Saturday, January 30, 2010

Antara Solat Subuh Berjemaah dan Demonstrasi


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Matanya tajam merenung mereka di hadapan. Penuh membara. Tak berkedip dilihatnya satu per satu wajah yang dahagakan syahid itu. Nafasnya ditarik dalam.

"Dan seharusnya kita, yang digelar pemuda ini, yang dipanggil syabab ini, yang dikenali sebagai fata ini, tidak akan sekali-kali tunduk pada kuasa-kuasa barat, tidak seharusnya akur pada doktrin-doktrin zionis! Kerana kita pemuda harapan ummah, kita syabab pemimpin masa depan! Kalian fikirkan, apa akan jadi pada generasi akan datang, kepada anak-anak kita jika sekiranya kita terus-terusan tunduk pada jarum-jarum suntikan musuh utama kita, yang pastinya melemahkan kita, tanpa kita sendiri sedari??"

Hujahnya makin berapi. Terasa hangat tubuhnya lantaran dibakar semangat anak-anak muda di hadapannya yang sedari tadi tidak berganjak walau dikit pun. Dapat dia rasakan kemarahan mereka terhadap pihak barat dan zionis atas apa yang mereka lakukan terhadap masyarakat Islam di Palestin dan serata dunia ibarat gunung berapi yang hanya tunggu masa untuk memuntahkan isinya.

Dia menarik nafas dalam.

"Wahai saudaraku. Apakah kalian sanggup melihat saudara-saudara kita di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Selatan Thailand, di mana-mana yang kian hari kian ditindas, kian hari kian menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau wanita, tidak kira orang tua atau anak-anak yang masih tidak mengerti, kekejaman demi kekejaman mereka lakukan, hanya untuk melihat syiar Islam tumpas, demi melihat risalah Muhammad S.A.W dihapuskan??"

"Tidak!"

"Tidak sama sekali"

"Allahuakbar! Hapuskan yahudi laknatullah!"

"Takbir!"

Sahutan penuh semangat bergema memenuhi segenap ruang di dewan itu. Setiap yang hadir berdiri tanda menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap Islam.

Dia semakin bersemangat.

"Ayuh kita bersatu, ayuh kita kukuhkan soff, demi menghapuskan yahudi penjajah!Allahuakbar! Jihad Fisabilillah!"

Serentak dengan itu berkumandang seluruh pelosok dewan, gema takbir bersahut-sahutan. Barangkali jika ada puak musuh Islam di situ, sudah habis dicincang lumat oleh mereka.

---

"Hayya 'alal Falah..."

"Assolatu khoirun minan naum.."

Matanya terpisat-pisat. Cuba ditolak kelopak matanya agar terbuka. Kepalanya masih pening. Dia melihat jam di tangan.

"Baru 5.30. Awal betul Subuh sekarang"

Terasa seakan-akan baru 5 minit dia melelapkan matanya. Masakan tidak, malam semalam sahaja dia terpaksa menghadiri tiga mesyuarat yang dia sendiri menjadi pengerusi. Amanah, katanya. Hanya apabila jam menunjukkan jarum 4 baru dia berpeluang untuk meletakkan kepala di bantal. Itupun cadangnya untuk bangun setengah jam kemudian untuk menyiapkan beberapa kertas kerja program yang tak siap-siap.

Dia menarik kembali selimut menutupi tubuhnya. Dingin pagi itu menambah keenakannya diulit mimpi. Sebentar kemudian terdengar sayup-sayup bunyi dengkuran dari bawah selimut.

----

Kisah Solat Subuh Berjemaah [diolah daripada SOLUSI isu 13)

Dalam buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib al Sirjani dinukilkan

"Pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai solat Jumaat"

Seakan mustahil pula.

"Tidak salah membakar bendera yang menjzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam,tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan untuk bertakbiratulihram dalam solat Subuh secar berjemaah? Emm, mampukah orang yang ‘liat’ bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah?"
Surah Soff Ayat 3 untuk renungan semua. Ya Allah, tsabitkan hati-hati kami dalam mentaati perintah Mu. Ya Allah, jangan kau tarik rasa khauf yang Kau campakkan ini.. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami yang sering kali memungkiri janji-janji kepada Mu.














Wednesday, January 27, 2010

Because it is DULL


I saw the colourless rainbow
I saw the black cloud
I saw the mourning trees
I saw the bird is dead
I saw no grass
I saw no butterfly
I saw they're talking
With no any sound

They're various
But I saw they're all black
I heard them
Like bees
They laughed
But I don't

I asked "What is happy?"
They said joy
But I don't feel it.

Because the heart is DULL.



I who DULL,
anum
27th Jan 2010

Saturday, January 23, 2010

Ini Serius. Saya tak gelak pun


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Berbunga-bunga hatinya menjengah laman-laman blog sahabat yang penuh terisi titis-titis ilmu. Terasa kerdil pula mendengar hati bicara penuh kerendahan. Alahai siapa sahaja dia itu. Masih bermain galah menjolok cempedak.

Baru sebentar jari-jarinya bermain di papan kekunci, berlatarkan presentation untuk esok hari, dan sekarang mudah sahaja beralih arah mengetuk-ngetuk dashboard. Dashboard blog bukan dashboard kereta.

Ok sejujurnya terlalu banyak satu-satu ilham itu datang, menjadikan semuanya tidak terurus di dalam ini. OTAK. One by One, muna. Penipuan Evolusi, Sains Sosial dan Sains Tulen, Keadilan Sosial (Institut Kajian Dasar), Dilema Melayu, Pemberontakan Abbasiyah, belum masuk lagi buku-buku HAMKA. Perlu lebih banyak belajar perihal pengurusan efektif.

Dalam draf yang sedia ada, separuh bercerita perihal perkaitan solat subuh dan keluar berjihad, separuh bercerita perihal kerangka pandangan alam islam dari kaca mata Syed Naquib Al Attas, separuh lagi bercerita perihal rejuvenasi pendidikan, ada lagi separuh, menyentuh pula soal sosok guru pelatih. Sekarang kalian tentukan, mana kalian mahu tahu dahulu, saya fokuskan yang itu. FOKUS.

Satu lagi. PENGUMUMAN ini amat PENTING. Pada kalian terutamanya adik-adik junior IPTB, kalau ada yang berminat untuk belajar video editing menggunakan Ulead Video Studio, sila jangan malu jangan segan beritahu saya, secara terus pun boleh, kalau malu, mesej cukup. Kita set masa, set tempat, andai kata diizinkan, sebanyak mana yang saya boleh tolong, saya akan cuba. INI SERIUS. Tengok saya tak gelak pun.
perlu apprentice, kata Cipi.














Tuesday, January 19, 2010

Apabila kita mula berfikir..


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

1. Tun Mahathir Mohamad berkata lewat karya kontroversinya - Dilema Melayu,  "Revolusioner yang terlalu patuh kepada doktrin selalunya gagal oleh sebab mereka hanya melihat objektif, tetapi mengenepikan sama sekali keadaan kuasa-kuasa institusi yang sedia ada." Mari fikirkan.

2. Ali Shariati berkata dalam Pemikir Reformasi dan Masyarakat Revolusioner, "Mereka yang enlightened adalah mereka yang menyedari dan arif mengenai situasi sosial manusia yang sebenarnya pada zaman kini dan masa lampau dan mempunyai tanggungjawab sosial." Mari fikirkan.

3. Dr Abbas Madani, seorang tokoh gerakan Islam di Algeria (1970-an) telah menjenamakan semula Islam secara hidup setelah menyedari kehidupan rakyat Algeria yang disogok dengan budaya yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam, cara berfikir, berpakaian, berkeluarga, berpendidikan bukan lagi diceduk daripada cara Islam yang menyeluruh, malah merasakan bahawa Islam tidak mampu membawa mereka ke satu mercu tanda yang positif yang boleh menjamin kehidupan mereka dalam segenap aspek. Sahwah Islamiyyah (Angin kebangkitan) mula bertiup perlahan-lahan. Namun Barisan Penyelamat Islam (FIS) yang melalui proses yang sah ke arah penubuhannya dan mendapat sokongan padu masyarakat yang dambakan Islam sebagai cara hidup telah diharamkan penubuhannya setelah hampir memenangi pilihanraya. Pemberontakan berlaku. Dr Abbas Madani dan beberapa tunjang utama FIS ditangkap. Mari fikir sejenak.  Apakah situasi yang berlaku di Algeria yang menyebabkan Dr Abbas Madani mula bertindak, hampir mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku di negara kita sekarang? Islam tidak lagi dianggap sebagai penyelesai masalah. Mari berfikir.

4. Allah telah berfirman, " Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini."
~Surah Al-A'raf, ayat 172~  


5. Kita berjanji lewat doa iftitah di permulaan solat lima waktu, "Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam."

6. Apakah kita benar-benar berfikir? 














Wednesday, January 13, 2010

Satu Lagi Bakal Mengecewakan Kalian


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Tak banyak yang saya mampu fikirkan untuk memulakan penulisan kali ini, dalam mood serius sebetulnya. Rasa risau yang dahulunya landai tidak berirama, kini kian menggunung menyentuh langit. Ah, bukan saya cuba mengangkat diri bermegah dengan perasaan ini. Apa yang mahu saya megahkan melihat warna realiti masyarakat diebntuk makhluk bernama manusia ini, yang entah semakin gila saya rasa. Gila kuasa, gila nama, gila pangkat, gila harta. Teringat Awie menyanyi Hukum Karma pada part key yang paling tinggi. Itu pun gila namanya.

Benarlah kata si bijaksana, semakin kita menggali ilmu, semakin bodoh dirasakan. Hampir 3 tahun jasad dan roh ini cuba bersatu di bumi Pulau Pinang ini. 3 tahun itu bukan singkat, yang sebenarnya. Belum sempat selesai satu urusan kerja, muncul pula urusan lain. Belum sempat reda masalah, muncul pula masalah lain. Hati mana yang mampu tanggung, jasad mana yang mampu kendong, jiwa mana yang mampu teguh diasak ujian demi ujian. Walhal telah Allah berfirman “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” ~ Al-Imran ayat 200.

Telah Allah sediakan segala jawapan kepada setiap permasalahan yang berlaku, baik dari dalam diri mahupun di sekeliling kita. Sabar. sabar itu kunci ketaqwaan. Cubalah latih diri kita untuk sentiasa bersabar, dalam apa jua keadaan yang berlaku. Juga berlapang dada dalam perselisihan pendapat.

Semester 3 bermula dengan satu perasaan aneh dalam diri saya. Aneh juga untuk saya ungkapkan di sini. Tekad saya dalam hati, "Biarlah aku jadi orang terakhir mengejar ilmu itu, janji aku orang pertama yang memahaminya". Bukan bermaksud untuk menyaingi sesiapa, saya sedang mencabar diri saya untuk lebih bisa mencerna maklumat dengan kadar yang pantas. Ah, maklum saja, diri ini punya satu kelemahan yang ketara, hampir semua yang mengenali mungkin tahu, saya punya masalah besar dalam menuturkan bait demi bait perkataan yang terkandung dalam otak. Payah benar rasanya untuk mengungkapkan satu ayat yang lengkap, bermakna yang pasti. Lemah betul saya dalam menguruskan maklumat dalam otak.

Menginjak ke semester baru ini juga menyedarkan diri yang terlena, semakin tua rupanya! Bukan sebab apa, hanya kerana perlu mengulit dengan buku-buku politik. Satu lagi langkah dalam menjana minda kritikal. Saya suka :)

Ramai yang bertanyakan posting baru. Maaf. Saya cuba sedaya upaya menghasilkan yang terbaik, untuk diri saya (juga). Malangnya kalian kerana perlu membaca satu lagi posting yang mengecewakan.













Tuesday, January 12, 2010

Tonton Boyat dengan Empati. Baru feel.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

1. Nak tau tak, sem ni saya rasa sangat best. Oh tak boleh nak sahkan lagi sebab baru nak masuk minggu kedua. Sebab. Satu. Untuk subjek Kajian Sosial kami belajar Politik & Kerajaan. Kau tak rasa ke sangat best. Ammar kata subjek mengantuk. Budak PJ pergi main sukan je. Main senyap-senyap. Keh keh keh

2. Sem ni juga belajar Education for Sustainable Development atau Pendidikan Pembangunan Lestari (Mapan) untuk subjek Geografi. Kau tak rasa bertuah ke jadi budak KS? ESD adalah antara salah satu topik yang wajib untuk kesemua kita yang bergelar manusia ini untuk ambil perhatian. Mengapa apabila ianya berkaitan dengan alam mudah saja kau cop bosan? Kau, aku, mereka, kesemua ini sebahagian daripada alam. Kalau sekarang atau lebih tepat sejak dahulu pendidikan alam sekitar ini kita pandang enteng, habis di mana anak-anak kau mahu sedut udara bersih lagi? Ke mana kau mahu bawa anak cucu kau bercuti. Semuanya habis kita rosakkan. Tak mustahil juga satu hari nanti untuk menyedut udara bersih juga akan dikenakan cas, sebab semakin kurang!

3. Pergi ke library. Terjumpa Dilema Melayu, yang diolah sedikit dan diterjemahkan daripada Malay Dilemma karya Che Det. Juga Politik dalam Perspektif Pemikiran, Falsafah dan Teori oleh David Miller & Larry Siedentop. Lepas ni banyak sikit point nak lawan Mr Siva.

4. Kau bayangkan Bukit Mertajam ni jadi macam Boyat.

5. Tulisan aku semakin teruk. Kena pergi bengkel penulisan.















Sunday, January 10, 2010

Program Mahabbah IPGM Zon Utara 2010


Dengan sukacitanya, Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara menganjurkan.....


PROGRAM MAHABBAH IPGM ZON UTARA 2010

TARIKH
16 JANUARI 2010

MASA
8.00 AM- 6.OO PM

TEMPAT
DEWAN AL-BUKHARI , IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM ,KEDAH

SASARAN PESERTA
GURU-GURU PELATIH DARIPADA 5 IPGM ZON UTARA (IPGM KPP, IPGM KP , IPGM KDA , IPGM KSAH DAN IPGM KTB)


MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM INI . MOGA SENTIASA DIREDHAI ALLAH. HUBUNGI JK IKATAN KEROHANIAN LOKALITI ANDA.


Friday, January 01, 2010

Ini Bukan Tahun Kita



Tak ada apa yang beza.
Cuma dalam buku tulis bahasa melayu bahagian atas sekali belah kanan kau kena tukar jadi 1.1.10
Tak ada apa yang beza.
Cuma malam ni semua tv nak tunjuk konsert orang gila.
Tak ada apa yang beza.
Cuma tiba-tiba semua orang teruja nak sambut hari esok dengan pergi pesta sana sini main mercun baki raya lepas.
Tak ada apa yang beza.
Cuma tiba-tiba semua orang nak buat azam padahal dari sekolah perangai tak berubah.
Tak ada apa yang beza.
Cuma tiba-tiba line celcom maxis digi pun nak sesak semua nak wish tahun baru.

Kau bayangkan.
Kalau lepas 31.12 ni ada 1.13, takkan ada konsert kat tv, yang ada cuma cerita hantu melayu rambut panjang pakai telekung. Macam nak lempang.
Apa yang beza?
Ah. Senang betul kita kena 'kencing' dengan 'omputih'. Dia sambut New Year's Eve, kita terhegeh hegeh nak ikut. Parti sana parti sini. Simpan duit lah. PTPTN pun tak masuk lagi.

Ini bukan tahun kita. Tahun kita tahun Islam. Kalau nak sambut jugak, buat solat sunat baca yasin. Kenduri Kesyukuran sebab masih hidup. Jangan lupa jemput aku.

Buat azam tiap-tiap hari lah. "Azam aku tahun ni nak jadi lebih baik". Alhamdulillah. Aku doakan kalian berjaya. Kalau setakat tiap-tiap tahun recycle azam yang sama, something wrong dengan kau. Azam bukan sekadar azam. Walk the talk, babe.

Dah. Pukul 1.17 miskol aku. Nak tengok gerhana bulan pakai stetoskop. Keh keh keh
















 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting