بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
"Buhsan nye dok umah.. rindu kamooo~"
"Pagi2 dah buat aku bad mood! Cmon!"
"Oh begitu indah saat kau mengucapkan kata cinta itu kepada ku semalam. I already miss you. I love you, baby!"
"Cinta tak boleh dipaksa, okeh u ols.hihi..."
"Boringnya.. sape nak berkenalan ngan kitew?"
.........................................
Sapa yang selalu bila buka FB, di news feed selalu ternampak benda-benda sebegini, dan terus hilang mood untuk buka FB, angkat tangan!!
-____-
I hundred percent agree with this! (✿◠‿◠)
Facebook = Tempat Luah Perasaan
Facebook pada zaman ini umpama Myspace atau Friendster pada 4 tahun lepas. Siapa tak ada facebook, adalah orang paling tak cool di dunia, kata mereka. Di mana-mana sahaja, FB pasti tak terlepas daripada menjadi topik perbualan. Sama ada,
"Kau tahu si Jijah dah bertunang, aku tengok kat FB dia.. Tak jemput kita pun ye.."
atau
"Weh, semalam kenapa kat FB emo semacam, bro?"
atau
"Eh, nanti add kitew kat FB taw. Dah habis program nanti mesti rinduw.."
atau
"Kau kenal tak mana-mana kawan FB yang nak jual LEMBU? Cuti-cuti ni rasa nak bela LEMBU, eh tapi aku tak ada KONDO nak simpan LEMBU"
(-'_'-)
Perkara biasa kan? Jadi, dah tak hairan lah kalau pergi sekolah untuk praktikum, perkara pertama yang akan ditanya oleh anak murid adalah "Cikgu ada Facebook?" waktu perkenalkan diri, dan ditanya, ada apa-apa lagi soalan? Kalau cikgu dulu kena tanya "Cikgu dah kahwin?" atau "Cikgu dah ada pakwe?"
Anak-anak zaman sekarang..
Rata-rata pengguna Facebook adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Dari sekecil-kecil kanak-kanak sekolah rendah sampai ke atok atok senior, dengan pelbagai tujuan. Kawan-kawan dalam list friends saya pula datangnya daripada pelbagai jenis orang. Pelbagai jenis orang akan mewujudkan pelbagai jenis ragam. Itu fakta yang paling tepat.
Kalau buka FB friends yang masih bersekolah rendah, rasa nak tergelak pun ada. Biasanya anak-anak murid lah. Penuh wall nya dengan segala macam application games Facebook. Jiwa kanak-kanak.
Kalau buka FB friends yang sudah di sekolah menengah, sudah mula pandai post video daripada youtube. Justin Bieber, Selena Gomez, Grayson Chance, Najwa Latif, dan entah siapa lagi artis, penuh di wall mereka. Bila rasa nak update status pulun cari lirik lagu yang dirasakan cool, kemudian copy and paste. Bila tukar profile pictures, wall pasti akan penuh dengan kata-kata begini,
"DP santekk!"
"Comelnye DP awak dear.."
[Honestly, i'm googling for what does DP stand for. Baru tau rupanya Display Picture. Call me lame.]
Profile picture tak sah kalau bukan yang pegang DSLR, atau yang buat muncung, atau yang gambar tanpa kepala atau cantuman jari-jari yang jadi bintang atau gambar kasut. Teenagers~
Bila buka pula profile kawan-kawan sebaya, bertambah seronok. Masakan tidak, kalau bukan gambar kahwin, gambar tunang, kalau bukan gambar tunang, gambar cincin. Paling seronok bila tengok gambar kawan-kawan yang dah pegang baby! Fuh. Status pun berkisar tentang alam rumah tangga, berdebar-debar menanti saatnya, kegembiraan and so on.
Bagi yang tak ke alam rumah tangga lagi, ada yang menyerlahkan kematangan dengan berkongsi ilmu di status-status atau notes atau video. Menarik. Saya rasa mereka begini adalah matang! (✿◠‿◠)
NAMUN,
perkara paling mematikan mood bila buka FB adalah apabila ada yang menjadikan FB sebagai tempat luahan perasaan. Ini pandangan peribadi saya, tidak memaksa sesiapa untuk menerimanya. :)
Ada yang suka menjadikan Facebook sebagai tempat melepaskan kemarahan, kekecewaan, kesedihan, atau kegembiraan. Ya, itu hak masing-masing, saya tahu. Tapi apalah perasaannya bila pagi-pagi buka FB untuk check perkembangan terbaru Pilihanraya di Mesir, terpaksa membaca status-status kekecewaan dengan buayafriend, atau kemarahan yang meluap-luap terhadap HATERS, atau kesedihan ditinggalkan gelifriend. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, ia sangat MEMUALKAN.
Saya berpendapat perasaan kita adalah terlalu peribadi untuk dihebohkan dan dicanang sebegitu rupa di laman sosial, yang ribuan orang boleh mengaksesnya. Apalah salahnya mengambil kira perasaan kami yang mahukan ilmu baru setiap kali membaca news feed, kenapa perlu terlalu terbuka untuk meluahkan perasaan kita, sehingga mengganggu perasaan orang lain?
Andai terlalu marah atau kecewa sekalipun, mencanangkannya di Facebook tidak akan lebih menyelesaikannya, malahan mungkin boleh mendatangkan fitnah kepada diri kita. Kemarahan dan kekecewaan itu datangnya daripada nafsu dan ditambah dengan bisikan dan suntikan daripada iblis, yang mahukan manusia ini melupakan Allah di saat sedang marah atau kecewa. Nah, jika kita terlalu mengikut perasaan, menghebohkannya di khalayak umum, pasti akan ada yang akan menjadi apinya! Maka bertepuk tangan dan bersorak gembiralah syaitan itu.
Di sini saya nak kongsikan beberapa tips bagaimana menghadapi kemarahan. Semoga bermanfaat (✿◠‿◠)
1. BERZIKIR
“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang". (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)
Ha, kan Allah sendiri bagitahu tu.. :)
Sebab tu bila rasa nak marah, atau geram je, jauhkan diri daripada Facebook, sebaiknya ISTIGHFAR, bagi syaitan yang duduk di hati tu lari, dan BERZIKIR lah. Insya Allah, hati akan menjadi lebih tenang, dan dengan mudah boleh get over kemarahan itu tadi.
2. BERWUDHUK & SOLAT SUNAT
Andai kata kemarahan atau kekecewaan itu masih berbaki, dan kita sedar amatlah susah untuk mengawalnya, sebaiknya pergilah BERWUDHUK, dan tunaikan SOLAT SUNAT TAUBAT. Kembalikan semuanya kepada Allah, dan kalau rasa terlalu berat untuk ditanggung, dalam sujud terakhir, pohon keampunan daripada Allah, minta ditenangkan hati dan diberi petunjuk. Allah sangat suka orang yang selalu bertaubat dan kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan.
3. MEMAAFKAN
Orang kata memaafkan tu memang susah,lagi-lagi bila hati disakiti dan dikecewakan. Tapi kalau kita berdendam dan simpan di dalam hati, tidakkah itu lebih merugikan. Hati pun sakit sentiasa. Jadi, ambil masa untuk tenangkan fikiran, cuba lupakan dan maafkan. Tak rugi, malah Allah lebih sayang! :)
4. SENYUM & POSITIF
Mudah sangat kan..?
5. TULIS
Ok, andaikata dah memang tak boleh ditahan-tahan, perlu juga diluahkan, ok, buka MS WORD, dan luahkan di situ. Bila dah tenang, baca balik, pasti anda akan tergelak sendirian.
[Tips ini juga sangat berguna untuk yang panas baran seperti
Jadi, mudah saja kan? Bayangkan kalau kita masih menjadikan FB sebagai tempat luahan perasaan, kita akan :
1) Membuka lubang fitnah untuk diri sendiri
2) Membuka peluang syaitan dan konco-konconya bergembira
3) Mengganggu emosi orang lain
4) Menaikkan rating diri sendiri sebagai "The Most ANNOYING People"
Salam Ma'al Hijrah 1433 H (◡‿◡✿)
3 dah komen wuu~:
I LOVE THIS POST KAK MUNAAAA~~~
haha.. cukup lah penderaan jiwa yang dilakukan oleh manusia2 ini..
anis, u love the post or u love me? hihi
asal xde button like? hihi.
sangat matang drpd usia sebenar:)
trime ksh muna, dah tuliskan mcm apa yg ain rasa, tp ain xreti tulis mcm muna. syg muna!
Post a Comment