Sunday, December 27, 2009

Ops Sayangi Remaja - Tahun Baru 2010


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Assalamualaikum.
AlhamduliLlah, setelah kejayaan Ops Sayangi Remaja sempena tahun baru 3 tahun berturut-turut, Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) Pulau Pinang sekali lagi menganjurkan Ops Sayangi Remaja 2010 di sekitar tempat terpilih di Pulau Pinang.
Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh:           31 Disember 2009 (Khamis)
Tempat:          Masjid Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang
Masa:              6.40 petang

Diharap kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama menyertai program ini datang awal dan mendaftar. Peserta-peserta juga diamanahkan untuk membetulkan niat sebelum menyertai program ini dengan meletakkan tujuan berdakwah kerana Allah SWT semata-mata.
Sila hebahkan program ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Nurfitri Amir (013-7069509) atau Azwaahidah (019-4553985). Harap maklum.

* Pendaftaran adalah WAJIB untuk penyertaan Ops Sayangi Remaja kali ini. Kaunter pendaftaran akan dibuka di Masjid Kubang Buaya pada jam 6.30 petang hingga 9.00 malam sahaja.


--
`Izzat Anwari bin Hasni,
Ketua Usrah Pemikiran,
Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API),
Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
Pulau Pinang.
Blog: http://DarahMerdeka.wordpress.com














Tuesday, December 22, 2009

Catatan Kembara Sepasang Kaki : Episod 3 [Seminar Islamic Worldview & Syarahan Perdana Syed Naquib Al Attas]


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Untuk episod kali ini saya akan terus berbicara tentang hari Islamic Worldview Seminar itu tanpa sebarang cerita panjang yang meleret yang membuatkan anda akan menyumpahseranah saya.

13 Disember 2009

Cadangan untuk ke seminar ini sudah lama muncul di benak mindaku sejak brader Wan mengiklankannya di laman sesawang beliau. Untuk ke sana tanpa teman tiada masalah bagiku cuma kekurangan dari segi pengangkutan dan penginapan membuatkan aku berharap agar ada antara teman yang juga berhajat ke sana. Ah, Tuhan perkenankan permintaanku apabila satu hari kala membuka laman Facebook, Kak Lillah turut menyuarakan rasa hati untuk sama-sama berada dalam majlis yang bukan calang-calang majlis itu. Syukur Allah permudahkan segalanya bila Kak Lillah mempelawa untuk tidur semalam di rumahnya. Thanks a bunch, Kak Lillah and family. Kak Romlah too :)) Dan sekali lagi Tuhan mendengar permintaanku apabila Attiq juga turut menyertai kami.

Seminar anjuran PKPIM dan Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dgn kerjasama Institut Integriti Malaysia ini rupanya telah hampir setahun dirancang dan alhamdulillah kelihatan wajah lega mereka ahli jawatankuasa lega mungkin dengan perjalanan majlis yang sejak pagi lancar dan dengan hanya beberapa kesilapan teknikal telah berlaku tanpa mencacatkan keseluruhan majlis. Tahniah untuk para AJK.

Otak kami dicabar dengan santapan minda yang enak sekali, setelah agak lama berehat. Ah lega sekali. Satu lagi tempat di mana aku boleh berlama-lama selama mungkin pun. Ya. Aku suka.:)

Seharian anak-anak didik Prof Syed Mohamad Naquib Al Attas antaranya Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, Dr Farid Shahran, Dr Zaidi Ismail, Dr Adi Setia, Dr Sani Badron, dan beberapa cendekiawan terkenal yang serta seseorang yang menjadi center of attraction pada hari itu selain daripada Prof Syed Mohamad Naquib Al Attas iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifudin Abdullah yang begitu humble sekali, tiada protokol, tiada ucapan kempen berbaur politik, cuma ucapan ringkas yang bagi saya cukup bermakna dan beliau membuktikan bahawa betapa tinggi mana pun jawatan seseorang itu dalam masyarakat, hormat dan adab terhadap guru tetap harus diutamakan.Susah untuk ketemu ahli politik bersama ucapan yang tidak menyentuh langsung hal politik dan setakat ini baru ketemu dua iaitu Allahyarham Dato' Razaleigh Ismail dan beliau. Ucapan yang sangat bernas, menampakkan tahap pemikiran dan keprofesionalan mereka.


"Dalam kekeringan dan kelesuan ini, sukar utk kita mencari yg tulen, jadi sekiranya ada yg sedikit itu, jangan pula kita membunuhnya"


Mendengar ucapan perasmian sahaja menjadikan para peserta seminar lebih bersemangat dan teruja untuk sampai ke kemuncak majlis iaitu syarahan perdana daripada mahaguru pemikir Islam ulung, Profesor Syed Muhamad Naquib Al Attas yang dijadualkan akan berlangsung pada malamnya.

Kami setiap satu dibekalkan kertas kerja setiap pembentang kerana masa yang diperuntukkan kepada setiap mereka adalah sangat terhad, maka setiap pembentangan amat padat, ringkas dan difahami audiens. Oleh itu set-set kertas kerja yang diberikan kepada peserta amat bermanfaat sebagai bahan rujukan untuk masa akan datang.

"Pandangan alam Islam merupakan peta yang membawa arah kehidupan manusia, dan ulama' sebagai pembaca peta"
"HARUS untuk kita berpemimpinkan pemimpin yang fasik atau zalim kerana manusia tidak maksum, tetapi jangan MEMBENARKAN kefasikannya"
"Jangan nampak kelemahan yang sedikit tetapi membutakan mata pada kebaikan yang banyak"

Antara yang sempat dicatitkan semasa Prof Wan Mohd Nor Wan Daud memberikan ucap utamanya.

Aku kerap kali tersenyum sendirian apabila mendengar segala isi pembentangan para cendekiawan di hadapan kerana sebelum ini dalam usrah Abang Nizam Mahsyar, buku Prof Syed Naquib merupakan kitab utama rujukan beliau (mungkin) dan istilah-istilah ini bukan satu istilah yang asing lagi dalam usrah kami. Ah sekurang-kurangnya tidaklah aku termangu-mangu ketandusan erti setiap istilah yang digunakan. Kebetulan pula bertemu si naqib usrah ini, beliau juga terkejut melihat kami :)

Jelas sekali isi seminar dan syarahan lanjutan adalah untuk menegaskan tentang pentingnya untuk faham tentang pandangan alam Islam (Islamic Worldview) dalam setiap perincian aspek kehidupan, ma'na kata bukan hanya menjadi satu dasar dalam bidang politik mahupun ekonomi atau ketenteraan. Tetapi setiap perincian kehidupan dan pandangan alam Islam itu adalah sebagai peta yang membawa arah kehidupan manusia.

Dalam usaha untuk mewujudkan negara Islam, haruslah segalanya bermula dengan Islamisasi individu melalui islamisasi peribadinya. Apabila sosok pemikirannya telah dikuasai oleh kerangka pandangan Islam, maka setiap tindak tanduknya, akhlaknya, peribadinya, ekonominya, pemerintahannya, segala-galanya berjalan dalam lingkungan Islamic Worldview. Dan untuk menguasai akal fikiran manusia, adalah hanya dengan ilmu pengetahuan. Dalam Al Quran penekanan terhadap ilmu pengetahuan begitu fundamental sekali.

Mengikut Syed Naquib Al Attas, masalah utama yang melanda umat Islam sekarang bukanlah masalah yang terzahir nampak seperti masalah kemiskinan, peperangan, ekonomi dan lain-lain tetapi adalah masalah pemikiran umat Islam sendiri ya'ni kekacauan dan kekeliruan dalam ilmu pengetahuan yang membuatkan umat Islam hilang adab terhadap ilmu pengetahuan. Apabila adab terhadap ilmu itu hilang, maka pemimpin yang lahir juga tempang dalam segenap aspek. Jenayah intelektual berlaku di sana sini apabila sesuatu ilmu itu diletakkan pada tempat yang salah. Misalnya bagi kata 'adil. 'Adil itu dalam Islam membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawan katanya adalah zalim. Apabila kata 'adil itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, menjadi justice atau fair. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud setara, atau sama taraf. Walhal bukan itu ma'na sebenar yang dibawa kata 'adil dalam Islam. Maka 'adil itu bukan justice. Islam itu cukup 'adil, namun di sinilah puak-puak Islam liberal mencari alasan dengan mengatakan Islam itu tidak 'adil pada wanita. Ah, mereka harus teliti dulu maksud istilah-istilah dan term yang digunakan.

Untuk membicarakan keseluruhan isi seminar dan syarahan, adalah di luar kemampuanku. Aku cuba berlaku 'adil :)

Aku tertarik dengan satu pertanyaan daripada seorang peserta dan dijawab dengan penuh tenang oleh Dr Khalif Muammar.

S : Saya nampak perbincangan kita pada hari ini terlalu tinggi melangit, sedangkan realiti yang berlaku di luar seakan tiada kaitan dengan perbincangan ini. Bagaimana untuk kita membumikan perbincangan yang melangit ini?

J : Perbincangan kita tidak melangit untuk pengetahuan saudara sekalian. Apa yang berlaku di luar sana berpunca daripada kekeliruan dalam memahami Islamic Worldview, dan kita di sini berbincang mengenainya untuk membetulkan fahaman ini, segalanya bermula dengan membentuk fahaman dalaman individu, yang kelaknya menjadi pemimpin. Nah, di situ tugas pemimpin. [ok. aku edit banyak]

Semakin aku mendekati gagasan pemikiran Syed Naquib Al Attas ini semakin aku jelas dengan tugas yang bakal digalas di bahu kelak. Di situ peranan seorang guru, iaitu memudahkan segala gagasan ilmu pemikiran ini untuk dihadam oleh masyarakat. Tak semua pihak boleh faham dengan pemikiran sebegini, silap-silap boleh dikatakan gila jika guru bercerita tentang sekularisasi dalam pendidikan, gagasan ta'dib, islam liberal dalam kelas yang muridnya berumur 10 tahun. Ya, itu kerja gila. Jadi di sini tugas para guru dalam membentuk kerangka pemikiran mengikut Islamic worldview dalam individu khususnya para pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa depan. Guru sebagai pemudahcara :)

Catatan kembara kali ini adalah hanya permulaan kepada sebahagian daripada ilmu yang diperoleh. Insya Allah perkongsian akan berterusan. :))
















Saturday, December 19, 2009

Catatan Kembara Sepasang Kaki : Episod 2


sambungan...

[apa aku tulis ni bajet skrip drama ke apa]

Kala terpandang kelibat Kak Lillah dan ibunya, lega hati ini. Sekurang-kurangnya aku tak perlu menunggu lebih lama untuk buat-buat terserempak dengan Megat. Berangan.

Oh lupa. Tujuan aku ke rumah Kak Lillah bukan untuk menghabiskan beras di rumahnya, tetapi sekadar untuk menumpang teduh untuk ke Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Syed Mohamamad Naquib Al Attas yang akan berlangsung keesokan harinya [13 Disember] di Institut Integriti Malaysia yang kerap kali Kak Lillah sebut sebagai Institut Integrasi Malaysia. Ya, yang tu lah.

Tidak terus pulang ke rumah, kami singgah makan dahulu di gerai di Pudu sambil bertaaruf bersama bonda Kak Lillah. Mak Cik memang rock lah. Best sangat sembang dengan Mak Cik, setiap kata-katanya ada sahaja nasihat yang diselitkan. Suka dengar Mak Cik bercerita tentang kucing-kucing yang baru lahir di rumahnya. Comel betul. Eh tapi kan. Saya lupa tanya nama makcik. -_-!

Usai makan, terus kami ke istana milik Kak Lillah dan keluarga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Jauh juga. Terharu betul bila Kak Lillah dan ibunya sanggup bersusah payah ke Pudu yang agak jauh dan sentiasa sibuk itu semata-mata hanya untuk mengambil si parasit ini.

Sampai di rumah, ternampak selipar Asadi oren yang aku sangat kenal. Oren betul entah kenapa dia ni nak beli jugak.

Sunyi rumahnya. Tenang. Damai. Aman. Ok cukup.

Ah ketemu juga si pemilik selipar oren, dengan cara ketemu yang aneh bagi orang lain tapi itulah makna kasih sayang bagi kami. Tapi rasa-rasanya kena tukar lah. Tak sesuai rasanya untuk menghempuk kepala masing-masing dengan bantal itu dipraktikkan kalau aku terserempak dengan kau di market Attiq. Mungkin dengan cara mencubit pipi masing-masing. Boleh dipertimbangkan.

Simpati aku terhadap Kak Lillah dan Kak Romlah. Tentu tidur mereka terganggu dengan ngomelan kami dalam gelap. Hampir tidak bertemu sebulan, tentu sahaja setiap hal yang terjadi harus diceritakan macam hari ni aku marah siapa, hari ni siapa mesej ajak pergi program, hari ni status facebook si polan cakap apa, hari ni siapa ym dengan siapa, hari ni Kak Fatin demam, hari tu jumpa adik jun kat kuala mu yada yada yada. Ya, semuanya kami kongsi bersama. SEMUA. Bila aku kata semua, aku betul maksudkan semua.

Dan ketemu jua akhirnya dengan Kak Romlah. Kecil molek orangnya. Tapi siapa sangka di sebalik tubuh kecilnya, tersimpan seribu kisah suka duka hidupnya penuh liku ranjau [ayat nak macam novel je] dan dia punya kekuatan yang cukup kental. Kagum sejenak aku. [Menulis dengan harapan Kak Romlah baca maka beliau terharu dan menghadiahi ku sehelai t shirt free] Gurau je kak tapi kalau betul-betul... (isi tempat kosong)

Ah harus tidur awal. Esoknya akan ke IIM awal pagi. Awal maksudnya sangat awal iaitu lepas subuh tanpa sarapan mata terpisat-pisat alarm jam belum sempat bunyi IIM pun belum buka lagi. KONON-KONON.


kita berempat

 
bersambung...















Catatan Kembara Sepasang Kaki : Episod 1


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Terasa segala-galanya dimanfaatkan sesempurna mungkin dengan kadar kudrat dan tahap iman yang naik turunnya tidak menentu. Sekurang-kurangnya aku punya jawapan untuk dijawab kala disoal kelak bagaimana aku memanfaatkan cuti kali ini? Kalian bagaimana?

12 Disember 2009

Tepat jam 6 petang, bas KKKL dari Melaka bertolak menuju ke destinasi seperti yang tercatat dalam tiket. Kuala Lumpur. Ah syukur Tuhan letakkan aku berseorangan di dalam bas dengan tiada sesiapa di sebelah, satu nikmat bagiku! Saat bas mula menjelajah lebuh raya pabila keluar daripada tanah daerah bernama Melaka, menung ku yang sedari tadi, kian panjang. Entah ke mana fikiran menerawang, begitu padat dan jauh sekali layangannya. Cubaan mengalihkan tumpuan kepada buku "Dari Lembah Cita-Cita" karya HAMKA seakan gagal apabila buku kecil itu semakin jauh letaknya dari tangan. Tak pe lah sekali sekala layan perasaan. Bukan selalu dapat bersendirian begini, bukan?

Ketibaanku di Pudu disambut jerkahan seorang pemandu teksi yang entah apa isi herdikannya. Marah sungguh dia pada dunia, mungkin. "Dunia tak pernah adil pada orang macam aku" mungkin itu isi tersirat di sebalik luahan kata-katanya. Saat kaki ku melangkah penuh tenaga ke dalam terminal (ceh panggil terminal ke apa pudu ni) hatiku tersenyum. Mendengar herdikan lelaki itu sebentar tadi mengajar aku bahawa manusia ini sememangnya begitu, cetusan rasa marah itu biasanya mudah benar terzahir dengan entah apa yang terkeluar dari mulut. Lancar sahaja lidah kita menutur ya. Tapi kenapa susah benar untuk kita sekurang-kurangnya mengucapkan kata syukur apabila setiap kali bangun daripada tidur, masih kita mampu bernafas, mampu melihat, mampu mendengar, mampu bercakap, mampu segala apa yang masih termampu. Pelik bukan?  Senyuman di hati masih meleret.

Penuh sekali manusia di sini. Aku suka begini. Berlama-lama di sini pun tak mengapa. Aku belajar perihal hidup apabila melihat 1001 jenis ragam manusia. Mungkin yang melihat akan mengatakan budak gila ini buat apa tersenyum senyum sorang-sorang. Ya. Memang. Aku suka :)

Ah, lupa. Perlu mencari tiket ke Sungai Petani. Esok malam. Ya, esok malam akan bertolak ke SP pula.

Mujur ada.

Seketika menunggu dijemput Kak Lillah dan ibunya, kaki ini terasa gatal sekali untuk merayau-rayau di celah ribuan manusia di situ biarpun telah dipesan oleh Mak Cik (mak Kak Lillah) untuk tunggu sahaja di situ. Ya, mak cik, saya masih menunggu di situ, kan masih berada dalam 100 meter dari lingkungan kawasan itu :)

Membeli 2 keping donut dari Dunkin's dan secawan kopi, terus berjalan-jalan, memerhati sekeliling. "Best kalau dapat buat LANDAS kat sini," getus hati kecil.

Dan. Oh. Betulkah itu? Betulkah apa yang aku nampak? Memang la betul. Mana ada orang tanya "salahkah apa aku nampak?" nampak tak? nampak tak? see.

Ok jangan suspen sambil scroll down laju-laju. Tak ada apa pun. Hanya kedai buku.


Laju sahaja kaki ini melangkah ke kedai buku itu. Dengan harapan konon-konon dapat terserempak dengan Megat ACAB macam brader Wan jumpa . Sambil berjalan, otak ku tak berhenti berfikir. Kalau brader Wan jumpa boleh la nak ambik apa gambar apa bagai dengan Megat. Aku? Takkan  nak ambik gambar dengan Megat. Ok.Ok. Aku boleh bagitau dia, aku suka bila dia berubah macam ni, aku sampai sekarang still dengar Streets Of Uptown dia, gua harap lu istiqomah. Biar la orang nak cakap lu tak true skin. Apa ade hal? Lu ada Tuhan. Ok lulus.Aku terus berjalan.

Tak ada pun Megat. Cis. Aku duduk kehampaan.

Telefon berbunyi. Oh mereka sudah sampai. Dari jauh aku nampak kelibat Kak Lillah dan Mak Cik.


akan bersambung...



aku tak pernah overpacked pun. Tak cukup baju sampai kena pinjam t shirt orang ada lah.
ukhuwwah namanya. 










Thursday, December 10, 2009

Apabila Cuti Bukan Sekadar Cuti


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

"Program? Tak pe lah. Cuti ni je waktu aku bersama family. Lepas cuti nanti pergi program balik." Ahmad ketawa riang. Gembira benar hatinya mungkin.

"Nak pergi mana lagi ni? Tak puas-puas ke program. Sekarang ni cuti, buat lah cara cuti" Marah si ayah bila anak perempuannya meminta kebenaran untuk menyertai program semasa cuti.

....

Bila sahaja cuti menjelma, saya akan kembali dalam dilema. Runsing memikirkan program sepanjang cuti dan juga masa bersama keluarga. Biasanya saya akan tersepit antara dua pilihan ini dan biasanya juga keluarga akan menjadi pilihan. Ya, kadang-kadang hati saya memberontak. Bukan ini yang saya mahu, bukan di sini tempat saya, bukan ini tugas saya dan macam-macam lagi. Sedaya upaya saya cuba untuk menerima segalanya sebagai ketentuan. Allah tetapkan saya di sini, jadi tiada alasan sebenarnya untuk saya berhenti berjuang.

"Kalau jihad kami di kuala mu, jihad kau di rumah. Dengan adik beradik kau" Keras nada Attiq meyakinkan saya.

Dalam Fiqh Al Awlawiyat antara dua suruhan yang saling bertembung. Seperti dalam hadis yang diriwayatkan,

Seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan-jalan di satu lembah dan ternampak sebuah mata air yang indah sehingga mengkagumkan dia. Dia berkata: “Andainya aku mengasingkan diri dari manusia (uzlah) dan tinggal di lembah ini, akan tetapi aku tidak akan melakukannya melainkan setelah meminta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Hajatnya ini dikhabarkannya kepada Rasulullah lalu baginda menjawab:


لاَ تَفْعَلْ فَإِنَّ مُقَامَ أَحَدِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ سَبْعِينَ عَامًا. أَلاَ تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ الْجَنَّةَ ؟ اغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ قَاتَلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَوَاقَ نَاقَةٍ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
        Jangan melakukannya kerana sesungguhnya kedudukan seseorang kamu di (medan Jihad) di jalan Allah adalah lebih utama daripada bersolat dalam rumah selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga ? Berperanglah di jalan Allah, barangsiapa yang berperang di jalan Allah selama tempoh memerah susu unta (yakni tempoh yang sekejap) maka wajib ke atasnya Syurga. [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1650]

Dalam hadis di atas terdapat dua suruhan agama yang saling bertembung:
* Suruhan # 1: Mendirikan solat dalam tempoh masa yang lama di tempat yang indah agar dapat memperolehi kekhusyukan yang sempurna. Ia mengandungi maslahat kepada orang yang bersolat.

* Suruhan # 2: Berjuang di medan perang demi menegakkan kalimah Allah dan membela nasib umat Islam. Ia mengandungi maslahat membela nasib agama dan umat Islam manakala orang yang berperang dijamin keampunan Allah dan balasan syurga.

      Di antara dua suruhan di atas, yang lebih utama ialah suruhan kedua kerana ia mengandungi kadar maslahat yang lebih besar berbanding suruhan pertama. Ini terbukti dengan perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “…adalah lebih utama daripada bersolat…”.

      Berdasarkan hadis di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih suruhan dalam satu masa dan dia tidak mampu melaksanakan semua tersebut, maka:
  •   Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa pendek.
  • Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.
  • Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya bersifat pasti berbanding suruhan yang maslahatnya bersifat kemungkinan. 
Alhamdulillah hati saya sedikit terubat bila mengenangkan seorang pejuang itu bukan berjuang di satu-satu tempat sahaja, bahkan pejuang itu apabila dicampakkan sahaja dia di mana-mana tempat hatta di padang pasir sekalipun, dengan izin Allah berbekalkan niat yang ikhlas, syiar Islam itu akan dipegang dan ditegakkan di hati dan dalam setiap langkahnya.

Saya agak terkesan dengan kata-kata abah apabila saya meminta keizinan untuk menyertai kembara dakwah orang asli di kuala mu.

"Kalau kamu boleh didik adik untuk ke masjid setiap kali masuk waktu solat, sama nilainya dengan nilai dakwah kamu pada orang asli"

Benar sekali. Kini saya boleh tersenyum gembira. Tak susah untuk berlapang dada jika kamu sentiasa bersangka baik dengan Allah. He Knows BETTER :)

Sekadar makluman sahabat-sahabat sekalian,

@Daurah di Baitul Qura', Sg Udang Melaka (Ustaz Zul) : Mula 7hb Dis (2 minggu). Tak dapat sertai atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
@Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Syed Naquib Al Attas di Institut Integriti Malaysia, KL - 13 Disember. Insya Allah akan berada di sana.
@Walimah Akh Salman Siddiqiy bin Azmi n Kak Ummi Aziyah - 12hb dan 14hb. Insya Allah juga hanya akan ke walimah di sebelah pihak lelaki. Sorry Kak Z. huhu.
@Pulang ke Melaka. Esoknya (16hb) bercuti bersama keluarga di Marina Cove Resort, Teluk Batik.

Insya Allah semuanya kerana Allah. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Semoga kalian juga memanfaatkan cuti kalian. (^_^)
 














"Muna, bila nak blogging balik?"

"..."

"Kau jangan la stop"

"??"

"Ah lantak kau lah"

"Ok."

"Hoi kejam la kau. Kau ingat aku suka ke bukak blog kau stakat nak tengok tak de update. Baik kau delete je blog tu. Cih"

"???????"

Emo.

Sabar. Ingat senang ke nak habiskan buku Malik Bennabi? Kau ingat macam Dragon Ball ke?

Wednesday, December 09, 2009


Satu pagi yang cerah...

"alamak..macam mane ni?"

"apa dianya?"

"oniey pakai baju pink, nak pakai dengan tudung ape ni?"

"pakai la ape pun. janji tudung"

"ala.."

"ambik tudung kakak warna pink dalam bakul tu. kak tak pakai dah"

"tudung ni?"

"ye"

"tak nak la pakai. JARANG. NAMPAK LEHER NI HAH. TUDUNG APE MCM NI?"

....
tsk.tsk.

kisah benar.

*oniey itu seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

saya terasa. kau?

Saturday, December 05, 2009

PROJEK MANUAL AKTIVITI HIJAU [15-28 DIS 2009]


Salam Perjuangan,

Apa khabar dirimu? Apa khabar imanmu? (^_^)

Khusus untuk semua bakal guru ; IPGM, UPSI atau edu, sesiapa yang berminat untuk menyertai "Projek Manual Aktiviti Hijau" anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan kerjasama NETWORK pada

> 15-28 Disember 2009 (2 minggu)

bertempat di

> Rumah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

boleh hubungi saya, Muna 'Izzah Md Isa (CARE IPTB) atau Cik Fatin Safiah (SAM) atau Cik Siti Norattiqah Azman (CARE IPTB) atau saudara Syamsul Izwan Md Fauzi (CARE IPTB)

Antara objektif Manual AKtiviti Hijau

1. Melatih kumpulan guru pelatih untuk mungumpul dan menganalisis usaha-usaha konservasi alam sekitar.
2. Mengumpulkan maklumat-maklumat daripada orang-orang sumber seperti CAP, SAM dan individu-individu yang menggerakkan projek-projek konservasi alam sekitar.
3. Menghasilkan manual yang praktikal dan mengandungi projek-projek hijau yang boleh digunakan oleh komuniti.


> Brainstorming, Turun Lapangan, Discussion etc.

Note : Makanan dan Penginapan ditanggung beres!

Sebarang pertanyaan boleh emel atau ym terus dengan Muna : munaluvmusic@yahoo.com


KLIK UNTUK DOWNLOAD TENTATIF PROGRAM
 

Wednesday, December 02, 2009



"Mak, flight mak rescheduled tak?"

Message Sent

Tiit..Tiit

"So far tak. Kenapa?"

Reply

"Kalau mak balik lambat, ingat nak naik kuala mu"

Message Sent

Tiit..Tiit..

"no. awak mak kan skang"
 

Message Deleted


...syurga bawah ibu jari mak...
 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting