Wednesday, March 16, 2011

Ya, Saya dah bertunang! Jadi?


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan 




Tersenyum lah kalian yang selama ini berteka teki dengan status saya. Bergembiralah kalian yang selama ini mendoakan saya. 

Ya, saya akui saya sudah bertunang. Ironisnya tunangan saya juga tunangan kalian, dan ikatan ini tersimpul sejak kita tidak lagi dilahirkan ke dunia nyata. Oh, sebegitu ironis sekali ikatan ini?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang mengurniakan tenangnya rasa ini. Amat tenang bila menyedari hakikat kejadian kita adalah bukan satu hal yang sia-sia. Allah itu maha Adil, maha Bijaksana. Diciptanya setiap makhluk tiada tujuan lain selain untuk mengabdikan diri kepada Nya. Mentafsir erti pengabdian dalam kerangka Islam sebagai ad-Deen, bukanlah sesempit tafsiran golongan sekular mahupun liberal yang kerap kali mentafsirkan dalam konteks jumud dan takbur. Betapa kasihan melihat golongan ini yang dengan sengaja menolak fitrah kejadian ciptaan Allah.

Pengabdian kepada Allah merupakan satu peta kehidupan yang perlu kita turuti. Tidak Allah sediakan pilihan lain, sekiranya hamba itu benar-benar dahagakan Jannahnya. Biasa dengar bukan kalimah "dunia ini penjara bagi orang Mukmin"?

Bunyinya seakan begitu ekstrem, dan bengis sekali. Tapi bergembiralah kamu wahai Si Ghuraba'! Penjarailah hidup kamu di dunia, kerana begitu ekstrem sekali janji yang telah Allah taburi, begitu ekstrem sekali jalan yang Allah hamparkan, begitu ekstrem sekali nikmat yang Allah hidangkan di Jannahnya. Kata alim ulama' "Kehidupan di dunia umpama satu ladang semaian. Hasilnya akan kita tuai kelak di akhirat. Jadi, semailah sebaik-baik benih, supaya nanti kamu mendapat hasil yang terbaik di ladang akhirat!"

Jelas sekali, setiap daripada kita sudah diikat dengan tali pertunangan dengan kematian. Kematian yang pasti. Hal tunangan yang digembar-gemburkan itu satu benda yang tak pasti, dan untuk apa membuang masa membicarakan perihal benda yang tak pasti? Ubah layar kapal kalian kepada matlamat yang pasti itu, destinasi yang Allah janjikan, hanya sekarang bergantung kepada diri kita untuk mencorakkan haluan layar bahtera kita.

Dan saya bahagia bertunang dengan kematian. Namun, masih banyak persiapan yang perlu saya lakukan untuk menghadapinya. Entah bila-bila masa ikatan ini akan terlerai. Ya Allah, bimbinglah kami dalam mencari redha Mu. Limpahilah barokah dan keredhaan Mu kepada kami yang hina lagi dhoif ini.


Tunangan kita sama, bukan? :)




 


5 dah komen wuu~:

sufiyyah zulkifli on 7:04 PM said...

ha a! sama!
pertemuan yang diharapkan bagi mereka yang tertentu...
pertemuan yang diharapkan untuk pertangguhan bagi mereka juga yang tertentu...
:)

Anonymous said...

ya, saya akui tunangan kita yg hakiki ialah kematian, kadang2 saya suka memakai cincin yg mengingatkan saya bahawa saya sudah bertunang...saya sudah bertunang dengan KEMATIAN!

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN on 8:20 AM said...

"apakah org yang dimabuk cinta menyangka bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik cucuran air mata dan kegelisahan jiwa?"
(Qasidah Burdah,4;ms 28)

:)

MERAH on 9:23 PM said...

terima kasih kerana mengingatkan :)

Atriza on 7:23 AM said...

Suka membaca catatan kali ini walau topiknya agak 'meletop' heheh.

Teruskan penulisan indah membugarkan minda wahai saudaraku!

Fie amanillah

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting