بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Bermula semalam kembali mengulit Telaga Budi kesayangan. Sungguh-sungguh sayang buku hikmat itu.
Magika dalam desah kata TG Nik Aziz dikompilasikan menjadi sebuah buku terbaik.
Bagi saya biarpun cuma.
Lama benar tak mengulit bersama buku, serasa janggal. Tapi nikmat. Itu sepastinya. :)
Baik.
Saya begini susah untuk berasa takut.
Pernah ke genting (dahulu), cuba semua permainan.
Space Shot dicuba beberapa kali.
Tak terasa puas, kerana bukan ketinggian yang ditakutkan.
Roller coaster dicuba juga.
Sekali lagi bukan kelajuan yang saya takutkan.
Itu ini habis dicuba. Dan bukan semua itu menjadi ketakutan.
Cuma mencebik bila perempuan melolong tak ketahuan.
Ah. Lelaki pun sama.
Manusia memang gila begitu.
Bermula itu dilancarkan misi mencari ketakutan diri.
Dicuba memanjat gunung tinggi terus dilihat ke bawah gaung.
Masih tidak terkesan.
Dicuba meletakkan pacat di kaki.
Ouh cuma geli-geli biasa. Lagi-lagi bila sang pacat jadi gemuk, berjalan longlai.
Kelakar. Cuba mencari mana mata mana kaki sang pacat. Juling-juling mata jadinya.
Cuba pula naik Pinzgauer.
Sakit kepala. Hentak sana sini. Aduh.
Tapi masih. Bukan itu ketakutan. Tak terkesan.
Apa yang aku takutkan sebenarnya?
Haih.
Semalam. Sedang tekun mengetik tetikus di sisi, telinga terasa mahu disapa Izzatul Islam.
Terus membuka laci. External hard disk bersarung merah diambil.
Sambung USB seperti biasa. Ah, susah pula lekatnya kali ni.
Diusik-usik sedikit.
Pap!
*diam.betul-betul diam.
External hard disk bersarung merah sudah hilang bahagian hadapannya!
USB port berlubang.
*kaget.dup dap bunyi jantung.
Rasa satu dunia sudah terbalik.
Cuba masukkan semula.
Arh. Makin hancur.
Duh. Jadi gmana?
Diam sejenak. Fikir.
Esok harus ke Penang. Nasib masih dalam warranty.
Haih.
Oh. Rupanya ini ketakutan saya.
External rosak??
Kaget rasanya.
Haha.
Ok. Betul-betul tak ada life.
Takut kan external hard disk bersarung merah rosak - ya, sangat takut.
Apa jadi kalau rosak? Boleh mati.
Laptop rosak pun hampir separuh gila.
Semalam lagi. Kuliah Hadis 40 Penawar Hati ustad.
Rasa macam lama tak dengar kuliah ustad.
Oh memang la. Kan pergi camping.
Ustad kata,
Antara tanda akhir zaman adalah maksiat itu dianggap biasa.
Bila Allah mencabut rasa malu dari dalam diri manusia.
Bila Allah tarik rasa khauf dalam diri manusia.
Lihat wanita pakai baju taraf adik-adik dirasa biasa,
Lihat wanita dan lelaki berpasangan haram itu menjadi normal,
Lihat artis terkinja-kinja dirasa seronok,
Lihat cikgu cari publisti murahan di facebook dengan miming lagu serupa gampang dirasa itu hiburan biasa,
Lihat semua maksiat itu tanpa rasa salah barang sedikit.
Ustad kata lagi,
Tanya diri sendiri, tanya hati, benci atau suka kah kita kepada maksiat?
Kali ini betul-betul kaget.
Bila ustad ulang dan ulang hadis itu.
"Orang soleh juga akan dikenakan azab andai dia tak pernah risau akan masalah umat"
Termenung panjang. Lihat ustad di depan pun sudah nampak jauh.
Luar masih tenang.
Dalam nya namun gelora tak kesudahan.
Ditanya terus-terus dalam hati.
Benci atau suka kah aku kepada maksiat?
Apa aku buat bila nampak maksiat?
Angguk atau geleng kah aku?
Senyum atau menangis kah aku?
Tegur atau sekadar berlalu kah aku?
Istighfar atau hamdalah kah aku?
Ya, ini benar-benar ketakutan yang sebenar.
Saya takut andai Allah cabut rasa khauf itu dari diri.
Saya takut andai Allah tarik rasa malu itu dari jiwa.
Takut. Sungguh.
Bukan ketinggian atau kelajuan menjadi ketakutan sebenar.
tapi DIMURKAI Allah - itu yang sebenarnya perlu ditakuti!
Pulang itu menung lagi.
Ini bukan lagi masa bermain.
Bukan lagi masa bergurau senda.
Tiba masanya jadi serius.
Serius melaksanakan lafaz ikrar paling agung kita pada Allah.
Lafaz syahadah - itu ikrar teragung.
Sejauh mana nilai itu menjadi realiti?
Sejauh mana saya melaksanakan ikrar saya sebagai hamba?
Tanya diri kita. Malu weh malu.
Jadi seharusnya perlu ada tindakan!
Cakap saja tulis saja tak berguna.
Saya benci maksiat. Saya benci maksiat.
Akan menangkah Islam sekadar berkata begini tapi terus-terus masih jejak pusat karaoke,
masih terus seronok berbalas komen di facebook terus lupa mahu solat,
masih terus hidup dalam lakonan.
Bangun manusia, bangun!
Dunia ni bukan masih muda.
Kau juga.
Usia kau muda, tapi usia umur kau hanya Tuhan yang tahu.
terus kenapa masih mahu degil?
Kau boleh saja terpekik terlolong naik Space Shot.
Boleh saja kau tergedik menjerit bila pacat naik ke kaki.
Fikir kau itu cukup takut.
Bila Allah murka,
apa kau masih punya masa untuk terpekik terlolong?
Tiada siapa mahu dengar, kawan.
Bila-bila masa kita boleh mati.
Jangan seronok sangat.
Bukan itu tujuan hidup kita.
TIBA MASA KITA SERIUS MENJADI HAMBA!
4 dah komen wuu~:
alhamdulilah...
benar2 tersentuh :)
teruskan menulis muna!!..
This link provides information on how to reach state insurance regulators that can help to provide state-specific information relating to car, homeowner, ... http://insuranceinstates.com/texas/San%20Antonio/National%20Insurance%20Center/78223/
muna...=(
Pinzgauer-time aku dalam service dulu diorg panggil kereta "b*b*"...sebab bhgn depan tu cam idung menatang tu
Post a Comment