Beep!
Ada mesej masuk. Vibration handphone yang tak teragak itu mengejutkan aku dari tidur.6.30 dah. Aku terpisat pisat membuka mata.
Pengirim : Srikandi AttiQ
"Salam. :-0 Aku ada terjumpa dalam Quran yang cerita pasal mengeluh.
'Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah kecuali....
ko cuba tengok surah Al-Ma'arij ayat 19-35"
Termenung ku sejenak di atas tilam yang tak berapa nak empuk.
Menyedari Subuh hampir melabuhkan tirai (ayat mc majlis bila majlis dah nak habis), segera aku ke toilet. Membasuh muka lantas mengangkat wudhuk.
Selesai sahaja solat Subuh dan membaca Ma'thurat, laptop ku buka gara-gara keberatan mahu keluar dari bilik untuk mencari quran tafsir. Sebelum itu puas ku selongkar satu bilik..mana tahu ada quran tafsir kat sini..yang ada hanya quran tanpa tafsir...ok lupakan..
Baik aku google. Cepat pun cepat.
Benar.Dengan internet, segalanya terletak di hujung jari. Dalam masa tidak sampai 5 minit, aku sudah ketemu benda yang ku cari di SINI
Surah Al-Ma'arij ayat 19-25 yang membawa maksud
[19] Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).
[20] Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah
[21] Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.
[22] Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.
[23] Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
[24] Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. [25] Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Ayat 26-35
[26] Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya).
[27] Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya.
[27] Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya.
[28] Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya.
[29] Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
[30] Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. [31] Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
[32] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
[33] Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi).
[34] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
[35] Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Fikiranku jauh menerawang. Cuba memahami kandungan ayat tersebut.
Ya!
aku mungkin tidak pandai untuk menzahirkan melalui kata-kata namun aku tau semua orang rasa apa yang aku rasa. Rasa hidup ini merupakan satu beban.
banyak benda yang nak dipikul. Kerja lagi. Kalau student, dengan task tu, assignment ni, dengan kuliah nye. Tapi kita sedar tak, ni baru sikit sahabat2 sekalian. Usah lepaskan dengan keluhan. Masa itu ibarat pedang, kalau kita tak potong masa tu, masa yang akan potong kita.
Hidup kita terlalu banyak disia siakan dengan benda-benda yang tak patut masuk otak pun. Kalau yang perempuan, bila jumpa ramai2 [ouh.macam saya] tak sah kalau tak bergosip. Hot story sana...Gosip sini... Ai.. macam macam. Tak ke membazir masa tu?? Kalau cerita yang baik2, ambik iktibar tak pe la jugak... Aish..*peringatan untuk diri sendiri* Ada kita fikir tak? Benda2 yang macam tu la yang curi masa kita. Lepas tu, baru kita nak merungut tak cukup masa, mintak postpone hantar assignment [ouch.berdarah hidung]
See.
Jadi marilah kita sama-sama muhasabah diri, refleks balik apa yang kita dah buat sepanjang hari ni. Adakah kita sedang membazir masa? Dan apakah kita telah banyak mengeluh? Jika ya, marilah kita sama-sama kembali ke jalan itu. Jihad As Sabiluna.
Wallahualam.
p/s : Syukran to Attiq.