بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
"Tolong mesin baju dalam bilik mak tu eh..."
"ok..got it.."
Itulah biasanya pesan mak tiap-tiap hari sebelum ke sekolah (seminggu ni je lah mak ye :)))
Usai subuh tadi, mata melilau mencari handphone. Biasanya itulah yang terjadi pagi-pagi jika malam sebelumnya saya terlupa untuk set alarm. [sejak akhir akhir ni sikap pelupa ni makin menjadi jadi.petanda untuk apakah ini?]
Semalam tidur agak lewat. Bukan tak cuba untuk melelapkan mata, tapi otak ni masih tak berhenti memikirkan tentang Jumat, laskar yang kini berada bersama ayahnya. Allah. Macam mana nasib budak tu ye? Jumat antara student terbaik saya dan potensinya untuk ke hadapan agak luas. Tumpuannya di dalam kelas A+ dan dia agak matang ketika berbicara... Semoga Allah lembutkan hati ayahnya.. Semoga Allah masih kurniakan kekuatan dan semangat seorang mujahid dalam dirinya... Sayang kalau disia siakan...
Kepala ini juga pening dan agak serabut. Pening dengan macam macam masalah umat. Jika di Malaysia kita sibuk dengan isu mengharamkan si 'anak dara' penyeleweng - SIS, kekecohan di Dewan Parlimen bila Nizar dihalau keluar dari dewan, PRK Manek Urai, kes cikgu di Sarawak paksa anak murid lakukan seks oral - (meluap luap darah baca berita yang satu ni), isu kerajaan perpaduan, isu mewajibkan lulus BI sedangkan isu PPSMI masih belum selesai, isu orang Malaysia kuat angan-angannya bila teringin jadi macam James Bond gamaknya. Mudah betul percaya bila orang offer nak jadi FBI atau CIA. Hai lah Melayu (majoritinya). Banyak lagi isu kalau nak diperkatakan. Apa yang disebutkan adalah isu besar yang diwar warkan di media, bagaimana pula dengan isu yang kita tak nampak? Atau mungkin buat buat tak nampak? Isu akhlak dan 'akidah anak muda yang kononnya bakal menerajui kepimpinan negara, isu kerelevanan sistem pendidikan, isu kemusnahan alam sekitar yang rata rata tiada yang ambil peduli, isu kemunduran umat Islam, isu itu, isu ini.. Ah banyak sungguh isu-isu yang timbul akhir zaman ni.. Malangnya semakin kita cuba menyelesaikan satu demi satu isu (kononnya) timbul pula isu lain. Seolah olah gali lubang lain untuk tutup lubang lain? Akhirnya, semua orang lingkup masuk lubang kubur.
Itu baru di Malaysia.. Jiran kita Thailand lain pula ceritanya. Jika umat Islam di Malaysia kena serangan pemikiran (ghazwul fikr) umat Islam di Tahiland..Thailand maksud saya diserang secara bersenjata! Pergolakan di Narathiwat yang baru-baru ini menyaksikan beberapa jemaah termasuk Imam yang sedang khusyuk menunaikan solat Isyak dibunuh di Masjid Al Furqan - dengan sengaja dan sangat kejam!! (Allah... Celakalah kau kafir laknatullah!) Sedih. Sedih bila melihat satu demi satu gambar mereka yang terbunuh... Semoga kalian ditempatkan dalam kalangan para mujahidin.. Terdetik cemburu dalam hati ini pada mereka. Mereka mati syahid. Saya nak jugak syahid..Tanyalah pada mana-mana orang Islam, siapa yang tak nak mati syahid? (Mungkin ada. Dan mungkin ada juga yang tak tahu kisah di Narathiwat ini. Oh. Kita kan umat akhir zaman. Tak ada apa yang pelik. Astaghfirullah..) Apa yang lebih memeritkan penderitaan umat Islam di Tahiland.. sekali lagi Thailand (maksud saya) seolah olah tidak mendapat simpati mana-mana pihak. Kalau ada pun mungkin 2,3 negara yang kesian dari jauh tanpa sebarang tindakan. Aduh. Di mana perpaduan negara Islam? ..... (teringat Salahudin Ayubi... Islam pada zamannya kuat dan digeruni kerana kesepaduan antara mereka..) Allah... Malaysia? Hahahaha. [mampu gelak je]
2,3 hari ni saya TERmengikuti (uhh.. teruk tatabahasa) beberapa blog yang hangat berbahas tentang isu minhaj antara salafi dan khalafi. Bagi yang kurang faham, isu tentang wahabi. Hah dah faham? Depa kata (depa..bukan saya.. sekadar ingin mengulang, bukan nak provoke) wahabi ni agak tergelincir dari landasan apabila banyak 'membid'ahkan' amalan amalan tertentu dan terlalu ta’sub kepada Muhammad ibnu Abd Wahhab dengan menafikan ribuan ulama’ lain dalam segala permasalahan agama. Mereka tidak mengamalkan mana-mana mazhab. Mungkin secara istilahnya mereka tidak bermazhab tetapi secara lughawinya mereka bermazhab (beraliran) dengan aliran (mazhab) mereka sendiri. Antara amalan atau perlakuan yang dikatakan bid'ah oleh wahabi adalah qunut, talaffuz niat, tahlil, talqin, ziarah qubur, bacaan yasin, zikir selepas sembahyang dan seribu permasalahan yang telah diperjelaskan oleh ulama’-ulama’ di dalam kitab-kitab mereka dan mengajar kita supaya bertoleransi sesama muslim tetapi WAHABIYY melebihkan toleransi dengan kafir la’natullah ‘alaihim daripada umat Islam yang membaca qunut seperti kerajaan sa’udi (kerajaan yang mengamalkan 100% dasar wahabiyy) yang melayan presiden amerika dengan begitu mesra dan terhormat. Allah..
Personally, saya bukanlah ahli yang layak untuk berdebat tentang isu ini namun sebagai seorang muslim yang berpegang kepada agama suci Islam, fahaman wahabi ini saya kira amat merbahaya yang secara halus telah memecahbelahkan sesama umat Islam. Fahaman wahabi ini bukanlah sesat tetapi tergelincir daripada landasan.
Isu Wahhabiyyah atau nama lainnya seperti Ittiba’ al-Sunnah, Kaum Muda atau Salafiyyah telah dibincangkan beberapa kali di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ada beberapa pendapat yang menyarankan agar terus mengharamkan wahabi ni. Untuk pengetahuan, wahabi bukan satu jemaah seperti Al Arqam atau SIS tetapi ia adalah satu fahaman. Wahabi ni bukan tiada jasanya pada Islam tetapi jika dihitung lebih banyak kerosakan daripada jasa.
Dan perkara yang paling menarik di sini sebenarnya debat isu minhaj ini merupakan isu paling hangat antara pelajar Malaysia di Mesir (betulkan jika salah). Saya sempat mengikuti beberapa siri perdebatan di alam maya ini melalui beberapa blog kontroversi pelajar Malaysia di Mesir. Mahu tahu? Google sendiri. hehe. Pening kepala dibuatnya. Saya yang kenal (kira tahu lah sikit pasal Wahabi ni) pun pening dengan macam macam isu yang diperdebatkan, bayangkan kalau orang awam yang tak kenal atau dan sedang mencari ilmu agama membacanya, tak ke boleh terpesong akidahnya? Haa.. Sebab tu lah ilmu bukan sekadar melalui pembacaan, guru juga penting. Ilmu tak berguru itu bahaya syeikh! TAPI jangan pula sibuk bertalaqi (berguru) sampai tak masuk kelas! Nanti daripada nak menjadi terus tak jadi apa2. Nauzubillah min zalik.
----------------------------
Usai Subuh tangan terus mencapai "Rindu Bau Pohon Tin" yang baru dibeli semalam. Mujur tergerak hati untuk singgah di sebuah kedai buku sejurus pulang daripada membeli tiket pulang ke Butterworth kerana sudah berzaman saya mencari buku ketiga karya Abu Saif ni. (Berzaman? sekadar hyperbola)
Karya Ketiga selepas Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai Syurga
suarahati : eh.rasanya niat tadi nak cerita pasal ahmadinejad. macam mana boleh masuk pasal wahabi pulak ni. (musykil)

"Kita sama sekali tidak ingin bermusuh dgn mereka namun jika mereka ingin menyebarkan kefahaman yg boleh merosakkan masyarakat, maka kita tidak teragak2 utk melawan ideologi mereka.." Ustaz Al Amin Daud
Dan perkara yang paling menarik di sini sebenarnya debat isu minhaj ini merupakan isu paling hangat antara pelajar Malaysia di Mesir (betulkan jika salah). Saya sempat mengikuti beberapa siri perdebatan di alam maya ini melalui beberapa blog kontroversi pelajar Malaysia di Mesir. Mahu tahu? Google sendiri. hehe. Pening kepala dibuatnya. Saya yang kenal (kira tahu lah sikit pasal Wahabi ni) pun pening dengan macam macam isu yang diperdebatkan, bayangkan kalau orang awam yang tak kenal atau dan sedang mencari ilmu agama membacanya, tak ke boleh terpesong akidahnya? Haa.. Sebab tu lah ilmu bukan sekadar melalui pembacaan, guru juga penting. Ilmu tak berguru itu bahaya syeikh! TAPI jangan pula sibuk bertalaqi (berguru) sampai tak masuk kelas! Nanti daripada nak menjadi terus tak jadi apa2. Nauzubillah min zalik.
----------------------------
Usai Subuh tangan terus mencapai "Rindu Bau Pohon Tin" yang baru dibeli semalam. Mujur tergerak hati untuk singgah di sebuah kedai buku sejurus pulang daripada membeli tiket pulang ke Butterworth kerana sudah berzaman saya mencari buku ketiga karya Abu Saif ni. (Berzaman? sekadar hyperbola)
Karya Ketiga selepas Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai Syurga
Rindu Bau Pohon Tin
Novel travelog ini bukanlah sambungan kepada "Bercinta Sampai Syurga" yang isinya sarat menjurus ke arah pembentukan rumah tangga "'Bait Muslim". Travelog Rindu Bau Pohon Tin berbeza dengan karya-karya terdahulu Ustaz Hasrizal yang mana travelog ini menceritakan (yang saya pasti bukan sepenuhnya) kisah hidup beliau sebagai perantau di bumi Israk, Jordan sewaktu menuntut di Universiti Mu'tah dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam. Sesiapa yang telah 'terbiasa' dan 'rapat' dengan Ustaz Hasrizal sama ada melalui blog nya atau buku-bukunya atau kedua-duanya sudah pasti boleh meramal gaya penceritaan dan lenggok bahasanya yang mudah, simple, dan satu yang paling ketara beliau gemar bermain dengan bahasa. Sinikal dan pedas kadang-kadang. (berdarah jugak la hidung)
Travelog ini meluahkan kekecewaan beliau kepada dunia. Dunia yang semakin menyesakkan dada. Dunia yang berubah. Beliau merupakan kumpulan pertama yang mendapat tajaan JPA-Petronas ke Jordan dan beliau dan beberapa rakan lain ditempatkan di Universiti Mu'tah yang letaknya di hujung dunia. Namun bumi Mu'tah merupakan tempat bersemayam jenazah mujahidin mujahidin ulung antaranya Zaid bin Harithah, Ja'far bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah. Uhh. Hati mana yang tak bangga bila diri ini berpeluang berjiran bersama para sahabat yang syahid. Allahuakbar.
Pada awalnya pelajar-pelajar Malaysia dilayan dengan begitu baik sekali oleh penduduk tempatan namun apabila semakin ramai pelajar Malaysia di kawasan itu, keadaan menjadi semakin berubah. Benar bak kata orang "hormat orang dulu kalau nak orang hormat kita".
Namun timbul satu rasa apabila pembacaan sampai di muka surat terkahir.. Tak puas. Saya rasa masih ada yang ustaz tak masukkan. Saya tahu dan saya yakin ada! (wah. bajet ada instinct)
Mungkin ustaz nak masukkan dalam sambungan Rindu Bau Pohon Tin ini.. Rindu Bau Pohon Tin Susu. Ok.Fine. Lawak tak jadi.
Saya tak berniat nak menyambung apa yang terkandung dalam buku ini dalam entry ni. Jika berminat, boleh je nak pinjam kat saya. Er. Terhad untuk yang berhampiran. Tapi after Attiq perhaps, that's the deal kan Attiq.. U give me Laskar Pelangi, u'll get Rindu Bau Pohon Tin. Dah macam drug dealer pulak. haha. Ok fine. Lagi sekali tak lawak.
Shaish. Kesimpulannya, saya akan terus berfikir. Berfikir untuk bertindak! Biarlah kecil mana usaha saya, yang penting saya bertindak! Macam kisah burung pipit masa Nabi Ibrahim A.S dibakar. Burung pipit yang sememangnya kecil dan tiny itu berusaha sedaya upaya nya mengambil air di dalam kolam dengan paruhnya yang kecil untuk memadamkan api yang membakar baginda. Jika difikirkan, banyak mana sangatlah paruh kecil itu boleh menampung air. Tapi burung pipit itu telah membuktikan dan menjadi contoh terbaik sebagai kuatnya kuasa yang kecil. Kita yang kecil, golongan minoriti ini, jangan sangka kita tak punya kuasa, dan kita tidak mampu berbuat apa-apa, cukup sekadar sepotong doa yang berterusan diamalkan, daripada langsung tak buat apa-apa! Tahu berfikir tapi tak tahu bergerak!!! Jauhilah sikap ini.
Sekian. Kembali ke Sri Pentas.
Lawak tak kali ni?
Ahh. Tak gelak pun. Tak kisah lah. Janji haramkan SIS!

7 dah komen wuu~:
salamullah alaik..
dulu saat wahbahzuhaili datang kt UIAM, seorang student bertanya"mcm mana klu kita trpengaruh dgn wahabiah..
sang ulama langsung berkata" wahabi tuk saudara kita dari golongan mukminin..mengapa memusuhinya.."banyak lg kata2 ulama tu yg bernada marah.
sy suka wahabi or orang2 yg mengikuti salafussholeh..
walau sy belum mampu seperti mereka..
menghapus bid'ah itu adalah kewajiban kita semua...
salam dik...
nice entry..
alhamdulillah krn adik dbri kesedaran utk memikirkan nasib umat ini..
ummati..
akak pun tak tau sgt pasal wahabi ni.. walaupun tau skit2, akak x layak bcakap ttgnya.. akak rajin gak merayau2 membaca blog2 yg banyak bckp ttg wahabi ni.. tetapi kbnyakknnya agak keterlaluan hinggakan akak teringatkan kisah ulama2 terdahulu yang dikutuk2 , dihina2 & diseksa pada zaman mereka sedangkan akidah & fahaman mereka benar..
dan dalm islam, Rasulullah mengajar kita akhlak yg mulia, tak bole sesuka hati menghina org lain.. (akak lihat kebanyakkn blog anti wahabi tak berakhlak)
islam yg indah adalah islam yg tulen.. islam yg tanpa tokok tambah.. dan tanpa pengurangan isi kandungannya..
wallahua'lam~ :D
salam..
penulisan yg makin matang
tp mizrebel tatap mizrebel..hik2
dulu mase sem2 ade blajau pasai wahabi.memang gologn bahaya depa2 ni..
nak pjam buku tu MUNA.
haha
wildan > ana berminta nak tahu lebih lanjut tentang minhaj salafi ni, insya Allah ana emel nta dlm msa terdekat.
kak lillah > ya.. ana rsa patutnya mana2 pihak, khalafi atau salafi, sebelum berdebat tentang minhaj masing2 perlu berlpang dada, maksudnye kalau kite silap, kite terima terguran org, refleks balik diri, tapi itulah silapnya kita sekarang ni, bila kita salah, kita x sedar kita salah, org tegur, kite marah balik org, kadang2 sampai dalil2 yg dikeluarkan pun terpesong semata mata nak pertahankan kesilapan kita. entry ni tidak berniat untk provoke mana2 phak, skadar luahan pandangan mngenai isu wahabi ni. ana mngaku ana bukan pro wahabi tapi ana sboleh xnak anti-wahabi, mreka ni umat islam jugak, yg briman pada Allah cuma bila berlaku perbezaan fahaman, penyatuan pun hilang. dia kata golongan dia lah golongan 1 daripada 73 golongan yang dijamin masuk syurga, dia pulak kata dia pun golongan tu.. tak ke haru.. tpi setahu ana wahabi ni pun ahli sunah wajamaah kan.. allahu'alam.. ana perlu belajar lebih bnyak...
zu >> ada belajar ea zu? share la skit.. hehe..
nak pinjam? mai penang nnt...hehehe.. dh bace aku trima nikahnya dgn bercinta sampai syurga?
ade blaja muna
tp aq x pandai sgt..nt aq try ty kgkwan aq
aku terima nikahnya da
yg len2 blom ag
ari tu kami jmput ustz bagi kuliah dhuha tajuk ni
sronok owhh
ustaz hasrizal memang sonok skali! hehe..
bercinta smpai syurga best.. smbungan aku trima nikahnya..
baca tiga2 bku dia..
hoho..kalu nak bli kena tggu elaun masukla..harap2 ade lagi keluarannya..
Post a Comment