بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Alhamdulillah. Hari ini sudah boleh tersenyum lebar. Terasa indah nian pagi ini. :)
Pertama,
Buat kesekian kalinya pantauan praktikum buat kali terakhir untuk fasa kedua ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Kata encik, "Semakin meningkat. Good job!"
Segala pujian hanya untuk Allah, yang mengurniakan kudrat dan iradat ini. Allah..Allah :)
Kedua,
Rindu pada "KS 1 Cool dan Bergaya Serta Stylo" menyapa. Betul la kata orang, bila dekat, bila bersama, jarang menghargai. Bila dah jauh, nah!
Ketiga,
Ketenangan. Ketenangan itu dalam diri, bukan pada tempat, mahupun orang lain. Alangkah indahnya bila berbahagia di waktu tidak bahagia. Hanya dengan memetik suis 'POSITIF'. Alhamdulillah. :)
Keempat,
Tak pernah segembira ini menjelang raya. Nikmat juga menanti kehadiran keluarga setelah lama di perantauan. Bertambah nikmatnya bila tak pernah berbuka puasa bersama-sama lagi. Alhamdulillah.
Kelima,
Menyenangkan hatinya :)
...
Praktikum benar-benar membuatkan dunia menjadi lebih sesak, udara menjadi lebih dingin. Beku terasa hingga ke otak. Buka mata lesson plan, tutup mata ABM. Ke arah itu sahaja topik perbincangan saban hari.
Sekian lama terasa berat, terfikir juga sesekali. Apakah diri ini memilih menjadi si guru disiakan hanya untuk begini?
Apakah hanya mendidik bila pensyarah memasang lampu amaran untuk 'observe'?
Apakah kerjaya guru ini menjadi beban, hingga terdetik penyesalan?
Wah, mengapa begitu dikomplikasikan, sedangkan tugas guru adalah semulia-mulia tugas. Apatah lagi bila peluang dan tanggungjawab membentuk jiwa insan dalam diri manusia itu terletak pada pundak seorang guru. Hebat!
Beban dan tanggungjawab merupakan dua frasa yang punya beza yang sangat jauh. Mendidik itu tanggungjawab, bukan beban. Membentuk itu tanggungjawab, bukan beban. Beban itu hanya tertakrif bila kita sendiri mengolah tanggungjawab menjadi beban. Iaitu apabila dirasakan mendidik sudah menjadi beban yang maha berat untuk dipikul, keikhlasan di hati sudah dicemari, gerak langkah juga lesu tak bermaya, semangat yang gah dahulunya juga hilang terbang dibawa angin lalu.
Mengapa begitu?
"Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya."
Hanya petik suis POSITIF. Kita hanya perlu pandang setiap sesuatu itu from the brightside. Bila dirasakan terbeban dengan segala macam kerja, selalu bisikkan di dalam diri, ada ganjaran Allah nak bagi di penghujung nanti, iaitu redha Allah. Kita tidak tahu, di sudut dan minit manakah tanggungjawab itu punya keberkatan. Mungkin pada minit terakhir dalam satu sesi P&P. Mungkin juga keberkatan itu terkandung dalam tugas-tugas keceriaan picisan. Hanya Allah yang tahu :)
Jadi, bahagialah bila tak berbahagia. Ubah pandangan, ubah atmosfera, nah, hasilnya marvelous!
Amiin..Amiin.. Tuhan izinkan kami bertemu dengan Lailatul Qadar!
1 dah komen wuu~:
k.muna~~~ so truuueeeeeeeeeeee!!!
jadi seorang yang OPTIMISTIK!! >.<
negatif mcm mana pun, fikir POSITIF~ yada. pada saya, menjadi OPTIMISTIK ibarat mengatakan HARAPAN TIDAK PUDAR. :D macam selari~ :)
ramadhan kareem k.muna~
Post a Comment