata Ustaz Hasrizal - Melengkapkan syarat sebuah keruntuhan!

Saya tak nak Malaysia lingkup.
Tolonglah sekali fikir untuk umat.
Tolong...

"Ya ALLAH, selamatkanlah negara kami, Ya ALLAH"











 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting