Wednesday, June 10, 2009

Kiamat macam dah dekat


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Gua nak buat pembaharuan.
Pembaharuan apa gua tak fikir lagi.
Nanti gua minta pendapat Ustaz Hasrizal.

---------------------------------------------------------------

Gua pening. Gua pening. Sebab tu gua jadi personality disorder atau dalam bahasa melayu personaliti susun tak betul.

Semalam gua jalan jalan. Gua macam malas so gua bercadang nak jalan dalam alam maya sahaja. Gua jumpa satu blog. Gua tak nak bagitahu blog apa, nanti kamu tengok blog beliau lantas melupakan blog gua.

Gua tau tu kamu punya blog, jadi ikut suka hati kamu lah nak tulis apa kan. Tapi gua nak ingatkan, kamu tulis dalam blog, maksudnya kamu bersedia untuk cerita kamu jadi tatapan umum, dan seharusnya kamu terima seadanya pandangan manusia tentang itu. Ah. Tengok gua dah speaking cam bu mus. Petanda tak baik tu.

Gua tengok trend budak muda sekarang yang mana kapel kapel ni, memang serabut kepala otak gua. Gua bukan serabut sebab gua jealous atau dalam bahasa kampung, cemburu kerana gua tak minat nak ikut jejak langkah kamu sebab gua tahu apa jadi kalau gua ikut juga sebab.. ahh apesal gua kena explain kat kamu?

Gua bukan anti kamu yang couple. Gua anti maksiat yang kamu buat. Kamu semua pernah baca "Bercinta Sampai Syurga". Ustaz Hasrizal punya buku. Baca bab Polis Cinta. Attiq kata gua polis cinta. Gua tak kisah lah gua polis cinta ke, bomba cinta ke, FRU cinta ke, yang pasti gua bukan doktor cinta. Kamu ada masalah cinta ke masalah dengan kekasih kamu ke, gua punya nasihat satu sahaja, "Bercinta lah dengan Allah, insya Allah kamu tak kan rasa masalah macam kamu bercinta dengan manusia". Gua tahu lepas ni mesti kamu tak nak story lagi kat gua.

Gua baca kat blog siapa entah, macam-macam aktiviti beliau bersama balak dia. Gua bukan nak buka aib orang, gua tak cakap pun tuan punya blog tu orang pun kan, entah entah kambing ke, platypus ke. Eh. Gua nak tanya platypus dah pupus ke? sebab hari tu gua jalan2 gua nampak macam platypus. Lepas gua amati rupa rupanya biawak. Gua ingat platypus tu spesies biawak.

Perenggan baru.
Orang baru.

---------------------------------------

Sedih. Kecewa. Ke mana pergi rasa malu mu wahai Muslimah? Ke mana hilangnya rasa segan mu wahai Mujahidah? Peribadimu yang sepatutnya menjadi perhiasan tubuhmu hilang angkara cinta!! Apa kamu tiada rasa malu membiarkan sang lelaki yang belum tentu menjadi teman hidupmu menodai kesucian mu lantas dengan bangga kamu menghebahkannya seolah olah kamu benar benar bangga dirimu ternoda???

Astaghfirullah.

---------------------------------------

Gua pelik ar. Kat luar gua tengok ayu. Kalah gua. Kat blog pun gua tengok ayu. Gua kalah lagi. Pakai tudung. Memang ayu. Tapi apesal mesti nak cerita pasal rambut lu kat orang lain? Ah. Hilang respect gua.

Apa kamu fikir jika mak bapak kamu tengok aksi aksi kamu bersama balak kamu itu?
Tak kesiankah sama mereka?
Mak bapak kamu ingat kamu di maktab ok lah, sebab nak jadi cikgu kan.
Ah. Kamu tak amanah! Mak bapak kamu percayakan kamu, tapi kamu tak amanah!
Gua mula nak angin.

Lagi satu gua nak tanya.
Kamu bangga ye dengan apa yang kamu buat?
Gua tak kisahlah kamu nak bangga kalau kamu hafaz Quran sehari semalam.
Mahathir pun respect.
Yang gua pelik kamu bangga tunjuk gambar kamu laga laga pipi, pegang pegang tangan bajet habis romantik pada semua orang.
Gua yakin yang puji gambar-gambar kamu sebegitu adalah adik-adik angkat kamu yang kamu kenal dari friendster, myspace, facebook dan apejadabanyaksangatguapuntakingat.

"ala..tiutnyer.."
"romantik macam baldi sHell.."
"padan sangat korang.."

ahh.gua dah muntah.

Gua tak faham. Gua tak faham.

----------------------------------------

Semalam mak gua tanya.

"Dah plan gaji nanti nak buat apa?"

Gua termenung. Gua termenung bukan gua fikir jawapan. Gua termenung sebab gua tak ada apa plan pun! Ahh. Mana ubat HPA?

Gua rasa kiamat dah nak dekat. Sebab tu gua tak plan apa pun. Gua ingat-ingat macam tak sempat nak kahwin. Kiamat nak dekat dah ni.

Gua takut.

Gua takut bila gua tengok ada orang tak takut.

------------------


Gua tengah marah masa menaip ni.
Gua marah kat diri sendiri.








4 dah komen wuu~:

attiq x sibuk hal org. said...

Ni no ni no~~

kereta wartawan dr majalah sukasibukhalorang datang menjengah.

soalan 1:

wartawan: sapa dia yg x taw malu tu??ketara budak maktab.

soalan 2:

wartawan: apa yang lu wat bila bdk tu ada depan mata?

bersambung...

Anonymous said...

nak share.. akak turut mual jugak.. dengan warga LELAKI dan WANITA yang tak segan sila ayang sayang abang, manje abang, baby and bla2 kat friendster dan lain-lain.. Tak malu eh? aduhai, angau benar muda mudi ini..

Muna 'Izzah Md Isa on 4:55 PM said...

mual..mual..mual..
YA Allah..jauhkanlah aku daripada maksiat2 ini Ya Allah.

Muna 'Izzah Md Isa on 4:55 PM said...

attiq > heh. sgt mak enon ko neh. hahaks.

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting