Friday, May 29, 2009

Mus'ab 'Umair


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



Dalam menceritakan tentang Sa'ad bin Muadz dan bagaimana beliau memeluk Islam. Al Habib Afif ada menyentuh sedikit mengenai Mus'ab Bin 'Umair, yang saya sekadar tahu bahawa beliau ialah sahabat nabi yang punya paras rupa paling tampan dan merupakan utusan Rasulullah S.A.W ke Madinah.

Pulang ke bilik segera meng'google' mencari siapakah gerangan Mus'ab bin 'Umair ini.
Banyak nye!
Ternyata tidak sukar mencari malumat mengenai sahabat Rasulullah yang satu ini. Namun harus berhati hati dalam memilih information - dari manakah sumbernya, boleh dipercayaikah, banding bezakan dengan maklumat yang lain untuk mendapatkan kesahihan kisah yang sebenar benarnya. Jangan sesekali terus mempercayai kisah atau maklumat yang terhidang depan mata semata mata kita menganggap sumber itu adalah benar. Inilah antara punca kepada pelbagai kesilapan maklumat yang kerap kali berlaku yang menyebabkan pemesongan maklumat dan pengakhirannya wujud masyarakat yang belajar secara membabi buta.

Berbalik kepada Mus'ab bin 'Umair.

Membaca kisahnya membuatkan diri ini rasa kecil, hina sekali jika hendak dibandingkan dengan nya. Mata mula bergenang. Hebatnya seorang Mus'ab itu sehinggakan sanggup meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup, malahan ibu yang disayanginya demi cinta nya kepada Allah dan Rasul.

Mus'ab merupakan anak golongan bangsawan yang hidupnya mewah, makannya enak, tidurnya selesa, pakainya mahal. Dikasihi ibu lebih daripada saudaranya yang lain. Ketampanannya digilai para wanita. Sempurna. Kehidupannya sangat sempurna.

Kala bibir mengucapkan kalimah syahadah, hati mengimani Tuhan yang Esa, kasih ibu bertukar marah, menjadi benci. Jasadnya kian lemah akibat didera hari demi hari oleh ibu tersayang. Namun tiada gentar di hatinya, tiada lemah di jiwanya, tiada kurang kecintaannya kepada Allah dan Rasul. Islam tetap di hatinya.

Segala kemewahan ditinggalkan. Zuhud. Demi Islam yang syumul. Makannya tidak terurus. Tubuhnya kurus namun keimanannya tetap pada Yang Kuasa. Kala si ibu mempertaruhkan nyawanya demi melihat anaknya kembali kepada agama yang asal, sedikit pun si anak tidak berganjak daripada keputusannya.

Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Maka terbuanglah dirinya. Menjadi hamba demi mencari rezeki.

Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Subhanallah. Alangkah indahnya jika kita mencontohi Mus'ab!! :(

Ditugaskan berdakwah di Madinah. Pemuda dakwah yang tak kenal erti susah dan penat. Mengislamkan puluhan penduduk Madinah berkat kesabarannya dalam berjuang.
"Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda."

Hebatnya!!! :( :(

----------------------------------------------------------------------------------------------

Saya mempunyai seorang Mus'ab 'Umair.
Baru berusia 14 tahun. Tubuhnya kecil, wajahnya comel. Nama diinspirasikan berdasarkan kisah sahabat nabi - pemuda dakwah terhebat - Mus'ab bin 'Umair.

Mampukah Mus'ab kami menjadi sehebat Mus'ab b 'Umair?
Mampukah kami menyerapkan roh Mus'ab b 'Umair ke dalam rohnya?
Mampukah kami berdiri sebaris berjuang seperti Mus'ab dan sahabat lain?
Alangkah indahnya jika kami mampu meMu'sabkan Mus'ab kami!!





Mus'ab 'Umair Md Isa... Mujahid masa depan.. Insya Allah



Si Ibu : Ateh, solat ape yang ateh buat, yang 2 rakaat lepas maghrib tu?
Si anak : Solat dhuha laaa....


Aduhai adik ku.....





Tuesday, May 26, 2009

N12 ..


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



yeye.paper dah abis.
^_^
*tak sabar nak balik*
sabar.lepas kem care.
okeh!
-----------------------------------------------------------------------------------

hari ni habis sahaja last paper - KS2, segera Azie mengajak ku ke bank.
*rilek la Azie nak luang masa manja dengan aku pun*
entah apa pak guard bank dah buat kat dia pon hamba tak tahu,
asyik lah nak ke bank!

usai menghabiskan satu chapter Kembara Atiq Wazif - Satu Anugerah, segera bersiap demi menuntut kemahuan hati Azie. huhu.



waiting list books - aim -- finish by holiday. mampukah?


oh bukan kisah bank dan buku yang mahu saya ketengahkan kali ni.

On our way back to hostel, saja nak ambil jalan Penanti - Kubang Semang.

Oh yeah. Penanti sekarang memang sedang 'hot!' Tiap-tiap hari kalau tak dengar bunyi helikopter melintas tak sah. Apa saja lah mereka ni.








Info : Gambar diambil semasa menunggang motor. huhu.


27 Mei 2009 (Rabu) CERAMAH Masa : 9:00 Malam Tempat : Kampung Guar Jering Penceramah : - YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - YAB Tuan Guru Nik Aziz - YB Azmin Ali

*siapa nak pegi.jom ajak saya*
:)



p/s: tak berapa meriah. satu tone colour je. banyak colour dah luntur kena klorox fru.





Friday, May 22, 2009

Erti Hidup dengan Berjuang


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


"Ingat, hidup ini adalah perjuangan.. Jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapat syurga, janganlah kamu meninggalkannya, kuasailah pelbagai bidang di mana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi, hanya di tangan orang-orang soleh, dunia ini akan menghentikan tangisannya"
-alfaqir-


Mesej terkandung penuh makna tersirat ini ku terima lewat hari dikirim ukhti hana tersayang.
Jazakillah dak comel yang saban hari tak pernah lupa hamba ni ^_^

Hdup Ini Adalah Perjuangan.

Dahulu saya kerap kali berfikir tentang ungkapan ini. Ungkapan yang sering diutarakan oleh abang-abang dan kakak-kakak faci dalam kem motivasi, ungkapan yang mesra di bibir ustaz dan ustazah.
Kala itu saya terfikir, perjuangan apa? Berjuang untuk apa? Kenapa nak kena berjuang?? Saya tak faham!!

Namun persoalan itu sekadar berlegar di minda tanpa sebarang penzahiran lisan. Tak tahu nak bertanya kepada siapa. Dan saya pun tak merasakan persoalan itu perlukan penerangan daripada sesiapa. Tak perlu.

Sehinggalah satu hari. Satu kejadian telah berlaku kepada diri saya. (Kejadian apa? Biarlah saya dan Allah yang tahu).
Kala itu, saya dilanda kemurungan pada tahap yang agak kritikal. Makan pun tak lalu. Kepala pening. Sentiasa sakit. Nasihat kawan-kawan? Langsung tak masuk otak!
Saya tahu Allah sedang menguji iman saya ketika itu. Namun hati ini tekad untuk menidakkan hakikat bahawa diri ini sedang diuji akibat terlalu kecewa dengan takdir yang menimpa. Dunia saya rasakan gelap tak bercahaya. Saya jadi bodoh!

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Diri ini semakin pulih. Pulih daripada kemurungan. Hampir pulih daripada kesakitan. Dengan kuasa Allah, semenjak kejadian tersebut, Allah mengurniakan ilham kepada akal ini. Ilham untuk berfikir. Berfikir tentang Dia. Berfikir tentang hala tuju diri ini. Berfikir tentang segala yang saya tak pernah terfikir.

Ilham.

Ilham Allah S.W.T sungguh, dimanfaatkan semaksima mungkin oleh akal dan diri. Saya menjadi sang pemikir yang tak pernah berhenti daripada berfikir tentang hidup.

Siapa aku?
Kenapa aku hidup?
Untuk apa aku lahir?
Apa aku dah buat sepanjang aku hidup?
Apa matlamat hidup aku?
Apakah hidup ini semata mata hidup - kemudian mati?
Apa itu perjuangan dalam hidup?
Kenapa perlu berjuang?

Macam-macam.

Saban hari, setiap persoalan terjawab sedikit demi sedikit. Bagaimana? Melalui pemerhatian.

Saya tekad untuk melakukan satu refleksi harian tentang rutin harian saya. Setiap inci pergerakan saya, saya fikirkan kembali logik dan sebab musabab tindakan itu. Bermula daripada bangun tidur sehinggalah saya tidur semula. Bila saya buka mata, bangun dari tidur - persoalan pertama dalam minda saya -- apa lagi saya perlu buat untuk Islam pada hari ni? Saya buat 'mindset' - tetapkan satu 'aim' untuk hari itu, dan saya nak capai 'aim' itu! Dan alhamdulillah ianya berkesan untuk menguraikan persoalan saya mengenai tujuan saya hidup dan mengurai erti sebenar ungkapan hidup adalah perjuangan!! Ternyata ia bukan sekadar ungkapan, tetapi satu matlamat dan visi yang perlu dipegang setiap insan bergelar manusia yang makan rezeki Allah, bernafas dengan rezeki Allah.

Saya sedang berjuang!

Kerap kali saya diajukan dengan soalan "apa yang kau juangkan?" bila saja diri ini menyebut tentang perjuangan.

Buat mereka yang masih samar tentang perjuangan dalam hidup ini, saya ingin mengajak kalian sama-sama berfikir bersama saya.

Apakah 'aim' kalian tentang kehidupan kalian?
Untuk menggapai cita-cita dan kebahagiaan masa depan.
Bila yang dikatakan masa depan tu?
Masa depan la. Ada keluarga, kerjaya, anak-anak. Kebahagiaan la tu.
Bayangkan andai kata kalian sedang berada dalam masa depan itu. Apa 'aim' kalian seterusnya?
Mengekalkan yang sedia ada.
Jadi itu sahaja 'aim' hidup kita selama ni?
Untuk menggapai cita-cita, punya kehidupan yang bahagia dan akhirnya begitu sahaja??



Bersama Jeng Jeng. Sekadar Gambar Hiasan. huhu



"Saya tak nak punya hidup tanpa aim yang pasti!!"

Itu saya sematkan dalam hati dan jiwa saya. Saya nak hidup yang punya arah tuju!!

Dan kini 'aim' utama dalam hidup saya adalah untuk memberi sebanyak banyaknya, demi melihat tertegaknya Islam yang tercinta. Inilah yang saya juangkan. Deen Allah.

Inilah dia erti Hidup Adalah Perjuangan yang sebenar. Hidup untuk memberi tanpa berharap sebarang balasan. Hidup kerana Allah.

"Kehidupan di dunia ibarat bercucuk tanam. Hasil tuaiannya adalah di akhirat kelak"

Saya sedang berjuang!!

Wallahualam.






Wednesday, May 20, 2009

Imtihan.Exam.Peperiksaan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Imtihan


Dicilok dari blog Syam



Apa ada pada imtihan??

:P






Bittaufik wannajah fi imtihanuk!!


Sincerely Al 'Izzah









Tuesday, May 19, 2009

Mudah kan?


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan











Mudahnya Islam!!

Jadi kenapa masih perlu beralasan.

Islam itu agama yang mudah dan fleksibel.

:)

(Gambar di Kuala Mu Mei 2009)

Laporan penuh.. Nantikan..






Monday, May 18, 2009

Tidak Bertajuk


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Hampir sejam saya membuka posting ni tanpa menaip apa2.
Ikut hati, ingin sahaja tangan bergerak menaip kata hati.
Namun hati ini terlalu gundah, cukup berserabut untuk ditafsirkan apa lagi untuk dizahirkan.
Ikut hati sangat, bahaya Muna oi.

Pelihara Habluminallah, jangan abaikan Habluminannas.

Jaga hubungan kita dengan Allah, dalam masa yang sama hubungan dengan manusia jgn diabaikan.

Serabut! Bermacam macam perkara berlari lari dalam otak ni. Ada yang slow jog.
Ouh. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk menulis.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda.

“Jika ada seseorang berkata:
“Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata sendiri itu yang paling rosak di antara mereka”


Hadis Riwayat Muslim

Kata Imam Nawawi r.a ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-shalihin, beliau memberikan penjelasan :

‘Bahawasanya orang yang bangga pada diri sendiri kononnya diri tidak rosak dan mulia serta merendahkan orang lain dan maka yang demikian ini adalah haram. Orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka maka perkataan itu tidak ada salahnya.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Terkadang rasa khauf menyelinap dalam diri ni.
Apakah aku bisa menyumbangkan sesuatu kepada umat ini?
Apa mahu ku jawab saat ditanya Tuhan nanti?










Thursday, May 14, 2009

Usah Malu Amal Islam.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



"Yelah. Kita bukan ustaz.. Sapa nak kawan dengan kita. Depa nak kawan dengan ustaz ustaz je." Bebel seorang pembebel.

Apakah?

"Bangun pagi pagi buta, solat. Tersengguk sengguk sembahyang. ........ Tak boleh la nak bersuka ria bergurau senda sikit" sambungnya lagi.

Berderau darah mendengar karutan sang pembebel yang layaknya bergelar seorang bapa itu. Nasib baik muka memang dah sedia terbakar, jadi agak tidak ketara jugak la yang saya sedang malu dan marah ketika itu!

"yeah!! Sempoi laaa.." sahut peserta lain disambut gelak ketawa riang mereka atas sebab kesantaian dan kesempoian si pembebel.

Mata dikerling ke arah sahabat seperjuangan. Geleng kepala.

Si pembebel masih dengan gembira meneruskan 'tazkirah' nya pada petang itu.

"sedangkan binatang pun ada nafsu..apa lagi manusia.." katanya disambut gelak kecil sebahagian yang setia mendengar.

Oh alahai dunia.

Panas telinga ni mendengar kata-kata dari seseorang yang sepatutnya dihormati sebagai guru. Sakit hati ni mendengar kalam seseorang yang bangga mengaku menjadi umat Islam.

Dunia akhir zaman. Bila sang guru yang diamanahkan untuk memandu arah anak didiknya yang teraba raba dalam gelap, yang layaknya menjadi idola pada sang mujahid muda - kini turut serta menempelak sebilangan kecil mereka yang megah menjulang Ad-Din di bumi tua Allah ini. Subhanallah.

Ke mana hilangnya 'murabbi' itu?
Ke mana hilangnya 'mursyid' itu?

Jadi tidak perlu risau kiranya satu hari anak-anak kita tanpa secubit rasa dosa malahan dengan bangga bersatu menempelak agama Islam yang dicintai. Tak ada apa nak dirisaukan kiranya satu hari nanti Islam tidak lebih daripada sekadar perkataan yang tertulis di borang-borang permohonan ke institut pengajian!

Jangan jadi munafik!


"Aku ingin berpesan kepada temanku yang ingin dan sudah menjadi ahli politik supaya jangan jadi munafik. Jangan menindas orang lain, merosakkan masyarakat dan kemudian berbicara soal pemulihan masyarakat" - Suara -Suara Terpendam. MS Anuar Mahmod


Membaca sepintas lalu pesanan abang nuar mungkin agak keras zahirnya namun saya suka untuk mengajak kalian untuk menghayati pesanan beliau. Jangan jadi munafik! Pesanan yang bukan ditujukan semata-mata untuk mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia politik, luaskan skop itu -- pesanan untuk bakal, sedang atau anda yang telah menjadi guru!

Jangan jadi munafik bila kita pulun penuh semangat mendidik anak bangsa di sekolah-sekolah rendah mahupun menengah - kononnya untuk mendidik menjadi warganegara yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara TAPI usai mengajar, berjalan penuh gaya ke tandas, seluk poket -- hisap rokok! Pulang ke kelas, kembali mendidik SIVIK!

Rakan seangkatan


Normal la tu!

Terketar ketar tangan menunggu giliran. Hati yang berdebar tak payah cerita la. Pentazkirah pertama sudah hampir menghabiskan ayat-ayat terakhirnya. Ya Allah. Semoga terkesan dalam hati-hati muda ini. Amin.

Mic dihulurkan. Bismillah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

"Emosi betul! tergelak-gelak Ustaz dengar kau tau?"
"Aku tak faham, kenapa mesti ada pokok kelapa sawit tengah padang pasir?" [silap lah!! huhu]
"Sejak bila jadi ustazah ni? berdarah hidung aku tadi"

Maafkan ana kiranya kata kata ana punya rasa seperti cabai melaka. Ana buat seikhlas hati demi melihat kita berdiri sebaris dalam perjuangan ini. Ana juga insan yang hina dan dhaif. Mengharapkan redhaNya matlamat utama perjuangan hidup ini.

"Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?"


Wallahualam.










Tuesday, May 12, 2009

Jangan Berehat!!!



بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan




"Berjuang itu pahit, Tapi Syurga itu Manis!"


Minggu tanpa rehat. Hati berbisik letih. Letih. Letih. Esok paper Gerko. Ouh. Hati yang berbisik itu sekadar pengganggu. Roh Jihad itu tak pernah berehat, kawan-kawanku!!! Usah dibiarkan rasa letih menguasai minda dan jasad kita. Jangan pernah berhenti memberi.. Jangan pernah berehat dari berjuang.. Jangan pernah berhenti berfikir tentang ad Din!!!

Sejak akhir akhir ini otak saya seakan akan beku. Beku dengan ilham. Sungguh. Diri ini kekeringan idea untuk melakukan segala galanya apatah lagi menulis. Entah kenapa emosi menjadi semakin tidak stabil. Apakah aku semakin jauh dariNya... :'( Nauzubillah....

Berbicara dengan seorang teman ini sentiasa membuatkan saya berfikir. Berfikir tentang kata katanya yang biasanya penuh pengertian biarpun isu yang dibincangkan jika dibicarakan secara kasar hanyalah sekadar isu yang remeh, namun ketelitian beliau menganalisis sesuatu isu dan menjelaskan secara terperinci kerap kali mengajak saya untuk berfikir bersama.

"Dakwah bukan untuk orang manja. Jangan selalu mengalirkan air mata jika terlalu sedih sekalipun"

Ya. Dakwah bukan untuk orang manja. Dalam kerja berdakwah ini, usah terlalu impikan keselesaan, kesantaian mahupun kerja yang rileks.

"Berkorban dan terkorban" itu lah dakwah. Kerap kali kita diundang rasa ralat kiranya berlaku sesuatu keadaan yang menghendaki kita untuk berkorban, namun jika pengorbanan itu adalah demi menegakkan Islam dan di jalan yang diredhai Nya, usah sesekali timbul rasa ralat itu.. kerana sudah Allah janjikan nimat dan kurnia yang paling besar seperti dalam surah Al Anfal

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)- mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (Al-Anfal: 29)"

Hai Roh Jihad sekalian,
Pegang lah pada janji Allah itu, dengan izin nya, kita akan terus bertahan dalam barisan perjuangan ini kerana perjuangan dan pengorbanan yang berat ini lah kunci untuk mendapatkan syurga Allah... Siapa tak nak syurga???

Kalau kita tengok pejuang-pejuang terdahulu sebelum kita, mereka punya semangat juang yang begitu tinggi, begitu hebat... Ini kerana mereka berpegang pada satu kepercayaan bahawa semakin berat perjuangan ini, semakin besar janji Allah S.W.T. Hasil kesetiaan mereka itulah yang menjadikan mereka terus berjuang tanpa kenal erti berehat dan penat dan mereka tidak pernah menyalahi janji Nya... Apatah lagi untuk merubah janji kepada Nya... Subhanallah.. Saya nak jadi macam ni!!!

Pernah seorang pejuang Palestina yang telah berlama-lama meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk membuat mencari dukungan dunia dan dana diwawancarai. “Apa yang membuat Anda dapat berlama-lama meninggalkan keluarga dan kampung halaman?” Jawabnya, kerana perjuangan. Dan, dengan perjuangan itu kemuliaan hidup mereka lebih berarti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya. “Kalau bukan karena dakwah dan perjuangan, kami pun mungkin tidak akan dapat bertahan,” ungkapnya.


Hai Roh Jihad..
Kalau nak dibandingkan perjuangan kita sekarang dengan perjuangan pejuang terdahulu amatlah tidak seberapa. Kita beruntung kerana dilahirkan dengan penuh kemewahan, ilmu datang mencari kita, tidak perlu bersusah payah mencari ilmu baru. Pengorbanan kita tidak sehebat mereka yang teruk diuji dengan penderaan fizikal dan mental!! Kita?? Baru diuji dengan ujian yang paling kecil, sudah mengeluh... Putus asa... Letih... Astaghfirullah...

Sesungguhnya kesabaran itu adalah kuda-kuda pertahanan orang berjuang. Bersabarlah dan jangan pernah putus asa untuk bersabar kerana Allah sayangkan kita. Selangkah kita padanya.. Seribu langkah Nya kepada kita.

Jadi sahabat sekalian, harus diingat dakwah bukan untuk orang manja... Mudah berputus asa tidak ada dalam diri seorang pejuang!! Ingat! Jangan jadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah, tapi jadilah generasi yang akan menyemai dakwah menjadi subur!! Allah bersama kita!!


Sunnah Orang Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Allahuakbar!!!
HAYYA Alal FALAH...
Allahuakbar Allahuakbar..
Lailahailallah...







Saturday, May 09, 2009

Selamat Hari Bonda.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan






Alhamdulillah.
Akhirnya tertunai sudah kredit untuk BIG sem ni.
Tapi tak boleh lega lagi selagi tak hantar laporan.
Waduhai.

Minggu ni minggu yang meletihkan!

Habis BIG, ingat boleh nak rehat-rehat satu badan yang sakit lebih dari orang lain (orang lain berkayak enjoy, kami berkayak bertarung nyawa!~), skali hari Jumaat ada pulak perhimpunan. Dengar cerita orang besar2 nak mai. Aduhai lagi....

Sabtu dah plan nak beli barang sikit untuk laskar bintang kesayang kami, dan Ahad ni kalau diizinkan Nya, akan ke Darul Ummah. Rindu sungguh kat mereka!!

Esok, 10 Mei adalah Hari Ibu.

Saya kurang pasti cetusan idea hari ibu ini adalah buah fikiran dari Barat atau Islam atau ianya bersifat global, entahlah saya kurang pasti. Yang saya pasti, sambutan hari Ibu ini bukanlah satu sambutan yang negatif atau ianya merupakan propaganda pihak tertentu kerana Ibu, Umi, Emak, Mama, atau Bonda atau apa sahaj panggilan dari pelbagai bahasa, ia tetap membawa satu maksud - wanita yang berjuang bertarung dengan maut demi membawa kita ke dunia yang kemudiannya berhabis banyak wang ringgit dan masanya menjaga dan membesarkan kita yang bergelar si anak ini.

Kakak rindu mak.

Baru kejap tadi, sedang diri ini menikmati makan malam, mak call.
Minggu ni saja lepas balik BIG dua,tiga kali jugak mak call. Ai. Rindu benar pada anak nya yang paling jauh ini.
Gelak besar dia bila ditanya begitu. (Alah. Akak tau mak rindu akak jugak..huhu)

Saya masih ingat setiap detik saya bersama mak. Detik manis, detik sedih, detik sakit, detik marah, detik kecewa, detik mengumpat, dan mcm mcm lagi lah.
Memandangkan saya anak perempuan sulung nya, memang hampir segala hal kami berkongsi bersama. Apa sahaja. Perihal kawan-kawan saya, pelajaran, lawak bodoh. Owh. (Nak balik!!)

Khas untuk mak saya, - Puan Na'imah bt Nawawi




Mak,
Akak rindu sangat mak.
Dah lama akak tak makan masakan mak.
Akak ingat lagi,
kali terakhir balik, akak ingat kan
dapat la rasa air tangan mak,
tapi apakan daya,
mak sibuk,
tak sempat masak,
tapi tidak mengapa,
kakak faham.

Mak,
Akak tau akak dah banyak sangat kecewa kan mak,
akak dah banyak buat mak menangis,
akak dah banyak buat mak risau,
tapi,
semua tu perkara lama, mak.
Ketahuilah
kakak sekarang bukan
kakak dulu.
Kakak dulu yang hanyut dengan dunia sendiri,
kakak dulu yang jahat,
kakak dulu yang kuat memberontak,
kakak dulu yang tak lekang dengan masalah.
Sekarang Kakak dah berubah, mak.
Kakak berubah sebab
kakak tak nak mak menangis sebab kakak lagi,
kakak nak mak percaya kakak balik,
kakak nak mak bangga dengan kakak,
kakak nak mak bangga kerana telah melahirkan seorang Mujahidah...

Kakak bersyukur sgt2 sebab punya mak yang sebegini kuat,
yang sebegini tabah,
yang sebegini bijak,
yang sebegini matang,
yang sebegini baik,
yang sebegini gila (huhu)
Mak adalah sempurna pada pandangan mata kakak.
Kakak nak jadi macam mak.
Tenang je bila da masalah.
Cool.
Matang dlm menyelesaikan masalah.
Kakak nak jadi macam tu.

Entah berapa banyak jasa mak kat kami adik beradik,
memang tak terkira,
dan entah berapa banyak air mata mak dah tumpah kerana kami....
Kakak minta maaf, mak..
Ampunkan segala dosa kakak.
Kakak perlukan restu mak dan abah demi terus berjuang di jalan Nya.
Kerana restu mak dan abah sangat penting dalam perjuangan ni.

Kakak sayang mak....
Terima Kasih untuk segalanya.
Terima Kasih kerana menjadi ibu kepada Muna 'Izzah ini.
Selamat Hari Ibu, Mak.


Dari anak mu yang jauh di perantauan



-------------------------------------------------------------------------------------------------


sob...sob...sob....nak balik rumah!!!

Semoga mak attiQ dan mama Syam tenang menghadapi ujian Allah.
Insya Allah semuanya akan sembuh seperti dulu.
AMIN~










Sunday, May 03, 2009

Oh Bulan Mei.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan






4-7 Mei : BIG @ Kem Tok Sakah

7 Mei (malam) : Aku Dibius Cinta

8 Mei : Betul ke ada exam GERKO? [hoi baru balik BIG nak kena exam ke?]


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Bila nak balik rumah camni?
Tunggu bulan 6 ler jawabnya.
Tapi 30hb ni ada Kem CARE kat Merbok.
Aduhai.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak sabar tunggu phone baru.
:)















Saturday, May 02, 2009

....


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan












Bila nak naik Kuala Mu lagi ni?

:'(


------------------------------------------------------------------------------------------------



Hai adikku Khairul Anuar Karim...
Cepat lah sembuh lelah mu...
Doa Kami sentiasa bersama mu
Laskar Bintang
:)















 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting