Thursday, August 18, 2011

Tips : Berbahagia bila tidak bahagia!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Alhamdulillah. Hari ini sudah boleh tersenyum lebar. Terasa indah nian pagi ini. :)

Pertama,

Buat kesekian kalinya pantauan praktikum buat kali terakhir untuk fasa kedua ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Kata encik, "Semakin meningkat. Good job!" 

Segala pujian hanya untuk Allah, yang mengurniakan kudrat dan iradat ini. Allah..Allah :)

Kedua,

Rindu pada "KS 1 Cool dan Bergaya Serta Stylo" menyapa. Betul la kata orang, bila dekat, bila bersama, jarang menghargai. Bila dah jauh, nah! 

Ketiga,

Ketenangan. Ketenangan itu dalam diri, bukan pada tempat, mahupun orang lain. Alangkah indahnya bila berbahagia di waktu tidak bahagia. Hanya dengan memetik suis 'POSITIF'. Alhamdulillah. :)

Keempat,

Tak pernah segembira ini menjelang raya. Nikmat juga menanti kehadiran keluarga setelah lama di perantauan. Bertambah nikmatnya bila tak pernah berbuka puasa bersama-sama lagi. Alhamdulillah.

Kelima,

Menyenangkan hatinya :)

...

Praktikum benar-benar membuatkan dunia menjadi lebih sesak, udara menjadi lebih dingin. Beku terasa hingga ke otak. Buka mata lesson plan, tutup mata ABM. Ke arah itu sahaja topik perbincangan saban hari. 

Sekian lama terasa berat, terfikir juga sesekali. Apakah diri ini memilih menjadi si guru disiakan hanya untuk begini? 

Apakah hanya mendidik bila pensyarah memasang lampu amaran untuk 'observe'?

Apakah kerjaya guru ini menjadi beban, hingga terdetik penyesalan?

Wah, mengapa begitu dikomplikasikan, sedangkan tugas guru adalah semulia-mulia tugas. Apatah lagi bila peluang dan tanggungjawab membentuk jiwa insan dalam diri manusia itu terletak pada pundak seorang guru. Hebat!

Beban dan tanggungjawab merupakan dua frasa yang punya beza yang sangat jauh. Mendidik itu tanggungjawab, bukan beban. Membentuk itu tanggungjawab, bukan beban. Beban itu hanya tertakrif bila kita sendiri mengolah tanggungjawab menjadi beban. Iaitu apabila dirasakan mendidik sudah menjadi beban yang maha berat untuk dipikul, keikhlasan di hati sudah dicemari, gerak langkah juga lesu tak bermaya, semangat yang gah dahulunya juga hilang terbang dibawa angin lalu.

Mengapa begitu?

"Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya."

Hanya petik suis POSITIF. Kita hanya perlu pandang setiap sesuatu itu from the brightside. Bila dirasakan terbeban dengan segala macam kerja, selalu bisikkan di dalam diri, ada ganjaran Allah nak bagi di penghujung nanti, iaitu redha Allah. Kita tidak tahu, di sudut dan minit manakah tanggungjawab itu punya keberkatan. Mungkin pada minit terakhir dalam satu sesi P&P. Mungkin juga keberkatan itu terkandung dalam tugas-tugas keceriaan picisan. Hanya Allah yang tahu :)

Jadi, bahagialah bila tak berbahagia. Ubah pandangan, ubah atmosfera, nah, hasilnya marvelous! 



Amiin..Amiin.. Tuhan izinkan kami bertemu dengan Lailatul Qadar!


 

Tuesday, August 16, 2011

Tanda Allah Peduli.


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan





Dia menarik nafas dalam. Pohon rambutan itu dipandangnya kosong. 

"Macam mana Muna, ok?"

Dia senyum. Kak Yati mungkin tersenyum jua, dia mengagak melalui lirikan mata insan itu. Indah benar insan ini di sebalik niqabnya yang sentiasa rapi melitupi wajahnya. Jauh di sudut hati kecilnya, dia menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah insan hebat di hadapannya ini.

"Berat la kak.."

Dia melepaskan keluhan berat.

Tangan lembut Kak Yati mengusap jari jemarinya. Digenggam kemas. Saat itu, dia amat merindui pelukan ibunya.

"Muna kena selalu Husnuzhon. Bersangka baik dengan sahabat-sahabat. Tak kisahlah sama ada kalau kita bersangka buruk dan sangkaan tu betul. Tapi ia tetap salah untuk bersangka buruk. Biarkan dia. Kalau boleh nasihat, cuba nasihat.. Kita hidup bersahabat ni memang kena selalu mengingati, saling memberi, saling menerima. Bukan nafsi-nafsi..."

"Tapi kak, saya rasa rendah diri. Saya tahu saya tak sehebat sahabat-sahabat lain. Apalah kelayakan saya nak menegur manusia-manusia hebat itu?"

"Muna tak boleh rasa macam tu. Muna kena bersangka baik dengan diri Muna juga. Bila menasihati atau dinasihati, kita kena buka minda kita. Tengok isi kepada apa yang dinasihati, bukan siapa yang menasihati. Banyakkan bersabar. Allah nak uji kemantapan ukhuwwah kalian.."

"Berat ujian ni, kak."

"Tu tandanya Allah sedang peduli pada kalian. Mahukah kalau Allah tak peduli?"

"Tak.Nauzubillah."

"Jadi, hadapi ujian ni dengan tenang, cari penyelesaian dengan banyakkan kebergantungan kepada Allah. Doa banyak-banyak. Berbincang secara profesional. Jangan turutkan sangat emosi.."

"Insya Allah.."

Dia tersenyum.

Mulai saat itu, dia meletakkan keazaman untuk berubah. Berubah daripada yang negatif menjadi positif. Biarlah dunia sesesak mana, biarlah atmosfera sedingin mana, dia harus positif. 


...........

16 Ramadhan 1432 Hijrah.

Bukan mudah melalui bulan tarbiyah ini. Bukan mudah mendepani pelbagai ujian emosi di saat Allah menjanjikan ganjaran yang hebat untuk insan yang bersabar di bulan ini. Bukan mudah. Setiap detik yang berlalu punya ujian tersendiri, dan terpulang kepada kita bagaimana mahu mengolah ujian itu menjadi sesuatu yang sangat bermakna, punya hikmah di sebaliknya.

Esok lusa tulat, kita tak tahu ke mana dan bagaimana kita. Terus istiqamah menggenggam Islam kah, atau futur kelemasan dalam arus dunia. Naudzubillahiminzalik. 

Jadi apa salahnya untuk kita bersangka baik, terus bersangka baik dalam apa jua keadaan. Bersangka baik tika menegur dan ditegur. Bersangka baik dalam berukhuwwah. Apalah rasanya ukhuwwah yang dicemari dengan saling berprasangka? 

Mengadili manusia itu bukan tugas manusia lain. Ia mutlaknya adalah tugas Sang Pencipta. Semoga Allah meredhai kita. Amiin



 

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting