Tuesday, September 14, 2010

Petua : Kalau terasa nak makan apa-apa, jangan lengah. Terus cari.


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan

Saya selalu klik new post yang dekat dashboard tu lepas tu saya tak tahu nak taip apa lepas tu saya biarkan lama-lama sambil baca apa-apa lepas tu saya terus lupa nak menulis. Selalu macam tu. Sekarang pun sama. 

Saya menulis sebab saya nak kongsi. Tak pun macam mengumpat isteri PM sorang-sorang lepas publish korang baca lepas tu komen jadi la satu perbualan di situ. Kira berkongsi juga la kan walaupun bukan secara langsung. Atau nama hebat sikit perkongsian maya. Wah. Memang nampak intelek.

Hari ni tak nak la mengumpat isteri PM. Dekat facebook pun asyik buat usrah pasal awang adek beradek. Cukup la sampai di situ kot. Esok kita sambung lain.

Tadi saya hantar adik saya pulang semula ke asrama. Awal-awal mak dah pesan jangan bawak cik bibah hitam sebab naik bukit nanti failed. Macam tercabar tapi sebab mak yang cakap, takut juga. Ye la kan, selalu kalau mak cakap, kau jangan main mercun, nanti hancur dua jari tangan kiri kau. Tuhan selalu makbulkan doa ibu tanpa perlu Touch and Go. Takut punya pasal, saya ambil kunci Myvi dan pandu secara berhemah.

Lepas hantar adik, saya terasa nak makan kek. Saya memandu terus ke Jusco. Banyak betul kereta di jalan. Menyampah sebab asyik kena tekan brek. Sampai di Jusco saya terus cari kedai kek. Lupa pula saya baru sekali masuk Jusco baru ni jadi saya tak tahu nak menuju arah mana. 

Saya pun memulakan perjalanan yang tanpa arah itu mengikut kaki yang nak berjalan. Nasib baik dompet juga berduit. Tak lah benci sangat dengan diri sendiri bila berkenan satu barang lepas tu dah nak beli bila tengok beg duit kosong terpaksa buat-buat tak berkenan. Fuh.

Ramai orang. Mungkin semua orang juga baru hantar anak balik asrama kemudian terasa nak makan kek. Kaki saya akhirnya terhenti di hadapan satu kedai. Hati saya mula memaki diri sendiri sambil mulut beristighfar panjang. Saya yakin kalau saya masuk tempat berhantu ni saya akan lupa untuk ke tandas. Macam mana ni, detik hati saya.

Dengan lafaz bismillah saya melangkah masuk ke kedai itu. Arh. Waktu ni dah kurang mencarut sebab ada orang kata saya annoying bila bercakap kasar atau mencarut. Saya terus beristighfar panjang. Tuhan, ampunkan dosa-dosa saya!

Dua jam di kedai itu. Hati saya berdebar-debar. Mampus aku mampus, kata hati jahat. Hati baik hanya beristighfar panjang. Cepat-cepat saya ke kaunter. Tangan saya menggigil sewaktu mengeluarkan dua keping not 50 dari beg duit. Hati jahat kata celaka. Hati baik masih beristighfar. Sesekali bertahmid, ini mungkin ujian Allah.

Saya melangkah dari kedai berhantu sambil menjinjing beg plastik penuh dengan buku. Kali ni dua-dua hati menyumpah manusia bijak yang menyusun kedai-kedai di Jusco seluruh Malaysia. Kenapa mesti letak Popular sebelah eskalator? Arh. Tengok. Saya tak dapat makan kek. Kalau saya mati kempunan boleh cari Pengurus Jusco kemudian jerkah ramai-ramai "hantu muna akan merayau di jusco setiap hari selasa untuk mencari kek!" sambil buat bunyi seram. Biar dia takut. Minta-minta dia Melayu, mudah sikit kena tipu dengan hantu.

Saya memandu pulang dengan rasa lapar sambil beristighfar panjang.

#####

Santapan rohani.


Kau junjung keris tinggi-tinggi. Orang Melayu sekarang tak reti main keris dah. Bayangkan dalam CS atau Mafia Wars pakai keris. Tak cool la kau. 


 



3 dah komen wuu~:

Ana Murrabi on 8:17 AM said...

haha..memang berhantu ..

hantu buku. Kuang2..

akak pun sama. pantang nampak ada buku2 tersusun..even kedai jual makanan, ada rak buku tambah pula buku2 ayat2 power..huish..sanggup angkat tangan kat abah kata..

" tunggu sat abah.."

hehe.. pastu.. hati berbisik2..nak ke xnak..nak beli ke taknak..

satu lagi best..

" baca ke x?? balik rumah nak letak kat mana??( semua rak sudah penuh!)

hehe..

Akak skrg suka langgan SOLUSI. Bagi akak lebih baik bgitu..smua ada dalam tu. Dan akak x leh bayangkan kalau sudah masuk Popular.. hehe..:P

MUna memang tabah menghadapi ujian itu..sabarlah ye dik..hehe

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN on 5:41 PM said...

weh.

dlm penulisan disebut satira.bukan sarkastik.salah plak.

u good in this. way 2 go.


melatih org berfikir.apa-benda-minah-ni-nak-cer-sebenrnya.

Muna 'Izzah Md Isa on 2:15 PM said...

kak fyruz : wah. akak pon bgitu? blh gile kot kalu dok boom fair. huhu. sme la kite beli beli beli, bile nak baca kite kesah laen. sy buat mcm tu sbb sy percaya, 1 hari nnt buku2 ni akn berguna jgak. kan? (:


attiq : aha. from sarcastic, u'll be writing this type of err..what to call eh? story? essay? entah. but i like it this way. seronok menulis bahasa mudah, janji faham. bahasa tinggi takut tak faham. lama2 jadi annoying.hoh

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting