Thursday, July 14, 2011

Sekadar Singgah


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan

Bismillah. Maha suci Allah yang menjadikan hidup ini satu persinggahan,yang menjadikan alam ini satu ibrah untuk ditatap dengan mata hati sang insan. Semoga kami pulang kepada Allah dengan hakikat hamba yang sebenar. Amin Ya Rabb.

Ustaz Ridhuan kata, "Tulis. Catat. Kongsi dengan orang lain apa yang dirasa. Jangan disimpan." Maka satu tamparan hebat bagi saya andai saya terus menyepi dari alam blogging ini. :)

1) BERSIH

Hanya yang buta mengiyakan propaganda kosong itu. Mengarut. Rakyat bukan sebodoh itu, terus percaya pada media si boneka. Kami bukan berdiri atas stand mana-mana parti, tapi kami berdiri atas stand RAKYAT. Kami bukan menentang negara. Kami cuma mahukan DEMOKRASI dan KEADILAN itu dilaksanakan.
Malanglah mereka yang bermentaliti TV3 dan Utusan.
Lihat video ini.


2) PRAKTIKUM

Ini medan latihan. Latihan untuk turun padang bersama masyarakat. Allah bagi kelompok kecil dulu. Sekolah. Tapi kalau di sekolah pun masih teragak untuk buat kerja Islam, macam mana mahu bina negara Islam? 

Adui.

Tercabar rasanya melihat anak-anak murid diasuh begitu begini sejak kecil. Dalam kelas Ustazah cakap jangan pakai seluar ketat, jangan menari, jangan berjoget. Keluar kelas cikgu panggil buat latihan senam tari. Kena pakai seluar ketat, baru seragam. Sudah. Salah siapa begini?

2 bulan, Muna 'Izzah.

3) CINTA

Ok. Tajuk dah out. Jangan harap. 

"Alamatkan cinta yang sebenar pada Pencipta, Insya Allah cinta lain akan datang seiring"

"Jadikan cinta ini sebagai satu wasilah menuju ketaqwaan kepada Allah, bukan menuju kemurkaan Allah"

Semoga kalian berbahagia dalam syariat. Saya sentiasa mendoakan. :)

M.O.T.S : Ketenangan itu ada dalam diri. Iaitu bila diri rasa BERTUHAN. Dan hanya Allah mengalir dalam aliran darahnya. 






 

1 dah komen wuu~:

the Prayer for Allah ~ صلاة الله on 11:51 PM said...

:) syukran muna

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting