Wednesday, April 28, 2010

Qudwah qabla da'wah


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan




Qudwah qabla da'wah.

"Bukan kita tak cuba, tapi entah kenapa diorang still tak nak terima." Ahmad melepaskan keluhan panjang. Di matanya masih terbayang-bayang perlakuan adik junior yang ditemuinya sebentar tadi. Sebelum ini berulang kali dia mencuba merapati pasangan itu. Bermacam-macam cara dia cuba. Namun semakin dia dekati, semakin mereka membencinya. Peristiwa petang tadi benar-benar mencabar kesabarannya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia jerkah kedua-kedua adik junior itu tadi. 

"Mungkin ada yang tak kena dengan cara kita. Kau benar-benar pasti dengan apa yang kau nampak tadi?" Zamri menyoal minta kepastian. Faham benar dia dengan perangai panas baran rakannya yang seorang ini.

Ahmad menggeleng-gelengkan kepala.
"Ya Allah, Zam. Dah namanya pun duduk dalam gelap. Berdua-dua. Habis, apa lagi yang mereka buat? Naik menyampah aku tengok budak berdua tu."

Zamri tersenyum. 
"Boleh aku tanya kau satu soalan? Apa yang kau bencikan sebenarnya? Mereka atau apa yang mereka buat?"

"Apa bezanya? Sama je. Kita kena benci kemungkaran dan pelakunya!"

Zamri menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

------------

Ramai orang tertanya-tanya mengapa seruan mereka ke arah kebaikan tidak dapat diterima sedangkan mereka menyeru dengan kesungguhan. 

Dalam kisah di atas, Ahmad misalnya sentiasa mencari peluang untuk mendekati adik juniornya yang dikatakan sedang sakan bercinta. Sehingga satu hari Ahmad terserempak dengan mereka sedang berkelakuan yang mencurigakan. Ahmad meluahkan rasa kesalnya kepada sahabatnya Zamri. Dia begitu marah dengan apa yang baru dilihatnya walau dia sendiri tidak dapat memastikan kesahihan kejadian itu. 

Dalam kes ini, Ahmad patut dipuji kerana tidak berputus asa mendekati dan cuba berbaik dengan adik juniornya. Namun, mengapa masih wujud jurang antara Ahmad dan junior itu yang memungkinkan dakwah Ahmad kepada mereka tidak sampai?

Jawapannya mudah. Kerana dirinya tidak mampu dijadikan contoh kepada apa yang diserunya.

Hatib bin Abi Balta'ah, seorang sahabat yang telah melakukan kesalahan kerana ingin memaklumkan rancangan Rasulullah s.a.w untuk menyerang Mekah dengan menghantar surat melalui seorang wanita tua. Surat berkenaan kemudiannya dipintas oleh sahabat-sahabat yang diutus oleh Rasulullah s.a.w. Pada ketika para sahabat yang lain amat marah, bahkan Umar r.a mahu memenggal kepalanya, Rasulullah s.a.w bertanya kepada beliau dengan lembut akan sebab dia melakukan sedemikian. Setelah mendengar akan kata-katanya, Rasulullah s.a.w lalu memaafkannya kerana sumbangannya sebagai Ahli Badr.

Allah kemudian menurunkan Surah Al Mumtahanah ayat 1 yang membawa maksud 

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman yang setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita Muhammad) atas alasan rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu. Mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhan kamu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalanKu dan mencari keredhaanKu (janganlah kamu melakukan sedemikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus."

Jelas disebutkan dalam ayat tersebut bahawa Allah menyatakan secara tegas dan jelas, tanpa nada apologetik, bahawa ia adalah  satu perbuatan yang salah. Perbuatan Rasulullah s.a.w pula mengajar kita akan aspek layanan terhadap seorang yang telah melakukan kesalahan. Hakikat ini mengajar para pendakwah bahawa hukum satu perbuatan adalah perkara yang berbeza dengan layanan terhadap pelaku kesalahan. 

Medan dakwah bukan sekadar medan seruan yang dizahirkan dengan kata-kata. Medan ini merupakan medan penterjemahan kepada apa yang diseru dalam Al Quran melalui gaya hidup dan amalan bagi seseorang Muslim. Seorang Muslim yang menghayati kalimah syahadah yang dituturkannya saban hari dalam solat, mestilah mempercayai dengan hati, mengakui dengan lisan dan MENGAMALKAN dengan perbuatan atau anggota.

Rata-rata daripada Muslim sekarang termasuk diri penulis lupa akan pengertian mengimani dengan amalan atau perbuatan. Kalau kita kata kita Muslim, apakah kita benar-benar Muslim dari sudut akidah? Apakah kita benar-benar Muslim dari sudut ibadah? Apakah kita benar-benar Muslim dari sudut akhlak? Muhasabah kembali.

Seni Memikat

Menawan hati mad'u itu bukan suatu perkara yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Andai si da'ie mendekati mereka dengan kekerasan, mungkin masa yang diambil tidak lama tetapi harus diingat, bagaimana dengan kesannya? Apakah kesannya hanya bertahan pada jangka masa pendek atau boleh berkekalan dalam jangka masa yang panjang?

Jujur saya menulis berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri. Allah benar-benar ingin menguji saya dengan pelbagai ujian hidup. Satu ketika saya rebah, tidak bermaya. Ada tangan yang menghulur bantuan, namun bantuan itu datang dalam bentuk yang sungguh menyakitkan. Kekecewaan saya dengan hidup bertambah apabila tangan yang menghulur bantuan itu kembali menuding jari ke arah saya. Saya tahu saya silap, tapi bukan hukuman yang saya perlukan ketika itu. Saya perlukan bimbingan. Pernah saya nekad untuk membenci golongan ini. Golongan yang suka menghukum.

Hingga akhirnya Allah mencampakkan hidayah dan taufiq ke dalam hati ini. Saya tanamkan dalam hati, saya tak akan ulang kesilapan yang sama pernah dilakukan oleh golongan ini. Selemah-lemah iman adalah dengan membenci dalam hati. Membenci kemungkaran bukan bermaksud kita berhak menjatuhkan hukuman terhadap pelaku kemungkaran itu. 

Lain orang lain caranya. Perbezaan ini terbentuk melalui pengalaman hidup, gaya pemikiran dan tahap ilmu seseorang. Maka, pendekatan yang ingin digunakan seharusnya berbeza-beza juga, sesuai dengan situasi si mad'u. Di sini, peranan da'ie sangat besar dalam memahami mad'u nya. 

Mencari mad'u yang sudah punya asas kefahaman Islam mungkin merupakan jalan mudah untuk mendekati seseorang kerana bagi mereka ini, hati mereka agak mudah dibentuk jika kena caranya. Namun jika semua bertindak untuk mendekati mereka, bagaimana pula dengan golongan yang tidak mempunyai asas kefahaman mengenai Islam ataupun sekadar tahu tapi tidak mengerti? Siapa pula yang bertanggungjawab untuk mendekati mereka?

Setiap individu itu mempunyai potensi masing-masing. Fitrahnya telah Allah ciptakan manusia dengan mencampakkan jauh di sudut hati masing-masing berkehendakkan Islam. Walau bagaimana permulaan hidupnya, atau apa sahaja yang telah dilaluinya, walau sedikit sebenarnya hati mereka ini mengingini Islam sebagai penyelesaian. Mereka ini ibarat permata dalam lumpur. Perlu ada yang bertanggungjawab untuk menggilapnya agar kembali bersinar.

Menggilap permata itu juga perlukan skil. Skil ini bergantung kepada setebal mana lumpur yang terpalit pada permata itu. Tugasan ini terletak di bahu mereka yang faham dan sedar. Dan dalam menggilap permata itu, jangan pula kita sama terpalit lumpur tersebut. Seni ini ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut berjaya ditarik, tepung tidak berserakan. 

Namun sesungguhnya walau banyak mana kita usaha, kita lakukan, hidayah itu tetap hak milik mutlak Allah. Apa yang penting adalah usaha, bukan sekadar mengeji. Sekurang-kurangnya kuta punya jawapan untuk dijawab kelak.

Wallahualam.




Sunday, April 25, 2010

Typewriter Berbunyi


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan

Bismillah. Ok. Cubaan kali ketiga untuk menulis. Dah faham perasaan ibu bapa yang dahulu menaip menggunakan typewriter dan tiba-tiba tersalah eja seperti 'kacak' jadi 'kachak' seolah-olah masih hidup di zaman 50-an lantas kecewa teramat kerana perlu menaip balik. Dan dari jauh boleh mendengar kekunci typewriter dihentak-hentak berlatarbelakangkan kicauan burung.

Ok. Mari kita bercerita tentang saya.

......
......
......

Dah habis. Memang bosan.

Patriot Illahi meminta saya untuk kembali menulis yang 'berat' seperti dahulu. Baru saya terperasan. Lama benar saya 'tak menulis'. Tapi bila 2,3 kali cuba menulis, saya buntu. Penyusunan maklumat dalam otak kembali tidak teratur. Apa yang saya mahu tulis sebenarnya?

Fikir.Fikir.

Kembali membuka Prof Sidek Baba, Syed Naquib Al Attas, Malik Bennabi, Al Maududi.

Akhirnya.

Ini yang saya tulis.

Jangan tension2 noh. Peace. 






Friday, April 16, 2010

Adik cuma nak tanya ibu...


بسم الله الرحمن الرحيم

Bu, adik Cuma ingin bertanya… 
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya... 
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?



Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu.....









sumber : emel












Friday, April 09, 2010

KITA : Pendakwah yang bagaimana?


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Daripada Abu Hurairah r.a, nabi S.A.W bersabda :
"Demi yang diri Muhammad di tangan Nya, sesungguhnya aku ingin berperang di jalan Allah lalu aku dibunuh, kemudian aku berperang lalu dibunuh, kemudian aku berperang lalu dibunuh " 

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Sekali lagi, saya diminta seorang sahabat untuk membaca dan berkongsi satu artikel yang saya kira amat tajam kata-katanya, punya erti yang seringkali kita pandang sebelah mata. Terkadang dalam menempuh hidup sebagai manusia, lebih-lebih lagi yang bergelar hamba dan khalifah ini, kita sering terlepas pandang beberapa perkara yang dilihat punya skop kecil dan dianggap tidak penting. Soal hati misalnya. Banyak antara yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang ini (termasuk diri penulis) lupa atau buat-buat lupa soal makanan untuk hati. Giat berprogram sana sini, kata-kata yang berdegar-degar, terkejar ke sana ke mari, dan akhirnya lupa untuk memberi makanan yang sihat-sihat kepada hati, organ terpenting dalam jasad kita. Bukan dikatakan salah untuk kita bergiat aktif dalam program dakwah, namun harus sentiasa kita ingat, tunjang utama dalam setiap perlakuan kita adalah hati. Jadi, kita sangat memerlukan muhasabah diri sendiri, yang dilakukan setiap hari. Muhasabah bertujuan untuk merenung kembali, merefleks segala apa yang telah kita lakukan, di mana salah silapnya, di mana lompong-lompong yang perlu ditampung.

-------------

Amaran!
 “Artikel ini ditulis bukanlah semata-mata untuk menghentam mana-mana pihak atau individu, tetapi adalah sebagai muhasabah kepada diri sendiri yang serba dhaif ini dan kepada kita semua yang bergelar pendakwah dan pejuang.”

**********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim…
Sebagai pembuka bicara, aku lontarkan satu persoalan.  Siapakah pendakwah?

?? ??? ?? ??? ??? ???? ??? ????
Maksud: Sesiapa yang mengucapkan “laa ilaaha illallah”, maka dialah da’ie (pendakwah).

Ya! Mahu tidak mahu, kita semua adalah pendakwah.  Kita semua adalah mata rantai  penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.  Di sini, aku senaraikan beberapa kategori pendakwah.  Mungkin kita tidak sedar kita berada dalam kelompok ini.  Sama-sama lah kita check dan muhasabah diri kita.


1) Muka program.
Pendakwah yang muka mereka hanya kelihatan bila adanya program dakwah.  Tidak cukup program di dalam kampus, program diluar kampus anjuran oleh persatuan, NGO, atau kelab mana sekalipun, akan disertainya.  Kalau bukan pengerusi, dialah timbalan pengerusi, kalau bukan S/U dialah bendahari atau kalau dia bukan AJK dialah fasilitatornya.  Atau sebagai apa-apa sajalah. Pendek kata, memang hardcore punya kaki program la. Eh, kaki ke muka? Erk, dua-dua pun ok kot…

Salah ke join program banyak-banyak program dakwah? Tidak salah.  Aku tak cakap pun salah.  Bagus giler lagi.  Lagi banyak lagi bagus.  Tapi…
Dakwah tu hanya dengan berprogram ke?
Atau dakwah tu perlu diprogramkan?
Ke dakwah tu adalah program?
Ntah-ntah program tu adalah dakwah kot?
Arghh…Pening-pening!! 

Maksud aku di sini, golongan yang dinamakan sebagai muka program ini ialah mereka yang hanya menjadi pendakwah bila dalam program sahaja.  Dalam program bukan main semangat lagi.  Buat kerja sampai tak tidur malam, bila  jadi fasilitator cakapnya bukan main berapi-api lagi dalam LDK, bila bertakbir pula orang angkat sebelah tangan dia angkat dua-dua belah tangan sekali.  Semangat punya pasal beb.

Tapi bila program dah abis, dah macam kerja dakwah tu dah selesai.  Jadi macam orang biasa-biasa.  Bangun pagi, pergi kelas, pukul 1.30 balik kelas, tidur, makan, bersembang, main game, main bola, layan internet, YM, facebook, friendster, solat pun kadang-kadang dah terlajak akhir waktu, subuh hampir-hampir gajah, qiyamullail jangan harap, puasa sunat pulak time duit kering je..Oh! Isk,isk… Tiada lagi kerja-kerja mengajak orang kepada Allah. Mad’u pun sudah tidak dipedulikan.  Nau’zubillah.. 
Ingat…Berdakwah itu bukan hanya dalam program.  Program itu hanya sekadar salah satu jalan untuk berdakwah.

2) Mengejek bukan mengajak.
Yang ni bab pendekatan.  Cuba bayangkan kalau seorang guru masuk ke dalam kelas mengajar guna pendekatan yang tidak betul??
Kesannya, pembelajaran tidak berkesan bukan?  Kelas menjadi tidak terkawal, boring, hasil pembelajaran dan murid pun sudah tidak hormat pada guru.
Begitu juga dalam berdakwah.  Seorang da’ie perlu bijak mendekati mad’u.  Perlu diajak mad’u itu dengan cara yang berhikmah.  Jangan sembrono je menghentam para mad’u.   Walaupun dia buat salah dan kita tidak suka kesalahan itu, ubahlah dengan penuh berhikmah.  Umpama air menitik di atas batu, akan melekukkan batu dengan bentuk yang cantik, bukannya tukul mengetuk batu, akan pecah berkecai batu itu.
  
3) Cepat merajuk
Merajuk ni ada banyak sebab dan faktornya.  Ada yang merajuk sebab orang tak ajak dia join program, sebab dia tak dapat apa-apa pun maklumat tentang program, sebab dia kecewa dan tidak setuju dengan sikap si da’ie yang lain dan ada 1001 lagi sebabnya. 

Oi,oi!! Mai sini nak habaq!
Rasulullah s.a.w lagi teruk diuji tau?  Bapa saudara dan mak saudara nabi sendiri  isytihar baginda sebagai musuh.  Baginda dihina, dicaci, dikeji, dilempar dengan batu, najis, diludah dengan air liur.  

Sedar sikit, setiap perjuangan itu pasti ada cabaran dan dugaannya.  Setakat benda-benda kecil tu, tolak ke tepi dulu kawan…
Semua tu hanyalah sebagai kemuncup-kemuncup dalam perjuangan.
Bila kita sudah sampai ke destinasi, Islam sudah mencapai kemenangan, kemuncup itu boleh terus dibuang semudah-mudahnya.
Umpama kita berjalan merentas sebuah padang yang penuh dengan kemuncup.  Bukan ke kita berjalan dulu tanpa menghiraukan kemuncup-kemuncup yang terlekat di seluar kita?  Dah sampai nanti, baru kita cabut kemuncup itu bukan?



Terima kasih tidak terkira kepada:

budakpicisan.blogspot
Shahpaskal MoM
PP:HoTHB Team
Ust Azman MNA BC and Yala Geng
Ust Mahadi Al Hafiz
MTPC Team



------------

Kemuncup dalam perjuangan :)

Tak perlu rasanya saya mengulas kembali isi artikel ini, begitu jelas sekali apa yang ingin disampaikan oleh si penulis. Terima kasih sahabat untuk peringatan bersama. Jom lah kita sama-sama muhasabah kembali diri kita. Kita merungut Islam susah nak menang, lambat lagi nak menang. Tapi pernahkah kita lihat kembali di mana salah silapnya? Mungkinkah kita salah satu daripada puncanya. Hanya kerana HATI. Nampak mudah namun penyakit-penyakit hati seperti riak, takbur, ujub, cinta kepada manusia lebih dari segal-galanya, dan banyak lagi merupakan satu cabaran buat kita semua. Ingat kata-kata Imam Hassan Al Hudaibi "Tegakkanlah negara Islam dalam diri kamu sebelum kamu tegakkan Islam di tempat kamu"














Monday, April 05, 2010

Mencari Rahsia Syurga


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

The Secret of Heaven. Satu kompilasi tulisan Pak Herry Nurdi, seorang penulis yang membuatkan kata-kata memiliki bara. Menyengat. Membaca karya beliau buat pertama kali sewaktu menghadiri liqa' JUNDIYY tahun lepas, bertajuk "Sin Of Inaction" membuatkan saya benar-benar tertarik untuk mengenali beliau. Tulisannya sangat hidup, serasa mengalir dalam darah terus masuk ke dalam hati dan membakar semangat yang kian semarak. Pertemuan dengan beliau buat pertama kali di Pulau Pinang sewaktu beliau hadir ke sini, melahirkan detik di hati bahawa Pak Herry ini benar-benar manusia luar biasa. Manusia biasa mana yang sudah menghabiskan buku sebanyak puluhan ribu pada usia belum mencecah 40 tahun? Manusia biasa mana yang dengan sewenangnya menjamu pemuda berimej skinhead, punk yang tak dikenalinya di kediamannya? 

Bicaranya lembut namun penuh hikmah. Kebetulan Pak Herry merupakan kenalan rapat dengan keluarga Cikgu Azmi (TERAS), membuatkan beliau sering berkunjung ke Malaysia. Jadi apabila melihat di dinding facebook Pak Herry sendiri, mengiklankan buku terbaru beliau - The Secret Of Heaven - membuatkan saya benar-benar dying for the book. Puas mencari di laman online, namun stok buku tersebut masih belum sampai di Malaysia. Dan satu hari, Allah benar-benar membantu saya dalam usaha mendapatkan buku ini, tergerak hati untuk menghantar mesej kepada seseorang yang hanya saya kenal di facebook, Kak Elin yang pergi berjaulah bersama Kak Atriza ke Indonesia untuk menghadiri Islamic Book Fair di Jakarta. Alhamdulillah Kak Elin tidak punya masalah untuk  membeli buku tersebut. Sudahnya, dikirim pula buku itu tanpa sebarang bayaran, paling istimewa siap berautograf dan kata-kata semangat daripada Pak Herry. Masya Allah.  Jazakillah kak :))





"Siapa bilang masuk surga itu gampang?
 Surga meminta tebusan yang sangat mahal.
Kesadaran yang Tinggi Amal yang Besar. 
Keberanian yang tak kenal gentar. 
Dan lebih dari segalanya, surga meminta ketakutan dan cinta kita pada Tuhan Semesta Alam."


Sehingga detik ini, hampir 3/4 buku ini berjaya saya habiskan sepanjang tempoh perjalanan saya dari KL-Butterworth. Dan dalam 3/4 itu, jiwa saya terasa segar semula. Semangat yang ada terasa diperbaharui apabila kebanyakan isinya membuka mata hati saya yang selama ini memandang satu-satu hal dalam hanya satu pandangan sahaja. Paradigma yang teranjak :)

Antara bab yang menarik adalah Nothing Personal! - Apa yang terjadi dan kita alami hari ini, sesungguhnya adalah hasil daripada rentetan keputusan dan peristiwa yang terjadi pada masa sebelumnya. Ketika kita hari ini mengalami kemalangan, hal itu tidak serta merta terjadi pada hari yang sama.

Pernah tak kita benar-benar berfikir akan kejadian alam ini? Anda tanya pada diri anda, siapa anda sekarang, dan apa yang membuat anda begini sekarang? Memetik kata-kata Ustaz Fauwaz tempoh hari, "cita-cita sekarang adalah hakikat masa depan, hakikat sekarang adalah cita-cita kita masa lampau". Ternyata benar, setiap apa yang berlaku punya kaitan antara satu sama lain.

Apa yang terjadi dan kita alami hari ini, sesungguhnya adalah hasil daripada rentetan keputusan dan peristiwa yang terjadi pada masa sebelumnya. Ketika kita hari ini mengalami kemalangan, hal itu tidak serta merta terjadi pada hari yang sama. Ada peristiwa yang menjadi preambule yang sangat signifikan pengaruhnya. 

Kadang-kadang mata dan hati kita dibutakan dengan kata-kata "ini kecil saja, tak apa lah", "tak apa kalau aku sorang buat, tak effect apa2". Harus sebenarnya kita ingat bahawa setiap "perkara kecil" yang kita lakukan itu akan memberi kesan dan impak yang kadang-kadang bukan sedikit kepada orang lain. 

Misalnya dalam pemilihan pemimpin dalam kampus. Setiap daripada yang bergelar pelajar itu, mempunyai suara yang sama selama ia bermain secara adil. Jangan dianggap bahawa satu undian anda tidak membawa sebarang makna lantas dilakukannya secara tidak serius. Satu undi itu masih dikira. Dan jika keputusan kelak tidak berpihak pada yang dicanangkan, mahu ditudingkan jari pada siapa? Lihat betapa sebenarnya setiap tindakan itu tiada yang bersifat personal, tanpa punya sebarang kaitan dengan yang lain.

Sama situasinya apabila mereka yang bergelar pemimpin itu membuat keputusan. Lebih  malang jika kita yang ternyata menjadi penyebab. Mungkin pada awalnya, itu hanyalah keputusan personal seorang pemimpin, memilih jalan pintas demi mengaut keuntungan KRONI. Tanpa dia sedari, keputusan PERSONAL nya itu memberi impak yang besar kepada komunal yang sangat besar. Ribuan manusia kehilangan tempat tinggal. Mereka dihalau dari petempatan yang mereka sendiri usahakan. Hidup di setinggan dalam kawasan yang pesat membangun. 

Oh! Rupanya kita punya saham dalam kesusahan mereka. Iya. Jika pemimpin itu yang membuat keputusan sebegitu, maka siapa pula yang membuat keputusan memilih pemimpin tersebut? Aduh. Siapa?

Alangkah malangnya mereka yang bertanggungjawab atas peristiwa-peristiwa besar yang menjadi penyebab kesengsaraan masyarakat. Alangkah malangnya mereka yang berbahagia tanpa sedikit pun terfikir perihal mereka yang kesusahan akibatnya. Mungkin hari ini mereka bisa melakukan pembohongan demi pembohongan di hadapan manusia. Tapi kelak mereka akan berdiri dengan lutut gementar serta merta di hadapan Sang Pencipta alam. 

Jadi, dalam membuat sebarang keputusan, seharusnya kita berfikir sedalam-dalamnya akan kesan dan akibat yang akan ditanggung, jika bukan diri kita tetapi oleh orang lain. Kerana tiada sebarang tindakan bersifat personal, seluruh daripada kita mempunyai ikatan. Wallahualam.













Sunday, April 04, 2010

Himpunan Ummah Untuk Palestin


Thursday, April 01, 2010

Jalan + Lihat + Tafsir = Kebahagiaan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Maaf dipohon untuk yang bertanya perihal blog ini yang tidak berupdate untuk entah berapa lama. Maaf.

"Berjalan. Melihat. Mentafsir". 

Begitu betah tiga perkataan ini di telinga saya. Jujur, tak pernah saya lihat sedalamnya erti kata-kata ini. Another common words, kata saya.

Namun hari ini, saya benar-benar ketemu sesuatu. Saya bertemu diri saya dalam ketika saya sedang berjalan, melihat dan mentafsir. Berjalan menyelusuri hidup dalam roh yang sedang berjuang, seringkali melihat kejayaan dan kegagalan, jatuh dan bangun, dan demi merasai manisnya perjuangan itu, diri ini cuba mentafsir setiap perincian yang telah Allah tetapkan. Di penghujungnya, saya ketemu sesuatu. Kebahagiaan.

2,3 minggu sudah, hidup ini agak kelam kabut. Tidur sekadar cukup syarat. Terasa seakan satu tekanan yang berat dalam menyiapkan tugasan-tugasan, persiapan majlis pelancaran CARE, yang hadir dalam satu masa. Mujur sempat menarik diri untuk ke Songkhla di saat akhir, terasa rm200 yang melayang terbayar bila berpeluang berada dalam majlis bersama Tuan Guru Ust Haron Din. Indah :))

"Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"

29 MAC. Alhamdulillah, walau persiapan banyak berubah di saat-saat akhir, namun dek kesabaran dan keyakinan bahawa Allah pasti membantu, dengan tenaga kerja yang sangat kurang, diteruskan juga. Bersengkang mata siang malam, terlupa untuk menjamah makanan telah menjadi kebiasaan.Allah, lega sungguh rasanya bila tarikh keramat itu tiba, dan mendapat pujian daripada Tuan Pengarah dan pensyarah. Alhamdulillah.

Allah membantu kami melalui sahabat-sahabat yang rela hati membantu tanpa mengharap sebarang balasan. Sahabat-sahabat BKS yang saya hormati. Juga adik-adik TESL yang amat saya sayangi. Hanya Allah dapat balas jasa kalian. MATAHARI pada hari itu memancar lebih terang daripada biasa :)

Bermula tarikh itu juga, telefon saya tidak putus-putus berbunyi. Ada pensyarah yang menghubungi saya, minta untuk menuntut ilmu dalam video editing. Masya Allah. Terasa kerdil diri ini. Saya bukan seorang yang professional, pengalaman pun hanya sejemput. Masih banyak saya perlu belajar kerana saya bukan siapa-siapa.

Syukur juga, kerana esoknya setelah lama merancang, kelas 'bermain video' akhirnya bermula. Haha. Biar saya nak panggil 'bermain'. Kerana sememangnya tiada silibus dalam kelas ni, tiada bayaran, hanya berbekalkan sedikit ilmu dan kemahiran yang ada, kami kongsi bersama. Insya Allah :))

Esok akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perjumpaan keluarga Al Jarumi. Rindu bertemu sanak saudara.  Gathering AL JARUMI 4 APRIL 2010
Semoga Redha Allah bersama kita. Hingga bertemu lagi :)













 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting