Wednesday, November 09, 2011

Aku nak jadi cantik macam tu...


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Seronoknya.Seronoknya ^___^



"Kau tengok sana.. Cantik kan?" Bibirnya dijuih panjang ke arah sekelompok anak muda berpakaian serba putih, daripada serban hingga ke jubah. Di bahu masing-masing tersangkut sehelai kain panjang berwarna hijau. Mereka panggil "rida'". Wajah nan bersih jelas terpancar daripada air muka anak-anak muda itu. 

"Boleh la.. Nampak bersih.." Teman di sebelah memandang acuh tak acuh. Pandangannya beralih kembali pada handphone di tangan.

"Kau tengok sana pulak. Peh. Cantik gila!" Matanya membuntang melihat beberapa anak gadis ayu berpakaian juga serba putih, dengan tudung litup nan labuh, jalan beriringan berpimpin tangan. Masing-masing menundukkan wajah. 

"Weh, aku teringin la cantik macam diorang.." Perlahan dititip bicara dari bibirnya.

"Kau ni pehal. Kita pakai ni pun cantik jugak tau. Kau dengan baju kurung cotton english. Baju raya kau kan? Aku pakai jubah aku ni pun cantik ape. Berat kau tau dengan manik batu-batu ni.. Tak payah lah tengok orang sangat.. Setakat baju and tudung putih plain, cantik lagi baju warna-warni kita ni.."

"Aku tau lah.. Aku pun rasa kita pakai dah cukup cantik.. Tapi kita ni kan nak pergi Majlis Maulid. Aku baca kat facebook hari tu, sunat tau hari Jumaat pakai putih, pakai wangi-wangi, lagi-lagi Majlis Maulid. Majlis ni kita nak ingat Nabi (SAW), kan ke Nabi (SAW) suka warna putih, kalau pakai putih, tutup aurat semua, mesti Nabi (SAW) suka.. Dapat pahala lagi.."

"Ala, aku mana ada baju putih.. Lagipun baju putih ni cepat kotor.. Kejap lagi kan ada makan-makan, tak nak lah aku, mesti comot nanti.."

"Kau tak teringin nak pakai macam tu?" Jarinya tertuding ke arah seorang anak gadis. Cantik. Berjubah putih, tudungnya labuh melitupi tubuhnya. Tiada manik atau batu seperti yang terdapat di jubah mereka. Juga tiada kerongsang berat tergantung-gantung di tudung labuhnya. Sekadar itu.

"Hish, simple sangat. Kalau nak ikut sunnah pun, jangan la simple sangat. Tak menarik langsung. Eh cuba kau tengok jap tudung aku ni, sanggul macam dah jatuh la.." Dia memusingkan badannya supaya temannya itu dapat melihat sanggul di kepalanya.

Dia menggeleng kepala.

"Ni lagi satu, kau tau tak Nabi (SAW) pernah sebut pasal ni? Macam bonggol unta. Tahu tak hukum dia haram?"

"Ewah-ewah. Yang kau ni sejak bila pandai bagi hukum ni. Eh kau tau, bukan aku seorang pakai macam ni. Tak kan tak nak ikut trend? Ha, cuba la kau cakap macam tu dekat perempuan-perempuan yang kat sana tu... Pandai la nak kata kat aku.." Dia mendengus.

"Tak ada lah, kau ni bukan tak belajar agama. Kalau dah tahu hukum dia, tak payah la buat.. Kalau fesyen tu dimulakan dengan seorang, tak mustahil nak matikan fesyen tu dengan seorang jugak. Kan?"

"Boring gile la cakap dengan kau ni. Dah macam ustazah-ustazah je. Agak-agak la.. Diri sendiri pun tak betul lagi.."

"Ye la.. Aku cakap je.. Aku teringin nak berubah.. Terpulang la kat kau.. Dah, jom masuk surau.. Kejap lagi diorang start qasidah, kita terhegeh-hegeh nak masuk. Kau bawak tak buku qasidah kau?"

"Bawak ni hah.. Nasib baik aku kenangkan kau ni kawan baik aku.. Kalau tak jangan harap aku nak jejak sini.. "

"Ala.. Aku ajak cari pahala..."

"Ye lah ustazah..."

.........................................................................

Putih itu menawan.. ^__^



Tidak lah salah untuk menjadi orang paling update dengan fesyen terkini,
Tetapi alangkah lebih moleknya lagi andai fesyen itu benar-benar indah pada pandangan Allah dan manusia.

Kenapa pandangan Allah dahulu?
Mudah, kerana Allah Tuhan kita. Tuhan yang cipta kan kita. Tak kan mahu ingkar arahan Pencipta kita? Siapa KITA?
Pandangan Allah yang akan diambil kira di akhirat nanti. 

Cantiknya bila mengikut SUNNAH Nabi.
Bukan sekadar ikut-ikutan. Bukan sekadar cinta di bibir.
Bukan sekadar air mata terpaksa. 
Tapi semuanya bila benar-benar CINTA dan RINDU.
Rindunya pada Nabi.. Rindunya pada Kekasih Allah..
Tapi layakkah diri pohon syafaat darinya?
Layakkah diri digelar Sang Perindu 
Seperti Rindunya para Waliullah itu
Allah..
Sunnah Nabi jarang sekali terlaksana.
Maafkan kami Ya Sidi.
Kami dusta dengan Cinta kami..



Kanak-kanak ini menangis bila mendengar tausiyah 
daripada Habib Umar.
Kenapa aku susah menangis?
Malunya....







 

0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting