Saturday, December 03, 2011

CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan



Smile :)

Ya, I know, I never had any interest on joining any contest made by bloggers. But somehow as i'm kinda have you know, the oh-tak-tahu-nak-bukak-apa-dah-dengan-internet sickness, I did some blogwalking. Hey I'm also a blogger, what? ^__^

Ok, dear the contest maker, Sha, u should know this..

Dalam sejarah hari ini, saya menyertai satu contest blog, and it was from you. Thank you for changing my mind. ^__^

Anyway, this blog is not really that Superawesome, instead your prizes are that awesome! hihi

Ok, seriously I wrote things and I did it because of Allah, I just want His blessed. Jadi, saya masih tak mahu ubah niat saya, saya nak sertai contest ni, dengan niat, ada yang akan membaca apa yang mahu saya sampaikan, well at least YOU already read this, and why not spend 5 more minutes, scroll down, and keep on reading :) Allah bless you.

Well I guess I already follow the procedures here,


  1. WAJIB follow blog Freaking Twins
  2. Inbox me . Hantar korang punye entry yang korang dah buat  Sha dekat fbiee
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Tidak kira jantina, tapi hanya LELAKI dan PEREMPUAN.
  5. Letak tajuk contest : CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA
  6. Buat simple entry about this contest and letak banner kat atas tu. Pastikan banner tu di linkkan ke blog Freaking Twins
  7. Tag sekurang-kurang 2 orang blogger dan pastikan dia tahu :)
  8. Contest akan terbatal sekiranya kurang 15 penyertaan.

Nak tag.. hmm siapa ya?


So, I'm done. Thanks for reading :)


 


Friday, December 02, 2011

If You have a Problem, Face It, Don't Facebook It!


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan

"Buhsan nye dok umah.. rindu kamooo~"

"Pagi2 dah buat aku bad mood! Cmon!"

"Oh begitu indah saat kau mengucapkan kata cinta itu kepada ku semalam. I already miss you. I love you, baby!"

"Cinta tak boleh dipaksa, okeh u ols.hihi..."

"Boringnya.. sape nak berkenalan ngan kitew?"

.........................................

Sapa yang selalu bila buka FB, di news feed selalu ternampak benda-benda sebegini, dan terus hilang mood untuk buka FB, angkat tangan!! 

 -____-


I hundred percent agree with this! (✿◠‿◠)

Facebook = Tempat Luah Perasaan

Facebook pada zaman ini umpama Myspace atau Friendster pada 4 tahun lepas. Siapa tak ada facebook, adalah orang paling tak cool di dunia, kata mereka. Di mana-mana sahaja, FB pasti tak terlepas daripada menjadi topik perbualan. Sama ada,

"Kau tahu si Jijah dah bertunang, aku tengok kat FB dia.. Tak jemput kita pun ye.."

atau

"Weh, semalam kenapa kat FB emo semacam, bro?"

atau

"Eh, nanti add kitew kat FB taw. Dah habis program nanti mesti rinduw.."

atau

"Kau kenal tak mana-mana kawan FB yang nak jual LEMBU? Cuti-cuti ni rasa nak bela LEMBU, eh tapi aku tak ada KONDO nak simpan LEMBU"

(-'_'-)

Perkara biasa kan? Jadi, dah tak hairan lah kalau pergi sekolah untuk praktikum, perkara pertama yang akan ditanya oleh anak murid adalah "Cikgu ada Facebook?" waktu perkenalkan diri, dan ditanya, ada apa-apa lagi soalan? Kalau cikgu dulu kena tanya "Cikgu dah kahwin?" atau "Cikgu dah ada pakwe?"
Anak-anak zaman sekarang..

Rata-rata pengguna Facebook adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Dari sekecil-kecil kanak-kanak sekolah rendah sampai ke atok atok senior, dengan pelbagai tujuan. Kawan-kawan dalam list friends saya pula datangnya daripada pelbagai jenis orang. Pelbagai jenis orang akan mewujudkan pelbagai jenis ragam. Itu fakta yang paling tepat.

Kalau buka FB friends yang masih bersekolah rendah, rasa nak tergelak pun ada. Biasanya anak-anak murid lah. Penuh wall nya dengan segala macam application games Facebook. Jiwa kanak-kanak.

Kalau buka FB friends yang sudah di sekolah menengah, sudah mula pandai post video daripada youtube. Justin Bieber, Selena Gomez, Grayson Chance, Najwa Latif, dan entah siapa lagi artis, penuh di wall mereka. Bila rasa nak update status pulun cari lirik lagu yang dirasakan cool, kemudian copy and paste. Bila tukar profile pictures, wall pasti akan penuh dengan kata-kata begini,

"DP santekk!"

"Comelnye DP awak dear.."

[Honestly, i'm googling for what does DP stand for. Baru tau rupanya Display Picture. Call me lame.]

Profile  picture tak sah kalau bukan yang pegang DSLR, atau yang buat muncung, atau yang gambar tanpa kepala atau cantuman jari-jari yang jadi bintang atau gambar kasut. Teenagers~

Bila buka pula profile kawan-kawan sebaya, bertambah seronok. Masakan tidak, kalau bukan gambar kahwin, gambar tunang, kalau bukan gambar tunang, gambar cincin. Paling seronok bila tengok gambar kawan-kawan yang dah pegang baby! Fuh. Status pun berkisar tentang alam rumah tangga, berdebar-debar menanti saatnya, kegembiraan and so on.

Bagi yang tak ke alam rumah tangga lagi, ada yang menyerlahkan kematangan dengan berkongsi ilmu di status-status atau notes atau video. Menarik. Saya rasa mereka begini adalah matang! (✿◠‿◠)

NAMUN,

perkara paling mematikan mood bila buka FB adalah apabila ada yang menjadikan FB sebagai tempat luahan perasaan. Ini pandangan peribadi saya, tidak memaksa sesiapa untuk menerimanya. :)

Ada yang suka menjadikan Facebook sebagai tempat melepaskan kemarahan, kekecewaan, kesedihan, atau kegembiraan. Ya, itu hak masing-masing, saya tahu. Tapi apalah perasaannya bila pagi-pagi buka FB untuk check perkembangan terbaru Pilihanraya di Mesir, terpaksa membaca status-status kekecewaan dengan buayafriend, atau kemarahan yang meluap-luap terhadap HATERS, atau kesedihan ditinggalkan gelifriend. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, ia sangat MEMUALKAN. [seumpama melihat Kak Jat menyinsing lengan menyelak kain]

Saya berpendapat perasaan kita adalah terlalu peribadi untuk dihebohkan dan dicanang sebegitu rupa di laman sosial, yang ribuan orang boleh mengaksesnya. Apalah salahnya mengambil kira perasaan kami yang mahukan ilmu baru setiap kali membaca news feed, kenapa perlu terlalu terbuka untuk meluahkan perasaan kita, sehingga mengganggu perasaan orang lain?

Andai terlalu marah atau kecewa sekalipun, mencanangkannya di Facebook tidak akan lebih menyelesaikannya, malahan mungkin boleh mendatangkan fitnah kepada diri kita. Kemarahan dan kekecewaan itu datangnya daripada nafsu dan ditambah dengan bisikan dan suntikan daripada iblis, yang mahukan manusia ini melupakan Allah di saat sedang marah atau kecewa. Nah, jika kita terlalu mengikut perasaan, menghebohkannya di khalayak umum, pasti akan ada yang akan menjadi apinya! Maka bertepuk tangan dan bersorak gembiralah syaitan itu.



Di sini saya nak kongsikan beberapa tips bagaimana menghadapi kemarahan. Semoga bermanfaat (✿◠‿◠)

1. BERZIKIR

“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang". (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Ha, kan Allah sendiri bagitahu tu.. :)

Sebab tu bila rasa nak marah, atau geram je, jauhkan diri daripada Facebook, sebaiknya ISTIGHFAR, bagi syaitan yang duduk di hati tu lari, dan BERZIKIR lah. Insya Allah, hati akan menjadi lebih tenang, dan dengan mudah boleh get over kemarahan itu tadi.

2. BERWUDHUK & SOLAT SUNAT

Andai kata kemarahan atau kekecewaan itu masih berbaki, dan kita sedar amatlah susah untuk mengawalnya, sebaiknya pergilah BERWUDHUK, dan tunaikan SOLAT SUNAT TAUBAT. Kembalikan semuanya kepada Allah, dan kalau rasa terlalu berat untuk ditanggung, dalam sujud terakhir, pohon keampunan daripada Allah, minta ditenangkan hati dan diberi petunjuk. Allah sangat suka orang yang selalu bertaubat dan kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan.

3. MEMAAFKAN

Orang kata memaafkan tu memang susah,lagi-lagi bila hati disakiti dan dikecewakan. Tapi kalau kita berdendam dan simpan di dalam hati, tidakkah itu lebih merugikan. Hati pun sakit sentiasa. Jadi, ambil masa untuk tenangkan fikiran, cuba lupakan dan maafkan. Tak rugi, malah Allah lebih sayang! :)

4. SENYUM & POSITIF

Mudah sangat kan..?

5. TULIS

Ok, andaikata dah memang tak boleh ditahan-tahan, perlu juga diluahkan, ok, buka MS WORD, dan luahkan di situ. Bila dah tenang, baca balik, pasti anda akan tergelak sendirian.


[Tips ini juga sangat berguna untuk yang panas baran seperti penulis]

Jadi, mudah saja kan? Bayangkan kalau kita masih menjadikan FB sebagai tempat luahan perasaan, kita akan :

1) Membuka lubang fitnah untuk diri sendiri
2) Membuka peluang syaitan dan konco-konconya bergembira
3) Mengganggu emosi orang lain
4) Menaikkan rating diri sendiri sebagai "The Most ANNOYING People"

Salam Ma'al Hijrah 1433 H (◡‿◡✿)




 

Wednesday, November 09, 2011

Aku nak jadi cantik macam tu...


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Seronoknya.Seronoknya ^___^



"Kau tengok sana.. Cantik kan?" Bibirnya dijuih panjang ke arah sekelompok anak muda berpakaian serba putih, daripada serban hingga ke jubah. Di bahu masing-masing tersangkut sehelai kain panjang berwarna hijau. Mereka panggil "rida'". Wajah nan bersih jelas terpancar daripada air muka anak-anak muda itu. 

"Boleh la.. Nampak bersih.." Teman di sebelah memandang acuh tak acuh. Pandangannya beralih kembali pada handphone di tangan.

"Kau tengok sana pulak. Peh. Cantik gila!" Matanya membuntang melihat beberapa anak gadis ayu berpakaian juga serba putih, dengan tudung litup nan labuh, jalan beriringan berpimpin tangan. Masing-masing menundukkan wajah. 

"Weh, aku teringin la cantik macam diorang.." Perlahan dititip bicara dari bibirnya.

"Kau ni pehal. Kita pakai ni pun cantik jugak tau. Kau dengan baju kurung cotton english. Baju raya kau kan? Aku pakai jubah aku ni pun cantik ape. Berat kau tau dengan manik batu-batu ni.. Tak payah lah tengok orang sangat.. Setakat baju and tudung putih plain, cantik lagi baju warna-warni kita ni.."

"Aku tau lah.. Aku pun rasa kita pakai dah cukup cantik.. Tapi kita ni kan nak pergi Majlis Maulid. Aku baca kat facebook hari tu, sunat tau hari Jumaat pakai putih, pakai wangi-wangi, lagi-lagi Majlis Maulid. Majlis ni kita nak ingat Nabi (SAW), kan ke Nabi (SAW) suka warna putih, kalau pakai putih, tutup aurat semua, mesti Nabi (SAW) suka.. Dapat pahala lagi.."

"Ala, aku mana ada baju putih.. Lagipun baju putih ni cepat kotor.. Kejap lagi kan ada makan-makan, tak nak lah aku, mesti comot nanti.."

"Kau tak teringin nak pakai macam tu?" Jarinya tertuding ke arah seorang anak gadis. Cantik. Berjubah putih, tudungnya labuh melitupi tubuhnya. Tiada manik atau batu seperti yang terdapat di jubah mereka. Juga tiada kerongsang berat tergantung-gantung di tudung labuhnya. Sekadar itu.

"Hish, simple sangat. Kalau nak ikut sunnah pun, jangan la simple sangat. Tak menarik langsung. Eh cuba kau tengok jap tudung aku ni, sanggul macam dah jatuh la.." Dia memusingkan badannya supaya temannya itu dapat melihat sanggul di kepalanya.

Dia menggeleng kepala.

"Ni lagi satu, kau tau tak Nabi (SAW) pernah sebut pasal ni? Macam bonggol unta. Tahu tak hukum dia haram?"

"Ewah-ewah. Yang kau ni sejak bila pandai bagi hukum ni. Eh kau tau, bukan aku seorang pakai macam ni. Tak kan tak nak ikut trend? Ha, cuba la kau cakap macam tu dekat perempuan-perempuan yang kat sana tu... Pandai la nak kata kat aku.." Dia mendengus.

"Tak ada lah, kau ni bukan tak belajar agama. Kalau dah tahu hukum dia, tak payah la buat.. Kalau fesyen tu dimulakan dengan seorang, tak mustahil nak matikan fesyen tu dengan seorang jugak. Kan?"

"Boring gile la cakap dengan kau ni. Dah macam ustazah-ustazah je. Agak-agak la.. Diri sendiri pun tak betul lagi.."

"Ye la.. Aku cakap je.. Aku teringin nak berubah.. Terpulang la kat kau.. Dah, jom masuk surau.. Kejap lagi diorang start qasidah, kita terhegeh-hegeh nak masuk. Kau bawak tak buku qasidah kau?"

"Bawak ni hah.. Nasib baik aku kenangkan kau ni kawan baik aku.. Kalau tak jangan harap aku nak jejak sini.. "

"Ala.. Aku ajak cari pahala..."

"Ye lah ustazah..."

.........................................................................

Putih itu menawan.. ^__^



Tidak lah salah untuk menjadi orang paling update dengan fesyen terkini,
Tetapi alangkah lebih moleknya lagi andai fesyen itu benar-benar indah pada pandangan Allah dan manusia.

Kenapa pandangan Allah dahulu?
Mudah, kerana Allah Tuhan kita. Tuhan yang cipta kan kita. Tak kan mahu ingkar arahan Pencipta kita? Siapa KITA?
Pandangan Allah yang akan diambil kira di akhirat nanti. 

Cantiknya bila mengikut SUNNAH Nabi.
Bukan sekadar ikut-ikutan. Bukan sekadar cinta di bibir.
Bukan sekadar air mata terpaksa. 
Tapi semuanya bila benar-benar CINTA dan RINDU.
Rindunya pada Nabi.. Rindunya pada Kekasih Allah..
Tapi layakkah diri pohon syafaat darinya?
Layakkah diri digelar Sang Perindu 
Seperti Rindunya para Waliullah itu
Allah..
Sunnah Nabi jarang sekali terlaksana.
Maafkan kami Ya Sidi.
Kami dusta dengan Cinta kami..



Kanak-kanak ini menangis bila mendengar tausiyah 
daripada Habib Umar.
Kenapa aku susah menangis?
Malunya....







 

Wednesday, October 26, 2011

13 Alasan Wanita tentang AURAT.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan 



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam


Sumber ^__^




 


Monday, October 17, 2011

CINTA kerana IMAN atau NAFSU?


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan




Panas petang itu terasa hilang bila air tebu sejuk itu singgah di tekak. 

"Minum? Jangan tengok je.." Dia menyuakan plastik berisi air tebu sejuk itu kepada teman di hadapannya yang sedari tadi begitu asyik melihat gerak gerinya.
Temannya yang merupakan adik junior nya itu tersengih memandangnya. 

"Saya suka la tengok akak sekarang. Macam bahagia semacam je.."

Tersedak dia mendengar kata-kata si junior itu. 

"Allah.. Dah kamu jumpa akak bawa makanan, siapa tak bahagia dapat junior sebaik ni..." 

"Ye la tu akak ni.. Kak, nak tanya sikit boleh?"

Ah, sudah. 

Dia menghabiskan kunyahan di mulut. 

"Silakan. Ada udang di sebalik cucur ni rupanya. Pandai ye.."

Dia tersengih lagi.

"Memandangkan akak dalam suasana bahagia sekarang kan, saya nak tanya la.. Macam mana yang dikatakan bercinta antara manusia, kerana Allah.. Saya tak dapat nak bayangkan.." Perlahan diatur bicaranya.

Aduh. Mencabar betul soalannya!

"Apa yang kamu tak dapat bayangkan tu?"

"Ye la.. Macam mana nak mencintai seseorang bukan kerana orang tu, tapi kerana lain? Lagi-lagi bercinta kerana Allah.. Macam mana tu kak?"

Dia menarik nafas panjang. Astaghfirullahalazim. Semoga niat perkongsian ku ini ikhlas kerana Mu!

"Baik. Awak ada handphone?

"Ada.."

"Sayang tak handphone tu?"

"Yup. Sayang!"

"Sayang sebab apa?"

"Sebab mak saya bagi."
"Bukan sebab handphone tu cantik?"

"Tu sebab kedua kot.Tapi paling utama sebab mak bagi."

"Jadi, awak sayang handphone tu sebab utamanya pemberian mak awak, lepas tu baru sayang sebab handphone tu cantik. Kan?"

"Hmm.. Lebih kurang la.."

"Jadi di mana mustahilnya awak menyayangi seseorang bukan kerana orang itu, sama ada fizikalnya atau sifatnya, tapi kerana lain? Mustahil ke?"

"Saya kurang jelas."

"Begini. Awak sayang handphone awak sebab itu pemberian mak awak. Ok. Anggap handphone awak adalah objek 1. Mak awak objek 2. Awak sayang objek 1 kerana objek 2. Bukan kerana objek 1 itu sendiri. Dapat tak?"

"Oh. Faham, faham. Ya, maksudnya akak nak kata, tak mustahil untuk kita menyayangi seseorang bukan kerana orang itu, tapi kerana hal lain. Macam tu?"

"Yes, exactly! You get the point."

"Hm, ok, saya faham yang itu. Tapi macam mana yang dikatakan mencintai seseorang kerana Allah? Adakah tak boleh menjalinkan hubungan dengan orang yang kita cinta itu? Sebab kita tak boleh menghampiri zina kan, kak? Atau couple islamik? Tapi yang saya baca tak ada istilah couple islamik pun.. Kita yang reka.."

"Semput akak dengan awak ni. Laju sangat."

Dia tersengih lagi.

"Ok, kita tengok balik handphone awak tu. Awak sayang handphone awak kan? Sebab ia adalah pemberian mak awak. Awak sanggup bagi handphone tu rosak? Andai handphone tu rosak, apa perasaan mak awak agak-agaknya?"

"Ish, tak kan la saya nak rosakkan handphone mak saya bagi ni. Mesti la dia kecewa kalau dia tau barang yang dia bagi saya dah rosakkan. Silap hari bulan, entah-entah tak dapat dah handphone lagi..

"Bijak..Bijak.. Cinta sesama makhluk adalah fitrah, dah semula jadi ada dalam diri setiap makhluk. Kata Sidi Rohimuddin, cinta adalah kunci kepada segala-galanya. Andai galaksi ini masih berputar mengikut kehendak alam, maka cintalah sebab utamanya.."

"Wah, wah akak ni. Tak silap orang la saya bertanya ni ye.."

"Eh, ni nak dengar ke tidak?"

"Teruskan. teruskan."

"Jadi, nak dikatakan di sini, CINTA itu adalah satu juzuk daripada sifat Allah, yang dicampakkan sedikit ke dalam hati-hati makhluknya, supaya fitrah kehambaan kita didasari dengan cinta kepada Dia. Kalau tak silap akak la kan, ada satu pepatah arab tu kata, 'seseorang itu akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya'.."

"Atas dasar cinta la, kita sepatutnya menjadi hamba Allah yang taat, hamba yang sentiasa punya rasa cinta dan rindu kepada yang mencipta nya. Jadi, apa yang akak nak sampaikan ni, cinta itu tak salah, malahan sangat penting dalam kehidupan kita. Cuma, cara menzahirkan cinta itu yang selalunya salah, malahan daripada fitrah biasanya akan jadi fitnah."

"Maksud akak?"

"Bila awak sayangkan sesuatu benda tu, awak tak sampai hati nak rosakkan kan? Macam tu juga bila awak mencintai seseorang kerana Allah, tak kan awak sanggup nak rosakkan rasa cinta itu? Malahan mungkin jika rasa cinta itu telah dicemari, Allah akan murka.. Awak yang kata begitu.. Kan?"

"Ya.. Tapi macam mana?"

"Bila awak mencintai seseorang kerana Allah, pertama, jangan rosakkan perasaan cinta itu dengan memenuhi tuntutan nafsu. Jangan keliru antara sayang nafsu dan sayang fitrah. Sayang nafsu selalunya lebih kuat berbanding sayang kerana Allah. Jika awak sayangkan seseorang kerana nafsu, awak lebih cenderung untuk menghampirinya, mahu sentiasa berhubung, melepaskan rindu, mahu sentiasa bersama dengannya. Itu bukan sayang kerana Allah. Itu sayang kerana nafsu."

"Oh, jadi, yang couple yang banyak-banyak kat maktab ni banyak sayang sebab nafsu la kan? Asyik dating je"

Segaris senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Wallahua'lam. Hanya mereka dan Allah yang tahu."

"Hmmm.. Ok la, sambung la kak."

"Ok, yang kedua, bila awak menyayangi seseorang kerana Allah, guna jalan yang syar'ie untuk menghalalkan yang haram."

"Maksud akak?"

"Bait Muslim!"

Serentak kedua-duanya tergelak kecil.

"Betul tu kak. Baitul Muslim. Sepatutnya akak ni kena ambik PhD CINTA, so that i can call you Dr.CINTA"

"Iyelah. Merapu je.."

"Ok..Ok.. Sambung kak"

"Gunakan jalan yang betul untuk bina rumah tangga Islam. Kalau nak suruh akak syarah pasal Baitul Muslim, kena bagi masa satu hari lagi kat akak."

"Memang A la akak ni.."

"Dah, sudah.. Akak main-main je. Jadi, awak dah faham macam mana yang dikatakan bercinta kerana Allah tu?"

"Agak faham la. Semakin jelas. Jadi, tak salah kalau kita ada simpan perasaan kat muslimin?"

"Salah atau tidak bergantung kepada macam mana awak menguruskan perasaan itu. Perasaan bukan boleh dipaksa atau dihalang. Tapi check balik, macam mana awak uruskan perasaan awak tu? Adakah awak melayan perasaan awak tu, sampai ibadat pun tunggang langgang? Dalam sembahyang pun asyik terbayang kan si muslimin tu.. Tu dah kira parah la tu.. Macam mana nak uruskan perasaan tu,  awak kena banyak doa pada Allah, minta diberi petunjuk, minta diampunkan dosa, solat istikharah, lebih dekatkan diri dengan Allah. Macam tu la dikatakan bercinta kerana Allah, iaitu apabila awak mencintai seseorang itu, membuatkan awak lebih dekat dengan Allah, lebih bertambah ketaqwaan awak kepada Allah.."

"Oooh.. Saya rasa saya dah faham. Tak lah susah pun kan.. Kenapa selalu digambarkan benda ni jadi sangat complicated, sampai terdetik kat hati saya, adalah mustahil untuk mencintai seseorang kerana Allah. Tapi lepas akak terangkan ni, saya rasa saya agak faham, dan lebih tenang sikit hati saya."

"Alhamdulillah, akak sekadar berkongsi. Jangan disempitkan benda yang luas. Jangan diharamkan benda yang halal. Tapi jangan pula dihalalkan benda yang haram. Benda ni bukan mudah, tapi tak juga susah mana, Semuanya bergantung kepada diri kita, macam mana kita nak olah nikmat Allah bagi, supaya ianya membawa kita ke syurga, bukan lebih membawa kita jalan ke neraka!"

"Betul la apa akak cakap.. Doakan saya dapat rasa nikmat cinta kerana Allah tu, kak!"

"Insya Allah, kita saling mendoakan. Awak kena ingat, bila dah jatuh cinta ni, separuh iman awak di hujung nyawa, awak kena pilih nak bimbing cinta tu dengan iman atau dengan nafsu! Lagi-lagi wanita ni yang kita sedia maklum, emosional lebih dominan dalam dirinya berbanding rasional kan. Sebab tu, bak kata Sidi Rohimuddin lagi, emosional itu perlu disinergikan dengan IMAN. Faham tak?"

"Ye, baik kak.. Saya rasa banyak yang saya kena perbaiki diri saya. Apa kata-kata tu, jangan sibuk mencari si soleh, tapi sibukkan diri menjadi si solehah.. Saya sangat terkesan dengan kata-kata ni.. Insya Allah, doakan saya ye kak."

"Bagus! Tepat sekali kata-kata tu. Ya, awak pun doakan akak ye..Ok lah. Jom la kita, dah nak maghrib pun.. "

"Jom..Jom.. "

----

"Alamatkan cinta yang sebenar kepada PENCIPTA, insya Allah cinta lain akan menyusul"


*Kisah ini tiada kaitan pada yang masih hidup. Semoga bermanfaat untuk semua! 



 

Saturday, September 24, 2011

Ku Pendam Sebuah Duka.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Tahu tak perasaan berat sangat untuk menolak?
Tahu tak susah sangat untuk kata tidak pada benda yang kita minat?

Adui. 

"Kak Muna, boleh tak turun untuk kelas multimedia nanti? Ajar buat video ke?"

Maaf.

"Muna 'Izzah, boleh kot buat kan poster?"

Maaf.

"Kak, mana video baru?"

Maaf lagi.

"Kalau dapat buat cover CD Al Ihya' ni best jugak kan?"

Ewah-ewah. 

-____-

Bukan saya tak nak! 
Malahan hati ni dah meronta-ronta mahu mengatakan ya.

Buka FB tadi, tertengok video promo Karnival Mahabbah Al Ghazali.
Masya Allah! Adik-adik saya sangat hebat! Cemburu pula tengok. :)

Sekian lama memendam rasa, mungkin ini saatnya untuk meluahkan segala-galanya.

SAYA NAK LAPTOP!

Saya tahu tak ada siapa dengar. Biar lah. Janji puas. 

SAYA NAK MAIN ADOBE PS BALIK
SAYA NAK EDIT VIDEO DENGAN SONY VEGAS BALIK.
SAYA NAK BELAJAR ADOBE AFTER EFFECTS.
SAYA NAK BUKA BALIK A.'I STUDIO.
sob.sob.

Mimpi indah, Muna 'Izzah.

Selamat Malam. 




 

Thursday, August 18, 2011

Tips : Berbahagia bila tidak bahagia!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Alhamdulillah. Hari ini sudah boleh tersenyum lebar. Terasa indah nian pagi ini. :)

Pertama,

Buat kesekian kalinya pantauan praktikum buat kali terakhir untuk fasa kedua ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Kata encik, "Semakin meningkat. Good job!" 

Segala pujian hanya untuk Allah, yang mengurniakan kudrat dan iradat ini. Allah..Allah :)

Kedua,

Rindu pada "KS 1 Cool dan Bergaya Serta Stylo" menyapa. Betul la kata orang, bila dekat, bila bersama, jarang menghargai. Bila dah jauh, nah! 

Ketiga,

Ketenangan. Ketenangan itu dalam diri, bukan pada tempat, mahupun orang lain. Alangkah indahnya bila berbahagia di waktu tidak bahagia. Hanya dengan memetik suis 'POSITIF'. Alhamdulillah. :)

Keempat,

Tak pernah segembira ini menjelang raya. Nikmat juga menanti kehadiran keluarga setelah lama di perantauan. Bertambah nikmatnya bila tak pernah berbuka puasa bersama-sama lagi. Alhamdulillah.

Kelima,

Menyenangkan hatinya :)

...

Praktikum benar-benar membuatkan dunia menjadi lebih sesak, udara menjadi lebih dingin. Beku terasa hingga ke otak. Buka mata lesson plan, tutup mata ABM. Ke arah itu sahaja topik perbincangan saban hari. 

Sekian lama terasa berat, terfikir juga sesekali. Apakah diri ini memilih menjadi si guru disiakan hanya untuk begini? 

Apakah hanya mendidik bila pensyarah memasang lampu amaran untuk 'observe'?

Apakah kerjaya guru ini menjadi beban, hingga terdetik penyesalan?

Wah, mengapa begitu dikomplikasikan, sedangkan tugas guru adalah semulia-mulia tugas. Apatah lagi bila peluang dan tanggungjawab membentuk jiwa insan dalam diri manusia itu terletak pada pundak seorang guru. Hebat!

Beban dan tanggungjawab merupakan dua frasa yang punya beza yang sangat jauh. Mendidik itu tanggungjawab, bukan beban. Membentuk itu tanggungjawab, bukan beban. Beban itu hanya tertakrif bila kita sendiri mengolah tanggungjawab menjadi beban. Iaitu apabila dirasakan mendidik sudah menjadi beban yang maha berat untuk dipikul, keikhlasan di hati sudah dicemari, gerak langkah juga lesu tak bermaya, semangat yang gah dahulunya juga hilang terbang dibawa angin lalu.

Mengapa begitu?

"Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya."

Hanya petik suis POSITIF. Kita hanya perlu pandang setiap sesuatu itu from the brightside. Bila dirasakan terbeban dengan segala macam kerja, selalu bisikkan di dalam diri, ada ganjaran Allah nak bagi di penghujung nanti, iaitu redha Allah. Kita tidak tahu, di sudut dan minit manakah tanggungjawab itu punya keberkatan. Mungkin pada minit terakhir dalam satu sesi P&P. Mungkin juga keberkatan itu terkandung dalam tugas-tugas keceriaan picisan. Hanya Allah yang tahu :)

Jadi, bahagialah bila tak berbahagia. Ubah pandangan, ubah atmosfera, nah, hasilnya marvelous! 



Amiin..Amiin.. Tuhan izinkan kami bertemu dengan Lailatul Qadar!


 

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting