yang penat tapi ikhlas,
Muna 'Izzah Md Isa
at 4/30/2009 07:06:00 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Telah menjadi seakan akan satu tabiat untuk saya menulis kala matahari kian merajuk membawa diri.huhu. Bersyukur lah kerana kita masih punya masa untuk mengecap rezeki dari Nya. Cukup sekadar kalimah Alhamdulillah :)
Melihat tajuknya, mungkin sekilas pandang anda mengatakan "oh, kolotnya budak ni!"... atau mungkin ada di antara anda yang membangkang tajuk entry saya kali ini. Sabar. Kita sembang dulu, baru boleh komen. :)
Cinta Itu Jijik?
Saya sendiri bosan untuk berbicara tentang cinta ni. Topik yang terlalu biasa, terlalu biasa untuk dibahaskan. Kalian juga mungkin dah jemu dengan isu ini. Cinta..Cinta..Cinta.. Tak habis habis! Saya sendiri kurang yakin keberkesanan isu ini, dan masih tercari cari di mana hala tuju nya?? Sebab jika dilihat telatah dunia sekarang yang terlalu menyanjung tinggi cinta sesama manusia, cinta sesama makhluk ini, seolah olah kita bukan umat akhir zaman! Maaf jika terlalu kasar namun saya tidak terjumpa perkataan yang paling sesuai melainkan "tiada kesedaran!"
Saya akui saya sendiri pernah bercinta. Dahulu saya bangga untuk mengeluarkan kenyataan ini, saya gembira dengan pernyataan "saya sedang bercinta" tapi kini Ya Tuhan. Jika rasa malu itu tertulis di wajah ini, saya lah orang paling banyak perkataan "malu" di wajahnya. Saya malu saya pernah bercinta. Saya malu dengan Allah kerana pernah meletakkan cinta manusia lebih tinggi nilainya berbanding daripada cinta Nya. Ampunkan hamba Mu ini, Ya Allah. :'(
Kenapa saya katakan cinta itu jijik?
Cinta itu tak jijik sebenarnya, tetapi manusia yang membuatkan cinta itu menjadi sejijik jijik benda pernah wujud. Cinta itu bersih dan suci kiranya betul letak tempatnya. Saya bukan sang pemikir yang melarang keras cinta. Saya cuma muak dengan kerenah sang pencinta ini. Saya muak melihat gelagat sang pencinta. Dunia ibarat kepunyaan mereka. Terang-terang melakukan maksiat.
Ingin saya jelaskan di sini, maksiat itu bukan sekadar tertakluk kepada pegang-pegang tangan, dating, atau pun lebih daripada itu.. Bergayut di telefon juga merupakan satu daripada aspek maksiat. Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya, sang pencinta yang banyak menghabiskan masa dengan bersembang berjam jam lamanya di telefon ini bukan sembang masalah dunia pun. Sekadar berbual kosong diselit dengan gurauan manja, gelak tawa yang memualkan, dan berbual dengan nada yang sungguh memalukan untuk didengari orang sekelilingnya!
Klik gambar untuk lebih jelas
Pernah sekali saya dikritik keras di sebuah laman forum selepas saya menegur gelagat seorang ahli nya yang terlalu teruja dengan dunia cinta nya sendiri sehingga tiada rasa malu bercerita tentang maksiat yang dilakukan. Saya dituduh anti lelaki.
"Orang tengah bercinta, semuanya indah. Tiada yang buruk. Cuba tegur, sumpah kena sembur balik".
Nabi Muhammad S.A.W juga bercinta dengan isteri-isteri baginda. Teringat satu kisah baginda bersama Saidatina Aishah r.a yang menyebut...
Maksudnya; ”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran” (Sunan Ibni Majah : 626)
Jadi pada pendapat saya, tak salah untuk bercinta, kerana sudah jelas dan terbukti bahawa Nabi kita sendiri sangat mencintai isteri baginda. NAMUN harus diingat, cintailah manusia itu kerana Allah. Bercinta lah kerana DIA. Bercinta ketika tiba waktunya. Tapi harus lah meletakkan cinta kepada Allah lebih daripada cinta kita kepada manusia.
Sabda Nabi S.A.W
"Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, nescaya dia merasakan manis iman iaitu :
1) Hendaklah Allah dan Rsaulnya lebih dia cintai daripada selain nya 2) Dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah 3) Dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia dibenci untuk dilemparkan ke neraka
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maafkan saya kiranya entry kali ini agak kasar bunyinya. Saya muak dikelilingi dunia sang pencinta.
Bertanya seseorang kepada Ibrahim Adham...Hamba 1 : Hai Ibrahim, bolehkah kiranya aku melakukan maksiat.Ibrahim Adham : Boleh. Dengan syarat jangan kau makan rezeki Allah...
--------------------------------------------------------------------------------------------- Aku tatau la budak azie ni tag aku ke idak...tapi aku rasa ya...
Sume org leh amek award di ats n letak kt blog korg k.... dgn syrt, jwb tag kt bwh ni... i2 saja......
RULES: 1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle. 2. For each question, press the next button to get your answer. 3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY? Hayya Bil Jihad -- Brothers [Ruhul Jihad betol]
2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF? Big Butts - Sir Mix A-Lot [hell no!!]
3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY? (GIRL?) Senam Si Tommy!! [wawawawawa.apa jadah le tag si azie ni]
4. HOW DO YOU FEEL TODAY? Cinta Ini Membunuhku -- Dmassiv [a'ah.cinta manusia membuat aku rasa nak bunuh hati supaya tak terjerumus dlm lembah hina itu]
5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE? Demi Matahari - Snada [beruntung bagi orang mensucikan ketaqwaan]
7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU? Silly Lilly -- Bunkface [lilly yang silly bukan aku]
8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU? Mujahid Muda -- Izzatul Islam
9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN? Islam di Puncak penghinaan [yes!! exactly!!!]
10. WHAT YOU ALWAYS DO DURING TAKE 5? AR Ruhul Jadid -- Ruhul Jadid [tiada istilah take 5 dalam kamus orang berjuang!]
11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND? Crush -- David Archuleta [pufff...old story..kot]
12. WHAT IS YOUR LIFE STORY? I Will Survive -- Nana AF1 [sudah tentu lah!]
13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP? Jalan Juang -- Izzatul Islam [jalan juang yang tak kan pernah berhenti]
14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE? A Little Too Not Over You -- David Archuleta [entah lah.aku x reti]
15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING? Fall For You -- 2ndHand Serenade [merepek lah ko ni azie]
16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL? Laskar Pelangi -- Nidji [hahahaha.sape nak nyanyi lagu ni ntuk aku?? adik2 D.U?..huk2]
17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?? Keluarga Bahagia -- Saujana [saya rindu family di kampung]
18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR? I'll Be There For You -- Friends Song
19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET? Adakah Kau Lupa -- Shoutul Harakah [lupa tak semayang lagik]
20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW? Dibius Cinta [macam haram]
21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS? Islami Ya Quds -- Shoutul Harakah
22. WHAT WILL YOU POST THIS AS? Situasi -- Bunkface
Kesimpulan saya dapat:
Azie memang kuat merepek. Mengapakah hal ini terjadi? Mungkinkah beliau mengalami disleksia? Atau mungkin juga terencat akal tahap sederhana berat? Satu persoalan yang masih samar samar jawapannya sesamar wajah beliau. Wahai Azie... jangan disia siakan usia mudamu dengan mengumpul botol deodorant kosong. Ketahuilah bahawa aku tak pernah melarang untuk kau meminati Tomok kerana aku faham naluri keibuan kau yang sangat kuat mendesak kau untuk memberus gigi menggunakan berus sabut. Bersabarlah Azie. Aku masih di sini setia di sisi kau.....
Alhamdulillah. Sekali lagi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas hidayah dan taufiq yang dikurniakan yang mendorong kekuatan langkah dipanjangkan ke Darul Ummah [dulunya dikenali sebagai Baitul Ummah] di Kampung Tok Bedu di Tasik Gelugor PP pada 24 April lepas (Jumaat).
Sebelum memulakan catatan perjalanan yang lebih panjang, hamba yang kerdil ini ingin memohon beribu kemaafan daripada saudara Mahzan atas kelewatan memaklumkan akan rancangan ke Darul Ummah ini. Afwan, ana punya daya ingatan yang lemah. *dah nampak adik-adik D.U je* :)
Perancangan untuk melawat Darul Ummah sudah lama terdetik di hati semenjak mula-mula Anis bercerita mengenainya. Namun sekali lagi alasan kesibukan menjadi umpama bonggol di jalanan, bukan tak sampai, cuma agak lewat.
"Budak-budak suka kalau cerita pasal bintang, langit, dan apa je yang berkaitan dengan alam semesta. Lepas tu, kaitkan dengan kebesaran Allah"
Kata-kata abg Salman mencetuskan idea untuk menyediakan modul untuk adik-adik D.U. Modul disusun dalam masa sehari setengah dengan harapan dapat dihadami dalam masa sehari program.
Lebih kurang jam 3 petang, delegasi yang terdiri daripada sebijik kereta dan sebijik motor bertolak dari maktab tercinta berbekalkan kekuatan dan semangat oleh Nya.
Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit. Tak jauh pun maktab dengan Gelugor rupanya.Oh ya. Darul Ummah ni dekat je dengan STAIL. [baru tahu] :)
Sampai sahaja di D.U, debaran hati ini mula menggila kala melihat penghuni D.U yang semuanya adalah putera di mana sudah tertentu suasananya berbeza dengan Abu Nur yang penghuninya merupakan semua puteri! *agak menggeletar jugak la 1st time masuk D.U*
"Insya Allah. Ikhlaskan niat Lillahitaala, dengan izin Nya, semua akan berjalan lancar! Hayati "Erti Hidup pada Memberi"!!
Kala kaki-kaki ruhul jihad ini melangkah ke dalam Darul Ummah, dapat dirasakan aura bi'ah yang sihat mendamaikan suasana antara mereka. Kehadiran disambut dengan senyuman, penuh ikhlas menenangkan jiwa. Senyuman yang terkandung seribu pengharapan dari kami, siapa tahu, di sebalik senyuman ikhlas mereka terkandung bermacam pahit getir hidup yang hanya mereka dapat rasai... Jika kita berada di tempat mereka, masih mampu tersenyum kah kita?
Putera-putera D.U dihimpunkan di ruang tamu hadapan. 18 orang kesemuanya. Dan majoritinya berumur 7-12 tahun. [time tengah nakal ni.huhu]
Abg Salman membuka bicara petang itu dengan memperkenalkan putera-putera kesayangannya sepintas lalu. Boleh la nak ingat sikit-sikit. Insya Allah mai lagi sekali boleh hapal dah nama semua..huhu.
Saya tertarik untuk quote kata-kata abg Salman yang menyentuh hati saya..
"Ana ibarat abang kepada mereka ni. Jika telinga berdaki, ana tolong bersihkan, jika belakang gatal, ana tolong garukan. Ana nak mintak tolong satu, tolong jangan bawa lari mereka, hati ana ada dekat mereka..." -- Insya Allah.
Putera-putera itu ditugaskan abg Salman untuk mencatat nama dan tanda tangan kami. Riuh dibuatnya. 18 orang mai tanya, 18 kali dok ulang nama. Nama penuh pulak tu.. huhu
Program petang itu dimulakan dengan ta'aruf. Mereka dibahagikan kepada 3 group. Makanya, setiap group ada 2 kakak. Saya dan Adeq 1 group, Attiq dan Ween, Azie dan Hana. *Anis sebagai mandor memerhati dari jauh..huhu*
Kami memulakan ta'aruf dengan bermain game. Game yang mudah. Sesuai dengan usia mereka. Setiap seorang daripada mereka diberi satu nama dan mereka dikehendaki melukis wajah nama yang mereka dapat. Tak kisah apa sahaja bentuk lukisan -- asalkan menggambarkan wajah rakan mereka itu. Kemudian mereka diminta memberi gambaran tentang rakan mereka, bukan dari segi fizikal. Contoh : hobi, makanan kegemaran etc..etc.. Akhir sekali mereka perlu menulis "Saya Sayang ___" dan saling bermaafan antara satu sama lain.
Objektif : Menyemai rasa sayang terhadap adik beradik & kawan-kawan. Mendidik hati menjadi pemaaf. Mengukuhkan ukhuwwah yang terbina. Explore kreativiti mereka.
Usai sesi ta'aruf, program ditangguhkan demi memberi laluan kepada solat asar dan minum petang. Memandangkan Darul Ummah merupakan kediaman putera, adalah amat tidak manis bagi kami kaum Muslimat untuk menumpang solat di situ. Maka kami bertujuh bergerak ke surau berdekatan untuk menunaikan kewajipan kami sebagai hamba-Nya.
Lebih kurang jam 5 petang, sesudah menunaikan solat Asar, kami kembali ke Darul Ummah demi menyempurnakan misi yang belum selesai.
Program "Meneroka Alam Ciptaan Allah" disambung semula. Mengikut perancangan awal, putera-putera D.U perlu di bahagikan dalam beberapa kumpulan memandangkan ketiadaan LCD untuk memaparkan video. Namun setelah berbincang, kami mengambil kata sepakat untuk mengumpulkan mereka dalam kumpulan besar demi menjimatkan masa yang semakin suntuk.
Entah apa semangat Hang Li Po dalam diri ini tiba tiba dengan rela menjadi PIC untuk "talk" dan video ni. huhu.. *semua ku lakukan demi adik-adik tersayang*
Walaupun preparation untuk bercakap mengenai sistem suria dan alam ciptaan Allah ini tidak dirasakan lengkap, namun alhamdulillah, mereka seakan akan mengerti apa yang kak Muna mereka nak sampaikan sebenarnya.
*Saya sendiri belum punya kekuatan untuk menghadam ilmu astronomi ini. Sekadar mampu berkongsi apa yang ada di lubuk minda yang diselit dengan sedikit kesedaran*
Mengajar sambil bercerita kepada mereka adalah tidak susah bagi saya. Mereka punya semangat dan rasa ingin tahu yang tinggi yang membuatkan diri ini menjadi lebih bersemangat untuk memberi!
Hasil daripada pemerhatian kami dapat saya ringkaskan bahawa putera-putera Darul Ummah punya kebolehan untuk diasah lagi. Mereka punya kekuatan yang jarang dimiliki oleh kita sendiri yang kononnya punya segala-galanya berbanding dengan mereka yang dambakan kasih dan perhatian. Nak tahu! Nak belajar! Syukur mereka punya hati yang berkehendakkan ilmu.
Matahari, Utarid, Zuhrah dan Bumi! Oh hanya 3 planet sahaja yang sempat diceritakan kepada mereka. Masa sungguh dirasakan singkat dan amat mencemburui kami.
Sebelum mengakhiri program petang itu, Anis saya minta untuk membuat kesimpulan dan rumusan mengenai apa yang telah dipelajari pada hari itu. Kami memperdengarkan dan mengajar mereka lagu Menuju Wawasan - Suara Firdaus kepada adik-adik. KLIK untuk download Menuju Wawasan - Suara Firdaus
Minum petang dijamu. Dan selepas bersembang sebentar bersama Abg Salman, kami bersiap siap untuk pulang. "Kami bukan bersiap untuk pulang, kami bersiap untuk datang lagi!" :)
yang penat tapi ikhlas,
Muna 'Izzah Md Isa
at 4/27/2009 01:06:00 AM
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
"Amalkan 5 Perkara Penawar Hati ini"
1) Berdamping dengan orang-orang soleh 2) Membaca Al-Qur'an 3) Banyakkan berpuasa 4) Bangunkan malam mu dengan Qiamullail 5) Bermunajat kepada Allah S.W.T
Beep! Handphone buruk ini menerima satu mesej. Siapa la pulak hantar mesej tengah2 malam ni. Detik hati bermonolog sendiri.
"Muna. Maaf lambat bagitau. Atok *** baru meninggal pukul 8 lebih tadi" Pengirim : A (ya, nama sebenar).
Diam.
Masih dalam keadaan terkejut. Bukan terkejut mendapat perkhabaran itu, tapi terkejut melihat nama si pengirim (terpaksa dirahsiakan demi keselamatan diri). Haish. Tidak mengapa lah. Kisah lama, mengapa perlu diingat semula. Ketahuilah, diri ini tidak menyimpan dendam pada sesiapa pun, tak kisah lah siapa pun yang bersalah, hamba atau kalian. Kita punya fitrah yang sama, punya agama yang sama, punya Tuhan yang satu. Jadi, saya bukan sesiapa untuk tidak memohon maaf mahupun memaafkan kalian kerana kita punya DIA yang lebih agung dari apa saja yang diciptakannya. Subhanallah. Dan sesungguhnya orang yang mempunyai hati yang paling mulia adalah orang yang memaafkan kesalahan orang lain. *saya nak jadi orang itu! nak sangat!!*
Innalillah. Jauh fikiran menerawang. Al Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan al Mukminin. Amin~~
Due date esok. Hurm. Mintak-mintak kak Ana and yang lain puas hati. Ye, kak ana ye. :)
Seronok jugak kerja bawah biro penerbitan ini. Oh. Faktor serasi itu sebenarnya yang memudahkan segala kerja ni. Minat. Biro penerbitan sudah tentu perlukan penggunaan kamera yang banyak, design itu, design ni, oh saya sangat seronok buat kerja ni!
Pernah satu ketika kudrat hamba yang dhaif ini diperlukan (kah?) untuk menghasilkan satu video dokumentasi merekodkan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan di maktab tercinta. Biarpun diri ini sekadar AJK bagi biro lain, tapi bak kata orang "pucuk dicita ulam mendatang makan ulam petang-petang" huhu. (tambahan di akhir ayat harap dihiraukan).
Diri ini punya ilmu sekadar secubit roti (apakah?), biarpun sekadar secubit, tapi tetap punya rasa yang sama ibarat sekeping roti. Insya Allah.
Di sebalik keterujaan itu sebenarnya lahir satu rasa gundah gulana setiap kali diminta menghasilkan video/iklan/poster/ apa sahaja yang berkaitan. Satu rasa yang tak mungkin dapat dielakkan sejak dulu lagi sebenarnya. Saya mengaku saya seorang yang perfectionist, bukan saya megah dengan akuan ini cuma sekadar penzahiran rasa di kalbu.
Baik buruk seorang perfectionist?
Jika dilihat dari sudut positif, seorang perfectionist itu punya kekuatan untuk memimpin 'team' nya mencapai matlamat yang ditetapkan. Hanya kejayaan yang berada dalam mindanya. Setiap perancangan dirancang dengan teliti dan dipandang dari segala aspek.
Namun seorang yang memiliki sifat perfectionist ni kadang kala punya sifat yang "clumsy" yang terjadi apabila "I can't start my project until I know the 'right' way to do it."... Menunggu sehingga benar-benar jumpa 'point' atau titik yang dicari untuk memulakan suatu kerja. Dan apabila titik permulaan itu sudah dijumpa, dah terlalu lewat untuk menghasilkan satu kerja yang 'perfect!' Bila jadi mcm tu, mula lah tension, terutama bila membandingkan kerja sendiri dengan kerja orang lain!
Sejujurnya saya akui diri ini punya sifat sebegitu. Saya perasan akan hal 'cari titik permulaan' ni apabila diminta untuk bercakap di hadapan. Untuk presentation atau apa sahaja. Terutama bercakap tentang perkara yang berkaitan dengan fakta atau speaking! Saya terlalu mencari titik permulaan sehingga mencacatkan pengucapan saya apabila senyap begitu sahaja. Takut untuk buat salah. Pernah mencuba untuk main redah, namun tetap tergagap gagap kerana apa yang keluar dari mulut bukan apa yang ingin disampaikan. Saya bukan seorang yang spontaneous!! Akibatnya, saya dilihat sebagai tidak bersedia dan tidak yakin dengan diri sendiri. *malu oh*
Namun saya sedar keinginan menjadi sempurna dalam diri ini tidak lagi mencapai tahap kritikal sehingga menyusahkan orang lain yang bekerja bersama-sama, menjadi seorang yang menjengkelkan. hehe. Alhamdulillah. Syukur kerana setakat ini, saya punya team work yang sangat mantap dan komited dalam kerja.
Pada asalnya entry saya kali ini adalah untuk berkenalan dengan "usrah". Entah macam mana boleh sembang pasal ni pulak. hehe.
"Hidup lah dengan memberi sebanyak-banyak nya bukan untuk menerima sebanyak banyaknya"
Nantikan laporan Mengejar Pelangi di Darul Ummah pada entry akan datang.
yang penat tapi ikhlas,
Muna 'Izzah Md Isa
at 4/23/2009 03:06:00 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
*Video ini mungkin akan meluruhkan jantung anda mahupun membuat anda memaki hamun.Jadi sila bersedia untuk segala kemungkinan*
BIBIK JAHAT
Subhanallah. Ya Allahuakbar! Laju air mata mengalir kala menonton video kejam ni. Tidak pula saya tahu apa yang dipertontonkan ini benar atau tidak. Walaupun kabur, tapi tak mungkin sekadar lakonan semata-mata. Binatang mana yang zalim yang mahukan anak kecilnya berlakon untuk video ini. Astaghfirullah. Sedih. Geram!!!! Marah! Apa salah anak itu, Ya Allah. Ditendang, dipijak, dicampak macam mainan. [geramnyerrrrrrrrrrrrrr!!!]
Hai para ibu bapa di luar sana, Jadikan lah video ni sebagai pengajaran. Kenapa perlu jadi hamba duit, hamba kerja, kalau anak-anak kita dilayan lebih teruk dari binatang, sesuka hati nak pijak, tendang anak-anak kita, lebih sadis, di rumah kita sendiri!! Untuk apa kita kejar dunia untuk siapa? Untuk anak-anak kita? Ke untuk kita sendiri?
Kronologi "Bibik Jahat"
1 . Anak kecil itu ditendang sehingga tercampak ke lantai
2 . Kemudian anak itu bangun dan ditarik dengan kasar [sangat!]
3 . Dia dicampak ke lantai dan meraung dengan kuat
4 . Badan kecil anak itu dipijak oleh si @#$%*
5. Si &*%$# melakukan aksi ala-ala kungfu dalam cerita Shaolin Soccer
6. Si *&^%$ masih tak berpuas hati lantas memijak badan anak kecil itu dan melompat lompat seolah olah sedang beraksi dalam WWE
7. Aksi ini tak dapat dikenal pasti namun tangisan anak kecil ini makin kuat
8. Si *&%&$ melakukan aksi sepak bola paling bertenaga iaitu dengan menyepak anak itu dari jarak jauh. [cilakak. lu ingat bola ke???!]
9. Masih tak berpuas hati dan memijak dengan sekuat tenaga.
10. Lihat aksi ini dan jangan salahkan saya kalau saya tercarut barang satu dua.
11. Anak itu dibawa masuk ke bilik. Toilet kot. Apa jadi selepas itu, hanya Tuhan yang tahu.
Sumber : YouTube
p/s:kalau jumpa bibik yang kejam ala zionis ini, sumpah gua rejam lembing.
yang penat tapi ikhlas,
Muna 'Izzah Md Isa
at 4/21/2009 11:41:00 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Sebelum memulakan laporan ziarah kali ni, izinkan diri ini memohon seribu kemaafan atas ketiadaan entry untuk dikongsi bersama sejak 2,3 hari ni. Ya, alasan sibuk mungkin kita dah bosan untuk terima, namun apakan daya, banyak komitmen lain yang memerlukan pengorbanan dari kudrat yang tidak seberapa ini. Maafkan saya. :)
Ziarah kami ke Kediaman Abu Nur, Hulu Lenggong, Perak kali ni sebenarnya punya kisah agak menarik di sebaliknya. Mengikut perancangan asal, 17 - 19 April (Jumaat-Ahad) merupakan tarikh yang dinanti kami untuk menziarahi KUALA MU. Namun, apakan daya, 18 hb yang lepas kami (bebudak IPTB) ada kelas ganti. Oh. sekali lagi kami pasrah dengan takdir yang telah ditetapkan.
"Tak dak rezeki." -- kepasrahan terserlah di sini. Tiba-tiba......"Jom pegi Abu Nur!" "Jom!" "Jom saja!"
Ziarah yang sebelum ni, saya tak dapat ikut serta atas tiket "handle Malam Gaza". [lapuk betul reason]. Tak kisah lah. Dan sekarang -- Jom! saya tak kan lepaskan peluang ni. Dah lama dengar pasal Abu Nur. dan macam-macam versi yang didengar. "Benda ni perlukan pengalaman, bukan penceritaan!"
"Kita kena pegi sabtu jugak, sbb takut tak dan kalau pegi ahad..." "...sabtu ada netball..kami main..." "...kak azi nak mai...kita kena pi jugak minggu ni" "kalau naik bas, kena rush. kita sewa kereta..bla..bla...minyak..bla..bla..lesen.." "duit tak dak hal..bla..bla..elaun banyak...bla..bla...duk luar.."
Setelah mencapai kata sepakat walaupun dalam keadaan 'main redah', tepat jam 6 (lebih sikit), berbekalkan kudrat yang ada, delegasi yang terdiri daripada
ANIS - pemandu arah
MUNA - drebar paling best
AZIE - ticer yang paling semangat
MALA - cikgu aerobik senam tommy
ADEQ (yana) - munsyid letih main netball
*ATTIQ dan HANA yang sepatutnya ikut serta sekali malangnya tidak punya rezeki untuk bersama-sama. ATTIQ punya komitmen lain di Bengkel Aktivis Alam Sekitar - ASAK di Kepala Batas. HANA pulak -- letih sangat main netball ye. hehe. Tak pe la. Kami pun dah sampaikan salam hmpa kat adik2.*
Transport kami kali ni adalah kereta sewa - Wira Aeroback Auto bernombor plat tak ingat. Kenapa auto? Sebab saya dan kereta manual tak berapa nak kacip. hehe
Kami tiba di pekan Kupang dalam lingkungan Maghrib, jadi destinasi utama -- masjid and next is makan!! Biarpun Anis (pemandu arah) dah agak banyak kali mai melawat Abu Nur, namun apakan daya tahap ingatan beliau sudah bercampur baur dengan segala masalah, maka banyak kali juga la calling sana calling sini. Ha la.. Kalau tak tau, memang kita kena tanya, bukan kah malu bertanya sesat jalan. Bukan niat kami nak susahkan sapa-sapa, jadi kami mintak maaf lah kalau ada pihak yang mengganggap pertanyaan2 kami ni banyak menyusahkan anda :)
Kami tiba ke destinasi utama kami iaitu Kediaman Abu Nur dalam jam 10 malam. Wuu. Jalan ke sana kala malam bulan mengambang sangat la mencabar keupayaan mata ini. Namun Alhamdulillah, jalan yang ekstrem itu tidak menggugat semangat kami walau sedikit pun!~
Badan yang letih dan tak bermaya ini jadi kembali segar tika melihat wajah adik-adik Abu Nur yang masih tidak tidur menyambut ketibaan kami. Wajah-wajah ceria penuh harapan mereka meriangkan jiwa ini. Segala gundah gelana hilang begitu sahaja dibawa sepi angin malam. [haha.pandai gak aku bermadah]
Ummi, Mama dan Ustaz Rejab juga masih belum lena demi menanti kehadiran kami. terima kasih ummi, mama n ustaz!!
Malam itu kami tidak berkesempatan bersembang panjang akibat keletihan yang tak dapat ditanggung lagi. Ya, rehat yang cukup memang perlu untuk esok!! ----------------------------------------------------------------------------------------------- ...Ouh..Alarm sapa pulak bunyi ni....Tidur laa.... "Muna.Bangun.Subuh dah. Solat jemaah dgn adik2 kat surau jom" Jom..Jom... ----------------------------------------------------------------------------------------------- Selesai sahaja solat subuh berjemaah maka bermula lah pengisian untuk hari itu.
7.15 pagi : Riadhah bersama Kak Anis dan Kak Muna
8.30 pagi : Sarapan. [Tunggu kakak-kakak mandi]
Hasil gabungan tenaga kami berlima telah berjaya mengumpulkan adik-adik di dalam surau Abu Nur tepat seperti yang dirancang. Memandangkan segala jenis bahan yang ingin diedarkan masih bersama kak AZIYAH yang katanya akan naik bas dari SP ke BALING dalam pukul 6.30 pagi, dan setelah perancangan 'main belasah janji berkesan' dibuat, kami telah mengajar adik-adik Abu Nur sejenis senaman yang digelar senam Si Tommy. [Percayalah, senaman ini sangat 'fun' dan sihat sehingga kakak-kakak juga terkena demam tommy dalam kereta!]
MALA : Bersemangat bersenam sampai macam ni sekali.
Seronok betul deme ni.
Senam Si Tommy...Kalau rajin...bosan2 petang2 boleh buat :)
"Kak Azi dah nak sampai Baling.."
Tugas meng'handle' adik-adik diserahkan kepada Adeq, Azie dan Mala.
Anis dan saya segera bertolak ke pekan untuk fetch Kak Azi. Sampai di stesen bas Baling, tak susah pun nak cari Kak Azi, sebab elok kami sampai, bas nya pun baru sampai. Oh ya. Ini pertemuan kali pertama saya dan Kak Azi, kedua bagi Anis dan Kak Azi, namun dapat dirasakan macam dah kenal lama! Kak Azi siap bawak kek [home made oh!] dan konon2 nak bagi kami rasa sikit..tapi tak ada rezeki laa kak Azi... :P
Kak Azi, Adeq n Muna
Sampai saja di Abu Nur, tak dak buang masa dah, Kak Azi dengan pantas dan tangkas serta cemerlang, mengagihkan latihan-latihan untuk adik-adik Abu Nur setelah dibahagikan mengikut group masing-masing.
Sepanjang sesi membuat latihan pengukuhan dan pengayaan ini, melalui pemerhatian saya sendiri, adik-adik Abu Nur perlukan sesuatu menjadi pemangkin (pendorong) untuk mereka nampak jalan yang bakal mereka lalui kelak.
Maksud saya di sini, kebanyakan daripada mereka ini tidak punya sebab yang kukuh kenapa mereka perlu belajar.. seolah-olah mereka pergi sekolah atas sebab 'memang kena pergi'. Minat dan galakan untuk belajar itu kurang, malah ada yang tak ada langsung. Boleh tengok saja kertas latihan di hadapannya. "Malas," jawabnya. Kenapa ya jadi macam ni? :(
Namun masih ada adik-adik yang punya minat dan keinginan untuk belajar itu. dan mereka ini lah yang menjadi harapan kami untuk melihat bidadari Abu Nur di menara gading kelak.
Tekun mewarna si kecil
Awat ticer Azie?? Serious je..
Gambar candid sebenarnya :P hehe
Kak Ita pun nak jugak...
Guru Besaq Aziyah :)
Aktiviti membuat latihan ditangguhkan pada jam lebih kurang 12 tengah hari untuk beri laluan kepada makan tengah hari dan solat zohor. masa dirasakan begitu singkat. Pukul 3 kami perlu bertolak pulang sebab tiket Kak Azi ke KL Central adalah pada jam 8 malam.
Sebelum bertolak pulang, kami memberi kata-kata akhir yang disertai dengan segunung harapan kepada adik-adik Abu Nur. Harapan untuk melihat keindahan ukhuwwah antara mereka, harapan untuk melihat kecintaan mereka terhadap ilmu yang bukan lagi satu paksaan, harapan untuk melihat mereka berjuang bersama-sama menjadi puteri-puteri harapan ad din dan harapan untuk melihat mereka mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
"Tak ada yang mustahil kalau kita nak!"
3.00 pm
Wira Aeroback bergerak perlahan meninggalkan perkarangan kediaman Abu Nur.
"Bila nak mai lagi?" "Kami bosan la kak..Mai la selalu!" "Minggu depan mai tak kak?" "Awat kak nak balik awai sangat.. Esok kami cuti lagi" "Akak jangan lupa kirim salam dekat abang Mahzan, abang Anas, Kak Ros, Kak Ika ngan semua la...!!"
Sayu hati ni mendengar keluhan puteri-puteri ini. Adik-adikku, kalau diikutkan hati, sungguh, kami tak mau tinggalkan adik-adik begitu cepat macam ni...Rasa kejap sangat. Tak cukup masa yang kita luang bersama. Namun kami sekadar hamba Nya yang mengikut apa yang telah ditetapkan.. Insya Allah kiranya diizinkan Nya, bertemu lah kembali kita. ------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum hantar Kak Azi naik train, kami singgah di Radix Fried Chicken, SP demi melunaskan hajat seseorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke situ :)
Kredit to kamera Attiq. Thanks to Kak Azi. Thanks to Anis - belanja RFC. Thanks to pakcik ahmad kereta sewa ajar betulkan alarm bunyi. Thanks to Ummi masak sedap2. Thanks to Mama layan kami sampai lebam. Thanks to Ustaz and Ustazah. Thanks to Adik-adik sayang di Abu Nur. Thanks to teman seperjuangan sedelegasi -- ANIS, MALA, AZIE, ADEQ + mUna! Thanks to ALLAH for granted us hidayah and taufiq.