Tuesday, November 16, 2010

Untuk kalian pelajar sekolah AGAMA.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan



Saya tersedak beberapa kali mendengar cerita mak tentang kisah pelajarnya yang baru-baru ini kantoi 'fly' dari asrama untuk bersama teman lelakinya. Sampai part tu masih ok lagi, tapi bila mak mula bercerita bagaimana si pelajar dan teman lelakinya pergi check in ke hotel, menyirap terus darah ke kepala. Astaghfirullah - hanya itu mampu terlafaz di hati. Tak sanggup nak tahu sejauh mana mereka pergi selepas adegan check in hotel tu. 
Mak sudah hampir 4 tahun mengajar di sekolah tersebut. Tak perlu dinyatakan sekolah mana, sekadar yang pasti merupakan sekolah agama. Bukan satu, bukan dua kes-kes pelik berlaku, tapi entah, macam satu kebiasaan mendengar kes terbaru bila pulang ke rumah. Masa mak mengajar di sekolah biasa itu, tak lah terlalu pelik bila macam-macam kes yang berlaku. Tapi bila di sekolah agama ni, sungguh, bagi saya merupakan satu musibah yang bukan kecil, bila sedikit demi sedikit petanda akhir zaman muncul.

Gerun rasanya bila memikirkan inilah realiti sebenar yang bakal saya lalui satu hari kelak andai dipanjangkan umur. Masakan tidak, hari demi hari ada sahaja berita menakutkan yang keluar terpampang di muka depan akhbar. Tak tahulah kalau Harian Metro memang suka guna bahasa menakutkan seperti "Guru ratah pelajar dihukum." Tidakkah sangat menggerunkan? Jadi, jangan baca Harian Metro mahupun Utusan, TV3 atau RTM. Ustaz Azizan tak bagi.

Ok. Lari tajuk pula.

Saya juga bekas pelajar sekolah agama. Tak lah bangga sangat. Sebab realiti sekarang pelajar sekolah agama dan sekolah biasa macam tiada perbezaan. Tak pasti kenapa pelajar sekolah agama nak marah-marah atau bising-bising bila ada suara yang menyamakan mereka dengan pelajar sekolah biasa. Nak perjuangkan nama sekolah untuk apa kalau diri sendiri tak langsung membawa imej sekolah? Bangga jadi pelajar sekolah kluster kecemerlangan ke? Tak perlu kot kalau diri sendiri sekadar tumpang nama sekolah, bikin malu lagi ada lah.

Ok. Nampak seperti sangat emosi. Tarik nafas.

Baik. Saya bukan pelajar cemerlang di sekolah dahulu, apatah lagi kaki surau, apatah lagi lah BADAR, apatah lagi lah KEPIMPINAN, apatah lagi lah apa saja lah jawatan hebat-hebat di sekolah dahulu. Sekadar makhluk picisan yang tercampak ke sekolah hebat itu, menumpang kasih mencari ilmu. Oh. Padahal ilmu lain yang saya dapat. Ok. Abaikan. 

Dan bila keluar dari sekolah, saya masih si budak picisan yang kalau jumpa di Melaka Sentral, orang tak sapa pun dengan kata-kata begini "Hey, kau budak SHA****, kan?" Tak. Tak pernah. Orang tak nampak pun saya kalau berjalan di jejantas panjang tu. Tapi saya tak pula rasa saya perlu menjaja nama sekolah saya sebab saya tahu saya tiada fungsi apatah lagi peranan di sekolah itu. Hanya menumpang nama sahaja. 

Apa yang lebih memelikkan dan sebenarnya sangat kasihan, bila satu demi satu teman yang saya kenal, bila sahaja keluar dari sekolah, masuk ke alam pengajian yang lebih tinggi, wah, semuanya berubah! Tudung? Apa perlu pakai? Di sekolah sahaja cukup. Dress? Mesti up-to-date. Wah! Buka pula facebook, bangga benar menayangkan buah hati masing-masing. Posing wajib romantik! Ini Malaysia, beb. Jangan ketinggalan zaman, Waktu sekolah boleh la nak jadi baik-baik, tudung labuh, tangan ketap, berstokin. Itu cerita lama.

Eh, so what happened in school back there? Weren't you girls warned me to wear tudung labuh, socks and so on? Bukan ke? Where are all those words, girls? What happened to you girls? *sigh.

Saya sering tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang kita peroleh waktu di sekolah dahulu? Ilmu kah? Disiplin? Keseronokan? Kawan? Hiburan? Apa? Tak salah rasanya kalau saya kata kita sekadar mengukir A dalam sijil SPM selama, hasil 5 tahun 'pentarbiyahan' dari sekolah.

Saya bukan meletakkan 100% kesalahan pada sekolah, masih ada figur-figur hebat yang berjaya dilahirkan sekolah agama ini, bukan tiada langsung. Tapi bila memikirkan lebih banyak jasad yang keluar hasil cetakan sekolah agama yang sekadar jasad tanpa roh berbanding figur hebat, sungguh, saya terpaksa membutakan mata pada figur hebat itu. Hari demi hari, jiwa yang rebah itu kian bertambah. Sakit rasanya hati ini.

Punca utama mengapa berlaku sedemikian adalah apabila ILMU yang dipelajari, tidak menjadi AMALAN. Ya, bukankah di sekolah dahulu kita belajar Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah? Ke mana hilangnya ilmu tersebut, kawan? Mengapa kita begitu jauh dengan ilmu yang kita belajar itu? Masih ingat kah dalam QS, kita perlu menghafal satu hadis, dan antara hadis paling menjadi rebutan adalah 

"Innamal a'malu binniyyatai, wa innama likullimri in Maanawa"

Apa sebenarnya yang kita hafal? Ke mana isi hadis tersebut kita muntahkan?

sesungguhnya sesuatu perkara itu brgntung kpd niat,bg seseorg ape yg diniatknnya.
 Entah apa sebenarnya kan niat kita belajar di sekolah dahulu?

Kepincangan sistem. Lihat sendiri sistem itu. Ah, kalau akar umbinya sudah korup, bagaimana mahu menyelamatkan yang ranting dan dahannya? Sebab itu, manusia yang luar biasa itu, sebenarnya hanya manusia biasa yang mampu survival dalam kepincangan sistem yang ada sekarang.

Sesak. Sesak bila bicara soal ini. Bukan sengaja saya mahu sentiasa bicara perihal ini. Tapi bila melihat realiti sekarang, risau saya menjadi-jadi. Saya punya adik 3 orang. Ketiga-tiga mereka ini selagi belum mampu hidup sendiri di dunia yang sebenar ini, selagi itu saya anggap mereka di bawah tanggungjawab saya.Realiti dunia belum mengizinkan saya untuk melepaskan mereka sendiri. Mereka masih memerlukan pengisian yang cukup dalam dada untuk di bawa ke luar sana.

Jadi, untuk teman di luar sana, aku sayang kalian. Aku tahu kalian kata itu hak kalian untuk buat apa sahaja kalian mahu, tapi aku juga sedang jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan. Aku tak nak tengok kalian jatuh. Aku tak nak tengok kalian terus lemas dalam arus dunia yang menggila. Tahu tak kalian sedang dipermainkan oleh syaitan dan hawa nafsu kalian sendiri? Aku bukan si pandai yang mahu berlagak seolah-olah dia paling baik, tak. Aku tak pernah berniat begitu. Tolonglah fikirkan seketika tentang dirimu. Kalian cukup berharga, cukup indah, cukup istimewa. Jangan biarkan nafsu dan dunia meratah keistimewaan kalian. Kita nak syurga Allah, itu matlamat hidup kita. Redha Allah. Untuk apa kalian hidup sebegini, tapi tanpa rahmat dan redha dari Nya? Untuk apa? Untuk dunia yang sementara, bukan? Ah, persetankan semua itu, teman. Kalau pernah sedetik di hatimu terlintas untuk berubah, untuk apa perlu ditunggu lagi? Lakukan saja perubahan itu! Allah maha Mendengar. Allah Maha Pengampun. Tolong lah sedikit pun jadilah untuk rasa malu dengan Allah. Tolong lah.... Aku sayang kalian. Pintu taubat itu masih terbuka. Aku pun perlu banyak lagi bimbingan. Dan aku mahu bersama-sama kalian ke syurga. Andai aku jatuh, aku mahu kalian gapai tangan aku, kita pimpin sama-sama ke syurga. Insya Allah.

Kenapa entah saya tekankan soal sekolah di sini? Jawapannya adalah kerana sekolah merupakan universiti asas pentarbiyahan diri, tapak asas bagaimana diri mahu dibentuk. Untuk mendirikan satu jasad yang punya aqidah yang kukuh, pegangan Islam yang mantap, memerlukan batu asas yang mungkin biasa, tapi digilap dengan tarbiyah yang luar biasa. Terus, kenapa hanya sekolah agama pula? Kenapa mahu dibezakan dengan sekolah biasa lain? Itu yang biasa ditanya. Kenapa sekolah agama? Kerana namanya saja sudah membawa perkataan AGAMA. AGAMA bukan satu perkara main-main. Fizikal, rohani, jasmani, semua harus seiring dalam membawa nama ISLAM itu. Dunia sekarang dan realitinya punya gelodak yang mengganas hari ke hari. Hanya aqidah Islam yang kukuh mampu menjadi benteng pertahanan seseorang individu untuk terus bergerak menentang arus dunia. Penyelesaiannya hanya ISLAM, kerana sesungguhnya ISLAM agama yang syumul. Jangan disempitkan pemikiran dengan mengasingkan ISLAM dengan perkara-perkara lain.

 Saya hanya mampu tersenyum sumbing bila ada teman yang dalam nada sinis mengejek penampilan seseorang apabila tamat persekolahan, yang terang-terang bagi saya mempermainkan agama. Ada yang dalam nada bangga berkata, "Tudung-tudung labuh ni aku dah buat kain buruk dah kat rumah!" Wah, begitu sekali. Ya, mungkin benar kata kalian, tudung labuh atau tidak bukan kayu pengukur tahap keimanan seseorang. Allah tengok hati, bukan pakaian. Bukan begitu?

Teman, bukankah menutup aurat, memakai tudung menutupi dada adalah satu daripada syariat Islam? satu daripada arahan Allah? Dan bukankah Allah telah ciptakan sesuatu tanpa sia-sia? Bagaimana nilai Islam dalam diri kita ini perlu dizahirkan, kalau bukan dengan penampilan diri mengikut yang digariskan dalam Islam? Tinggi atau rendah tahap keimanan seseorang itu hanya Allah yang tahu. Bukan kita yang perlu mengukurnya. Tugas kita, hanya patuh pada arahan Allah, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Kenapa masih mahu mempersoalkan arahan Allah?

Teman, ayuh refleks kembali diri. Muhasabah semula. Sejauh mana kita ingkar pada arahan Al Khaliq. Sejauh mana kseombongan dan keangkuhan kita pada DIA? Sesungguhnya kita merupakan insan yang cukup bertuah kerana ALLAH pilih untuk mendapat tarbiyah di sekolah AGAMA. Mungkin ada antara kita yang terpaksa, tapi hikmah di sebaliknya pasti ada. Mengapa kita yang terpilih dalam ramai-ramai yang memohon untuk masuk ke sekolah agama? Jangan sia-siakan peluang itu. Allah buka jalan untuk hidayah Nya, sayangnya mata kita sentiasa dibutakan dengan perhiasan dunia yang 'tak ada apa-apa' pun sebenarnya.

Kita tidak tahu kita mati bila dan bagaimana. Ingat, mati itu tidak kenal usia, wahai teman. Dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa ke sana adalah taqwa.

Wallahualam.









16 dah komen wuu~:

sufiyyah zulkifli on 8:12 AM said...

k.muna, tertanya2, kenapa jangan tgk tv3, rtm, baca harian metro, BH??????

sekolah saye dulu xde surau. haha. make xde gelaran kaki surau. ;)

he. he. sistem. perkataan yang best.
sistem. :)

Anonymous said...

masyaAllah,, ini laa realiti dunia skg ni kan??
kdg2 sy pon tertnya knpa bdk yg sek agama ni bla dh tmt sek men mereka tdk spt bdk bks sek agama,, malahan ad yg lbh terok lg dr bdk yg bkn sek agama,, sedih betul tgk,, padahal masa kt sek men dulu bkn maen lg dgn tdg labuhny,, mahsum ny,, stoking tebalny,, tp last2 bla dh tmt sek vise versa pulak,, jaoh sgt lak bezany tuu,, ishh,, sedeh tgk saudara2 kita yg mcm ni,, wpun sy hanya bseklh agama cuma staun n xsmpt pon nk berpeluang nk mnyelami hati mereka sbg sahabat,, tp itu dh ckp bg sy utk menganggap mereka sbg rakan seperjuangn,, now bla dh jumpa kt mana2 terkejut sgt,, kenapa blaku perubahan yg mendadak sgt?? kalu kearah yg lbh baek xpe tp nii,,, astaghfirullah,, semoga mereka dberi hidayah oleh Allah,, amnn Ya Rabb,,

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN on 2:32 PM said...

uhuk

sufi comeL said...

o ya. sistem. wlaupun sistem tu mcm sgt penting dr segi teknikalnya, yang tersiratnya, orang2 yang menjalankan/menggerakkan sistem tu pulak la mcm mana eh.

mula dengan hati.kut eh? :)

*peranan pendidik* 0_o

Anonymous said...

salam adik muna ku..=)

akak suka entri ini...

ingat lagi akak di gelar ustazah rock??

why??!!

kerana luaran akak yang sluar jeans tetapi tudung labuh..

hehe.. hanya memori lama..

Akak bukan dari sekolah agama.. dan alhamdulilah..pada saat akak mencari identiti diri..(yg pada mulanya memakai terikut dengan pemakaian budak2 ala2 ganaz hehe) ada seorang kawan akak yang ganaz juga tetapi bertudung labuh mengajak akak ke surau setiap petang. Sikit2..akak belajar tentang stoking dan handsock..

kecoh bila first time p usrah, akak di menjadi tumpuan kerana luaran yang berbeza..u know.. tdung jarang dan tiada stoking itu dan ini..hehe..

sahabat akak itu dari sekolah agama. Sungguh akak bersyukur dapat berkawan dengannya. Dan masih lagi berhubung dengannya..InsyaALLAH..=')

kalaulah akak x bertemu dengannya.. akak x rasa akak kuat seperti skrg.. maksud akak pertemuan itu ada hikmahnya tersembunyi.. syukur alhamdulilah.

Dunia kerja lain pula cabarannya, melihat akak bertdung seperti orang tua.. mereka kenalkan akak dgn tudung terbaru dan lebih up to date..

baik!.. akak di katakan mengantuk.. hoho. Sungguh ia cabaran untuk istiqamah di jalanNYA.. akak di kelilingi orang manusia yang mengingatkan akak tentang muka dan bentuk badan(diet), tidak lagi di kelilingi manusia yang mengingatkan akak tentang perjuangan dan tarbiyah..adalah sorang dua.. tapi kami harus kuat sendiri2..=(.

dunia dwasa berbeza.. dunia menjadi lebih ke depan.. lebih terbaik antara satu sama lain.. maksud akak, kalau perempuan lebih cantik, kalau lelaki, lebih kaya.. haha.. Itulah realitinya. =)

Bila jdi begitu, yang biasa-biasa di pinggirkan dan di tolak.. sangat terhiris.. Harus kuat sendiri! harus curi masa membaca buku dan topup iman sendiri. Harus mencari kekuatan itu..tambahan pula anda bjang.. huhu.. pasti mencari si dara/di truna.. dan itulah persaingannya.. huhu.

dunia realiti dik.. akak citer dunia realiti..

Akak nasihatkan kat diri akak, dan adik2 akak.. jangan lupa untuk diri sendiri.. perlu alert bila lihat diri semakin lemah.. itu tanyanya iman semakin lemah..harus kuat dengan amal dan soleh. harus tinggalkan kebiasaan ( lewatkan solat, jrg bca quran, jrg bgun malam, jrg ke majlis ilmu) harus usaha mencari!.. biarpun kita di dunia lain/berbeza.. kita harus usaha untuk hidup! segar! dan berjuang untuk tegakkan kebenaran dan prinsip kita!

wallhualam..

:)

Muna 'Izzah Md Isa on 9:35 PM said...

sufi : ate. kamu tanya MB Kedah kenapa jangan baca Utusan atau tengok RTM dan TV 3. haha

Muna 'Izzah Md Isa on 9:39 PM said...

anon : Aminn Ya Rabb. Semoga Allah kurniakan hidayah kepada kita dan semua. Dan Ya Allah jangan kau tarik hidayah itu bila sekali telah Kau berinya.

Itu realiti sekarang. sebenarnya bukan nak tekankan sangat soal sekolah agama atau tidak. Semuanya sama sahaja. Ujian yang sebenar adalah apabila keluar dari sekolah itu. Bagaimana kita menghadapi dunia sebenar. Kat situ keimanan kita diuji.

Muna 'Izzah Md Isa on 9:49 PM said...

kak fyruz : akak mmg rock sntiasa! :D

tabah kak, tabah!

kalau dkat U dulu, mungkin kita dah rasa selesa, itu suasana atau bi'ah yang kita suka. Itu zon selesa kita. Bergerak dengan jemaah, buat kerja dengan sahabat seperjuangan yang sefikrah, kalau ada masalah pun, kita tahu dan pasti jumpa the solution.

Dan waktu itulah sebenarnya macam mana kita nak prepare diri kita bila kena duduk dalam masyarakat yang tidak punya bi'ah spt yg kita harapkan, prepare mental kita untuk berhadapan dengan mad'u2 yang lebih 'agresif' kat luar sana. mad'u kita boleh terdiri dalam golongan yg macam akak sebut tadi.

Dan here you are, medan sebenar akak. Saya mungkin belum lagi. Blum keluar lagi dari kepompong yang sebenar. Fuh. Fuh. Takut jugak. Tapi apa mahu ditakutkan, usah bicara soal perjuangan andai takutkan risiko, bukan? Insya Allah. Allah snetiasa bersama kita.

ellee fatal on 10:08 PM said...

selalu wat aku terdiam dan merenung dan termenung berfikir hehehe

عين on 2:08 AM said...

t.q muna...sentiasa menarik dan penuh dgn ingatan....insyaAllah akan disampai2kan.

cahaya petunjuk on 2:12 AM said...

assalammualaikum..
teringin nak berkongsi..

salah satu faktor mgp mereka yg bersekolah agama adalah mak ayah yang suruh/paksa/hantar anak2 ke sekolah agama.
rasa beban mengajar anak2 dah terlepas pada sekolah. Oh seklah dah ngajar, jadik mak ayah tak usah susah2 nak pikir. Nak2 kalau sekolah agama asrama penuh...Tanpa mengetahui akibat masa hadapan bila anak2 dh besar. tanpa tarbiyah daripada mak ayah. bukankah tarbiyah@pendidikan itu bermula dirumah. Yg hairannya mak ayah tak tegur pulak pemakaian anak2 nye yang dapat didikan agama tapi tak tonjolkan cara pemakaian ikut syariat yg ditetapkan agama.

kedua, majoriti yang keluar dr sekolah agama tak menghayati apa yg diterima disekolah dulu. bukan setakat xhayati malahan xhargai langsung! Kalau bab hendak tutup aurat - pakaian mereka memang memalukan sebab tuntutan yang berjaya dilakukan zaman sekolah dah tak "tertuntut" lagi. bukan tak ada ilmu tapi rasa ego dan rasa sukar pulak nak amalkan. Malahan rasa bangga bila menayang tubuh dan menjaja perhiasan. Bila ditanya daripada sekolah apa, barulah terpisat-pisat malu- itu kalau malu membawa nama sekolah agama... yg tak tahu malunya menjaja diri sekolah agama tapi ciri-cirinya tak ada pada penampilan seorang muslimah yang mendapat pendidikan agama...

cuba muna buat survey...
agaknya kenapa mereka tak dapat kekalkan penampilan muslimah sejati yang dituntut agama...
mesti banyak alasan dan karenah...
bila ego dan nafsu menguasai diri...
nauzubillah...

Anonymous said...

Tak pernah tidak membuat org tersedar akan realiti..

Ya sistem itu korup..
Ya media juga korup..
tayangan di Tv memusnahkan minda..

Malaysia ini kecil aja..
tak tgk RTM TV3.. Tak baca Utusan.. macam mana nak kesan propaganda mereka.. macam mana nak sedarkn orang lain daripadanya..

It comes down to all of us Teachers
Nak Mengajaq.. Mengajaq cara Islam..
hihi nak tiru MB Kedah..

Mari Berubah..!

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN on 9:17 PM said...

Time to change!

kita sbg cikgu pelatih yg akan jd cikgu sbnq perlu lakukan dulu.

Ckp dr hati samapai kpd hati.

DzuLagiL on 5:40 AM said...

salam 'alaik...
suatu perkongsian yg baik...
benar2 smkin merisaukan...

mngkin manusia pelupa...
dan perlu diingatkan dari semasa ke semasa....

marilah sama2 saling mengingati antara satu dengan yang lain...


teruskan berblog...!!

Al - Mu'allim on 5:17 PM said...

kalau dah jantung tu kotor, bukan saja tudung jadi kain buruk, jantung tu sendiri pun dah buruk.

erk, kalau ayat ni rasa pelik, cuma tukar jantung tu kepada hati. tapi persoalannya qolbu : jantung atau hati?

Di pinggiran on 1:06 PM said...

Ini post yang sangat baek, thumbs up

I like

Sistem pendidikan negara kita , hatta yang dinamakan sekolah agama itu pun, barangkali pengajian agamanya cukup disempitkan, sehingga menjadilah tahap ia sebegitu rendah sehingga sekadar untuk lulus exam sahaja.

Hal ini kerana kalaulah agama itu diajar dengan benar mengikut konsepnya yang luas dan membentuk pemahaman sejati (bukan sekadar menghafal dna kemudian diluahkan ke kertas peperiksaan, sedang yang menulis itu sendiri tidak faham apa yang ditulisnya), akan ada pihak yang tidak senang duduk kerana pemahaman agama yang benar akan menzahirkan segala kebobrokan sistem yang diamalkan sekarang, yang kononnya didakwa Islam.

Anyway, this is a very gooooood and post. Membuka kepada pencerahan.

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting