بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Malam gelap. Seperti selalunya. Indah juga. Seperti selalu. Bila saya kata indah maknanya tiada lara berduka hari ini. Sekejap. Lara juga sebenarnya. Bangun pagi terus capai telefon rumah mendail nombor di resit, oh si jejaka kacak di kaunter tempoh hari mungkin yang menjawab.
"ACER Melaka."
"Ya. Helo. Nak tanya pasal laptop saya?"
"Read the case number, miss."
"blablabla"
*bisu
"Err. Miss, your laptop is now at KL. You will only get it by next week."
"Pardon? Next week?"
"Yes."
"Snap."
"Sorry for any inconvenience,miss"
"But i've to go back to Penang this Sunday. Any possibility to get it ASAP?"
"I'm afraid no, miss. Sorry again"
"Yah.Great.Thanks"
*hang up.
Termenung. Tiada carutan. Terlalu pagi untuk merosakkan otak. Hanya menung kosong menunggu keajaiban. Jejaka kacak telefon semula dan berkata, "Surprise! Tadi saja prank." Celaka. Tak kelakar. Lupakan keajaiban. Ini dunia realiti.
Assignment. Tiap hari pun azam sama. Harus buat assignment. Harus buat assignment. Akhirnya jejak hanya di kerusi termenung melihat soalan. Susah kot. Teori pengajaran? Sejarah PJ? Tak mengapa. Esok cari jawapan. Ya, saya Melayu yang percaya kalau makan kemudian berbual sehingga jari jemari kering padahnya mak mertua akan benci. Itu Melayu.
Assignment. Tiap hari pun azam sama. Harus buat assignment. Harus buat assignment. Akhirnya jejak hanya di kerusi termenung melihat soalan. Susah kot. Teori pengajaran? Sejarah PJ? Tak mengapa. Esok cari jawapan. Ya, saya Melayu yang percaya kalau makan kemudian berbual sehingga jari jemari kering padahnya mak mertua akan benci. Itu Melayu.
Gila. Kalau begini setiap hari, memang sampai mati jadi Melayu. Maksud saya, meLAYU. Hari ni malas buat, esok masih ada. Esok masih ada. Esok masih ada. Esok masih ada. Fikir begini sampai esoknya kiamat. Sempat tak bertaubat?
Tiba masanya kita berfikir tentang akhirat. 20 tahun kau hidup berjimba. Terfikir tidak hari esok? Esok maksudnya hari selepas hari ini. Ya, hari ini. Hari yang kau kata tak mengapa, esok masih ada. Hari yang kau fikir hari seronok, esok taubat la. Hari yang kau fikir ini saja hari untuk enjoy, esok tak sempat. Bangang lah fikiran kita. Maaf,
Dulu saya fikir macam itu juga. Gila tak remaja la hidup tak seronok. Bodoh juga saya. Akui.
Bodoh sebab seronok itu bukan hanya kegembiraan bersama teman.
Bodoh sebab seronok itu bukan sekadar gelak tawa manja berpeleseran.
Bodoh sebab seronok itu bukan lepak jamming gig konsert head banging semata.
Bodoh sebab seronok itu bukan gosip kecoh minah wayang pejadahnye lagi sekadar.
Bodoh sebab seronok itu bukan bila jauh dari Tuhan!
*diam.
Terasa bodoh itu bagus. Jangan tiada langsung.
*keluh.paling berat.
Hidup seronok bila kau hayati betul.
"Live life to the fullest"
Second that. Tidak perlu enjoy berhibur semata untuk rasa seronok.
To the fullest.
To the fullest.
Rasa bertuhan. Itu part To The Fullest.
Bila kau rasa bertuhan, kau akan rasa seronok. Tak perlu pergi gig untuk lepas tension. Kau ada Tuhan. DIA cipta kau. DIA kata, kena ikut. Sombong bapak kalau tak nak ikut. Hebat sangat ke?
Seronok bila rasa bertuhan. Kau rasa DIA ada. Kau rasa DIA dekat. Kau rasa DIA nampak kau. Kau rasa nak dengan DIA. Bagi sebab kenapa tidak seronok? 1 cukup.
*bisu.hati senyum.
Cakap banyak tak guna. Feel dulu. Baru rasa kick tak kick.
Oh ya. Saya bukan budak alim. Saya bukan budak agama-agama. Saya hanya budak picisan berbangsa Melayu berdarah campuran Siam, mamak dan Bugis. Tapi yang penting saya ISLAM.
********
Santapan rohani.
note : Ini bukan acara mendulang bijih timah. Ini acara mendulang abu mayat.
Malaysia menyeramkan. Perlu segera ubah kerajaan.
3 dah komen wuu~:
O yea. aku suka ayat akhir sekali.
anda mampu mengubahnya.whoa.
time to change bebeh.
yiha.
like jugak!
Post a Comment