Wednesday, September 30, 2009

Kisah


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


"Ya Allah, maafkan aku atas apa yang mereka tak tahu tentang aku dan jadikan aku lebih baik dari apa yang mereka sangka tentang aku"


Amin Ya Rabbal Alamin.

......

Satu
Menulis dalam keadaan tergesa-gesa. Sementelahan PJ sudah selesai hampir keseluruhannya dan Sejarah biarlah di situ. Kasihan pensyarah kami yang satu ini. Semoga anda cepat sembuh seperti selalu, kembali mengasak pemikiran kami dengan keluhan anda tentang dunia.

Dua
Jalan makin bersinar. Kian cerah di penghujung jalan. Muntahan ideologi dan cita-cita disambut baik rakan seperjuangan. Hanya masa membelit diri, ah, alasan lapuk. Persetankan.

Tiga
Usrah Membina Fikrah Islamiah. Segala-galanya bermula dengan usrah.

Empat
Usah diralatkan bila dimusuhi manusia. Lagi-lagi manusia yang tiada membawa untung persis sampahan. Dekat dengan Islam, dekat dengan Allah.

Lima
Orang Melayu kuat berangan. Maaf jika terasa.

Kembali menyambung kerja yang tak kan pernah henti.





















Friday, September 25, 2009

Mencari Ali Taqi dalam Diri


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Ketika saya menulis ini, saya sedang berada berseorangan di rumah tok di Derga, Alor Star. Sayu pula rasa melihat satu demi satu keluarga pulang kembali ke rumah masing-masing demi melunaskan tanggungjawab yang sedia menanti.

.........

Ali Taqi. Watak utama dalam "Tuhan Manusia" karya Faisal Tehrani. Ya, benar. Saya sedang cuba memahami Faisal Tehrani dan ideologinya melalui karya-karyanya. Saya tercabar dengan Ali Taqi, cemburu jua. Di mana saya boleh mencari Ali Taqi dalam diri saya?

Ali Taqi, abangnya Talha, mangsa si laknat liberalis, murtad. Ayahnya membungkam berduka sejak Talha bangga mengumumkan telah memilih jalan sesat itu. Dan Ali Taqi, menjadi remaja yang mula menggilai falsafah, mencari jawapan kepada persoalan pluralisme yang mendorong kepada kemurtadan Talha. Terlalu lama dia menyimpan duka di dalam hatinya. Duka seorang adik kepada seorang yang pernah mengaku Muslim tapi akhirnya tewas tunduk pada falsafah-falsafah hidup bijak pandai yang menolak kalimah Tauhid, cuba terus-terus mengasingkan kehidupan dengan agama, dan dengan jahilnya mengatakan semua agama itu sama, yang baik akan masuk syurga dan sebaliknya. Bebal.

Demi Allah, saya membaca novel ini penuh emosional. Jarang saya cuba menyelami watak-watak yang ada dalam sesebuah karya sehingga begitu mendalam, sehingga dapat merasai bahang semangat yang ditonjolkan oleh watak Ali Taqi. Seiring dalam pencariannya kepada persoalan yang bermain dalam benak mindanya, dia mencari erti kata hikmah ibunya


"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"


Cukup mendalam maksudnya. Semakin dia menghampiri kepada jawapan-jawapan yang dicari, semakin membawa Ali Taqi kepada apa yang ingin ibunya sampaikan.

Ali Taqi membawa saya mendalami erti perjuangan saya yang sebenar, nawaitu untuk berjuang itu. Benar-benar kerana Allah atau sekadar retorik atas nama sanjungan manusia? Di mana letaknya ikhlas saya dalam hati ini? Ali Taqi benar-benar memahami perjuangannya dalam falsafah mencari kebenaran, saya cemburu bila dia benar-benar menghadami bahan bacaannya. Ya, mungkin sekadar watak yang tak wujud demi mengukuhkan jalan cerita, namun saya yakin Ali Taqi bukan sekadar watak novel. Faisal Tehrani melalui Tuhan Manusia dan Ali Taqi memberi pencerahan yang spesifik tentang sekularisme yang kemudiannya bercabang menjadi liberalisme dan seterusnya pluralisme.

Saya mendapat pencerahan mengenai dasar-dasar pemikiran yang sesat lagi menyesatkan ini melalui Tuhan Manusia. Saya akui saya agak termangu-mangu terutama ketika Abang Nizam Mahsyar sering menyebut tentang sekularisme, liberalisme dan pluraslime. Saya faham situasinya, tapi tidak akar umbinya membuatkan kadang-kadang tanpa disedari telah mentaklid membabi buta informasi yang disampaikan.

Pernah saya bertanya kepada ibu saudara saya, Ustazah Nawal, mengapa kita umat Islam terlalu mudah tewas dengan hasutan dunia, tak kan semuanya salah puak yang nak ambil kesempatan kerana memang telah disebut dalam Al Qur'an bahawa tidak akan mereka (Yahudi dan Nasrani) untuk bersenang lenang sehingga mengikuti agama mereka (Al Baqarah 120). Dan tentunya mereka mengambil kesempatan kerana kelemahan dan kerapuhan umat Islam itu sendiri, lemahnya kerana tidak memegang Al Qur'an dan Sunnah sebagai pegangan hidup, tidak menjadikan hukum Syariah sebagai penyusun aturcara hidup. Sedangkan dalam Al Quran, dalam surah Ad Dzariyat, tidak saya ingat ayat ke berapa telah Allah terangkan tujuan penciptaan manusia ini. Mengapa orang Yahudi boleh begitu kuat memegang ajaran kitab nya yang mendesah untuk terus memerangi Islam?

"apa nak pelik..kalau tidak allah tak buat la neraka..senang kan jawapan tu.."
"'wahadainahun najdain..dan kami berikan pilihan kepada mereka(yakni manusia) 2 jalan..nak jadi ashabul yamin..atau memilih untuk jadi ashabusy syimal.."

Mudah jawapannya bak kata beliau. Benar. Dan sesungguhnya hidayah itu hak milik mutlak Allah S.W.T. Hanya Dia berhak ke atasnya.

Tentang pluralisme. Semua agama dikatakan sama. Mana mungkin. Mustahil untuk mengatakan dalam masa yang sama bahawa ikan ialah ikan dan juga ikan bukan ikan. Sama seperti konsep penyatuan agama ini. Mana mungkin kita menerima keesaan Allah dalam masa yang sama kita menerima konsep Trinity dalam Kristian. Sememangnya fahaman pluralisme ini karut! Biadab juga bila menyamakan Islam seperti agama lain, sedangkan telah Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110, sesungguhnya umat Islam adalah umat terbaik. Entah di mana letak iman mereka bila sewenang-wenangnya mencela syariah dan hukum Allah bila mengatakan konflik yang terjadi pada dunia sekarang adalah kerana agama, maka seharusnya penyatuan agama itu dilakukan demi keamanan sejagat. Bebal. Puak-puak yang sebeginilah sebenarnya yang mewujudkan konflik dan seterusnya membawa kepada perpecahan umat.

Ah. Mana mungkin kita akan berdiam diri bila Islam ditentang, syariah dihina. Jika dalam realiti semasa yang berlaku sekarang, ramai yang memberi tanggapan ia berkaitan hal politik. Ini bukan soal politik, ini soal Islam, agama kita, agama Rasulullah, Deen Allah! Sepatutnya bila syariah dikatakan ekstrem, hukum hudud/qisas ditentang, bukan satu parti politik sahaja yang bangkit melawan, tapi tak kira sesiapa yang mengaku dirinya Islam,bangkit juga, ahh, dayus betul kita, diamkan sahaja bila Islam dihina dan ditentang??

Dunia membuatkan saya semakin hilang sabar.
Dan mungkinkah akan ada Ali Taqi dalam diri ini?













Thursday, September 17, 2009

Lega Dalam Lelah. [Di Sebalik tabir..]


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Hampir menangis bila melihat hasil kerja yang diusahakan secara 'terkejut' dalam masa kurang daripada dua hari, tidak seperti yang diharapkan. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Betullah, kita merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang. (Al Anfaal 8:30)

Jam menunjukkan hampir ke pukul 4 petang. Saya masih di kelas. Berseorangan menyiapkan video untuk tayangan multimedia di majlis penutup ihya ramadhan. Kalau ikut dalam jadual, tayangan multimedia dijadualkan dalam jam 6. Sempat kot, mula mencongak masa.

Pulang ke bilik dan bersiap sambil menunggu proses terakhir > render yang biasanya jika disimpan dalam format mpeg, maka berjam-jam jugaklah masa untuk satu-satu video itu untuk siap. Sedang meregang-regangkan badan yang hampir tercabut tulang temulang ini (heh.hyperbola), satu panggilan masuk.

"Assalamualaikum, muna!"
"Wa'alaikumussalam.."
"Dah siap?"
Alamak.
"Belum la syafiqah.. sikit lagi..sikit lagi.."
"Tak pe..Tak pe.. Satgi kami mai nak ambil softcopy untuk slide.."
"Hah. Slide? Slide apa?"
"Syahir tak bagitau? Kena buat slide show sikit. Untuk backdrop belakang.."
Astaghfirullah. Sah Syahir lupa ni...
"Tak tahu pun.. Aduh... Tak pe.. Tak pe.. Orang edit sikit mana yang patut.."
"ok.."

Slide show pulak dah. Fikir. Fikir. 5 minit lagi majlis nak mula dah. Backdrop belakang tak siap. Saya bukanlah si magician yang boleh buat slideshow dalam sekelip mata. Idea.Idea.
Hah. Segera teringat iklan untuk majlis yang dibuat sebelum ni. Minta-minta lah ada softcopy format psd.. Gali punya gali, alhamdulillah ada.

Edit sikit mana yang patut, simpan dalam format jpeg. Masuk dalam power point, jadilah kau backdrop yang tak seberapa. Dah last minute ni, daripada tak ada, baik ada...

Majlis bermula. Saya masih di bilik. Terdengar sayup-sayup suara MC dari surau mengalu-alukan kehadiran Tuan Timbalan Pengarah. Dan video masih sedang rendering. Saya perasan ada sesuatu yang tak kena sejak awal ia render. Tak macam selalu. Namun saya diamkan saja, mungkin sebab kali ni saya menggunakan Corel VS. Sebelum ni saya menggunakan Ulead VS, tiada yang beza, cuma Corel punya function dan special effect yang lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan Ulead VS.

Video masih dalam proses rendering kala saya membawanya sekali ke surau. Insya Allah sempat, memujuk hati. Sampai di surau, peserta khatam quran baru sahaja memulakan bacaan diketuai AF Ustaz Rahim. Wajah baru semuanya. Segar-segar. Inilah wajah-wajah yang bakal menyambung rantai perjuangan kami, sempat saya berbisik sendirian.

Usai bacaan quran, Mazwan selaku Pengarah program mengambil alih memberikan ucapan yang ringkas. Aduh. Cepat pula si Mazwan ni buat ucapan. Hati mula tak sedap, melihat skrin laptop yang menunjukkan proses rendering video tiba-tiba terhenti. sudah hampir 95%, ia berhenti begitu sahaja! Ah sudah. Entah apa yang Mazwan berucap di hadapan pun saya tak dengar. Doa tak putus-putus minta berlaku keajaiban.

Dengan hati yang tekad, saya menekan butang ESC - aborting process. Aduh. Apa saya nak buat ni? Geng-geng Qasidah mula mengambil tempat. Dalam jadual, lepas qasidah, tayangan multimedia dan video nya - masih begini!!

Otak ligat berfikir, saya masih baru menggunakan corel, tak semua function nya saya berjaya explore, dan tiba-tiba ternampak satu button 'playback project', cuba mengetik, dan ya, inilah dia.. Project yang masih belum disimpan dalam format file mpeg atau avi atau yang sewaktu dengannya, boleh dimainkan dengan menggunakan function ini, cuma saya tak tahu apa hasilnya bila dimainkan, saya tak pernah cuba.

Tiba masanya, video-tak-siap ditayangkan. Ahh. Visualnya kecil sekali, tak puas melihatnya, pergerakannya pun tersangkut-sangkut, audionya kurang jelas. Hampir menangis melihat kali pertama hasil kerja saya yang tak siap ditayangkan kepada umum. Juga kali pertama saya tak berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri. Program setahun sekali, dan ini sahaja yang saya mampu hasilkan? Kecewa betul dengan diri sendiri.

Tapi melihat wajah Ustaz Harun yang kelihatan seronok, sedikit berbunga hati ini. Tambah-tambah dalam ucapannya beliau memuji tayangan multimedia itu. Ai. Peranjat juga. Saya tak rasa hasil kerja itu patut dipuji, apatah lagi daripada Ustaz atau Timbalan Pengarah. Alhamdulillah.. penat lelah saya dihargai :))

Saya tak nak merungut, saya suka kerja yang saya buat, ini minat saya, saya yang pilih. Tapi saya rasa saya perlukan rehat. Rehat sebentar daripada melakukan kerja-kerja editing, dubbing, dan apa-apa lah yang berkaitan dengan multimedia. Saya suka bekerja dengan rakan-rakan AJK Ihya' Ramadhan, tahun lepas juga tahun ni, rakan-rakan Biro Penerbitan, mereka banyak membantu saya dan memberikan komen yang membina. Alhamdulillah setakat ni, kritikan yang saya dapat membina kemahiran saya dalam bidang ini.

Menghasilkan produk multimedia bukan kerja yang mudah. Leceh. Setiap sudut harus diberi perincian yang mendalam. Starting untuk video, bagaimana untuk menghasilkan introduction yang menarik, kerana part ini adalah antara part paling penting. Introduction yang hambar merosakkan mood penonton. Saya banyak mengambil inspirasi dan idea introduction daripada trailer atau movie dari Barat. Mereka kreatif dalam menarik minat penonton.

Sound atau audio. Audio yang tidak mesra penonton akan menghilangkan daya tarikan video yang dihasilkan. Sebagai contoh, visual yang anda hasilkan berkaitan dengan letupan atau nampak gah (kononnya) tapi sound tak ada umphh. Mati selera nak menonton. Selain tu, sound atau audio untuk background perlu berada pada visual yang sesuai. Takkan video dah habis, tapi lagu masih bermain. Waktu ni, kena pandai bajet bila perlu cut, fade in dan fade out kan audio tersebut. Pemilihan lagu sangat penting. Saya suka memasukkan lagu yang berunsurkan semangat jihad seperti lagu-lagu Shoutul Harakah, Izzatul Islam atau nasyid-nasyid Jihad Palestin untuk persembahan multimedia jika di bawah BKS. Untuk persembahan multimedia teater, saya selesa menggunakan lagu-lagu atau OST filem-filem Barat karya Hans Zimmer, Danny Elfman, Brad Fiedel yang menghasilkan soundtrack Terminator 2 yang hebat. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang soundtrack filem itu. Hebat. Kadang saya gunakan juga lagu-lagu yang sedang hangat dimainkan mengikut keadaan semasa. Untuk menarik minat penonton, saya suka bila mereka bernyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu yang dipasang. Ini bermakna strategi saya berjaya.

Saya agak terkilan bila ada yang menganggap kerja ini remeh dan mudah dilakukan. Saya pernah demam teruk dan masih cuba untuk menyiapkan video trailer untuk teater, tak tidur seharian hanya menghadap laptop, tersengguk sengguk di hadapan skrin, hampir menangis bila kerja yang hampir siap tiba-tiba hilang begitu sahaja, belum lagi kes file corrupt dan saya terpaksa mula dari awal. Letih kerana saya bermain dengan akal dan emosi. Hanya rakan yang terdekat faham keadaan saya bila sedang mengusahakan video, saya tak suka diganggu hatta satu mesej pun. Ia hanya akan mengganggu konsentrasi dan tumpuan saya.

Pernah beberapa kali sahabat mengusik, bimbang mata saya rosak kerana terlalu lama menghadap komputer, tapi alhamdulillah setakat ini penglihatan saya masih tajam, tidak terjejas cuma deria pendengaran saya kurang berfungsi. Eh. tak lah pekak. Mungkin kesan terlalu kerap mendengar mp3 satu masa dahulu.

Ada juga yang bertanya di mana saya belajar video editing ni. Saya tak mampu untuk memberi jawapan kerana saya tak pernah belajar secara formal. Semuanya bermula dengan minat. Sejak berumur 13 tahun saya mula berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop. Masa tu komputer di rumah hanya install adobe photo elements 2.0 yang memang sangat basic untuk newbie. Sampai satu tahap saya bosan, dah puas explore. Dan satu hari abah bawa pulang satu CD installer Adobe Photoshop 6.0 sekali dengan key. Dan di situlah bermulanya detik saya menjebakkan diri dalam kerja penghasilan grafik ini. Kalau tengok hasil kerja saya waktu itu, boleh termuntah sebab bagi saya sangat buruk. Namun benar bagai dikata, pengalaman itu adalah guru terbaik. Saya terus explore dan explore sehingga saya mampu menghasilkan wallpaper sendiri. Saya baru berumur 14 tahun ketika itu dan zaman tu, pendedahan tentang ICT tak berapa meluas, maka saya memang dianggap expert dalam bidang ini. Kecil-kecil dulu bangga lah, dah besar ni bila ingat balik, gelak besar saya. haha.

Saya mula berani menggunakan Adobe CS3. Jauh langkauan itu. dari PS6 ke CS3, sangat berbeza function-function nya. terkial-kial juga saya masa awal-awal bermain dengan nya. Saya mula mengenal tutorial online, dari situ saya belajar cara-cara menghasilkan efek khas untuk gambar. Belum lagi video.

Kemudian pelbagai software saya cuba. Picasa, Corel, dan banyak lagilah. Namun satu pun tidak sesuai dengan tangan saya seperti Adobe CS 3. Tingkatan 5 - saya mula berjinak-jinak menghasilkan video menggunakan windows movie maker. Kebetulan saya berada dalam kelas aliran IT, memang menjadi satu medium untuk saya salurkan minat dan ilmu yang saya ada. Sayangnya, silibus mata pelajaran Teknologi Maklumat ketika itu tidak bersesuaian dengan saya. Dari B01 hingga B06, semuanya berkaitan pemprograman. Saya hilang minat dan keghairahan saya dalam multimedia merudum jatuh. Lama saya tinggalkan kerja-kerja editing itu.

Di Iptb, saya merupakan ahli kelab teater. Video pertama saya hasilkan bersama kelab ini adalah untuk teater Superaiman. Video untuk dua teater sebelum ini dihasilkan oleh sahabat merangkap sifu saya, Ciffi. Cipi banyak mengajar saya, walaupun dia pemalas nak explore dan hanya menyuruh saya mencari sendiri, namun dia yang mengenalkan saya kepada Ulead Video Studio. Software ini banyak membantu saya menghasilkan video. Untuk teater terutamanya.

Namun saya tak puas dengan kemahiran yang ada. Saya perlukan peningkatan. Saya cuba cari di internet, dan saya terjumpa yang bagi saya sangat menarik iaitu Adobe After Effects. Kebanyakan pembikin filem hollywood menggunakan software ini untuk menghasilkan efek khas dalam video atau trailer. Macam-macam boleh dilakukan dengan AAE. Antaranya, efek pedang star wars, efek api dragon ball, efek lari clark kent dalam superman, efek lightning(petir), efek bunga-bunga yang selalu dilihat di iklan TV misalnya. Saya cuba install software ini, ternyata berat dan memerlukan kualiti grafik yang tinggi. Setakat laptop berkapasiti RAM 2 GB, Intel Centrino Duo, jangan mimpilah.. Sebab tu sekarang saya menyimpan angan-angan untuk membeli PC khas untuk kerja-kerja editing and dubbing video..

Kini saya menggunakan Corel VS. Hanya satu masalah dengan Corel. Beberapa efek nya tak 'cope' dengan Vista, jadi terpaksa being removed dari program file. Masalah terjadi bila efek itu digunakan untuk transition clip dalam video dan bila proses rendering, sampai satu ketika, PC akan hang dan keluar popup box bertulis "Unable to Load Library". Itulah yang terjadi pada video Ihya Ramadhan yang baru sahaja ditayangkan. Saya cuba lagi save dalam semua format file. Mpeg, avi, mp4, mov, wmv, semuanya tak menjadi. Buntu juga saya awalnya. Semua langkah yang diberitahu Cipi telah saya lakukan, relink thumbnail yang broken, namun masih lagi masalah sama.

Bila dicari di internet, baru saya ketemu jawapannya..
I went back over your suggestions trying to get a handle on this error. One thing stuck in my mind...the transition effects, and how you stated several had been removed to make VS comply with Vista. I decided to investigate further. I intended to go through every transition effect. It didn't take long to find the culprit. When I clicked on the Flip effect in the 3D folder there was no transition in the preview, just a black screen. So, I navigated to the C:\Program Files\Ulead Systems\Ulead VideoStudio 11\vfx_plug directory, found a file named Flip.vfx, and transferred it to a holding directory. I then restarted VS and applied all the remaining transition effects to my project (overwriting the previous effects which contained the Flip effect) and lo and behold...my project encoded to an MPEG file with nary a glitch! I can only assume that either that particular file was somehow broken or when VS support was removed for some of the effects, this one somehow was overlooked and left behind. Now, I caution, this worked for me but may not work for someone with the same error message because (as you stated) there are several fixes for this problem. I would only recommend this as a last resort due to the fact that when I moved the Flip.vfx file back into its original directory and restarted VS, it did not appear again in the 3D folder. A very happy camper at last!


Kini video itu telah berjaya disimpan dalam format Mpeg. Syukurr :))

Dan saya masih sedang mencari mereka yang berminat dalam bidang ini. Pada sesiapa adik-adik ke senior-senior ke yang minat nak belajar editing video, saya akan cuba tolong semampu saya. Benda ni tak perlukan ilmu yang banyak, cukup anda kreatif dan genius! Saya tak kan mampu menanggung kerja ini sehingga tamat riwayat saya di bumi IPTB ni. Cewah. Mestilah perlukan rantai penyambung. Kan? Kan? :))

Video pertama untuk teater - Superaiman



Malam Demi Mu Palestin

Ihya' Ramadhan 1429 H


Teater - Darah Yang Mengalir



Tayangan Multimedia BKS untuk pembentangan di Muktamar Ikatan Kerohanian




Ihya' Ramadhan 1430 H








Sebahagian sumbangan saya untuk institut ini. Moga amalanku dihitung :))












Sunday, September 13, 2009

Cita-Cita Saya. Mampukah?


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Cita-cita saya.

i) CARE IPTB

Sudah lama berhasrat untuk mewujudkan usrah CARE di IPTB ini lantaran melihat semangat-semangat hijau yang dahulunya lantang berdiri bersuara demi alam sekitar yang membisu, kini hampir kecundang satu demi satu. Jauh di satu sudut hati ini terasa sedih mengenangkan alasan-alasan sibuk dengan kerja menjadi benteng penghalang semangat hijau itu. Hati ini yakin dengan usrah, Insya Allah sebagai medan penyaluran semangat hijau itu mungkin akan mekar kembali seperti dahulu. Sayang untuk melihat buku Islam dan Ekologi pemberian SAM berhabuk begitu sahaja.
Mungkin agak keterlaluan untuk menyimpan cita-cita mewujudkan institut dalam taman, tapi tak mustahil bukan? :)) Mengambil beberapa cadangan sahabat-sahabat yang prihatin tentang alam di IPTB ini, antaranya :
  • menggantikan polisterin & plastik kepada 'eco pack'
  • hari NO POLISTERIN
  • mewujudkan "CARE Garden"
  • menyediakan tong kitar semula
  • kempen dan kempen dan kempen
ii) Gerakan Muslimat IPTB





Ok mungkin agak melampau untuk menubuhkan skuad elit muslimat seperti di atas di sebuah institusi sekular. Namun bukan senjata yang mahu dipikul, tetapi semangat juang seorang mujahidah yang harus ditanamkan dalam diri setiap yang bergelar muslimat. Saya bercita-cita untuk melihat satu badan/lajnah/biro yang fokusnya adalah perihal mahasiswi Islam di IPTB ini yang mana misinya adalah untuk melahirkan guru pelatih wanita ISLAM yang mengamalkan Islam secara holistik (kaffah), berperibadi Muslimah sejati dan berupaya menggoncang dunia dengan buah fikiran yang mantap. Mungkin masih jauh perjalanan itu, namun tiada yang mustahil jika kita yakin pada Dia. Islam pasti akan menang jua satu hari!!

Menerapkan kepentingan usrah dalam proses pentarbiyahan diri, menjana pemikiran kritikal dalam melahirkan mahasiswi yang punya idealisme tersendiri, melahirkan mahasiswi yang cakna dengan isu dan permasalahan umat terutama dalam idea liberalisme agama yang dibawa oleh SIS, dan juga mampu berpencak dalam gelanggang debat dengan golongan neo-muktazilah ini, juga menanam semangat mujahidah dalam diri mahasiswi IPTB. Mustahil ke? :))

Saya kerap kali dilanda kerunsingan bila membaca persoalan-persoalan yang selalu diketengahkan oleh golongan mahasiswi ini. Tak kira di blog atau di forum atau di mana-mana sahaja. entah. Sentiasa berlatarbelakangkan masalah cinta, hubungan dengan kawan lelaki, perihal haiwan-haiwan peliharaan, artis lelaki paling kacak, baju fesyen terkini, shopping online, ada juga yang berbincang perihal syampu dan sabun mandi! Aduh. Sungguh kurang untuk melihat golongan wanita khususnya pelajar untuk berbincang isu yang lebih serius atau berkenaan permasalahan umat - isu sebat Kartika, isu arak di Selangor, isu kebiadapan Jeff Ooi, isu pemindahan kuil, isu PKFZ, sistem pendidikan di Malaysia yang terus menerus menutup minda rakyat, atau isu yang lebih global seperti isu Fathani, Palestin, penghinaan Islam, Malaysia dihina di Indonesia, dan terlalu banyak untuk disenaraikan di sini.

Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak keterlalun untuk saya mengatakan golongan mahasiswi ini terlalu selesa di tempat masing-masing sehingga hilang sensitiviti yang patut ada dalam diri setiap individu. Ini tidak, kalau membaca pun, buku-buku yang menjadi pilihan tak lain tak bukan novel cintan cintun. Bukan tak bagus, bagus amalan membaca ni, teruskan, jangan berhenti.. Tapi apa salahnya sesekali tukar bahan bacaan, dari yang ringan kepada yang berat sedikit, dari fiksyen kepada bukan fiksyen, dari fantasi ke realiti! Kita nak lahirkan mahasiswi Islam super power, ilmuwan Islam yang bakal menjadi revolusioner masyarakat satu hari nanti. Takkan sampai ke sudah yang lahir nanti seorang pakar cinta!

iii) Akademik dan Pemikiran Mahasiswa IPG

Bagaimana akademik dan pemikiran kritikal itu mampu menghasilkan individu terutama mahasiswa IPG sebagai revolusioner masyarakat?

Ini persoalan yang sering saya utarakan kepada diri saya. Hampir menemui jalan buntu mengenangkan realiti kehidupan seorang guru pelatih IPG yang hidupnya tak sudah-sudah mengikut kitaran 'bodoh' yang diatur saban hari.

Mendedahkan kepada guru-guru pelatih berkenaan permasalahan yang diri sendiri hadapi. Bagaimana caranya? Buntu saya.

Mencabar pemikiran guru-guru pelatih untuk lebih sensitif dan peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling dengan cara menilai sesuatu yang berlaku secara halus iaitu mencari punca permasalahan atau turning point dan mengkaji secara analitikal dan kritikal yang kemudiannya berjaya menghasilkan resolusi dalam proses mengubah status dan gaya hidup guru pelatih itu sendiri.
Bagaimana caranya? masih buntu.

Melahirkan graduan mahasiswa IPG yang bukan atas nama pensijilan tetapi pendidikan!

iv) Menggubal Kurikulum Pendidikan Malaysia.

Masih terlalu jauh untuk saya capai cita-cita ini. Namun, selangkah kaki saya ke dalam bidang perguruan ini, semakin hampir langkah saya ke arah merejuvenasikan sistem pendidikan di Malaysia.

Segala-galanya bermula dari bawah. Yakin, Ikhlas, Istiqamah - Insya Allah Dia bersama kita.

v) Individu Muslim - Baitul Muslim - Ummah - Daulah Islamiah - Khilafah Islamiyah - Ustaziatul Alam

Saya masih berada dalam fasa individu muslim. Jauh lagi jalan juang ini, dan itu sebabnya setiap lompong kekosongan dalam soff itu harus diisi dengan roh-roh jadid, yang sedia bergerak sebagai mujahidin dan mujahidah demi melunaskan cita-cita di atas, yang pastinya bukan cita-cita saya seorang..


Banyak lagi cita-cita saya. entah sempat atau tidak cita-cita itu terlunas. Kita bukanlah yang memulakan perjuangan ini, tapi kita adalah mata-mata rantai yang menyambung perjuangan saudara-saudara terdahulu. segala-segalanya demi Dia. :))














Jom Isi Lompong dalam Soff!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Untuk kali pertama di bulan Ramadhan berhujung minggu di asrama. Rindu pula suasana pagi yang dahulunya diisi konon-kononnya penuh kecergasan berjoging tapi bila sampai padang sahaja mula tercungap. Cukup rindu suasana itu.. :)

Dan untuk kesekian kalinya sengaja saya menjerumuskan diri dalam 'social networking' paling masyhur zaman ini. Terasa semacam perlu pula lantas butang sign up facebook diketik. Insya Allah niat hati itu bukan kerana apa-apa atau siapa-siapa lantaran kewajipan dalam menyeru (ya, setahap WAJIB). Laman ini mungkin menjadi medan perantaraan terbaik untuk mendekati sahabat-sahabat di luar sana yang secara peribadinya, saya rasa kian jauh dengan saya. Bukan lagi minat saya untuk berkenal-kenalan di alam maya berbumbungkan minat genre muzik yang sama, atau bernaung bangga sebagai ahli kelab peminat si artis, namun terasa khauf menyelinap dalam diri. Apa akan saya jawab di akhirat kelak jika ditanya kepada sahabat-sahabat, di mana saya kala diperlukan? Sibuk berprogram sehingga lupa kewajipan yang sebenar? Lupa akan tanggungjawab kepada sahabat? Maaf, saya tak berniat mengabaikan kalian :(

Aduh, tanpa sedar keluhan kecil terlepas kala mula merayap-rayap singgah di laman sahabat seinstitusi. Rasa khauf itu semakin menebal. Jauh sungguhkah aku meninggalkan mereka sehingga begini besar jurang yang ku rasa?

Fikiran menerawang jauh, cukup jauh menembusi alam maya tanpa sempadan ini.

Apakah amalan ku dihitung sekiranya sahabat-sahabat di sekeliling seakan-akan terabai dan semakin jauh dari jalan yang ku pilih ini? Maafkan ku, Ya Khaliq.

Sahabat, ketahuilah jalan juang ku ini bukan jalan aku seorang. Masih banyak lompong yang perlu diisi, yang pastinya diisi dengan kalian, bukan siapa-siapa, bukan orang lain. Tiada kelayakan diperlukan apatah lagi resume untuk dihantar kepada siapa-siapa, cukup bersandarkan niat kerana Dia dalam mencari keikhlasan itu. Jangan kalian sampai hati membiarkan aku termangu-mangu keseorangan dalam barisan ini, teraba-raba mencari redha Nya, ayuh pimpin tanganku dan bersama-sama kita perkukuhkan barisan ini.

Tidakkah kalian tahu, barisan kita semakin goyah? Hampir tumbang realitinya namun Dia masih sayangkan kita, dan kita masih perlukan Dia demi melihat kalimah Allah bertebaran di muka bumi. Serangan penyakit wahan itu kencang menyerang, perlahan namun pantas dan hampir kita sendiri yang berada dalam barisan itu rebah tunduk pada penyakit satu ini.

Nabi bersabda:
“Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.”
Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?”
Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.” Sahabat-sahabat bertanya:
“Apakah dia al-wahan?”
Bersabda Nabi: “Cintakan dunia dan takutkan mati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.

Kadang diri sendiri juga seakan hanyut dibuai penyakit wahanisme ini, namun sememangnya wajib saya bersyukur kepada Nya kerana mengurniakan sahabat seperjuangan yang tak jemu menegur kesilapan dan khilaf diri. Syukur sangaat :)

Hai pemuda pemudi, usah sekali-kali menyerah diri kalian mengabdikan pada benda yang tak pasti. Kebahagiaan diulit nafsu serakah dunia itu sementara sifatnya dan hanya satu yang kekal selamanya hingga ke hari kelak - Janji Allah.

Senyum sinis pasti tersungging di bibir kalian mendengar seruan-seruan 'cliche' ini. Membosankan. Sentiasa bercakap benda yang sama. Agama, agama, agama. Jadi kenapa tidak disahut cabaran itu, fikir tentang apa yang diseru. Seruan itu tentu bersebab. Dan pastinya sebab yang pasti jika Islam yang dijanjikan. Seruan yang dikatakan 'cliche' ini indah hakikatnya. Seindah yang tak akan dapat tergambar. Kerana hanya dengan jalan seruan ini, hidup itu terasa puas. Hanya dengan Islam, hidup terasa bermakna. Ini satu jaminan dari saya! :)
Nak cuba?

suarahati : seorang sahabat bertanya ciri suami yang dikehendaki. Jawab saya, saya tak nak sekadar 'suami', saya perlukan pejuang untuk saya terus berjuang dan membantu perjuangannya. Demi Islam. :)















Thursday, September 10, 2009

Petisyen Online Desak Jeff Ooi Minta Maaf dan Letak Jawatan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan





Setakat ni 6: 58 pm, 10 September 2009 -- Baru 34.

Jom sama-sama tegakkan syariah! Buktikan tiada apa dapat menandingi Islam!!

-----------

Perkara: Petisyen Online Desak Jeff Ooi Minta Maaf dan Letak Jawatan

Tandatangan petisyen online membantah sikap sombong Jeff Ooi yang tidak mahu meminta maaf dan meletakkan jawatan selepas beliau menghina Syari'ah Islam...

Ini adalah petisyen online yang merupakan sebahagian daripada petisyen bertulis yang lain. Petisyen bertulis sedang diedar di masjid2, universiti2, tempat2 terbuka, melalui emel, dan lain-lain lagi...

Usaha kecil ini hanya Allah SWT sahaja yang mampu membantu dan memberi hidayah kepada manusia2 lain untuk melihat betapa pentingnya Syari'ah Islam yang selama ini membentuk ketamadunan dan penerusan generasi keilmuan hingga ke akhir dunia...

Salam perjuangan!

Sila isikan nama sebenar anda, dan komen yang membina tanpa kutukan yang bersifat emosi semata-mata:

http://www.facebook.com/l/;www.petitiononline.com/FORUM/petition.html
--------------------


KENYATAAN RASMI FORUM 9 September 2009

FORUM lancar kempen tandatangan mendesak Jeff Ooi

memohon maaf dan meletak jawatan

Susulan bantahan FORUM bersama 32 NGO kepada kenyataan Jeff Ooi pada 2 Ogos 2009 lalu yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisma. [STAR: 2 Ogos 2009: N12].

FORUM merasa kecewa YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap angkuh dan terus enggan memohon maaf sehingga ke hari ini dan sikap Kerajaan Negeri yang mendiamkan isu ini seolah-olah ia tidak berlaku (sweeping the issue under the carpet).

Keengganan Kerajaan Negeri dan Pemimpin Politik tempatan mengambil tindakan tegas ke atas hal ini menunjukkan sikap mereka yang tidak menjaga sensitiviti dan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan dan anutan majoriti masyarakat di Malaysia.

FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.

Sehubungan itu, FORUM melancarkan kempen tandatangan rakyat mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan atau pemecatan Jeff Ooi. NGO-NGO dibawah FORUM akan menggerakkan kempen diperingkat akar umbi untuk memberi kesedaran masyarakat berkenaan isu ini dan memohon sokongan masyarakat supaya pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam ini tidak lagi memegang sebarang jawatan kerajaan.

FORUM telah mendapat maklum balas dari masyarakat awam, pimpinan tempatan termasuk masyarakat peniaga di Pulau Pinang yang merasakan pemecatan YB Jeff Ooi adalah wajar dan FORUM berhajat mengumpulkan maklum balas atau protes bertulis dalam bentuk kempen tandatangan.

Sepertimana masyarakat muslim dan bukan Islam yang berpandangan bahawa insiden protes kepala lembu di Selangor oleh individu-individu tertentu adalah perbuatan yang tidak beradab dan tidak menjaga sensitiviti agama lain, maka penghinaan “Syariah sebagai Ekstrim” oleh seorang ahli Parlimen dan individu berjawatan penting dalam kerajaan negeri P.Pinang adalah tidak dapat diterima sama sekali.

FORUM selepas insiden di halau dari tingkat 52, KOMTAR oleh pegawai Kerajaan Negeri dalam usaha menyampaikan bantahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, berhasrat ingin sekali lagi berusaha mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengapa YB Jeff Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga ke hari ini.

Mohd Hafiz Nordin Md Roslan Hashim

Jurucakap FORUM Jurucakap FORUM

NGO-NGO yang menyokong kenyataan mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan YB Jeff Ooi (14 Ogos 2009):

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) P.Pinang

2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah

3. Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

4. Badan Anti IFC (BADAI)

5. Badan Kebajikan Nun (BAKUN)

6. Badan Kebajikan Pendidikan Islam P.Pinang(BAKIP)

7. Haluan Malaysia caw P.Pinang

8. Ikatan Muslimin Islam (ISMA) P.Pinang

9. Ikatan Pengkajian Syariah Malaysian (ISRA')

10. Institut Al-Qayyim (IQ)

11. Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)

12. Islamic Propagation Society International (IPSI)

13. Jaringan Pemuda Dakwah Islamiyyah (JUNDIYY)

14. Jawatankuasa Warisan Hadharah Islamiah (JAWHAR)

15. Jemaah Islah Malaysia P. Pinang (JIM)

16. Kelab Rakan Islah Malaysian (KARISMA)

17. Kelab Remaja JIM

18. Muhammadiyah International

19. Majlis Muafakat Warga Desa (RURAL CITIZEN)

20. Per. Ulama' Malaysia Caw. Pulau Pinang (PUM PP)

21. Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)

22. Persatuan Anak Jati Melayu P.Pinang (PAJIM)

23. Rumah Upayadaya Dan Harapan Ar-Rahman (RAUDHAH)

24. Sekretariat Dakwah Non-Muslim P. Pinang (SDPP)

25. Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SHURA)

26. Sekretariat Ulama Dan Profesional Islam (SUFI)

27. Teras Pengupayaan Melayu(TERAS)

28. Ummah Aid

29. Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)

30. Wanita JIM

31. Warga Kilang.Com

32. Young Muslim Sport Club (YMSC)

* untuk tujuan perhubungan sila hubungi Saudara Roslan Hashim : 019 444 1404 (JIM), Ustaz Mohamad Hafiz : 019 4127 440 (PUMPP) dan Saudara Yusuf : 019 5766 440 (PAJIM)





--
M Nizam Mahshar
Institut Latihan Anak Muda (ILHAM)
21, Lintang Delima 15,
11700 P.Pinang, Malaysia.














Tuesday, September 08, 2009

Bila Lagi Kau nak Sertai Dakwah?


بسم الله الرحمن الرحيم



ZAMAN SEKOLAH



1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ



1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!



ZAMAN HABIS BELAJAR



1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.



ZAMAN KERJA



1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?



ZAMAN KAHWIN



1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.





ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL



1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.



ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH



1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...




ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN



1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.



ZAMAN DALAM KUBUR



1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?



Aku menyesallllll.........!!!


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

3 NOVEMBER 2008

*dipetik dari Halaqah.net*

















Syukur sangat.. :)))


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Alhamdulillah.. syukur...syukur..syukur sangat sangat. :)

Tiada kata pujian yang mampu saya lafazakan melain hamdallah untuk memuji Dia.. Setelah agak lama menderita sakit itu, sakit ini, dengan demam yang tak sudah-sudah, akhirnya minggu ni saya kembali ceria. Syukur Ya Allah.. :)))

Saya seakan mendapat satu semangat dan kekuatan luar biasa setelah sembuh dari segala sakit seolah-olah masa sakit saya adalah masa saya mengecas kembali tenaga-tenaga saya.. Saya rasa semangat saya seperti baru dilahirkan dan otak saya kembali bekerja memikirkan permasalahan umat sekarang.. Terlalu banyak berada dalam fikiran saya, tak terluah rasanya kalau nak diluahkan di sini.. :)

Pelbagai perancangan dah tersedia dalam otak, cuma tunggu masa untuk dizahirkan sahaja.. Nantikan, salah satunya sudah mula bergerak..

Pulang dari Uzlah Tazkiyyah Api dan Simposium Bring Islam Back (JUNDIYY) memberi cetusan idea baru kepada saya dalam menjalankan tugas sebagai khalifah kecil dan hamba Nya. Apa dia? Nantikan lagi...hehe :pandacloud_32:



















Monday, September 07, 2009

Wacana Ilmu Ramadhan. Semua dijemput hadir!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan





KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU


Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.














Wednesday, September 02, 2009

Nikmat Sakit :)


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan






Saya kuat!!


“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)


Terubat hati dan jasad yang sedang meronta pilu kesakitan ini dipujuk hadis ini. Digagah juga untuk terus bangun menyempurnakan misi perjuangan hidup yang berliku-liku. Perjuangan mesti diteruskan!

Untuk kesekian kalinya saya diuji lagi dengan ujian dari Nya. Puas sudah berjumpa doktor, namu tiap kali diajukan soalan yang sama, jawapannya masih terus membuat saya tersenyum sinis. Membuatkan saya berfikir sejenak, apakah para doktor hanya tahu menghafal ubat tanpa punya rasa ingin tahu akan sebab dan punca terjadinya penyakit itu. Pesanan untuk para bakal doktor sekalian, elakkan daripada bertanya pesakit anda apakah masalah yang dihadapi mereka kerana soalan itu sepatutnya mereka tujukan kepada kalian! dan kini mungkin saya pengumpul ubat paling berjaya di institut ini..

Semua orang pernah sakit. Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengalami sakit. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.
Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah Subhanahu Wa Taala, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.

“Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu menghakis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)


Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia.


Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecenderungan manusia saat sihat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan materi tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesehatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.

Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.


Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.

Ketika seseorang sakit, ia akan merasakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.


Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sahat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari seonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.


Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyeselan.

Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).


Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.

Maha Suci Allah yang maha mengetahui. Sesungguhnya setiap yang terjadi itu punya sebab dan hikmah yang tersendiri. Allah sedang mendidik hambanya dengan melimpahkan 'sakit'. Mendidik hambanya supaya tidak lalai dalam mentaati Nya. Ampunkan kami Ya Allah kerana kufur nikmat yang kau berikan... Ampunkan kami Ya Allah...





















 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting