Saturday, October 17, 2009

Sayangnya...


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Cantik.
Sekali pandang memang cantik.
Mulus wajahnya.
Hidungnya kecil terletak.
Kala bibir yang halus menguntum senyum.
Tersusun barisan gigi memutih.

Indah.
Saya suka.
Menatap beribu kali tak kan jemu.
Bosan dengan dunia, tatap si gadis.
Luput segala permasalahan.

Ya, saya wanita. Dia juga.
Cintakan yang indah. Semua begitu.
Tidak salah.

Tapi.

Sayangnya.
Kenapa biarkan tubuhmu jadi tatapan mata-mata rakus?
Bukankah ia hanya untuk sang suami bilamana halal?
Kamu cantik. Sangat.
Indah berkerudung.
Biarpun kerudung ronanya jarang.
Terserlah bentuk leher jinjang kamu.
Sayangnya.

Kamu indah. Berbaju kurung.
Cukup indah.
Kendati kurung mu sengaja dibikin berbentuk.
Biar nampak 'shape' idaman semua wanita.
Laksana buah pear.
Baik begitu daripada tidak berbaju.
Kata kamu.

Tapi lupakah kamu

Rasulullah bersabda, “Ada dua golongan manusia yang termasuk penghuni neraka yang belum aku lihat sebelumnya: Manusia yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukuli orang lain, dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggak-lenggok dan kepalanya seperti punuk unta sambil bergoyang. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mencium baunya, padahal baunya tercium dari jarak sekian-sekian.” (HR. Muslim)


Berpakaian tetapi telanjang.
Nauzubillah.
Moga kamu si cantik bukan sebahagian daripada golongan ini.

Saya suka dan tetap akan suka.
Bertambah suka.
Jika kecantikan mu. Diri kamu.
Dipelihara umpama sebiji epal di atas pokok.
Tidak kan mudah gugur demi berkeinginan bersama yang lain.
Biar kamu seorang dan asing. Janji kamu masih di atas.
Atas yang paling atas.
Payah nak dipetik.
Apatah lagi dihinggap haiwan-haiwan nakal.
Cantik. Kamu kan jadi secantik bidadari-bidadari syurga.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Lengkapi dirimu dengan pakaian taqwa.
Litupi wajahmu dengan cahaya iman.
Kamu lah secantik yang bergelar wanita di bumi.













2 dah komen wuu~:

she's ayn on 11:09 PM said...

huhu
i love this post..
btol3...some hijabi girls pakai tudung ni juz nak tutup rambut je..leher dan dada terdedah ...kadang2 malu jugak tengok diorang pakai tudung yang tak tutup aurat.zaman sekarang ni pun model2 tudung pun dah tak betol sebab tu jd ikutan,cuma pandai2 diri je lah nak ikut macam mane.

Muna 'Izzah Md Isa on 10:42 PM said...

benar.
makin runsing bila tengok tudung menjadi satu fesyen yg kononnya digelar 'busana muslimah'.
muslimah kah bila tudung itu dianggap satu trend? muslimah kah bila tudung sekadar pelengkap gaya? yang pakai shawl lain, yg pakai tudung bese lain... runsing.runsing.
wanita ni cantik..:)) sangat cantik...
sebab tu wanita ni wajib jadi 'mahal!'

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting