بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Matanya tajam merenung mereka di hadapan. Penuh membara. Tak berkedip dilihatnya satu per satu wajah yang dahagakan syahid itu. Nafasnya ditarik dalam.
"Dan seharusnya kita, yang digelar pemuda ini, yang dipanggil syabab ini, yang dikenali sebagai fata ini, tidak akan sekali-kali tunduk pada kuasa-kuasa barat, tidak seharusnya akur pada doktrin-doktrin zionis! Kerana kita pemuda harapan ummah, kita syabab pemimpin masa depan! Kalian fikirkan, apa akan jadi pada generasi akan datang, kepada anak-anak kita jika sekiranya kita terus-terusan tunduk pada jarum-jarum suntikan musuh utama kita, yang pastinya melemahkan kita, tanpa kita sendiri sedari??"
Hujahnya makin berapi. Terasa hangat tubuhnya lantaran dibakar semangat anak-anak muda di hadapannya yang sedari tadi tidak berganjak walau dikit pun. Dapat dia rasakan kemarahan mereka terhadap pihak barat dan zionis atas apa yang mereka lakukan terhadap masyarakat Islam di Palestin dan serata dunia ibarat gunung berapi yang hanya tunggu masa untuk memuntahkan isinya.
Dia menarik nafas dalam.
"Wahai saudaraku. Apakah kalian sanggup melihat saudara-saudara kita di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Selatan Thailand, di mana-mana yang kian hari kian ditindas, kian hari kian menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau wanita, tidak kira orang tua atau anak-anak yang masih tidak mengerti, kekejaman demi kekejaman mereka lakukan, hanya untuk melihat syiar Islam tumpas, demi melihat risalah Muhammad S.A.W dihapuskan??"
"Tidak!"
"Tidak sama sekali"
"Allahuakbar! Hapuskan yahudi laknatullah!"
"Takbir!"
Sahutan penuh semangat bergema memenuhi segenap ruang di dewan itu. Setiap yang hadir berdiri tanda menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap Islam.
Dia semakin bersemangat.
"Ayuh kita bersatu, ayuh kita kukuhkan soff, demi menghapuskan yahudi penjajah!Allahuakbar! Jihad Fisabilillah!"
Serentak dengan itu berkumandang seluruh pelosok dewan, gema takbir bersahut-sahutan. Barangkali jika ada puak musuh Islam di situ, sudah habis dicincang lumat oleh mereka.
---
"Hayya 'alal Falah..."
"Assolatu khoirun minan naum.."
Matanya terpisat-pisat. Cuba ditolak kelopak matanya agar terbuka. Kepalanya masih pening. Dia melihat jam di tangan.
"Baru 5.30. Awal betul Subuh sekarang"
Terasa seakan-akan baru 5 minit dia melelapkan matanya. Masakan tidak, malam semalam sahaja dia terpaksa menghadiri tiga mesyuarat yang dia sendiri menjadi pengerusi. Amanah, katanya. Hanya apabila jam menunjukkan jarum 4 baru dia berpeluang untuk meletakkan kepala di bantal. Itupun cadangnya untuk bangun setengah jam kemudian untuk menyiapkan beberapa kertas kerja program yang tak siap-siap.
Dia menarik kembali selimut menutupi tubuhnya. Dingin pagi itu menambah keenakannya diulit mimpi. Sebentar kemudian terdengar sayup-sayup bunyi dengkuran dari bawah selimut.
----
Kisah Solat Subuh Berjemaah [diolah daripada SOLUSI isu 13)
Dalam buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib al Sirjani dinukilkan
"Pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai solat Jumaat"
Seakan mustahil pula.
"Tidak salah membakar bendera yang menjzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam,tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan untuk bertakbiratulihram dalam solat Subuh secar berjemaah? Emm, mampukah orang yang ‘liat’ bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat kemedan jihad untuk memerangi musuh Allah?"
"Tidak salah membakar bendera yang menjzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam,tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan untuk bertakbiratulihram dalam solat Subuh secar berjemaah? Emm, mampukah orang yang ‘liat’ bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke
Surah Soff Ayat 3 untuk renungan semua. Ya Allah, tsabitkan hati-hati kami dalam mentaati perintah Mu. Ya Allah, jangan kau tarik rasa khauf yang Kau campakkan ini.. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami yang sering kali memungkiri janji-janji kepada Mu.
2 dah komen wuu~:
namun sekurang-kurangnya yang membakar bendera kezaliman tanpa bersolat jemaah itu lebih baik dari yang tidak melakukan keduanya...
ud'u ila sabiilika bilhikmah...
:)
"kalau tak mampu buat semua, jangan tinggai smua"
Post a Comment