Sunday, June 28, 2009

#100 Sinar Itu.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


tudung Pictures, Images and Photos


Satu petang yang damai...

mawidaad (6/27/2009 6:07:02 PM): kak!
mawidaad (6/27/2009 6:07:11 PM): bz ke?
mawidaad (6/27/2009 6:07:11 PM): salam..~
anum isa (6/27/2009 6:07:17 PM): wsalam
anum isa (6/27/2009 6:07:19 PM): x pon
anum isa (6/27/2009 6:07:20 PM): nape?
mawidaad (6/27/2009 6:07:28 PM): sje je....
mawidaad (6/27/2009 6:07:33 PM): kak....buku tuh mmg brksan...
mawidaad (6/27/2009 6:07:38 PM): tp utk steng2 org jerp..
anum isa (6/27/2009 6:07:45 PM): nape?
mawidaad (6/27/2009 6:07:56 PM): ade yg dpt trime..ade yg tk...
mawidaad (6/27/2009 6:08:02 PM): rmai sgt yg bce....hmpir 1 bage..
mawidaad (6/27/2009 6:08:20 PM): ade yg jd gilak..kte..best nye dpt cnta mcm tuh..
mawidaad (6/27/2009 6:08:31 PM): ok larh....
mawidaad (6/27/2009 6:08:48 PM): thx yerp.........dpt jgak ubah steng2 prson..
anum isa (6/27/2009 6:14:14 PM): widaad
anum isa (6/27/2009 6:14:17 PM): baca ni..
anum isa (6/27/2009 6:14:19 PM): http://shahadah.wordpress.com/2008/11/28/gambar-anda-selamat/
anum isa (6/27/2009 6:16:14 PM): baca ni jugak
anum isa (6/27/2009 6:16:15 PM): http://alfateh.via.my/2008/06/muslimah-gambar-di-mana-salahnya.html
anum isa (6/27/2009 6:16:20 PM): semoga dapat sesuatu
anum isa (6/27/2009 6:16:24 PM):
mawidaad (6/27/2009 6:16:34 PM): erm..sdg mmbce...
mawidaad (6/27/2009 6:16:40 PM): tkley eks..sbnrnye....
mawidaad (6/27/2009 6:16:45 PM): nk tkar lah..
mawidaad (6/27/2009 6:16:47 PM): thx kak...
anum isa (6/27/2009 6:17:09 PM): die sebenarnye bukan x boleh...
anum isa (6/27/2009 6:17:16 PM): kalau nak letak gambar boleh...
anum isa (6/27/2009 6:17:25 PM): biarlah gambar ramai2 kalau nak letak jugak tu
mawidaad (6/27/2009 6:17:45 PM): ouh.....kloo rmai2 ape bezanye?
anum isa (6/27/2009 6:18:33 PM): x der beza pon...cuma kalau nak jugak letak gambar, jgn boh gambar sorang2
mawidaad (6/27/2009 6:18:45 PM): knpe ek??
mawidaad (6/27/2009 6:18:56 PM): even gmbr tuh tutup aurat?
anum isa (6/27/2009 6:19:09 PM): wanita ni kan fitnah dunia...
anum isa (6/27/2009 6:19:27 PM): setiap apa yang ada pada wanita ni dipandang dan boleh dijadikan fitnah
anum isa (6/27/2009 6:19:50 PM): kita bukan tau gambar yang kita letak kat internet ni sape yang tengok
anum isa (6/27/2009 6:20:00 PM): entah apa yang orang buat..
anum isa (6/27/2009 6:20:16 PM): Allah kata tundukkan pandangan kamu....
anum isa (6/27/2009 6:20:52 PM): maksudnye mata tu x dgunakan untuk tengok perkara2 yang boleh melalaikan
mawidaad (6/27/2009 6:21:09 PM): ouh...so gmbr idad tuh tkley eak...
mawidaad (6/27/2009 6:21:25 PM): erm...k..idad nk tkar lah...nseb bek akk gtau...ya allah..
anum isa (6/27/2009 6:21:35 PM): sebaik baiknye x payah lah...
anum isa (6/27/2009 6:21:45 PM): simpan gambar tu untuk bakal suami je
anum isa (6/27/2009 6:21:48 PM): hohoho
mawidaad (6/27/2009 6:21:49 PM): apelah idad niyh...idad tk prnh trfkir...
mawidaad (6/27/2009 6:22:10 PM): erm....aahlaa...
anum isa (6/27/2009 6:22:41 PM): ye...kdg2 kite x fikir jauh, lagipun wajah seorang wanita ni tinggi harganya
anum isa (6/27/2009 6:23:07 PM): takkan kita nak biarkan die jadi tak eksklusif, bila banyak yang diletakkan kat tenet
anum isa (6/27/2009 6:23:26 PM): lagipun risau dijadikan sbb pelemah iman kepada lelaki
anum isa (6/27/2009 6:23:57 PM): nnt kat akhirat bila Allah tanya lelaki knapa kamu melakukan maksiat?
anum isa (6/27/2009 6:24:09 PM): lelaki itu akan salahkan wanita sebagai punca yang melemahkan iman dia..
anum isa (6/27/2009 6:24:13 PM): tak ke haru
mawidaad (6/27/2009 6:24:24 PM): erm......aahlaa...
anum isa (6/27/2009 6:24:24 PM): kita x expect pon akan sampai mcm tu
mawidaad (6/27/2009 6:24:42 PM): ish...idad tk prnh trfkir..sbb bg idad...its ok sbb ttup aurat..
mawidaad (6/27/2009 6:24:51 PM): tkley jgak ek sbnrnye..
anum isa (6/27/2009 6:25:37 PM): aurat yang tertutup tak bermakna kita dah sempurna dalam bab jaga aurat
anum isa (6/27/2009 6:26:05 PM): kalau kita tutup aurat tapi kita bangga dengan kecantikan itu, kita tunjukkan pada orang..
anum isa (6/27/2009 6:26:13 PM): jadi apa nilai nya aurat wanita di situ?
anum isa (6/27/2009 6:26:19 PM): untuk tontonan umum?
anum isa (6/27/2009 6:26:38 PM): yang suka untuk tengok adalah si ajnabi.
anum isa (6/27/2009 6:27:44 PM): widaad...idad ni bukan x cantik...
anum isa (6/27/2009 6:27:52 PM): sebab semua ciptaan tuhan tu cantik
anum isa (6/27/2009 6:28:29 PM): tapi pujian dri manusia itu..perlu ke? bernilai ke segala pujian dri manusia di sisi tuhan?
mawidaad (6/27/2009 6:29:06 PM): erm......kak...thx sgt2....idad tk tau pown bnde2 2...tnpa akk idad akn hanyut....
mawidaad (6/27/2009 6:29:33 PM): idad akn cube ubah...tp tidak scre drastik....idad akn cuba ubah ckit2..
anum isa (6/27/2009 6:30:13 PM): akak x minta apa2 dri idad.. ckup skdar idad faham tujuan hidup seorang hamba itu pada Allah
anum isa (6/27/2009 6:30:14 PM):
anum isa (6/27/2009 6:30:37 PM): akak pon x brubah trus2
anum isa (6/27/2009 6:30:42 PM): skit2
mawidaad (6/27/2009 6:30:50 PM): erm...thx again kak......
anum isa (6/27/2009 6:30:51 PM): yg penting kita berfikir
anum isa (6/27/2009 6:31:12 PM): simpan thanks tuh pada Allah...
anum isa (6/27/2009 6:31:18 PM): bukan untuk akak
mawidaad (6/27/2009 6:31:58 PM): yela kak..tp trime kasih sbb smpykn pda idad...kloo tk idad tk tau ape2...
mawidaad (6/27/2009 6:32:07 PM): kak..
mawidaad (6/27/2009 6:32:12 PM): idad dh nk kne out dh..
anum isa (6/27/2009 6:32:26 PM): yelah...kim salam kat mak semua
mawidaad (6/27/2009 6:32:31 PM): ok2...
mawidaad (6/27/2009 6:32:39 PM): assalamualaikum wbt~
anum isa (6/27/2009 6:32:42 PM): wsalam
Align Center


....

Entry ke 100.
*masih berfikir tujuan sebenar menulis*

**Widaad - adik di bawah saya yang beza umurnya 4 tahun dengan saya. Semoga sinar mawaddah itu menerangi dirinya :))

** buku yang dimaksudkan - "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul-Fatimah Syarha Nordin"












Saturday, June 27, 2009

Pencerahan Itu Bermula Dengan Fikir!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang berfikir tentang sesuatu, yang pasti sesuatu yang anda fikirkan itu sentiasa bermain di minda anda bukan dalam jangka masa yang pendek, dan untuk menambah unsur dramatik, segala-segala yang berlaku di sekeliling anda punya kaitan dengan apa yang anda sedang fikirkan? Sebagai contoh anda sedang berfikir tentang patriotik dan patriotisme dan tiba-tiba pensyarah anda masuk ke kelas berbincang tentang tajuk itu. Laman web yang anda singgah juga berdiskusi tentang tajuk yang sama.

Apakah ianya satu kebetulan? Ataupun ia merupakan satu petanda atau petunjuk untuk anda mengkaji perkara itu dengan lebih serius? Atau lebih mesra dikenali sebagai ilham. Ilham yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya untuk menyuruhnya berfikir tentang sesuatu.

Saya sentiasa berada dalam keadaan ini.

Satu masa dahulu otak saya tidak berhenti untuk berfikir tentang purpose of life atau matlamat hidup. Entah mengapa setiap detik yang saya lalui ketika itu bersalingkait dengan apa yang sedang saya fikirkan. Aneh tapi tak pelik. Dalam hal ini, pada mulanya saya menganggap mungkin kerana saya terlalu memikirkan tentang hal itu, jadi segala yang berlaku di sekeliling saya ditafsirkan oleh otak saya melalui perspektif subjek yang sedang ligat bermain di minda ketika itu. Namun setelah berfikir dengan lebih mendalam, saya mula menerima anggapan bahawa Allah mengurniakan ilham kepada saya untuk terus berfikir tentang hal sedemikian dan ia mungkin menjadi wasilah kepada proses pencerahan mengenai ilmu itu sekaligus menjernihkan segala kekeruhan di samping saya tidak memanjakan otak saya dari terus beku tanpa berfikir.

Otak yang manja.

"Ah. Susah sangat subjek ni. Malas aku nak fikir.."

"Tak payah susah-susah fikir.. Fikir yang simple-simple je.."

Dialog di atas kerap kali saya (dan mungkin anda juga) dengar. Di dalam kelas mahupun ketika sedang merayau-rayau di kedai buku. Tiap kali saya mendengar kata-kata seperti ini, hati saya mula mengeluh dan otak saya menjadi lebih gusar.

Malas untuk berfikir merupakan satu masalah cukup besar dan bahaya yang sebenarnya merupakan faktor utama penjajahan minda dalam masyarakat atau minda yang telah disekularkan. Ilmu yang diterima - ditelan bulat-bulat tanpa memikirkan sumber ilmu tersebut, kesahihan ilmu itu, nas-nas dan dalil-dalil yang menyokong ilmu itu - semua ini ditolak ke tepi dengan alasan, tak payah susah-susah fikir, orang dah bagi, terima je lah. Hal ini sama seumpama anda ke kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan dan mengambil segala jenis makanan yang dihidangkan tanpa memeriksa halal atau haram makanan itu, kebersihan kawasan itu dan kaedah memasak makanan itu - dengan alasan rezeki depan mata, ambil je! entah babi entah anjing yang dihidangkan, kita suap, telan, tanpa kira ianya jadi darah daging kita sampai mati.

Berfikir itu merupakan satu proses yang menggabungkan elemen-elemen yang saling berkait dalam otak kita. Pastinya jika kita berhadapan dengan satu situasi, otak kita secara automatiknya mula bertindak untuk mencari penyelesaian dan jawapan. Namun, semasa proses inilah akan menguji tahap pemikiran seseorang itu.

Satu ketika sedang saudara Wan Fayhsal dalam slotnya menyentuh soal Minda Tertawan - Captive Mind, saya terfikir - apakah manusia ini sebenarnya berfikir tentang benda yang sama? Cuma yang membezakan adalah keseriusan dalam berfikir dan bagaimana individu itu berusaha mencari penyelesaian.

Saya pasti manusia sebenarnya berfikir tentang benda yang sama ya'ni ilmu. Dan memang itu tujuan manusia dikurniakan akal fikiran - untuk berfikir. Minda dan akal manusia ini tidak akan berupaya untuk berfikir tentang perihal hal-hal metafizik seperti alam roh, alam rahim, alam akhirat, Tuhan, malaikat dan sebagainya. Sekadar mendapat bayangan melalui Al Quran, Sunnah dan Hadis. Tetapi untuk berfikir yang menjangkaui batas fikiran manusia yang telah ditetapkan, tidak ada mana-mana manusia pun yang berjaya membuktikan hal ini.

Berfikir mencari penyelesaian - menguji minda seseorang, sama ada individu itu mampu atau tidak untuk berfikir secara kritis, kreatif atau kedua-duanya.

Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam pemikiran kritis, proses mentaksir sesuatu idea adalah berdasarkan bukti. Pemikiran kritis biasanya melibatkan proses analisis dan penilaian idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna untuk meningkatkan kemahiran kritis seseorang, kemahiran mengutarakan penyoalan dan kemahiran menaakul adalah penting.

Pemikiran kreatif melibatkan kemahiran memperluaskan serta mengembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti pelajar supaya mendapatkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Untuk menjanakan idea-idea baru, pemikiran kreatif adalah amat sesuai. Pelajar yang berfikiran kreatif, biasanya boleh meramalkan,menghubungkaitkan, membuat gambaran mental, menganalogikan, membuat hipotesis,membuat inferens, mengitlak dan merekacipta. Beberapa aspek tentang pemikiran kreatif perlu diambilkira iaitu idea atau produk yang dicipta, proses mencipta, orang yang mencipta dan suasana yang kondusif untuk pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif membolehkan pelajar-pelajar membuat perubahan dalam idea-idea yang lama. Nilaipemikiran kreatif terletak kepada sifatnya yang mendorong seseorang kepada kepelbagaian dan seterusnya kepada keputusan yang lebih berkualiti.

Namun apa yang membezakan tahap pemikiran seseorang itu atau cara berfikir seseorang itu adalah ilmu. Dan atas sebab ini jugalah, mengapa ilmu itu perlu sentiasa dicari - untuk menjamin pemikiran yang kreatif dan kritis dan keluar dari belenggu penjajahan minda oleh Barat. Keluar dari kepompong pemikiran orientalis Barat yang diwarisi turun temurun melalui sistem pendidikan. Apakah kita sedar bahawa silibus yang disediakan sistem pendidikan kita lebih berkiblatkan Barat berbanding mencedok ilmu-ilmu cendekiawan Islam dan ilmuwan kita sendiri?

Proses pencerahan ilmu itu tidak berlaku dalam tempoh yang singkat. Seolah-olah magis yang datang memberi gambaran yang sebenar tentang sesuatu perkara. Ia memerlukan pemikiran yang berat dan serius, serta komited dalam mencerahkan kekeruhan dan juga minda yang terbuka. Jangan memilih buku atau kitab. Kalau buku atau kitab itu lebih terarah kepada manhaj salafiy - ditolak mentah mentah. Jika buku itu ditulis oleh orang putih, tak nak. Jangan! Perlu bukakan minda untuk membaca dan membuat rujukan daripada pelbagai sumber kemudian bandingbezakan dan seterusnya buat penilaian berdasarkan rujukan. Melalui kaedah ini proses pencerahan akan lebih jelas dengan rujukan yang sahih.

Jadi, di sini saya tak akan jemu untuk menyeru sahabat/biah sekalian untuk terus berfikir, dan sahut cabaran untuk berhenti membaca bahan bacaan yang ringan-ringan. Tiba masa untuk kalian mula membaca kitab-kitab karya cendekiawan yang boleh membantu mematangkan minda dan fikiran. Semuanya terletak di tangan anda. Jangan sibuk laungkan hentikan PPSMI tapi bila diminta berhujah untuk pertahankannya, pakat sorok di belakang! Jangan kita sibuk bila orang haramkan SIS, kita pun berapi-api minta haramkan SIS, tapi bila diminta luahkan pandangan, tertunduk sebab tak ada hujah!

Ingatlah

"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire"



suarahati : masih dalam mood teruja bila berpeluang mendengar diskusi daripada sosialis kanan inspirasi saya dalam tajuk University and Captive Mind. Segala pengisian akan dikongsi dalam entry akan datang. :)))














Friday, June 26, 2009

Keterujaan 26 Jun 2009


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



Post terpendek mungkin.
Sekadar mahu bagitau..




Malam ni di surau, semua dijemput hadir lepas maghrib ke lepas Isyak, entah lah tak kisah janji mai.....

Saudara Wan Fayhsal - Rausyanfikir.com akan hadir berdiskusi bersama
Tajuk : Pendidikan dan Minda Tertawan

Saya sangat teruja kerana beliau merupakan salah satu inspirasi saya dalam bidang pemikiran.

Kesimpulannya saya sangat teruja dan sangat teruja.

Sekian.

Rehearsal hari guru malam ni pemegang bunga manggar akan datang lewat. Harap maklum.


Ok. Saya sungguh teruja.


Oh ya. Permintaan untuk filem Perempuan Berkalung Sorban agak tinggi. Anda boleh mendapatkan filem itu di bilik saya di Ceria 1/17. Jangan lupa bawak pendrive. :))


Sekali lagi. Saya sungguh teruja.













Thursday, June 25, 2009

Perempuan Berkalung Sorban dari kacamata Al 'Izzah


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Baik. Sudah-sudah dengan isu comel kamu. Jangan buat lagi how-comel-u-are test pada aku. Takkan lulus. Noktah ^_^

....

Menonton filem Perempuan Berkalung Sorban sesungguhnya memerlukan kesabaran yang tinggi demi menunggu filem itu sehingga ke penamat ; sama seperti ketika menonton Sang Murabbi - pekat betul bahasa Indonesia mereka! Aduh... Mujur ada headphone yang juga volume nya sudah dimaksimumkan.


Khudori dan Annisa

Perempuan Berkalung Sorban.

Review untuk filem ini sudah lama terhasil dalam kotak fikiran saya sejurus tamatnya filem ini saya tonton berseorangan di bilik bertemankan cahaya samar lampu tidur. Sakit mata, mengantuk, namun saya gagahkan juga hingga ke penamat. Banyak persoalan yang timbul di benak fikiran ketika menonton filem ini. Namun hipotesis saya terhadap filem ini sememangnya tidak jauh berubah.

Filem ini mengisahkan kehidupan seorang wanita yang bergelar anak, ibu, sahabat dan adik iaitu Annisa lakonan Revalina S Temat (makasih Alien Kachak) yang merupakan anak seorang kiyai yang dihormati di Pesantren Salafiyah Al Huda di Jawa Timur. Dibesarkan dalam suasana yang konservatif dan ter'tutup' menjadikan Annisa - seorang yang berjiwa besar dan lasak, memberontak sejak kecil yang menuntut kebebasan dan hak seorang wanita.

10 minit pertama filem ini penonton disajikan dengan kehidupan Annisa melalui teknik imbas kembali (flash back) ketika umur Annisa lebih kurang 10 tahun, gadis ini mula menunjukkan sikap yang berbeza berbanding abang-abangnya serta kaum hawa di pesantren itu apabila beliau lebih berminat untuk menunggang kuda yang dianggap tidak sesuai untuk kaum hawa oleh ayah dan bundanya.

Tika 10 minit pertama ini juga minda saya mula keliru + celaru dengan konsep kehidupan di pesantren yang cuba ditonjolkan dalam filem ini. Annisa dilihat bermain cinta bersama Khudori yang juga penuntut di pesantren itu. Apa yang memelikkan (bagi saya), pergaulan sesama lelaki dan wanita (ikhtilat) yang ditonjolkan melalui 2 watak utama ini tidak membayangkan mereka adalah dari golongan penghuni pesantren. Apa di pesantren itu laki-laki sama wanita bisa duduk berdua-duaan, cubit-cubit pipi manja, bersalaman dengan posmen, dan bergurau senda seolah-olah itu satu kebiasaan bagi mereka? Pelik.



Selamba badak cubit pipi anak dara orang


"Nampak sangat kat Indon ni, depa tak jaga ikhtilat depa. Rilek je main cubit2 pipi," komen seorang teman. Wallahualam

Filem ini juga mengundang kontroversi melalui dialog-dialognya yang terang-terangan mempersoalkan keadilan Islam kepada wanita. Antaranya :

"Allah selalu membela laki-laki" - Annisa.
"Islam itu tidak adil pada wanita" - Annisa.

Juga diselitkan corak pemikiran mereka yang konservatif apabila menolak buku-buku moden dan hanya berpegang kepada Al Quran dan Sunnah sahaja.

Khudori ada berkata kepada Annisa - "Dunia luar hanya untuk laki-laki.."

Apa motif sebenar pengarahnya, Hanung Bramantyo ketika menonjolkan sekaligus memberi gambaran dan imej buruk mengenai pesantren kepada masyarakat luar?

Kiyai di pesantren yang mengajar sambil kaki sebelah diletakkan di kerusi, persis samseng. Tiada adab. Anak-anak muridnya apatah lagi, mendengar sambil menggigit kuku, tidur. Penonton pasti akan tertanya-tanya - apakah begini kehidupan di pesantren? Persoalan mengapa para Ulama' melarang filem ini daripada ditayangkan sudah terjawab.



Antara babak-babak dalam filem Perempuan Berkalung Sorban


Terdapat satu babak di mana Annisa dan seorang rakannya sedang berjalan-jalan di pekan apabila tiba-tiba Annisa mengajak rakannya itu menonton wayang. Rakannya itu menolak untuk mengikut Annisa menonton wayang dengan alasan berpegang pada kata-kata kiyai yang megatakan haram hukumnya menonton wayang kerana terdapat percampuran antara lelaki dan wanita. Namun Annisa menjawab bahawa tiada salahnya, itu sekadar kata-kata kiyai dengan menggunakan dalil sendiri.

Babak tersebut sekadar secebis daripada keseluruhan filem yang mendatangkan kegusaran kepada saya. Saya tidak gusar tentang diri saya, namun apa yang saya bimbangkan adalah pengaruh dan kesan filem ini kepada kalangan penonton yang menonton filem ini. Saya yakin dan pasti golongan sasaran si penerbit untuk filem ini adalah semestinya kaum wanita yang mungkin mengalami nasib yang sama seperti Annisa - yang menghadapi ujian Tuhan yang bukan sedikit lantas menjatuhkan hukuman bahawa Islam itu tidak adil dan wanita tidak punya hak dalam bersuara.

Saya telah mengikuti beberapa komen daripada penonton filem ini dan apa yang mengecewakan dan membimbangkan saya menjadi kenyataan apabila ada penonton yang mengiyakan kata-kata Annisa dan bersuara lantang mengkritik hukum Allah. Astaghfirullah. Tidakkah mereka sedar bahawa kenyataan dan tindakan mereka boleh mendatangkan kufur kepada Allah, lantas merosakkan akidah kita. Nasihat saya, jangan biarkan diri anda dimanipulasi filem yang dihidangkan konon-kononnya ingin membela nasib wanita yang tidak terbela, sebagai suara wanita yang kononnya ditindas. Islam itu tidak pernah menindas wanita!!

Dunia hanya untuk laki-laki

Ini antara kata-kata yang sering diucapkan Annisa. Secara tak langsung dia mengatakan bahawa dunia Islam itu adalah dunia lelaki. Bagaimana dia boleh mengatakan begitu sedangkan Allah itu maha Adil, Allah itu sendiri tidak berjantina lelaki mahupun wanita seperti manusia maka Allah itu tidak akan sama sekali berlaku tidak adil kepada lelaki mahupun wanita.

Dalam konteks Annisa, dia sebenarnya sedang mengalami satu sistem, sistem yang sama dalam perihal menganaktirikan anak perempuan. Sistem yang mengajar wanita untuk membenci dirinya akibat dilahirkan sebagai wanita sekaligus menyatakan ketaksyukuran mereka terhadap kejadian Allah (seperti yang dialami Annisa). Jika mengikut istilah Sigmen Freud, Annisa mengalami Loss and Lock. Kecerdasan dan sifat yang ada pada Annisa itu tidak bersesuaian dan tidak bertepatan dengan kondisi lingkungannya, lingkungan yang meminjam suasana Islam sebagai aturan hidup. Ya, saya menggunakan istilah meminjam kerana kiyai yang digambarkan dalam filem ini seperti yang dinyatakan tidak mengamalkan Islam secara hollistik atau kaffah.

Seperti contoh kata-kata yang pernah dituturkan ayah Annisa sendiri
- "Bikin malu pesantren.."
- "Mana mau orang menyekolahkan anaknya di sini jika tahu anak kiyainya begini."

seolah-oleh semuanya kerana pesantren itu, bukannya kerana Islam.

Pembelengguan hak wanita.

Terlalu banyak contoh dalam filem ini yang sememangnya mahu menggambarkan ketidakadilan yang berlaku terhadap wanita. Antaranya :

-- wanita tidak boleh jadi pemimpin
-- wanita tidak boleh naik kuda
-- wanita tidak punya hak meminta kepada suami dalam hal hubungan suami isteri. Jika ada, isteri itu dianggap GATAL
-- Tidak punya hak buat keputusan dalam sesi ta'aruf.
-- Tidak boleh menolak suami yang mengingininya walaupun dalam keadaan uzur.
-- wanita dipersalahkan lantas menjadi sebab yang tidak munasabah untuk suami berpoligami

Rejam

Duh.. Jika ditanya sama kanak-kanak yang belajar di sekolah agam petang pun, mereka juga tahu sesungguhnya jika ingin menjatuhkan hukuman rejam kepada pesalah, haruslah terdapat beberapa syarat. Filem ini menggambarkan bahawa Islam itu kejam apabila terus-terusan menghukum sebelum syarat-syaratnya dipenuhi. Antara syarat yang perlu sebelum menjatuhkan dan melaksanakan hukum rejam itu :

1) Pengakuan dari pesalah - tidak sama sekali ditonjolkan dalam filem ini
2) Ada saksi yang bersumpah, melihat dengan mata kepala sendiri, Saksinya pon minimun 4 orang.
(An Nisa:15), baligh, beragam Islam dan melihat dengan mata kepala sendiri peristiwa intercourse, menyampaikan berita dengan bahasa yang jelas bukan kiasan, para saksi melihat peristiwa zina itu secara bersama-sama dalam satu waktu.

Nah.. langsung tidak seperti yang ditunjukkan di dalam filem ini. Tiba-tiba Annisa dan Khudori ditangkap dan entah dari mana tiba-tiba semua orang sudah siap memegang batu untuk merejam mereka sambil mereka beriya-iya menafikan.

Islam agama yang Anti Perubahan

Islam itu bersifat universal di mana Islam merupakan agama yang bukan agama satu zaman dan tidak bersesuaian untuk dipraktikkan zaman sekarang. Islam itu tidak sukar, maka jangan disukarkan. Islam itu mudah tapi jangan diambilmudah.

Apa yang terjadi di pesantren dalam filem ini, buku-buku moden dilarang sama sekali dibawa masuk apatah lagi dibaca. Wanita ditegah membaca buku (baca:novel), TAPI jangan salahkan Islam kerana tidak ada mana-mana dalil pun yang menyatakan Islam melarang umatnya terutama wanita untuk membaca. Tapi kalau dilihat dalam filem ini, memang wajar buku-buku itu dirampas dan dibakar oleh kiyai kerana buku-buku yang diseludup banyak adalah novel-novel cinta ; melihat judulnya sahaja sudah boleh mendatangkan syak.

Banyak kecelaruan yang ditonjolkan dalam filem ini. Sesiapa yang menonton tanpa berfikir dan terus menerima apa yang disajikan itu, saya cadangkan tonton semula dan lihat yang tersirat, bukan yang tersurat. Kerana apa yang tersurat itu sekadar mahu mengaburi mata dan merosakkan minda para penonton.

Islam itu indah dan sempurna. Dan sesungguhnya setiap ujian yang Tuhan berikan kepada hamba-hambanya adalah sekadar tarbiyah untuk meningkatkan keimanan kita terhadap Nya. Janganlah kamu bersangka buruk dengan Allah dengan mengatakan Dia tidak Adil kerana sesungguhnya Allah itu MAHA ADIL, maha BIJAKSANA, dan maha PENYAYANG.




suarahati : 3 hari diperlukan untuk siapkan review ni. Aduh. Celaru betul. Takziah kepada Anis dan keluarga atas pemergian pakciknya. Moga beliau ditempatkan dalam kolongan orang2 mukmin. Oh. And Happy belated birthday to Liya and Farah Aina. God Bless You.

pesanan : tengok bukan sekadar tengok. tengok dan berfikir. orang sekarang malas berfikir.





Bu Mus juga yang best. hehe









Tuesday, June 23, 2009

"Kau Tak Comel.."


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


"Kau tak comel."
Blurp. Tersedak mendengar 3 perkataan yang terkeluar daripada mulut Attiq itu.

"Kenapa pulak?"

"Kau tak ingat benda-benda kecil. Kau tak perasan hal-hal kecil." Selamba dia menutur. Senyum tersungging di bibirnya.

"Itu definisi comel bagi kau?" sengaja menduganya.

"Ahah."

Pelik sungguh definisi "comel" bagi sahabat saya yang sorang ni. Biasanya orang mendefinisikan comel ini adalah dari segi rupa fizikal seseorang, sifatnya, kata-katanya.. Tapi yang ni...

"Apa benar aku tak "comel"?

"Ahah. Aku dah cakap dah semalam, hari ni kau tanya balik."

"Oh."

Saya baru tersedar. Pandangan saya terhadap sesuatu atau seseorang bukanlah sekadar pandangan zahiriah maka juga pada pendengaran saya terhadap sesuatu yang diperkatakan. Anda boleh kata saya pekak (kadang-kadang) atau tidak prihatin, cumanya telinga saya hanya tertancap pada kata atau perkataan yang sedang bermain di fikiran saya atau apa sahaja mungkin yang bukan termasuk dalam perkara-perkara remeh seperti hal-hal cinta kalian, atau baju apa si polan pakai hari ni, atau di mana kedai char koey teow paling sedap, atau siapa couple yang kalian jumpa sedang sakan dating, atau si polan ni sudah bertukar couple atau.. ahh.. Maaf, saya tak berminat. Buang masa.

"Kotor betul toilet sini. Kulat belakang pintu dahsyat betul. Sink dia bertahi lalat." Rungut si teman sebilik.

Hah.

"Aku tak perasan pun...."

"Takkan kau tak perasan?" tanya seorang lagi teman kehairanan.

"Entah. Tak belek pulak aku kulat-kulat apa bagai semua tu.."

"Kau memang.."

....

Apakah aku begitu tak "comel" sehingga terlepas pandang segala-gala perkara "remeh" (bagiku) yang berlaku setiap hari di sekeliling aku?

Aduh... Betapa tak "comelnya" aku...





suarahati : tapi jangan pula sangka saya tak ambil peduli bermakna saya tak tau. Saya punya pandangan sendiri tentang sesuatu atau seseorang atau apa sahaja, cuma tidak dizahirkan melalui lisan :)))












Monday, June 22, 2009

Rintihan Pemuda Fathani


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Sedih Di Masjid Kampong Ai-Payea Daerah Jok-Ai-Rong

Pada pokcik-pokcik.

Pada mokcik-mokcik.

Pada adik-adik.

Pada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi.

Lihatlah darah-darah yang mengalir di Masjid Allah SWT di kampong ai-payea itu. Terjadi apa itu?, Terjadi apa itu? Lihatlah darah-darah itu, dalam masjid meninggal 10 orang dan sakit 13 orang, dan meninggal dirumah sakit pula 1 orang, meninggal semua 11 orang. Tangan la’natullah mana membuat macam itu?

Pada pokcik-pokcik

Pada mokcik-mokcik

Pada adik-adik

Pada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi,

Lihat lah bekas-bekas darah itu, apa sebab nya semua ini bolih jadi? Ingatlah yang sudah terjadi pada tuan haji sulong kita dulu, kena bunuh tak ada kasihan, jasadnya dibuang dalam laut songgora, tak ada batu nisan untuk nya, tak ada tanah kubur untuk nya.

Lihat lah mayat itu, apa salah dia duduk dalam masjid, sapa hati nya orang menembak dalam masjid Allah SWT. Macam binatang orang tembak kita. Sejarah sudah 5 tahun jadi di masjid kita krisek, dan juga jadi di takbai.

Apakah kita nak duduk diam,jadi orang takut dibumi kita sendiri dan di rumah kita sendiri? Oh, budak-budak muda dan budak-budak mudi! Janganlah kita kena tipu dengan seyum manis orang-orang yang tak sembahyang 5 waktu sehari semalam, jangan la kita percaya pada orang-orang yang mahu makan tidak ucap dengan nama Allah SWT.

Sedih kita semua lihat darah ada dalam masjid, mari kita semua catat dalam hati, masjid kampong ai-payea jadi bukti kejam Siam buat pada kita. Dimana saja pun, orang yang mengaku darah melayu Fathani, yang membaca pada kertas ini, azam kan diri masing-masing, darah di Masjid ai-payea adalah darah saudara-saudara kita sendiri, kita semua kena balas pada saudara-saudara kita, walau sekecil-kecil balas!, kita kena balas, darah melayu bukan harga bolih jual beli, mudah-mudah Allah beri tabah pada keluarga-keluarga yang meninggal dan keluarga-keluarga yang sakit.

Pemuda Fathani

—————–

*Tulisan ini adalah tulisan asal Pemuda Fathani/Selatan Thai kepada rakyat Malaysia



dan apa usaha anda setakat ini untuk membantu saudara seIslam kita ni?


“Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau bantulah kami umat Islam dalam menghadapi musuh2Mu Ya Allah…Engkaulah yg Maha Perkasa dan Berkuasa ke atas segala sesuatu”



suarahati : Takziah kepada keluarga Abg Nizam Mahsyar atas pemergian ayahndanya. Al Fatihah.















Saturday, June 20, 2009

Perempuan Berkalung Sorban.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan





Waktu sekarang : 3:08 pagi

6 jam lagi bakal bergerak pulang ke Butterworth.

Masih belum habis packing.

Mood : Curious dan nak sangat tonton/baca Perempuan Berkalung Sorban.

Filem kontroversi yang mengundang marah para Ulama' Indonesia kerana menonjolkan imej yang buruk pada pesantren - kiyai yang ganas, tidak menghormati wanita, jumud dll.

Watak utama : Annisa' yang dilakonkan oleh si Bawang Putih. (apa si namanya?)

Satu dialog yang membuat saya berminat untuk nonton ini filem

"Islam itu tidak adil pada wanita!"

woo. "anak dara" SIS mesti ada suka ini filem haa.

Apa pun tak nak ulas lagi sebelum nonton.


Oh ya dan matlamat saya untuk menghabiskan buku-buku ini semasa cuti...




Alhamdulillah tercapai. Kecuali buku Syaitan. Ada pada kau ya Siti Nazirah Khamsani? Tidakkah kamu tahu aku mencari buku itu hampir separuh gila sehingga hilang ingatan di pejabat pos tempoh hari.

[Yakjuj Makjuj terkecuali kerana tuannya mahu tidur bersama buku itu. Huh]

Ehehe. Akhirnya tinggal berapa buku? Oh jangan lupa campur Salahudin Ayubi, Rindu Bau Pohon Tin dan Keadilan Illahi.

Aku juga baru sedar. Semakin banyak buku aku baca, semakin jahil aku rasa. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. :))))


suarahati : Islam tak adil pada wanita? Bersyukur lah nak... [dunia..dunia]











Wednesday, June 17, 2009

Nizar Kena Halau, Wahabi dan Rindu Bau Pohon Tin


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


"Tolong mesin baju dalam bilik mak tu eh..."
"ok..got it.."

Itulah biasanya pesan mak tiap-tiap hari sebelum ke sekolah (seminggu ni je lah mak ye :)))

Usai subuh tadi, mata melilau mencari handphone. Biasanya itulah yang terjadi pagi-pagi jika malam sebelumnya saya terlupa untuk set alarm. [sejak akhir akhir ni sikap pelupa ni makin menjadi jadi.petanda untuk apakah ini?]

Semalam tidur agak lewat. Bukan tak cuba untuk melelapkan mata, tapi otak ni masih tak berhenti memikirkan tentang Jumat, laskar yang kini berada bersama ayahnya. Allah. Macam mana nasib budak tu ye? Jumat antara student terbaik saya dan potensinya untuk ke hadapan agak luas. Tumpuannya di dalam kelas A+ dan dia agak matang ketika berbicara... Semoga Allah lembutkan hati ayahnya.. Semoga Allah masih kurniakan kekuatan dan semangat seorang mujahid dalam dirinya... Sayang kalau disia siakan...

Kepala ini juga pening dan agak serabut. Pening dengan macam macam masalah umat. Jika di Malaysia kita sibuk dengan isu mengharamkan si 'anak dara' penyeleweng - SIS, kekecohan di Dewan Parlimen bila Nizar dihalau keluar dari dewan, PRK Manek Urai, kes cikgu di Sarawak paksa anak murid lakukan seks oral - (meluap luap darah baca berita yang satu ni), isu kerajaan perpaduan, isu mewajibkan lulus BI sedangkan isu PPSMI masih belum selesai, isu orang Malaysia kuat angan-angannya bila teringin jadi macam James Bond gamaknya. Mudah betul percaya bila orang offer nak jadi FBI atau CIA. Hai lah Melayu (majoritinya). Banyak lagi isu kalau nak diperkatakan. Apa yang disebutkan adalah isu besar yang diwar warkan di media, bagaimana pula dengan isu yang kita tak nampak? Atau mungkin buat buat tak nampak? Isu akhlak dan 'akidah anak muda yang kononnya bakal menerajui kepimpinan negara, isu kerelevanan sistem pendidikan, isu kemusnahan alam sekitar yang rata rata tiada yang ambil peduli, isu kemunduran umat Islam, isu itu, isu ini.. Ah banyak sungguh isu-isu yang timbul akhir zaman ni.. Malangnya semakin kita cuba menyelesaikan satu demi satu isu (kononnya) timbul pula isu lain. Seolah olah gali lubang lain untuk tutup lubang lain? Akhirnya, semua orang lingkup masuk lubang kubur.

Itu baru di Malaysia.. Jiran kita Thailand lain pula ceritanya. Jika umat Islam di Malaysia kena serangan pemikiran (ghazwul fikr) umat Islam di Tahiland..Thailand maksud saya diserang secara bersenjata! Pergolakan di Narathiwat yang baru-baru ini menyaksikan beberapa jemaah termasuk Imam yang sedang khusyuk menunaikan solat Isyak dibunuh di Masjid Al Furqan - dengan sengaja dan sangat kejam!! (Allah... Celakalah kau kafir laknatullah!) Sedih. Sedih bila melihat satu demi satu gambar mereka yang terbunuh... Semoga kalian ditempatkan dalam kalangan para mujahidin.. Terdetik cemburu dalam hati ini pada mereka. Mereka mati syahid. Saya nak jugak syahid..Tanyalah pada mana-mana orang Islam, siapa yang tak nak mati syahid? (Mungkin ada. Dan mungkin ada juga yang tak tahu kisah di Narathiwat ini. Oh. Kita kan umat akhir zaman. Tak ada apa yang pelik. Astaghfirullah..) Apa yang lebih memeritkan penderitaan umat Islam di Tahiland.. sekali lagi Thailand (maksud saya) seolah olah tidak mendapat simpati mana-mana pihak. Kalau ada pun mungkin 2,3 negara yang kesian dari jauh tanpa sebarang tindakan. Aduh. Di mana perpaduan negara Islam? ..... (teringat Salahudin Ayubi... Islam pada zamannya kuat dan digeruni kerana kesepaduan antara mereka..) Allah... Malaysia? Hahahaha. [mampu gelak je]

2,3 hari ni saya TERmengikuti (uhh.. teruk tatabahasa) beberapa blog yang hangat berbahas tentang isu minhaj antara salafi dan khalafi. Bagi yang kurang faham, isu tentang wahabi. Hah dah faham? Depa kata (depa..bukan saya.. sekadar ingin mengulang, bukan nak provoke) wahabi ni agak tergelincir dari landasan apabila banyak 'membid'ahkan' amalan amalan tertentu dan terlalu ta’sub kepada Muhammad ibnu Abd Wahhab dengan menafikan ribuan ulama’ lain dalam segala permasalahan agama. Mereka tidak mengamalkan mana-mana mazhab. Mungkin secara istilahnya mereka tidak bermazhab tetapi secara lughawinya mereka bermazhab (beraliran) dengan aliran (mazhab) mereka sendiri. Antara amalan atau perlakuan yang dikatakan bid'ah oleh wahabi adalah qunut, talaffuz niat, tahlil, talqin, ziarah qubur, bacaan yasin, zikir selepas sembahyang dan seribu permasalahan yang telah diperjelaskan oleh ulama’-ulama’ di dalam kitab-kitab mereka dan mengajar kita supaya bertoleransi sesama muslim tetapi WAHABIYY melebihkan toleransi dengan kafir la’natullah ‘alaihim daripada umat Islam yang membaca qunut seperti kerajaan sa’udi (kerajaan yang mengamalkan 100% dasar wahabiyy) yang melayan presiden amerika dengan begitu mesra dan terhormat. Allah..

Personally, saya bukanlah ahli yang layak untuk berdebat tentang isu ini namun sebagai seorang muslim yang berpegang kepada agama suci Islam, fahaman wahabi ini saya kira amat merbahaya yang secara halus telah memecahbelahkan sesama umat Islam. Fahaman wahabi ini bukanlah sesat tetapi tergelincir daripada landasan.

Isu Wahhabiyyah atau nama lainnya seperti Ittiba’ al-Sunnah, Kaum Muda atau Salafiyyah telah dibincangkan beberapa kali di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ada beberapa pendapat yang menyarankan agar terus mengharamkan wahabi ni. Untuk pengetahuan, wahabi bukan satu jemaah seperti Al Arqam atau SIS tetapi ia adalah satu fahaman. Wahabi ni bukan tiada jasanya pada Islam tetapi jika dihitung lebih banyak kerosakan daripada jasa.

"Kita sama sekali tidak ingin bermusuh dgn mereka namun jika mereka ingin menyebarkan kefahaman yg boleh merosakkan masyarakat, maka kita tidak teragak2 utk melawan ideologi mereka.." Ustaz Al Amin Daud

Dan perkara yang paling menarik di sini sebenarnya debat isu minhaj ini merupakan isu paling hangat antara pelajar Malaysia di Mesir (betulkan jika salah). Saya sempat mengikuti beberapa siri perdebatan di alam maya ini melalui beberapa blog kontroversi pelajar Malaysia di Mesir. Mahu tahu? Google sendiri. hehe. Pening kepala dibuatnya. Saya yang kenal (kira tahu lah sikit pasal Wahabi ni) pun pening dengan macam macam isu yang diperdebatkan, bayangkan kalau orang awam yang tak kenal atau dan sedang mencari ilmu agama membacanya, tak ke boleh terpesong akidahnya? Haa.. Sebab tu lah ilmu bukan sekadar melalui pembacaan, guru juga penting. Ilmu tak berguru itu bahaya syeikh! TAPI jangan pula sibuk bertalaqi (berguru) sampai tak masuk kelas! Nanti daripada nak menjadi terus tak jadi apa2. Nauzubillah min zalik.


----------------------------


Usai Subuh tangan terus mencapai "Rindu Bau Pohon Tin" yang baru dibeli semalam. Mujur tergerak hati untuk singgah di sebuah kedai buku sejurus pulang daripada membeli tiket pulang ke Butterworth kerana sudah berzaman saya mencari buku ketiga karya Abu Saif ni. (Berzaman? sekadar hyperbola)



Karya Ketiga selepas Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai Syurga


Rindu Bau Pohon Tin

Novel travelog ini bukanlah sambungan kepada "Bercinta Sampai Syurga" yang isinya sarat menjurus ke arah pembentukan rumah tangga "'Bait Muslim". Travelog Rindu Bau Pohon Tin berbeza dengan karya-karya terdahulu Ustaz Hasrizal yang mana travelog ini menceritakan (yang saya pasti bukan sepenuhnya) kisah hidup beliau sebagai perantau di bumi Israk, Jordan sewaktu menuntut di Universiti Mu'tah dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam. Sesiapa yang telah 'terbiasa' dan 'rapat' dengan Ustaz Hasrizal sama ada melalui blog nya atau buku-bukunya atau kedua-duanya sudah pasti boleh meramal gaya penceritaan dan lenggok bahasanya yang mudah, simple, dan satu yang paling ketara beliau gemar bermain dengan bahasa. Sinikal dan pedas kadang-kadang. (berdarah jugak la hidung)

Travelog ini meluahkan kekecewaan beliau kepada dunia. Dunia yang semakin menyesakkan dada. Dunia yang berubah. Beliau merupakan kumpulan pertama yang mendapat tajaan JPA-Petronas ke Jordan dan beliau dan beberapa rakan lain ditempatkan di Universiti Mu'tah yang letaknya di hujung dunia. Namun bumi Mu'tah merupakan tempat bersemayam jenazah mujahidin mujahidin ulung antaranya Zaid bin Harithah, Ja'far bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah. Uhh. Hati mana yang tak bangga bila diri ini berpeluang berjiran bersama para sahabat yang syahid. Allahuakbar.

Pada awalnya pelajar-pelajar Malaysia dilayan dengan begitu baik sekali oleh penduduk tempatan namun apabila semakin ramai pelajar Malaysia di kawasan itu, keadaan menjadi semakin berubah. Benar bak kata orang "hormat orang dulu kalau nak orang hormat kita".

Namun timbul satu rasa apabila pembacaan sampai di muka surat terkahir.. Tak puas. Saya rasa masih ada yang ustaz tak masukkan. Saya tahu dan saya yakin ada! (wah. bajet ada instinct)
Mungkin ustaz nak masukkan dalam sambungan Rindu Bau Pohon Tin ini.. Rindu Bau Pohon Tin Susu. Ok.Fine. Lawak tak jadi.

Saya tak berniat nak menyambung apa yang terkandung dalam buku ini dalam entry ni. Jika berminat, boleh je nak pinjam kat saya. Er. Terhad untuk yang berhampiran. Tapi after Attiq perhaps, that's the deal kan Attiq.. U give me Laskar Pelangi, u'll get Rindu Bau Pohon Tin. Dah macam drug dealer pulak. haha. Ok fine. Lagi sekali tak lawak.

Shaish. Kesimpulannya, saya akan terus berfikir. Berfikir untuk bertindak! Biarlah kecil mana usaha saya, yang penting saya bertindak! Macam kisah burung pipit masa Nabi Ibrahim A.S dibakar. Burung pipit yang sememangnya kecil dan tiny itu berusaha sedaya upaya nya mengambil air di dalam kolam dengan paruhnya yang kecil untuk memadamkan api yang membakar baginda. Jika difikirkan, banyak mana sangatlah paruh kecil itu boleh menampung air. Tapi burung pipit itu telah membuktikan dan menjadi contoh terbaik sebagai kuatnya kuasa yang kecil. Kita yang kecil, golongan minoriti ini, jangan sangka kita tak punya kuasa, dan kita tidak mampu berbuat apa-apa, cukup sekadar sepotong doa yang berterusan diamalkan, daripada langsung tak buat apa-apa! Tahu berfikir tapi tak tahu bergerak!!! Jauhilah sikap ini.

Sekian. Kembali ke Sri Pentas.



Lawak tak kali ni?




Ahh. Tak gelak pun. Tak kisah lah. Janji haramkan SIS!



suarahati : eh.rasanya niat tadi nak cerita pasal ahmadinejad. macam mana boleh masuk pasal wahabi pulak ni. (musykil)
















Monday, June 15, 2009

TRAGEDI MASJID AL FURQAN - NARATHIWAT. Pergolakan yang tiada pengakhiran?


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan





Imam dan 10 makmum ditembak di dalam masjid ketika sedang menunaikan solat Isyak.

Allahuakbar!!

Kejadian berlaku di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan kira-kira 50 kilometer dari Sungai Golok.

Enam penyerang bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun, berseragam hitam dan bertopeng melepaskan beberapa das tembakan dari dua pintu masjid dalam tempoh lima minit.

Tradegi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran itu berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah Narathiwat yang bergolak itu.

"Ketika Abhisit vejjajiva melawat PutraJaya dan cuba meyakinkan Malaysia bahawa kerajaan Thailand telah mengubah sikap dan cuba berbaik-baik dengan anak jajahnya Patani Darussalam. Di samping itu pihak tenteranya telah menjalankan kerja ganas yang menjadi kebiasaan harian mereka." - Patanikini

Walaupun mereka (tentera Thai) cuba mereka-reka cerita mengata kan para pejuang yang menembak orang sendiri tapi masyarakat tempatan dan seluruh umat islam Patani dengan jelas mengetahui bahawa tentera penjajah Thai lah yang melaku kan pembunuhan beramai-ramai itu. Kekejaman saperti ini adalah routin harian mereka apabila mereka kecewa tak dapat membalas tindakan pejuang-pejuang keatas tentera mereka.

Kejadian ini adalah menjadi satu lagi bukti bahawa penyelesaian dan kedamaian yang dilaung-laung kan oleh penjajah Thai adalah satu sandiwara lapok yang sentiasa dimainkan untuk mengeliru dan membohongi pentadbiran Malaysia,Indonesia dan OIC. Dan penerima-penerima ini sentiasa mempercayai drama Thailand itu.

Persidangan OIC baru sahaja selesai di Damascus,Syria dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti(apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan Dunia ini akan menyelesaikan masaalah mereka. Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi.

Kenapa harus kita percaya pada OIC yang telah memberi ruang kepada penjajah Siam sebagai taraf pemerhati sedang umat Islam Patani dianak tirikan!!!!


Ketika Sorayud (kerajaan kudita yang lalu) mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau telah menangis didepan rakyat Patani dan meminta maaf diatas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tabal dan masjid kerisik 2004! Beliau juga berjanji untuk menyiasat dan membawa ka pengadilan keatas orang-orang yang bertanggung jawab mengarah pembunuhan tersebut. Tetapi pada 29hb mei 2009 mahkamah awam di Senggora telah memutuskan bahawa tidak ada siapa-siapa pun yang bersalah dalam peristiwa pembunuhan Tabal dan masjid kerisik !!!!!. Beginilah caranya penjajah Siam mempermain kan dunia luar terutama OIC dan pentadbiran Malaysia.


Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal.Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap.Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan.Dan untuk memburukan lagi suasana munkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini.


Untuk pengetahuan anda, tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang.Wang ini kebanyakannya di songelap oleh Jenderal-jenderal berkenaan.


Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit didunia.Kalau dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestine mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab,seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat.Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong.Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insiden nya sekarang lebih intense dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri saperti Malaysia,Indonesia dan Brunai Darusssalam.Tidak di sokong oleh Negara-negara islam dunia kecuali satu dua simpati.



Bahkan kalau di Malaysia sebahagian pejuang dilayan mengikut selera dan arahan penjajah Thai.

Sudah banyak kali peristiwa penangkapan pejuang-pejuang Patani yang dijalan kan atas kerjasama Polis Malaysia dan polis Thai.Beberapa orang pejuang saperti assyahid saudara tengku Ismail dan Assyahid saudara Nasir yang ditangkap dikediaman mereka diMalaysia dengan kerjasama Polis Malaysia dan bila masuk kaBumi Patani sahaja di bunuh dengan kejam.Kemudian pihak penjajah Thai meletakkan senjata disisi mereka untuk ditonjolkan pada peti talivisyen!!!!!

Wahai umat Islam dimana sahaja berada.Percaya lah ‘bila allah melarang kita mengambil orang-orang kafir sebagai kawan dengan meninggalkan saudara islam maka jika kita melanggar perintah ini tunggulah balasan allah!!!!! ‘.

Ini seruan jihad fisabillillah .Bukan sahaja untuk Patani bahkan untuk umat Islam yang masih dibelenggu kegelapan.



Al Fatihah untuk para mujahidin ini...

Saya menyeru untuk semua umat Islam untuk sama-sama mendoakan saudara kita di Palestin dan saudara kita yang hampir di sini iaitu di Thailand yang tidak sudah-sudah pergolakannya, dan seperi umum ketahui majoriti penduduk di kawasan selatan Thailand adalah kaum Melayu yang beragama Islam.. Allah... Selamatkanlah mereka Ya Allah... Anda boleh membaca doa Qunut Nazilah sebagai satu usaha kita sebagai saudara seIslam.....

Cara baca Qunut Nazilah di sini



Sumber : Patanikini
Gambar : harampatah












Sunday, June 14, 2009

TIBA MASA GURU PELATIH KELUAR DARIPADA ZON SELESA. AYUH!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Dewasa ini kebangkitan mahasiswa IPT dan persatuan-persatuan yang diwakili mereka mula menunjukkan belang masing-masing. Suara mereka mula bergema di sana sini, demonstrasi demi demonstrasi mula menjadi medan luahan hati dan pandangan mereka.

12 Ogos 2008 menyaksikan demonstrasi besar besaran yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UiTM daripada seluruh negara yang mengadakan tunjuk perasaan sambil berarak sejauh 3km ke Bangunan SUK, Selangor, semata-mata untuk membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang isu kuota 10 % bukan melayu di UiTM.

Pada tarikh yang sama juga, sekumpulan pelajar Kolej Masterskill juga membuat demontrasi berkaitan isu Pinjaman Tabung Pendidkan Tinggi Negara (PTPTN) di perkarangan Kolej mereka.

Diikuti dengan peristiwa 17 Oktober atau Ten Seventeen yang mana menjadi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila buat julung kalinya mahasiswa dapat menyerahkan memorandum secara by hand kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin dan melakukan demontrasi di hadapan Dewan Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia selama satu jam yang dikhususkan kepada bantahan terhadap sikap diam menteri terbabit.






Ini merupakan salah satu siri-siri demontrasi yang dilakukan oleh mahasiswa sepanjang tahun 2008, yang sebelum ini demontrasi dianggap perkara asing selepas dekad awal 90an. Jika masih ingat, antara demonstrasi terakhir daripada mahasiswa adalah pada 2006 yang lalu iaitu demonstrasi membantah kezaliman zionis di kedutaan Amerika dan demonstrasi Baling iaitu kira-kira pada 24 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.

Jelas dan nyata di sini membuktikan mahasiswa sekarang bukan lagi mahasiswa yang sekadar menjadi pak turut yang mengangguk jika setuju dan menggeleng jika membantah. Mahasiswa sekarang bukan lagi golongan mahasiswa yang dipandang lesu tidak bermaya, tiada idealisme. Pandangan masyarakat terhadap golongan mahasiswa sebagai golongan tiada idealisme ini telah berubah sama sekali apabila ada pihak yang menyelar tindakan sebuah parti politik yang bersifat angkuh apabila tidak mahu sama sekali 'mendengar' kritikan atau isu-isu yang diktengahkan oleh kaum muda dan mahasiswa. Biar apa kritikan sekalipun mahasiswa pada hari ini benar-benar menjadi golongan “Task Force” atau “Pressure group” kepada semua orang, daripada senarai parti politik hinggalah kepada orang perseorangan itu sendiri. Mahasiswa hari ini bebas mengkritik, menegur dan memberi cadangan kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan hak dan keadilan masyarakat umum di negara ini.

Terbaru, BERSIH dan DEMA (Student Democratic Movement) telah mengadakan satu bantahan yang digelar "1BlackMalaysia AfterDinnerCoffee" pada 11 Jun lalu yang lantang menyelar situasi politik di Malaysia. Menariknya penggabungan dan kerjasama antara mereka adalah bermula daripada Facebook, laman web sosial yang terkenal.

Namun satu yang masih menjadi persoalan saya hingga kini. Di mana mahasiswa daripada IPGM? Mana suara guru-guru pelatih? Apakah guru-guru pelatih ini pengecut?? Sekadar berapi-api di belakang, apabila diajak bersuara di hadapan, tak mahu! Dengan alasan kita orang kerajaan, tak boleh bersuara lebih-lebih. Pegangan apakah ini? Malaysia negara demokrasi bukan? Kita juga punya hak untuk bersuara bukan? Ini bukan persoalan yang saya ingin ajukan di sini tapi ia adalah hakikat namun realitinya adalah jauh berbeza. Memetik kata-kata Mujahid Page "apakah mulut-mulut guru pelatih ini terkunci atau dikunci?" Itu persoalannya.

Di Malaysia terdapat 28 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau dahulunya dikenali sebagai Maktab yang telah, sedang dan bakal melahirkan beribu ribu guru yang mana bidang tugasnya diketahui umum, mengajar, mendidik masyarakat. Apakah kita sekadar inginkan guru yang bakal lahir itu sekadar guru semata-mata? Guru yang kerjanya sekadar mengajar, atau guru yang sekadar- mengajar?

Pertukaran nama daripada maktab - institut - IPGM melihatkan antara usaha KPM untuk membuat anjakan paradigma kepada bakal-bakal guru ini yang antara hasrat KPM adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional dan bersepadu. Saya tidak berminat untuk menyentuh lebih mendalam dalam peranan KPM merealisasikan impian mereka yang satu ini kerana bagi saya jika akar umbinya sendiri sudah pincang, untuk membetulkan ranting-ranting kecil adalah satu perkara sukar tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Melahirkan Guru Yang Murabbi.

Guru yang Murabbi itu kerjanya bukan mengajar semata-mata tetapi mendidik dan mentarbiyah anak-anak muridnya dalam masa yang sama. Murabbi bukan satu perkataan asing untuk guru-guru pelatih yang dalam kelompok tarbiyah saya rasa kerana hal menjadi guru yang murabbi adalah perkara yang ditekankan dalam konteks tarbiyah guru pelatih. Namun bagaiman dengan kelompok yang satu lagi? Kelompok guru pelatih yang tidak mendapat tarbiyah apatah lagi untuk mempunyai fikrah. Kelompok ini saya kira sebagai golongan majoriti dalam satu satu IPGM itu dan suara kita jika bergabung adalah satu perkara yang menakjubkan. Saya bukanlah berniat untuk 'mengkelompokkan' guru-guru pelatih kerana nyatanya kita bernaung di bawah bumbung yang sama, namun ini adalah hakikatnya. Perpecahan dalam kalangan guru pelatih itu memang wujud dan isu ini jika tidak diketengahkan dan tidak diambil perhatian akan menjadi satu isu ibarat duri dalam daging yang menjadi pucuk kepada segala permasalahan perpaduan yang berlaku. Namun saya kagum dengan usaha kelompok beberapa perwakilan pelajar yang mengambil inisiatif sendiri untuk berdiri dan bersuara dengan menubuhkan ikatan-ikatan dan kesatuan yang melibatkan usahsama guru-guru pelatih daripada IPGM yang berbeza. Sudah lama medan perjuangan guru-guru pelatih IPGM ketandusan pergerakan yang betul-betul mantap yang boleh menggegarkan dewan parlimen mungkin.




Timbul lagi satu persoalan di benak fikiran. Mengapa pelajar IPGM tidak sebebas pelajar IPTA?

Saya menyeru kepada para guru pelatih sekalian usah sekadar berani di belakang, di alam maya, mari kita bersama-sama bangkit pertahankan hak kita di alam realiti. Ayuh bersama rakan lain perjuangkan bahasa kita yang semakin hilang yang bakal membunuh anak Melayu. Guru pelatih - anda kelompok paling PATUT bersuara dalam isu PPSMI kerana kita antara yang bakal menjadi mangsa dalam isu ini. Kenapa kita masih diam? Diam melihat kemusnahan demi kemusnahan yang bakal menimpa anak bangsa kita, kepincangan demi kepincangan dalam ummah. Jika kita bersatu hati, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kita berada di jalan yang benar.

Sudah sudahlah menikmati hidup muda yang takkan pernah puas yang sentiasa dahagakan hiburan. Suara anda diperlukan!! Tinggalkan segala macam game, hiburan-hiburan yang melalaikan - kita tak nak lahir guru yang turut menjadi mangsa hedonisme! Guru yang tidak mengetahui isu semasa, guru yang lari daripada kenyataan dan sentiasa hidup dalam angan-angan melayan perasaan sendiri. Kita nakkan guru yang profesional, yang lantang bersuara pertahankan hak anak bangsa, yang punya idea-idea bernas untuk dilontarkan demi menggerakkan masyarakat, guru yang bersama sama turun membanteras gejala sosial, guru yang MURABBI!

Ingat, suara anda diperlukan kerana dengan suara anda kita mungkin boleh mengubah dunia. Siapa tahu?



Rujukan.
-Mahasiswakini.
-GamisDaily
-Just A Note - Deafening Silent
-FikrahMahasiswa









HARAMkan SIS - Tindakan keterlaluan dan ekstremis?


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



Dzul Khairi sifatkan Pas kuku besi, cadang Dewan Ulama' dibubar


Kuala Lumpur 11 Jun 07:46 a.m

| Memberi respon berkenaan usul pengharaman pertubuhan Sister In Islam (SIS) dalam muktamar Parti Islam Se Malaysia (Pas) baru-baru ini, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Dzul Khairi Mohd Noor menyifatkan tindakan parti politik itu sebagai ‘kuku besi’.

Dzulkhairi 2

“Saya tak bersetuju jika Pas ingin mengharamkan SIS (Sister In Islam), ia menghalang kebebasan bersuara tentunya, namun itu bukan faktor utama. Faktor utama, saya melihat Pas telah menunjukkan mereka sebagai Parti menghukum bukan gerakan dakwah, kedua, Pas menunjukkan ciri-ciri masih belum bersedia untuk memimpin. Apabila mereka tidak mampu menghalang SIS, mereka membuat resolusi mengharamkan, ini ‘kuku besi’,” respon beliau.

us_haruntaib

Usul pengharaman Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berteraskan hak asasi wanita Islam berkenaan yang mendapat respon hangat terutamanya dari pemimpin Pakatan Rakyat yang lain juga di persoal oleh pemimpin anak muda tersebut berkenaan status dan peranan Dewan Ulama parti politik berkenaan yang diketuai oleh Dato’ Harun Taib*.

“Ketiga, usul ini menunjukkan Pas sebagai ‘extreme party‘. Orang non-muslim akan takut dengan Islam jika begini. Ke empat, saya lihat Pas belum lahirkan group dakwah yang mampu berhujah dengan baik, maka di mana peranan dewan ulama jika begitu?,”respon beliau lagi.

Kelmarin, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) melalui sayap mahasiswinya iaitu Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) dengan terbuka menyatakan kesediaan dalam menawarkan pentas bagi Pas dan Sister in Islam untuk berdebat, namun Dzul Khairi ada pandangan yang lain.

“Saya juga cabar MPMUM (Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya), jangan hanya sediakan medan untuk berdebat, tapi anda sendiri yang harus sedia untuk berdebat, malah MPMUM nampak takut-takut untuk memberikan pandangan mereka terhadap perkara ini,”ujar beliau.

Dzul Khairi juga menerangkan kepada media dengan lebih jelas berkenaan pendiriannya terhadap Dewan Ulama parti politik tersebut, malah mencadangkan agar sayap parti tersebut dibubarkan.

“Saya juga cadang agar dihapuskan Dewan Ulama dalam Pas, ini sebab pada pandangan saya, itu bukan Dewan Ulama. Adakah ulama hanya yang belajar agama sedangkan ayat 27-28 surah Al Fathir mengatakan sebaliknya. Dewan ulama harus diubah kepada dewan dakwah atau yang seerti dengannya. Maka dewan dakwah inilah yang akan berhujjah dengan SIS dengan penuh kasih sayang, bukannya benci dan haram mengharam, jika muktamar dan mentaliti Pas masih begini, akhirnya cita-cita mursyidul am mereka untuk melihat Islam terserlah tidak akan menjadi realiti. Maka saya mendesak agar Pas menarik balik balik usul tersebut” jelas beliau panjang.

Terdahulu, Sabtu lalu, Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkannya jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Usul itu juga mendesak kerajaan menjalankan program pemulihan ke atas ahli-ahli SIS jika didapati sah melencong daripada agama. Selain itu setakat ini lebih 322 NGO dan individu telah menyatakan kekesalan dan bantahan mereka berkenaan usul parti politik tersebut.-mahasiswakini


------------------

Respon orang ramai :


Respon 1 : "maaf saudara dzul..bukan ke usul tuh daripada muslimat pas shah alam ke???bahkan ydp shah alam sendiri, yb khalid samad dalam forum hujah menyatakan, pengharaman itu bersyarat dengan meminta pihak mufti @ jabatan2 agama menyemak status dan latar belakang persatuan itu….jika benar menyeleweng, bubarkan ia…

saya bukan kate bersetuju dengan mengharamkan, cuma rasenye, ada fakta yang tak bape nak setuju….dan memang sepatutnya bukan itu caranye penyelesaian pas…bawakan mereka ke pentas, berdebat..dari situ org boleh menilai…dan yakinlah, mereka ini semua (Islam Liberal) takut nak berdepan dengan kebenaran…"


Respon 2 : "kenapa nak sokong SIS..kumpulan yg desak agar pembahagian harta wasiat sama rata lelaki dan prempuan dan menuntut hak agar mereka juga boleh kahwin lebih dari 1…hingga ustaz ridhuan tee sendiri, penceramah yang hebat di Malaysia ini sangat2 benci dengan pertubuhan ini dan rela berdebat dengan mereka bila2 masa demi menegakkan Islam yang sebenar menurut Al-Quran dan As-Sunnah bukan munurut akal ssemata-mata dan hawa nafsu…fikir2kan para sahabat"


Respon 3 : tahniah ust atas kelantangan dan membuat keputusan yang berani. gerakan mahasiswa yang lain seharusnya mencontohi GAMIS. kita tidak seharusnya rigid dgn ‘godfather’ kita, KARISMA=JIM, PKPIM=ABIM, GAMIS=PAS. Dalam hal ini saya rasa GAMIS telah mendahului gerakan yang lain.


Respon 4 : "

Salam semua…
saya bersetuju dengan pandangan ust dzul mengenai istilah menghukum dalam isu SIS ini. Kita gunakan dulu saluran yang ada terutamanya majlis fatwa untuk menyelesaikan isu ini. Seperti saranan mufti perak baru2 ini sedikit sebanyak telah membuka ruang kepada penyelesaiana isu ini. istilah mengharamkam akan dimanipulasi oleh media dengan memberi bermacam label kepada pas. Cuma,dewan ulama tidak perlu diubah namanya akan tetapi peranan yang dimainkan perlu diperkasakan. Tapi dakwah pun ada peringkat2nya juga…kalau cara ini tidak memberi kesan maka Islam ada kaedah lain yang boleh diguna pakai.

Wallahua’lam..sekadar pandangan."


Respon 5 : "

Ya, bersetuju dengan api.pertubuhan kemasyarakatan haruslah diteruskan, selagi dapat melaksanakan dasarnya berasaskan syariah dan lunas-lunas Islam.

Beginilah, SIS perlu mencapai titik persefahaman dengan apa yang dibawa oleh PAS. Lepas ni, boleh terus bernaung di bawah pertubuhan PAS.

Islam tidak menolak kamu selagi kamu tidak menolak Islam.

Tapi, adakah pasti SIS akan berkompromi dengan kita? Tidak. , selagi mereka tidak memahami Islam.

Apa tidak cukupkah selama ini PAS buat roadshow dan ceramah2 tentang pembawaan dan dasar sebenar SIS dalam masyarakat kita ini??
Ya. masih belum cukup. kerana itu masih ramai lagi yang kabur dan tidak boleh terima pengharaman SIS.

maka, nak harapkan pas buat sekali lagi??
Selagi masih ada anak2 muda yang mengetahui dan bertenaga , yang sudi menyebarkannya, maka tertanggunglah ke atas mereka"

dan banyak lagi...


Respon saya :

"Paper hari ni : Mufti Perak minta JAKIM siasat SIS sbb dia pernah pergi persidangan yang SIS buat hari tu and dia kata ada penyelewengan. Lepas buat siasatn baru boleh tentukan mcm mane.. Aku setuju haramkan SIS" Sumber : Attiq

saya : orang kapiaq dok gelak sakan tengok orang Islam bertekak sama2 depa sbb isu ni. Inilah agenda sebenar kapiaq ni. Kumpul satu grup tino konon2 pejuang wanita Islam, kecohkan satu isu : hak wanita, pastuh kesan dia boleh nampak dah la ni. Orang2 Islam yang bijak pandai, ulama2, bila satu pihak buat cadangan nak hapuskan golongan tino ni, macam macam pulak halnya. Ekstrimis la, ape bagai nye lagi. Hmpa brtekak sma hmpa, org kapiaq gelak.. Sapa menang? Haish....













 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting