Monday, November 30, 2009


apa boleh buat?
dah hobi aku menulis.
tak boleh tahan hidup in denial.
macam orang gila.
contoh kau.
hobi kau dengar radio.
tiap-tiap hari kau buka radio tapi kau tak dengar.
tak ke gila.
memang lah.
ON! ON! bukan BUKA!
macam mana nak dengar.

aku tulis. aku padam. aku tulis aku padam.
tapi aku tak padam dah.
kalau aku padam macam mana kau boleh baca apa aku tulis ni.

aku pun tak tahu.
kenapa mood menulis di maktab dan di rumah berbeza.
pemakanan mungkin.
siapa suruh aku masak sedap-sedap.
aku sendiri tak lalu makan.
sampai tak lalu nak menulis.
salah aku juga akhirnya.

memang la aku tengah beruzlah.
aku tahu.
kalau tak, tak lah aku menulis macam ni.
gile ke.

baru sampai lesson number 9.
peh.
siapa kata senang.
"berlapang dada je"
....
kau ingat senang??


dah.
baik kau baca INI.
"orang hebat tak kan mengaku dia hebat"
macam siput babi.
dia tak kan mengaku dia babi.
INFERIORITY COMPLEX

Saturday, November 28, 2009


"boleh saya cakap dengan penjaga kamu?"

"ya, saya"

"boleh saya cakap dengan encik isa?"

"dia tak ada. pergi haji"

"oh, esok dia ada?"

"huh?"

berhenti jadi operator lagi bagus.

Sunday, November 22, 2009

Masa Untuk Beruzlah. Salam Perpisahan buat semua :)


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
Salam Perjuangan


Berkira-kira dalam hati sejak minggu lepas untuk berhenti menulis buat sementara waktu, atau mungkin untuk selama-lamanya. Wallahualam. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam satu-satu masa mendesak saya untuk refleks kembali diri saya dan matlamat hidup saya. Banyak ketempangan yang saya lakukan, dan perlu diteliti semula, diperbaiki - hanya demi untuk mendapat REDHA Allah.

Jangan salah sangka, saya tidak merajuk atau berkecil hati dengan mana-mana pihak pun, atau atas mana-mana teguran, insya Allah saya terima dengan hati yang terbuka. Bahkan teguran dan nasihat kalian yang sememangnya saya perlukan, lebih dari segala pujian atau sanjungan. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian =))

10 jari ini saya susun, memohon ampun kepada semua sahabat sahabiah yang selama ini banyak menjadi pendorong saya, penguat saya untuk terus berjuang melalui mata pena, kiranya tulisan ini mengguris hati mana-mana pihak, ada kalanya saya menulis atas nama emosi dan di situ khilaf terbesar seorang penulis, harusnya untuk meletakkan segala macam emosi di tepi - menulis dengan rasional dengan disokong ayat Quran dan hadis.

Insya Allah jika diberi peluang lagi untuk mencatat sesuatu oleh Nya, saya akan lakukan. Satu hari nanti. Fokus saya kini adalah menguruskan rumah dan keluarga sementara menanti kepulangan mak dan abah :)

Salam sayang buat semua,
Muna 'Izzah Md Isa

Masa untuk beruzlah! :))












Wednesday, November 18, 2009

Suara-Suara Terpendam


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
Salam Perjuangan














comel :))


khas buat tatapan abang-abang dan kakak-kakak yang merindui mujahidah-mujahidah Abu Nur. =)

Dalam meniti kegembiraan demi kegembiraan dalam hidup, sering kali kita lupa pada mereka yang sebenarnya memerlukan kita, perlukan kekuatan dan semangat kita, biar kita asing di mata mereka sekalipun. Kerana hanya kasih sayang dan prihatin yang mereka dambakan.

.....

Pulang daripada menziarahi adik-adik di Abu Nur, dia banyak termenung. Sesuatu perlu dilakukan. Demi mereka. Sampai bila tiap kali menjenguk mereka, ada sahaja kisah di sebalik tabir yang berlaku, kian menyesakkan jiwanya. Simpatinya kian menggunung pada mereka.

Hingga saat dia menulis catatan ini, jalan penyelesaian untuk meringankan beban rasa mereka masih menemui jalan buntu. Bukan dia tak cuba, tapi entah, kerap kali dia dilanda rasa kecewa. Hanya Allah yang tahu betapa sebenarnya dia kecewa :(

Biar mereka bukan siapa-siapa pun pada dia, biar tiada sebarang pertalian darah sekalipun, dia masih merasakan seseorang perlu melakukan sesuatu. Mereka tidak punya siapa untuk berkongsi rasa selain kakak-kakak dan abang-abang yang mereka ada. Itu pun sebulan sekali pergi menjenguk. Aduhai. Maafkan kami, adik-adik.

Ahh. Dia semakin emosi. Lebih baik dia berhenti sebelum air matanya lebih laju mengalir...











Monday, November 09, 2009

Antara burung dan cicak...


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
Salam Perjuangan


Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

dipetik dari sini










Wednesday, November 04, 2009

Dia dan Amanah itu


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
Salam Perjuangan



Dia tersandar lesu menatap siling. Kolam air matanya mula bergenang. Entah untuk kali ke berapa air matanya tumpah lagi. Dikesat dengan hujung lengan t shirt nya, bimbang dilihat teman sebilik.

Fikirannya serabut. Ikutkan hati mahu sahaja dia membiarkan segala-galanya berlaku di luar pengetahuannya. Untuk apa dirunsingkan kepala dengan hal yang tidak punya kaitan dengan nya. Namun dia tewas, tunduk kepada satu yang sering orang tuanya pesan, "ini amanah mak dan abah. Kakak akan ganti mak bila mak tak ada.."

"Amanah.." Kerana satu amanah, dia jadi begini. Kerana amanah, dia perlu bangun semula. Kerana amanah, dia tak akan betah duduk berseronok.

"Mak..." Air matanya kian laju mengalir. Hatinya memberontak. Kenapa mesti dia yang memikul tanggungjawab ni? Dia bukan si sulong. Runsing kembali kepalanya memikirkan betapa sebenarnya tanggungjawab itu berat. Dia tiada pilihan lain melainkan melakukan yang terbaik. Sebab dia tahu dia perlu lakukan ini, bukan untuk siapa-siapa tapi untuk dirinya juga.

Air matanya diseka. Dia perlu kuat. Mujahidah tidak lemah.

"Muna Mujahidah fillah, Muna kena kuat!" pesan akh Fuad terngiang-ngiang di telinganya. Membakar kembali bara dalam dirinya.

"Kamu kuat, sebab tu tanggungjawab tu diberi pada kamu"

Tak. Dia tak pernah kuat dengan sendiri. Dia tak akan boleh kuat jika hanya dia sendiri. Dia bersyukur kerana punya teman yang tak putus asa membangkitkan semangat dalam dirinya. Dia tahu jika dia keseorangan, malah untuk berdiri juga tidak dia mampu. Syukur Allah bagi sahabat-sahabat yang hebat =)

Kadang dia rasa bersalah. Kepada Allah, kepada ibu bapanya, adik beradiknya, sahabat-sahabatnya. Dia terkadang hilang punca. Terasa seakan amanah yang dipikul tidak dijalankan dengan sebaik-baiknya. Salah dia, ya.

Matanya kembali menatap potret adik beradiknya. Mereka kekuatan dia. Mereka juga kelemahan terbesar dia. Terlalu banyak dia berkoban demi mereka, dia tidak mahu mengeluh, dia sedar itu bukan pengorbanan, tetapi tanggungjawab yang haru dipikul. Jika bukan dia, siapa lagi.

Kepada Allah dia mohon pertolongan, mohon perlindungan, semoga Allah terus memberi kekuatan untuk dirinya. Semoga Allah terus mencampakkan rasa khauf ini supaya dia sentiasa beringat.

Telefon bimbit di atas meja diambil. Nombor rumah didail....
















Monday, November 02, 2009

Akademi Dakwah 2009


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
Salam Perjuangan


Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja.

Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:

Serangan Pemikiran

Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga แธฅaqq (benar) dan baแนญil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan

Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ฤn dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial

Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti

Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan

Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.









 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting