Saturday, August 29, 2009

A story about si nyanyuk


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

I found myself a bit oblivious every time the thing is about assignment or homework. They were all noted down - in the tazkirah book, in the meeting book, in the side note book, yet i still can't remember them till the last one day at home. Waddafish is going on me?

I'm going back to Penang tomorrow, well it's already twelve so it's about less than 12 hours, i'll be in the bus again having a long-bored journey all alone.

I just remembered there's still 3 or 4 tasks that i've not even touch. Not at all. Geography (well yes it's Nagamah's), mathematics (the 3d polyhedral one), hey what's another three?? See i'm getting nyanyuk day by day.

I tried to read Sejarah Melayu - demi assignment KS En Hasni -and after 20 minutes i found myself holding the Astro's remote tried to reach Astro Warna - i know lah bapak i tak langgan tapi mana tau tiba2 Astro tersalah setting bagi percuma kat rumah i. Sejarah Melayu? What more can i say, the name suits on it. Hanya tinggal sejarah lah.

Sigh. I know i've been wasting all the time reading this, youtubing SPONTAN, writing this, haha i know i've been such a pathetic sitting in front of the pc and suddenly laughed when SPONTAN itu sangat heaven kelakar sumpah i gelak sampai nangis. Mak kata i gila. tsk.tsk. But when i start dengan semangat penuh kental macam Malik Mydin muda-muda untuk siapkan assignment, tak sampai 10 minit i already pandang ceiling talking to those lizards. Apa salah i ditakdirkan jadi malas? (T.T)

Muna kenapa kau nyanyuk dan malas? Kau tau bukan bila kau balik maktab, loads of things waiting for you, si tua nyanyuk yang pemalas. Class pictures for sale dah siap edit? Banner ihya' apa cerita? Dan bukankah due date assignment kau awal bulan? And now it's already 29th. You're so dead, girl.

--have u been writing a reminder letter for yourself, remind all such things that u have been or not being done, yada..yada.. so this entry lebih kurang mcm tuh la..--




Just a random picture taken by my phone. I just miss them. A lot. Sangat-sangat. Bilakah lagi undangan Mu untuk kami ke sana - bulan Ramadhan ? Apa khabar mereka ya? Puasakah mereka? I forget how i miss Kuala Mu very much. heavylongsigh.
















Wednesday, August 26, 2009

Hukum Tarikan - Laws Of Attraction


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan





Hukum Tarikan - Laws Of Attraction

Apakah itu hukum tarikan?

Secara ringkasnya
hukum tarikan menyatakan bahawa kita menarik kedalam hidup kita apa yang kita fikirkan.
Apabila kita fikir tentang perkara yang positif, kita menarik perkara positif kedalam hidup kita. Apabila kita fikir tentang perkara yang negatif, kita juga menarik kedalam hidup kita perkara negatif tadi.
Apabila kita berfikir tentang
perkara yang kita ingini, kita menarik perkara tadi kedalam hidup kita, Apabila kita berfikir tentang perkara yang kita takuti , kita juga akan menarik perkara tersebut kedalam hidup kita.

Pendek kata, kita akan menarik kedalam hidup kita apa sahaja yang kita fikirkan samada perkara itu positif atau negatif, samada perkara itu sesuatu yang kita hendak atau takuti.


tidakkah kalian rasa menarik pernyataan ini?
:pandacloud_27:

law of attraction.
yang saya faham adalah bagaimana "you are going to manipulate things around you", so that perkara itu akan berlaku mengikut kehendak awak.

contohnya: awak sakit, dan awak ingin sihat.
hari-hari awak kena bercakap dengan organ awak, awak kena ada kekuatan melawan penyakit itu, dan awak kena berimaginasi bagaimana untuk melawan penyakit itu. (sounds silly kan?)

tetapi, law of attraction ini telah dibuktikan oleh 'biokinesis'.
(teori bagi biokinesis ini ialah, everyone can cure themselves dengan re-arrange DNA dalam badan)
sebab itu awak lihat, sami-sami buddha di India (yang dalam pertapaan), ada yang tidak makan setahun, dan hanya tinggal kulit dan tulang. tetapi masih boleh hidup.

dalam konteks sufism pula, law of attraction ini boleh dimengertikan melalui cerita Asif (seorang abid pada zaman Nabi Sulaiman) yang memindahkan istana Balkis, hanya dengan kadar lintasan di hati, sedangkan Ifrit ketika itu tidak mampu berbuat demikian. sekiranya mengikut teori quantum physic, iaitu kebolehan merentas masa dan ruang, kita dapat lihat dikalangan para sufi ada yang bisa pergi ke mekah dengan kadar sehari semalam.

di dalam hadis, terdapat kisah Israk wal Mikraj, dan melalui kisah ini kita percaya bahawa teori law of attraction dan quantum fizik benar-benar berlaku.

kalau nak faham lagi, boleh tonton movie the secret/ the matrix 1-3.

hal ini boleh dikatakan teknologi ruh/ zikr.
Menarik! Dan saya sangat tertarik. :pandacloud_14:

Ok. Izinkan saya kembali mencari "hukum Tarikan" ini...

Kalian punya bahan untuk berkongsi bersama saya mengenai Law Of Attraction ini? Jangan malu hubungi saya. TQ

dan rupanya ada filem Law Of Attraction..ouh
:pandacloud_32:


:bofu_23: :bofu_48:









Monday, August 24, 2009

Liyana Jasmay, Burung Kakak Tua dan The Simpsons.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan




Fenomena Seni, Perspektif Kita, The Simpons Movie dan Twillight.



Kenapa dengan 4 rancangan ni? Tak ada apa yang menarik. Cuma 4 rancangan ini yang baru saya tonton. Sementelahan saya bukanlah 'penonton' setia kotak beracun bernama televisyen itu, maka agak menarik untuk bercerita kisah saya yang menonton televisyen ini. (shadap muna padahal bosan tak boleh terawih)

Saya tergelak besar menonton Fenomena Seni baru-baru ini di RTM 1 yang dihoskan oleh Rosyam Nor. Tajuk yang dibincangkan malam itu ialah 'Topeng-topeng' dan ahli panelnya pula ialah Liyana Jasmay, Iqram Dinzly dan Zubir (wartawan BH). Tak pasti pula tajuk yang dibincangkan apakah sebenarnya punya kaitan dengan kisah Ustaz yang tu menikah baru. Wallahualam.

Apa yang saya gelakkan walhal rancangan ini bukanlah seperti Famili Ceria?
Saya simpati. Simpati dengan mereka yang bergelar artis. Melenting betul Liyana Jasmay bila ada seorang 'caller' menghentam teruk golongan artis ni terutama artis perempuan yang kononnya lebih bermuka-muka bila berhadapan dengan masyarakat luar. Dakwa si pemanggil lagi, artis ni kurang pengetahuan, sama ada pengetahuan am atau pengetahuan asas itu sendiri. Nasihatnya hanya satu - artis perlu lebih banyak membaca. Dan reaksi si artis wanita yang menjadi panel itu yang paling saya hairankan, yang membuat saya tergelak besar. Beliau melenting penuh emosi mempertahankan golongan artis yang didakwa lemah dari segi intelektualnya. Katanya bukan semua artis begitu, jangan pula masyarakat pukul rata mengatakan semua artis adalah sama.

Hai lah.. entah beliau sedar atau tidak, cara beliau menerima kritikan itu sendiri sebenarnya mengiyakan dakwaan si pemanggil itu yang mewakili 'peminat' kononnya. Tanpa disedari dalam mempertahankan benang yang basah, dia sendiri merendam benang itu! Sungguh kasihan melihat si 'penghibur' terus hidup dalam dunia kebahagiaan palsu bergelar hedonisme ini - lantang bersuara mengkritik masyarakat yang kononnya tak support industri sendiri - tanpa mereka sedari watak tertawan mereka terserlah dengan kelantangan mereka. Saya terhibur.

Perspektif Kita - Awani. Saya memang tertunggu-tunggu rancangan ini. Ok bukan. Saya tertekan Awani sebenarnya. Dan oh lihat topiknya dan oh lihat lagi siapa panelnya! 5 saat. Ok habis. Topik pada malam itu ialah "sindrom Burung Kakak Tua" dan tentunya ahli panel yang saya nantikan di kaca tv - Wan Ahmad Fayhsal (Rausyanfikir) dan juga ada Prof Dr Abu Hasan Hasbullah. entah bila saya nak berhenti mengagumi beliau. Tapi sayang saya sekadar dapat menonton rancangan ini separuh jalan sahaja. (takpe muna. Astro suka main ulang2. Lagi2 bila nak raya)

Sindrom Burung Kakak Tua dalam kalangan mahasiswa. Tak banyak yang saya dapat olah tentang perbincangan mereka kerana sudah separuh jalan waktu saya (ok.saya dah cakap tadi) Dan saya terfikir, apakah saya juga menjadi kakak tua (dalam konteks mahasiswa)? Apa yang sebenarnya berlaku dengan sistem pendidikan kita? Mengapa boleh lahirnya pelajar burung kakak tua ini? Hanya satu jawapannya - Minda Tertawan (Captive Mind).

DR Abu Hasan Hasbullah ada berkata - sistem pendidikan negara kita mengasuh pelajar belajar secara objektif, bukan subjektif. Maksudnya di sini pelajar kita terdidik dengan sistem pendidikan yang menekankan pentingnya A dalam mencorak masa depan pelajar, pentingnya peperiksaan dalam menentukan cita-cita si pelajar. Apabila kita terdidik sebegitu, minda dan fikiran kita seakan-akan terperangkap dengan permainan sistem pendidikan kita sendiri. Minda dan pemikiran kita secara tak langsung dikawal dan sepertinya untuk kita 'think out of the box' adalah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Sebagai contoh, trend soalan bocor kala menjelangnya peperiksaan. Tanya saja mana-mana pelajar bila peperiksaan kian hampir, apakah perkara yang paling mereka idamkan kala itu? Tak lain tak bukan - soalan ramalan dan lagi seronok kalau dapat terus soalan bocor. Dan mengapa ia seakan-akan menjadi trend terutama dalam kalangan mahasiswa kita? Kerana kita terdidik untuk berfikir secara objektif, bukan subjektif!

"Kami tak boleh jawab soalan la encik, satu pun ramalan tak kena!"
"Alhamdulillah.. Kalau tak ada soalan bocor, berpeluh gak nak jawab!"

Maka tak hairanlah jika ada yang menggelar mahasiswa kita mahasiswa burung kakak tua! Dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah minda tertawan ini? Berfikir di luar kotak atau Think Out Of The Box. Bagaimana? Fikir :)

Saya suka untuk rujuk
sini jika saya bosan dengan dunia :))

The Simpsons Movie.


Dah berpuluh kali rasanya saya ulang tonton movie ni. Tak pernah bosan dengan mereka dan mesej yang mereka sampaikan. Siapa kata mereka teruk? (oh ye memang teruk terutama Homer) Tapi banyak sebenarnya mesej yang terkandung dalam filem ni. Antaranya :

1) Sayangi bumi. Jangan buang sampah dalam sungai. Ok sangat obvious di sini.
2) Jangan penting diri sendiri macam Homer.
3) Hargai mereka di sekeliling anda. Saya selalu ingat pesan seorang rakan saya.. "Sometimes we always took things for granted. Appreciate them"

4) Politik itu kotor.
5) Jangan bela babi.

Ok. Last sekali macam tak ada kaitan. Tapi takpe. Ambil je pengajaran ni.

Twillight? Tiada yang menarik. Saya cuma suka kristen stewart. Sekian.

Macam annoying je nak cakap edward cullen tu gorgeous sedangkan memang betul tapi tak payah, nanti macam gedik.

suarahati : Happy birthday to my Syamsul Izwan, Ahmad Faiz Malik Siful Azan, Afif Nuruddin dan Elee-Perasan-Muda. Just happy birthday. hehe.

suarajiwa : Tahniah untuk Cikgu Fatimah - selamat menikah. Tahniah juga Izzat dapat abah baru.
suaraperut : lapar.













JEMPUTAN MENYERTAI UZLAH TAZKIYYAH RAMADHAN API


Assalamualaikum wbt,

Kehadapan Sahabat - Sahabat Muslimin dan Muslimat,
Putera dan Puteri Islam Sekalian,
Para Mujahid dan Mujahidah,serta...
Para Dai'e dan Dai'eyah...

Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dibawah naungan Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program UZLAH TAZKIYYAH RAMADHAN . Pelbagai pengisian untuk pemantapan ilmu dan iman akan diadakan bermula 29 Ogos 2009 - 31 Ogos 2009 (8 Ramadhan 1430 - 10 Ramadhan 1430) bertempat di Pantai Bersih.

Justeru API menjemput individu-individu yang berminat untuk turut serta beruzlah tazkiyyah di bulan Ramadhan ini dalam membina pemantapan ilmu, iman dan amal dalam menyediakan diri di jalan dakwah .


Tentatif Program adalah seperti berikut ( mungkin ada perubahan):

Tarikh / Masa

Slot

Catatan

29 Ogos 2009 ( Sabtu)

06.00 pm

Tiba di Surau Pantai Bersih / Urus Diri

Penginapan Muslimin disurau,

penginapan muslimat dirumah sewa.

07.30 pm

Berbuka Puasa / Solat Maghrib

Semua aktiviti di Surau Pantai Bersih

08.30 pm

Solat Isyak / Sunat Tarawih

10.00 pm

Taaruf / Taklimat Program& Pembahagian Tugas - Saudara Amir

11.00 pm

Rehat

30 Ogos 2009 ( Ahad)

04.30 am

Urus Diri / Qiamullail dan Persiapan Sahur

Semua Aktiviti di Surau Pantai Bersih

05.00 am

Sahur dan Solat Subuh

07.00 am

Kuliah Subuh

Merungkai Permasalahan Umat Islam Global –

Dr Roslan JIM

08.00 am

Riadah - Saiful Affandi

09.00 am

Slot 1 : Persoalan Akidah Dalam Perjuangan

Dakwah Secara Berjemaah Dan Keperluan Untuk Terlibat - Ust. Hafiz Nordin

10.30 am

Solat Sunat Dhuha

11.00 am

Slot 2

Masyarakat dan Kepedulian - Ust. Nizam Mahshar

12.45 pm

Persiapan Zohor dan Solat Zohor

02.00 pm

Slot 3 : Ibadah

Amalan Harian Tarbiah Ruhiah - Ustazah Mardhiah

03.30 pm

Muhasabah Ringkas ESQ way - Saudara Izzat

03.45 pm

Slot 4 : Keluarga Aktivis Dakwah -

Ust. Kamaruddin Kassim

04.30 pm

Solat Asar / Taklimat Turun Lapangan – Saudara Amir

05.00 pm

Persiapan Berbuka Puasa

06.30 pm

Tadarus Al – Quran

07.00 pm

Berbuka / Solat Maghrib

08.00 pm

Bergerak ke R&R BORR untuk Solat Isyak dan Tarawikh

R & R Pantai Bersih

10.00 pm

LANDAS Malam Merdeka : ‘Ops Sayangi Remaja’

01.00 am

Rehat

31 Ogos 2009 ( Isnin)

04.30 am

Urus Diri / Sahur / Solat Subuh

Semua aktiviti di Surau Pantai Bersih

08.45 am

Senaman Ringkas ESQ way - Saudara Hadi

09.15 am

Slot 5 : Prinsip Dakwah - Ust Wahab

09.45 am

Slot 6 : Ukhwah dan permasalahannya –

Saudara Shamsul Ery

10.45 am

Solat Sunat Dhuha

11.00 am

Slot 7 : Muhasabah Pemuda-pemudi Islam –

Dr Fadhullah Jamil

01.00 pm

Solat Zohor / Bersurai



Penyertaan program adalah terbuka kepada semua dengan bayaran penyertaan sebanyak RM 10 seorang. Sila daftarkan penyertaan melalui SU API bagi memudahkan urusan berkaitan. SU API boleh dihubungi di talian seperti dibawah.

Cara Mendaftar :

Semua peserta boleh mendaftar melalui email, sms atau telefon dengan memberikan maklumat berikut :
• Nama penuh
• Institusi ataupun pekerjaan,
• No. telefon
• Alamat bermastautin

Sila hubungi SU API untuk urusan pendaftaran ;

Fatin Safiah Kamaruddin
Setiausaha API
0135045063
hafias@yahoo.com.sg


Mohon sebarkan maklumat ini kepada sahabat – sahabat yang lain.
Terima kasih.

Wassalamualaikum wbt.

Layari API Penang untuk maklumat lanjut


------


Saya juga akan berada di sana. Insya Allah












Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang Ramadhan..


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan




1 Ramadhan 1430 H

Alhamdulillah masih sempat mengecap nikmat Ramadhan lagi untuk kali ni.. :))

Waktu kecil dahulu, zaman gila kumpul duit raya, saya menyambut Ramadhan dengan dua perasaan berbeza. Satu, lemahnya nak kena puasa~ Masakan tidak, sebulan perlu mengikat perut. Kedua, tak sabarnya nak raya!~ Syawal lebih dinanti berbanding Ramadhan. Kami adik beradik berlumba siapa boleh kumpul duit raya paling banyak. Dan biasanya saya yang paling sedikit. Malas nak berjalan.

Tapi sekarang saya lebih mengerti erti 'merindui' Ramadhan itu. Dahulu saya tak faham mengapa orang merindui Ramadhan.. Kenapa mesti merindui bulan ini? Pelik. Tapi kini saya sendiri ternanti-nanti bulan ini.

Kelmarin sewaktu pulang daripada menghantar Azie ke Melaka Sentral, beberapa kali saya terpaksa memperlahankan kereta kala tiba di hadapan mana-mana masjid untuk memberi laluan kepada mereka yang ingin melintas jalan menuju ke masjid. Saya rasa sebak.. Sebak mengenangkan saya terlepas terawih pertama Ramadhan kali ni.. Hampir-hampir air mata ini menitis..


Saya sudah mengerti mengapa bulan ini menjadi bulan yang dinanti-nanti.

Ramadhan ini bulan 'pembersihan'.
Inilah masanya untuk kita membersihkan hati-hati kita yang selama ini mungkin penuh dengan titik-titik hitam yang menjadi punca kepada kelemahan iman kita.
Inilah detiknya kita mengukuhkan keimanan kita kepada Nya, dengan mendidik nafsu kita dari segala jenis maksiat, banyakkan beribadat kepada Nya, zikrullah menjadi makanan sehari-harian..
Jika sebelum ini kita mensibukkan diri kita mengejar dunia, menjadi hamba kerja, apa salahnya sebulan ini kita kembali kepada fitrah kita, menghuni dalam dunia 'abid, memperbanyakkan tuaian kita untuk di sana kelak..


Insya Allah kita akan sentiasa merindui Ramadhan Kareem ini...

............

Ujian itu Tarbiyyah. Lebih-lebih lagi jika diuji dalam bulan Ramadhan ini.

Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:04:03 PM): salam...kak muna pa habaq
anum isa (8/19/2009 7:04:19 PM): wsalam...alhamdulillah..sihat jaa...

anum isa (8/19/2009 7:04:24 PM): abang sihat?

Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:04:35 PM): alhamdulillah....

Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:05:10 PM): kak muna abg nak cita ckit....

anum isa (8/19/2009 7:05:20 PM): ya...awatnya?

Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:05:34 PM): baba baru smpi balik msia pagi isnin
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:06:12 PM): smpi tu ok ja..tp tghari baba start demam,batuk n selsema
anum isa (8/19/2009 7:06:22 PM): ahah...lepas tu?
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:06:48 PM): baba pi check..kena tahan..kuarantin..

Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:07:10 PM): tak sat baba habaq..doktor sahkan baba positif h1n1...
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:07:32 PM): kesiaaan mama...menangis...

anum isa (8/19/2009 7:07:47 PM): astaghfirullah...

Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:07:58 PM): ni baba dok ym ngan mama kat sebelah abang
anum isa (8/19/2009 7:08:04 PM): pastu la ni ada di sini ka?
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:08:25 PM): kat mesir

Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:08:52 PM): kak muna tolong doakan baba

anum isa (8/19/2009 7:09:36 PM): baba ada di mesir?

Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:09:50 PM): baba habaq doktor kata kena dok dlm pemerhatian depa 5 hari..
anum isa (8/19/2009 7:10:00 PM): insya Allah abang doa banyak2 la naa.. Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:10:09 PM): kalau depa tak puas hati,tambah lagi 5 hari
anum isa (8/19/2009 7:10:22 PM): dah nak puasa.. insya Allah doa banyak2 untuk baba
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:10:27 PM): kesian baba sambut ramadan kat hospital
anum isa (8/19/2009 7:10:43 PM): nnt kak muna habaq kat mak ndak n smua.. kami doakan yg terbaik ntuk baba..
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:11:06 PM): ok kak muna..mama kim slam.
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:11:25 PM): kirim salam pada adik beradik semua. anum isa (8/19/2009 7:11:39 PM): ok..kim salam mama jugak...mintak mama sbaq laa banyak2.. Tuhan nak uji dekat2 nak posa ni...

Semoga ujian ini lebih mendekatkan kita kepada Nya.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. Syafakallah, pakcik (Syeikh Yusoff Ahmad) yang kini dikuarantin di hospital di bumi Anbiya' itu.. Kami sentiasa mendoakan kalian di sana.. Semoga hati-hati kita sentiasa berjumpa..



Selamat berpuasa...









Tuesday, August 18, 2009

Saya cop Faris 'Awdah juga.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Sejak awal tahun ni, entah apa perasaan datang tiba-tiba terasa ingin mengumpul nama-nama indah. Untuk apa? Mau tanya lagi.. hahah.. Tak.. tak.. sekadar koleksi nama-nama yang saya ambil hasil pembacaan mengenai tokoh-tokoh pejuang Islam yang disegani.

Dan rasa macam nak kongsi dengan kalian pula :))

Faris 'Awdah - si kecil yang syahid ketika berada dlm barisan pertahanan pertama menyerang tentera Israel (yang baling batu pada kereta kebal)
Farid Wajdi - orang kuat Ikhwanul Muslimin. antara orang kanan Imam Hassan Al Bana
Zaid Harithah
'Azim Zarqani - tidak tercatat pula dalam buku nota saya siapa kah gerangan beliau. Namun saya yakin beliau merupakan antara penggerak Ikhwanul Muslimin juga
Farhat Arbidan - juga tidak dicatatkan siapa
Akram Nisar - HAMAS
Khaled Mas'al - HAMAS
'Uqbah Naf'ie - buka negara Afrika (Andalusia)
Amani Saifi - askar payung erjun
Nabil Shahraoui - Al Qaeda
Sa'id Ulwan - ayahanda Dr Adbdullah (Ikhwanul Muslimin)

banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah yang ni je. :p

ok fine. Faris 'Awdah saya cop awal2. ceh. dush.dush. berangan.

...............


entry dihasilkan akibat tekanan membuat assignment PBS tambah kerja yang sekolah bagi. Tak nak demam2 lagi...

















Sunday, August 16, 2009

Demam Lagi....


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Niat hati tak nak lah dihebahkan di blog ini bahawa tuannya sedang tidak sihat, kecil hati pula nanti terus-terusan biarkannya tak djaga :))



cam melampau je..


Satu hari saya ceria bertegur sapa sahabat-sahabat sepanjang jalan ke kelas,
Satu hari saya aktif melompat sana-sini bermain bola jaring,
Satu hari saya cergas terkejar-kejar ke dewan bila sampai waktu bertugas untuk fotografi,
Satu hari saya boleh bergelak ketawa menyiapkan BBM yang hampir siap itu,
Satu hari saya gembira dapat ketemu mujahid-mujahid saya di Darul Ummah,
dan satu hari saya masih mampu menghadap laptop sepanjang hari mengedit gambar dan video,
tetapi Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa,
dengan sekelip mata Dia bisa merubah hari-hari saya..
Pagi itu saya terlantar tidak bermaya,
Nafas saya kian pendek,
Dapat saya rasakan penyakit semasa kecil saya menyerang kembali,
Jantung saya berdegup laju daripada normal,
Suhu badan terus-terus meningkat..

Ini kali kedua dalam tempoh tiga minggu saya diserang demam panas. Yang peliknya, waktu nak balik kampung demam ni mai.. Mehnah..Mehnah.. :)

Demam kali ni agak teruk dari sebelumnya. Dan biar apa pun kata doktor, saya yakin hanya satu puncanya. Teman sebilik mengatakan saya mengalami tekanan dalam kerja. Masakan tidak, 3 kerja last minute saya perlu siapkan dalam tempoh kurang dari dua hari. Kerja yang saya rasa agak mustahil untuk disiapkan dalam tempoh seminggu jika diikut jadualnya. Pengajaran untuk saya : Saya tidak akan terlibat dalam teater lagi. Maafkan saya, kali ni setuju atau tidak, saya tidak boleh berkhidmat lagi untuk kelab teater. Tenaga baru dan muka baru bukan tiada, jika perlukan software atau tutorial untuk suntingan video, silakan berjumpa saya. Saya bukan si bakhil kedekut berkongsi ilmu yang bukan hak saya.

Saya masih mencari tahap kemampuan diri saya, dan keputusannya, saya telah 'overused' kemampuan diri saya, seterusnya memberi tekanan kepada saya terutamanya mental dan rohani saya yang kemudian memberi impak yang bukan sedikit pada kesihatan saya. Saya kadang-kadang lupa pada pesan seorang sahabat akibat terlalu ghairah ingin menghasilkan yang terbaik

"Kita jadi yang terbaik ikut kemampuan, bu!"

Dan kini.. Saya rasa berdosa pada diri saya, mengabaikan kesihatan, makanan untuk hati saya dalam mengejar perkara lain. Saya lupa bahawa jika kita sentiasa dekat dengan Nya, Dia akan sentiasa bersama kita.. Astaghfirullah.. Pengajaran lagi untuk diri ini.

...

dan demi untuk tidak memenuhkan chatbox dengan nama saya seorang, biar saja saya reply mesej kalian di sini..hehe

k.azie: nape x singgah kat umah k.zie, dah dekat dah
k.azie: k.zie pn dok kat singkir jgak
k.azie: area tu, tmpat k.zie main kecik2 dulu
k.azie: len kali klu p, singgah yer kat umah k.zie

muna : la.. awt x gtau awal2 kak zie? kak zie kata kak zie balik kg 13 hb.. mna la kmi nak taw.. xpa.. xpa.. nnti kta mai lagi, bawak rombongan trus.. eheheh.. :P

azhar: thank izzah for the totorial tu,saya buat jugak satu..hmm.. :)

muna : :) sama-sama kita berkongsi ilmu dari Allah ni.. kalau nak tanya apa2 lagi, silakan, jgn malu jgn segan..

attiq: syafakillah ukhti muna..riso ana.enti ni asyik sakit jah!..

muna : ish..jgn riso.. sakit ni menghapuskan dosa kcil.. ana ptut brsyukur skit bgini.. kurg2 dpt sucikan hati sbelum ramadhan.. :)

zarepan: salam munaku.sudahlama tidak ketemu.hehe

muna : ya udah.. kamu yg menyepi.. naik cuti abes praktikum dh kan? chantek.. nk tgok skit muka cikgu tak ikhlas praktikum..hohoho

rasa cam jawab surat pminat plak.. hehe. dah.dah prasan.



suarahati : sedang menunggu azie sampai mc. eh bus kol 4.30 skarang baru 3.51. tidur dulu makan ubat. azie dah smpai nanti kejut.










Wednesday, August 12, 2009

Tutorial #1 : Bagaimana Membuat Scrolled Text


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Jika dilihat di bawah chat box blog ini, kalian boleh lihat terdapat satu kolum yang punya scrolled text (text bergerak) dan ramai yang tanya bagaimana untuk membuatnya.. Mudah saja.




Ikut step tutorial ini..


1) copy kod di bawah




2) pergi ke dashboard blog anda > layout > add gadget > html

3) dan paste kod tersebut

4) tulis apa yang anda ingin tulis di "Mesej Korang di Sini"

5) dan SAVE!

kan sonang..

selamat mencuba...















Monday, August 10, 2009

Sekitar ASAK Ogos 09


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



Sekitar Latihan Aktivis Alam Sekitar Ogos 2009 @ Rumah Cu Pah Kg Singkir Genting, Singkir, Yan Kedah


sesi ta'aruf

menjelajah Kg Singkir Genting. Kelihatan kuari Jerai yg banyak menimbulkan permasalahan kepada penduduk kampung.


berjalan mendekati dan menyelami masyarakat yang tertindas ini...


Nurul & Kak Lailatul Qadriah (Care USM)


Salah seorang penduduk kampung yang turun menyokong



Kak Laila & Kak Ni' Hafsah (Mujahidah Pattani)


Sesi dialog - Saiful the Kapitalis vs penduduk kampung


Tayangan video contoh sidang media..


Kumpulan Kak Ni' & Nurul membentangkan hasil dapatan


Kak Wahid (SAM)


Ustaz Hafiz Nordin - Pengucapan Awam



Modul



A.Amir sbg ketua kampung berucap.. hohoho


Ustaz Hafiz memberi tunjuk ajar kepada Lah (Mujahid Pattani) cara berucap penuh semangat



Nenda bersama cucu baru pulang dari oversea.. ehehehe.
(bersama Cu Pah yang masih kuat semangat nya..)



sebelum balik...



demi tidak membiarkan blog terus-terus membisu tanpa khabar, sekadar sempat menyelitkan beberapa gambar buat tatapan sahabat...

banyak yang saya pelajari di ASAK ini.. Moga Allah beri kesempatan untuk saya berkongsi bersama kalian.. Wallahualam..











 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting