Tuesday, June 09, 2009

Sepetang di Pejabat Pos


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



Kali ni jangan muntah baca entry aku sebab aku memang bernawaitu nak cerita pasal diri sendiri sungguhpun bercerita pasal diri sendiri itu membosankan dan memualkan. Noktah.

Perenggan baru.

Alamak nak tulis apa ye tadi. Tengok dah lupa. Sapa buh semut dalam air sarsi gua, ni gua nak marah ni. sumpahseranah dalam hati. Skang gua dah lupa, sapa nak bertanggungjawab ni. Dah lah gua tak ambik insurans termakan semut. Ah. Apesal topik gua lari-lari anak ni? Musim haji belum tiba lagi.

Pagi tadi dapat mesej dari Kak Z. Katanya tak jadi pegi ziarah budak2 sebab deme sume balik kampung masing2, kalau nak pegi jugak ko pegi la bercerita kat kucing-kucing yang ada. Eh. Ada kucing ke kat sana. Tak pe lah. Aku pasrah. Ah. Apehal kejap aku kejap gua ni? Gua pun dah pening dengan diri gua sendiri. You all anggap je la I tengah mengalami kecelaruan personaliti. AH. I pulak. Ok. Bye bye merapu.

Gua dah janji dengan laskar bintang gua nak pos buku Salahudin Ayubi. Gua tak nak buat janji melayu, lantas gua Monna Ijah (bajet Jawa) miskol FEDEX untuk mengambil buku ini dan menghantar ke Kg Tok Bedu. Depa tanya Kg Tok Bedu tang mana. Gua suruh depa go straight dont belok belok jumpa apek jual paper, beli NST dulu. Ok Fine. Gua tipu.

Jadi tadi lepas makan tengah hari, (hari ni mak gua masak sambal ayam HPA, ayam goreng RADIX, sayur HPA, minum dengan air roselle HPA.. ah.. gua pon tak tau ape demam mak gua dengan HPA ni) gua pon siap siap nak pegi post opis. Kalau laskar pelangi bilang kantor... kantor.. ah.. kantor apa pun gua tak kisah lah janji orang melayu sebut pos opis. Pos Opis. Ulang Suara. Pos Opis.

Gua pun start motor Ego. Gua dah haramkan diri gua bawak MyVi, sebab.. ahh.. tak kan gua nak bukak aib gua kat sini. Dah tak payah nak main teka teka, nak gua calarkan MyVi korang pula ke? Peh.

Gua pun salam salam mak gua, mintak ampun dari hujung kaki hingga hujung lutut. Tak bleh banyak banyak sebab gua nak pegi pos opis je. Mak gua kirim durian nak bagi dekat makcik kerani dengan apek kedai ubat depan pos opis Merlimau, tapi gua tolak dengan lembut agar tidak berkecil hati kerana gua tak sampai hati nak bawak durian naik motor. Terima kasih mak kerana paham.

Dengan cekal, gua pun mulakan perjalanan. Tiba-tiba gua terbau sesuatu yang tidak dapat digambarkan. Bau..Bau.. Semakin lama semakin kuat bau itu. Bulu tengkuk gua dah meremang. Gua buat senaman hidung untuk mengesan bau itu. Rupanya...
Cis. Cis. Apesal diorang tak reti simpan helmet ni elok elok sikit? Yang kucing pon satu, helmet ni bukan jamban! Ulang suara. bukan jamban. sumpahseranahdalamhatitapiyangbaikbaikje.

Gua berhenti di Kedai Azim untuk beli sampul surat. Gua masuk kedai akak cashier pandang slack. Gua pasrah gua dah bau kucing tapi jangan ar pandang gua slack. Gua pun ada hati dan perasaan. T_T

Gua pon menangis minta ampun kat akak tu, akak tu dengan muka angkuh berkata jika gua tetap nak berkahwin sama Kasim Selamat....Ok Fine. Gua merepek lagi.

Gua pun sambung perjalanan gua ke pos opis. Gua bawak..tak..gua pandu...eh..gua tunggang motor dengan kelajuan gua lah. Tak payah tahu lah. Sapa kenal gua, tau lah kelajuan normal gua berapa. Gua pemandu berhemah. Noktah.

Sampai di pos opis, gua jenguk jenguk dulu. Alhamdulillah tak ramai. Lepas parking motor, adjust sikit2 takut mengganggu lalu lintas (padahal tak ada kete pon kat situ), gua pun melangkah masuk ke pos opis dengan langkah paling bergaya ala ala Shrek masuk istana. Gua tanpa fikir panjang terus menekan punat nombor giliran. Lalu terus duduk di tempat yang disediakan.

Gua pandang kiri kanan gua. Apa gua buat dekat sini? Eh. Aku nak pos laju je. Apesal aku ambil no giliran siap. Gua pun senyum sorang sorang sebab gua baru sedar gua TERberangan lantas menyusahkan diri sendiri. Apehal dengan gua ni? Gua pun keluarkan pistol dari beg gua dan membunuh semua yang ada di pos opis. Sekian. Ah. Fine..fine.. bye bye merapu.

Gua dengan cermat mengeluarkan buku-buku. Ya buku-buku. Buku apa lagi satu? Kena tanya laskar bintang sebab gua sendiri pun lupa. Haha (ah aku gelak bajet lawak ke). Gua masukkan buku tu dalam sampul yang gua beli kat kedai akak-kerek-pandang-gua-slack tadi. Gua usha line. Ah sudah. Mana gua nak cari gam ni. Gua tanya pakcik sebelah, pakcik ada gam tak? Gambir ada ar. Jawab pakcik tu. Gua terus karate beliau dan beliau dikejarkan ke Hospital Besar Melaka akibat tercekik gambir. Bukan salah gua okeh.

Gua tengok atas meja ada bekas kecik boh span. Dari dulu gua was was dengan benda alah tu. Gua nak tanya segan. Benda tu air ke gam? Gua pegang melekit. Tapi cair. Gua keliru namun gua control macam tahu. Gua dengan cerdiknya mengangkat span tu lantas menyapukannya ke atas sampul itu. Peh. Cair betul. Gua dah panik tengok air/gam menitik nitik. Sampul dah basah. Gua bertambah panik. Baldi sHell! Baldi sHell! Gua dengar makcik makcik belakang gua ketawa kecil. Terhinjut hinjut bahu dia gelakkan gua. Gua sengih je kat makcik tu. Padahal dalam hati gua rasa nak pecut balik rumah, masuk bilik, masuk dalam selimut akibat terlampau malu. Ah. Nasib baik aku balik Melaka 2 bulan sekali. Minta minta tak ada sapa cam gua.

Gua bukak balik sampul tadi. Tak boleh jadi. Gua terus mesej mak gua.

"Mak, pos laju ke pos xpress yang siap ada sampul keras tu"

Mak reply. "Xpress.."

Mak gua ni pernah kerja pejabat pos gamaknya lepas SPM. Laju je reply.

Gua pun pergi kat kaunter. Gua baru sedar gua pendek sebab gua kena tinjit kaki. Lepas ni gua nak hantar memorandum kat Pos Malaysia. Apesal buat kaunter tinggi2? Rakyat Malaysia bukan tinggi mana pun. Gua pun buat muka simpati kat abang tu.

"Bang.Buku ni boleh guna pos ekspres tak?" (baca dengan nada sayu penuh simpati)
Abang tu tengok buku kat tangan gua.
"Tak boleh la dik. Kena pakai pos laju."

Alamak. Gua dah lah beli sampul sehelai je. Apasal pos opis ni tak jual sampul surat?

Gua pun keluar dari pos opis. Gua menyeberang jalan menuju ke Kedai Ubat. Apek tu dah sengih sengih tengok gua. Gua masuk. Gua keluar balik. Gua baca papan tanda depan kedai. "Kedai Ubat. Menjual ubat ubatan dalam dan luar Malaysia. Sampul untuk pos laju tak ada jual" Ketara ayat last reka sendiri.

Gua pun jalan lagi. Ah. Mana kedai runcit ni. Gua jalan dan terus berjalan. Lembaga Tabung Haji, Kedai gunting rambut UNISEX, kedai kek, kedai tudung pesen pesen, kedai batu nisan. Mana kedai runcit pekan ni???

Tiba tiba nun di hujung traffic light gua nampak Kedai Runcit Miau Miau. (Gua reka nama sendiri gua tak sempat hafal nama kedai tu)

Gua lantas merancang strategi untuk ke seberang. Gua pun call JKR. Diorang datang lalu membina jejantas untuk kegunaan gua dan rakyat Malaysia untuk ke Kedai Runcit Miau Miau. Ah. Apesal gua suka merapu?

Gua pun melintas jalan dan masuk ke kedai itu. Aunty tu nampak peranjat tengok gua.

"You kena kejar anjing ke?"
"Tak aunty. Saya kejar anjing"

Gua balas dendam. Gua beli 2 helai sampul surat. Mwahaha. (2 helai je pon). Gua beli gam siap. Puas hati gua.

Gua terus pulang ke pangkuan jalan..eh ke pos opis. Gua bukak pintu. Makcik gelak hinjut bahu dah tak ada. Baru nak belagak gua ada gam. Gua pun masukkan balik buku buku tu ke dalam sampul yang baru gua beli. Gua gam elok elok. Gua nampak ada pakcik tak tahu guna gam air pos opis. Gua terus offer pakcik tu guna gam gua baru beli. Pakcik tu ucap terima kasih lantas membelanja gua choki choki. Gua menolak dengan lembut.

Gua tulis alamat laskar bintang apa bagai, dan gua terus ke kaunter. Kali ni gua agak bijak sebab tak ambil nombor giliran.

Gua bagi borang pos laju gua isi tadi dengan bungkusan gua kat makcik kerani.
Makcik proses.
Gua tunggu.
Proses lagi..
Gua tunggu lagi walau kaki gua dah lenguh tinjit.

Lepas 15 minit gua tunggu sampai kaki gua kebas baru makcik tu bersuara.

"Pos laju sistem of a down la dik. Depa tak release album baru tapi makcik suka lagu Chop Suey depa." jangan layan aku menipu.

Alamak. Sistem down. Gua dah panik. Gua malas nak pergi balik pos opis ni.

"Mcm ni la dik, bungkusan ni nak hantar segera ke?"

"Kalau boleh dalam minggu ni jugak."

"Ha..Kalau macam tu, adik ambil Pos Ekspress la ea. Tak sampai sekilo buku ni. Ok?"

Gua malas fikir panjang. Gua keluar duit dari beg duit gua, gua terus bagi makcik tu.

"Makcik uruskan."

Makcik tu lantas membuang spek mata beliau dan pos opis pun meletup.

Ahh. Gua ni banyak sangat tengok movie.

Gua tunggu lagi 10 minit. Makcik tu bagi gua sampul pos ekspres, gua isi lagi sekali. Gua redha je sebab gua memang suka tulis tulis ni. Kalau boleh gua nak ambil upah sapa sapa masuk pos opis tuliskan untuk diorang. Esok gua try apply. Agak agak Pos Malaysia bagi tak jawatan tu kat gua?

lepas habis tulis, gua terus bagi kat kaunter serahan.

Selesai lah kerja gua di pos opis.

Sepetang di pos opis buat gua fikir.

Agak agak macam mana orang dulu dulu antar surat pakai burung merpati hah? Gua mula keliru.



-----------------------------


Entry gua kali ni memang jauh beza dengan entry gua yang sebelum sebelum.
Kenapa?
Tak ada sebab.
Gua tetap gua beb.
(eh apesal aku tulis beb. Bajet cool ke.)

















4 dah komen wuu~:

attiq msh siuman said...

Oit..
wassup beb!!

lu ni mmg ada personality disorder ka??

hak3..

jom..
kearah memartabatkan pjbt pos Malysia!!


ketawabergulinggulingbacaentrygelongni..

skieyn on 2:16 PM said...

muna nie kalo sesekali merapu mmg dasyat sungguh..

Muna 'Izzah Md Isa on 11:39 PM said...

ah tengok.
sume ingat saya tulis.
bukan saya.
bukan saya.
saya tak ingat saya ke tulis benda ni.
ahh. semut memang nak kena.
sumpahseranah

Unknown on 7:40 PM said...

Aiyoyo muna kici..

think before Do ya Thing
Malu bertanya jalan sesat juga..

aku rasa ni 1st time ko ngantor barang guna pos neh.. welcome to dunia realiti.. tula asyik dok alam maya memanjang..

kasi salam dgn muka comel ckp "kak mcm mana nak pos buku nie"

kalo diorg tgk muka kita yg jernih insyallah diorang kan tulung..

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting