بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Dia menarik nafas dalam. Pohon rambutan itu dipandangnya kosong.
"Macam mana Muna, ok?"
Dia senyum. Kak Yati mungkin tersenyum jua, dia mengagak melalui lirikan mata insan itu. Indah benar insan ini di sebalik niqabnya yang sentiasa rapi melitupi wajahnya. Jauh di sudut hati kecilnya, dia menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah insan hebat di hadapannya ini.
"Berat la kak.."
Dia melepaskan keluhan berat.
Tangan lembut Kak Yati mengusap jari jemarinya. Digenggam kemas. Saat itu, dia amat merindui pelukan ibunya.
"Muna kena selalu Husnuzhon. Bersangka baik dengan sahabat-sahabat. Tak kisahlah sama ada kalau kita bersangka buruk dan sangkaan tu betul. Tapi ia tetap salah untuk bersangka buruk. Biarkan dia. Kalau boleh nasihat, cuba nasihat.. Kita hidup bersahabat ni memang kena selalu mengingati, saling memberi, saling menerima. Bukan nafsi-nafsi..."
"Tapi kak, saya rasa rendah diri. Saya tahu saya tak sehebat sahabat-sahabat lain. Apalah kelayakan saya nak menegur manusia-manusia hebat itu?"
"Muna tak boleh rasa macam tu. Muna kena bersangka baik dengan diri Muna juga. Bila menasihati atau dinasihati, kita kena buka minda kita. Tengok isi kepada apa yang dinasihati, bukan siapa yang menasihati. Banyakkan bersabar. Allah nak uji kemantapan ukhuwwah kalian.."
"Berat ujian ni, kak."
"Tu tandanya Allah sedang peduli pada kalian. Mahukah kalau Allah tak peduli?"
"Tak.Nauzubillah."
"Jadi, hadapi ujian ni dengan tenang, cari penyelesaian dengan banyakkan kebergantungan kepada Allah. Doa banyak-banyak. Berbincang secara profesional. Jangan turutkan sangat emosi.."
"Insya Allah.."
Dia tersenyum.
Mulai saat itu, dia meletakkan keazaman untuk berubah. Berubah daripada yang negatif menjadi positif. Biarlah dunia sesesak mana, biarlah atmosfera sedingin mana, dia harus positif.
...........
16 Ramadhan 1432 Hijrah.
Bukan mudah melalui bulan tarbiyah ini. Bukan mudah mendepani pelbagai ujian emosi di saat Allah menjanjikan ganjaran yang hebat untuk insan yang bersabar di bulan ini. Bukan mudah. Setiap detik yang berlalu punya ujian tersendiri, dan terpulang kepada kita bagaimana mahu mengolah ujian itu menjadi sesuatu yang sangat bermakna, punya hikmah di sebaliknya.
Esok lusa tulat, kita tak tahu ke mana dan bagaimana kita. Terus istiqamah menggenggam Islam kah, atau futur kelemasan dalam arus dunia. Naudzubillahiminzalik.
Jadi apa salahnya untuk kita bersangka baik, terus bersangka baik dalam apa jua keadaan. Bersangka baik tika menegur dan ditegur. Bersangka baik dalam berukhuwwah. Apalah rasanya ukhuwwah yang dicemari dengan saling berprasangka?
Mengadili manusia itu bukan tugas manusia lain. Ia mutlaknya adalah tugas Sang Pencipta. Semoga Allah meredhai kita. Amiin
2 dah komen wuu~:
al-hamdulillah
akhirnya sy berpeluang membaca tulisan yg membuat hati sy tenang walau sy tak bisa menerjah apa sebenarnya. Cuma sy bisa faham sedikit. Saya sdg melalui 1 lagi fasa ujian dalam hidup di bulan Ramadhan. Tapi alhamdulillah, ketika ini bulan Ramadhan.hati sy tenang menghadapi semua ini. Saya redha dgn apa yg tertulis. Saya percaya Allah itu mahu menguji hambanya agar lbh dekat dengan-nya bila punya masalah. Sy akui kdg2 saya khilaf bila sy rasa gembira. Kadang-kadang Allah ingin ingatkan semula apa yg telah sy janji pada diri sendiri dengan-Nya. Salam Ramadhan. saya suka membaca isi kandungan blog ini.wasalam
alhamdulillah. . Allahu Allah,, i get my kak gula again, , (^_^)
entry ni best, , husnuzhoon. . bkn semua blh n mampu jd spt itu, , tp bila dh dpt sgt bermakna dan tenang serta hebat krn blh melawan bisikan2 dalaman. . semoga kita mampu, , chaiyokkkk (^_^)
Post a Comment