بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Kebiasaannya sebelum menulis di blog ini, saya akan mencatat sesuatu di dalam handphone.
Apa saja yang menarik, lintasan hati kadang-kadang.
Pernah draft sangat penuh. Tandanya mood saya begitu baik untuk berkongsi.
Pernah juga draft saya kosong. Yang tinggal hanya emel ustaz Taufiq Darussyifa' yang sampai sekarang saya tak emel lagi kepada beliau.
Ada dua. Tolak emel ustaz Taufiq, tinggal satu.
Tarikh draft 18 September.
Tahu bila?
Sehari sebelum pulang ke Penang.
Hari ni dah 30 September.
Tahu bila?
2 minggu sudah di Penang.
Saya suka menulis, saya mahu menulis.
Masa tingkatan 4 saya ada satu buku.
"Burn Book".
Nama diberi sebab terpengaruh dengan cerita Mean Girls.
Ingat tak? Cerita Lindsay Lohan.
Dalam Burn Book (BB) saya tulis setiap perkara tak best yang berlaku pada hari tu.
Mula-mula BB itu adalah buku tulis Kajian Tempatan Widaad. Kau tahu lah buku KT mana yang pernah penuh.
Tapi rasa macam tak cool.
Beli buku kecil. Yang macam buku note kulit keras.
Baru cool.
Tarikh pertama 1 Januari 2006. Bahasa budak baru nak up.
Contoh tulis macam ni,
"Muna in da house! Yeah, nothing's going wrong in the 1st day! huhu. sgt hepi coz rasa independent da msuk hostel. huhu."
Contoh sahaja.
Siap dekat cover BB saya tulis SEML.
Maksudnya Speaking English as The Main Language.
Konon-konon macam TESL la.
Bukan apa, lebih seronok meluahkan kemarahan dalam Bahasa Inggeris.
Kalau mencarut pun tak la rasa dosa sangat.
Saya pernah cerita tak zaman sekolah menengah saya suram?
Agak la.
Dulu saya salahkan sekolah. Sekarang dah sedar. Salah sendiri.
Jadi bila suram, BB jadi sangat penuh.
Paling banyak tentang study.
Sebab saya tak ada semangat langsung nak belajar untuk SPM.
Lepas kena chicken pox masa trial.
*diam.salah saya sebenarnya bukan salah ayam pox tu.
Kedua terbanyak tentang asrama.
Dorm saya (H15) sangat seronok.
Tapi tipu kalau tak ada yang tak seronok.
Tak mahu cerita lah sini.
Memalukan diri sendiri.
Ketiga terbanyak tentang kawan.
Ok. Noktah.
Sekarang tahun 2010.
BB masih bersama saya.
Bezanya dahulu tempatnya di dalam beg. Ke mana-mana beg itu pergi.
Tapi sekarang tempatnya di dalam loker.
Kulitnya yang warna oren tu pun macam dah nak luntur.
Sticker kartun comel Supia bagi masa dapat dalam kertas kajang yang ada gambar kartun comel kat depan dengan mata besar tu. Tahu tak? Kat belakang dia ada bagi sticker comel. Supia bagi dua kat saya.
Sekarang nampak dah buruk.
Semalam baca semula BB.
Gelak sendiri. Sensitif juga rupanya.
Kawan perli tudung prep pendek pun tulis. Terasa betul.
Sambil baca, saya cari sesuatu.
Cari lagi. Sampai ke muka terakhir. Tak ketemu.
*menung. panjang. tarik nafas dalam.
Saya dahulu banyak marah. Marah saya muka senyum.
Kawan ingat saya tak marah.
Tapi BB jadi bukti. Tak ada langsung kata-kata hikmah atau kata-kata pujangga.
*pujangga?
Yang ada cuma saya yang marah-marah,
saya yang kecewa,
saya yang sensitif,
saya yang memberontak,
saya yang rasa tertindas,
saya yang benci semuanya,
saya yang tertekan,
saya yang menyedihkan,
saya yang kehilangan,
saya yang tak tenang,
saya yang sakit.
Jiwa dan iman saya sakit.
Entah kenapa saya selalu rasa ditindas. Dahulu.
Jiwa yang tak pernah tenang. Serabut semedang.
Rasa memberontak. Marah. Marahkan kan apa tak ketahuan punca.
Ironinya hanya sewaktu Tingkatan 4 dan 5. Di sekolah perempuan itu.
Tingkatan 2 dan 3 sekolah seperti syurga.
Pergi kantin makan makanan cikgu.
Pergi koop ambil buku tak pernah bayar.
Masuk bilik tayang petang-petang tengok Rosalinda.
Dalam kelas asyik jadi contoh.
Sebab mak abah sekolah situ.
Tingkatan 4. Syurga mula bertukar rupa.
Tapi tidak secara total.
Sebab tak duduk hostel.
Kawan - TIADA.
Ada mungkin. Hanya di kelas.
Di hati? TIADA.
Tingkatan 5. Tiada syurga. Hanya dunia yang kosong.
Akui, jiwa saya kosong. Yang hanya penuh dengan muzik dan lagu.
Dalam darah ada muzik yang mengalir.
Fikirnya, itu satu cara tenang diri.
Cara lari dari dunia.
Surau? Solat jemaah? Quran? Mathurat? Tahajud?
*keluh.
Semuanya jauh. Yang wajib-wajib sahaja.
Rasa terlalu muda untuk semua itu.
Yang saya cari dalam BB semasa baca semalam.
Yang saya hilang selama beberapa lama.
Yang saya mahu sebenarnya dalam hidup.
Tapi saya tak tahu.Tak sedar.
Adalah hidup sebagai hamba.
Saya selalu lupa saya adalah hamba.
Selalu lupa ada DIA yang cipta saya.
Bila lupa, maka lahir BB, contengan kata diri yang kecewa.
Aura negatif tak lekang dari fikir.
Rasa kehambaan yang tiada.
Dunia serasa kosong.
Harusnya jiwa kosong itu diisi.
Isi biar penuh, biar padat.
Tapi jangan disalah isi.
Isi dan rasai.
Resepi menjadi hamba terbaik.
Usah angkuh mendabik dada.
Serasa bagus macam tiada Pencipta.
Sedang diri begitu hina.
Malu mahu mengaku hamba DIA.
Jauh dari layak.
Manusia bukan malaikat.
Yang imannya punya naik punya turun.
Jangan pula seronok buat alasan.
Mentang-mentang kau manusia,
bukan malaikat,
jadi tak mengapa untuk buat dosa?
Bersyukur kita lahir dengan fitrah Islam.
Islam cukup indah. Tak perlu isi dunia andai tahu betapa indah Islam.
Dan setiap yang punya fitrah Islam adalah permata.
Tak mengapa andai pernah tercalit lumpur,
atau tak berkilat bercahaya,
kerana semua permata itu punya harga.
Harga sebagai hamba.
Perlu sentiasa digilap terus.
Jangan pernah berhenti.
Hamba terbaik bukan perlu terbaik di mata manusia.
Tapi pada DIA.
Mahu syurga? Mahu bidadari syurga?
Semua janji DIA andai jadi hamba terbaik.
Biar pernah tercalit lumpur,
tersalut najis,
terbuang gadai,
asal masih punya rasa,
rasa sebagai hamba.
Gilap permata dalam diri, mari menuju syurga Allah.
" The Burn Book"
3 dah komen wuu~:
SEML
hmmm, samalah kita,
start dari sekolah rendah lagi dah ada buku nak tulis2 ni, macam diarilah jugak, but then yang sekolah rendah ngan sekolah menengah termasuk masa kat matrik dah buang, y masih disimpan ialah masa kat kampus..mungkin sebab terlalu banyak tentang emosi zaman kecik2 jadi x rasa penting utk disimpan...huhu..
yang zaman kampus masih disimpan sebab lebih banyak jot down perkara yang lebih matang..hehehehe
Non naked [url=http://www.celebritynud.350.com/] naked shoots[/url] Naked
Post a Comment