Tuesday, December 14, 2010

Mahu Siapa Jadi Imam Jenazah Kau Kelak?


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan


Dengan izin tuan blog ini, saya berjaya mencilok secara halal cerita yang bakal disampaikan kelak. Masih dalam mode HIJRAH dan PERUBAHAN. 



"Siapa kau pilih untuk imamkan Jenazah kau??"

Satu persoalan yang menarik untuk kita tanya pada seseorang..banyak reaksi kita boleh tengok bila soalan macam ni diajukan..ada yang marah, ada yang rasa kelakar, ada yang terasa, dan ada jugak yang tak rasa apa..yang menariknya, soalan ini diajukan pada aku, dan pengalaman inilah yang aku ingin kongsikan..

Soalan ini diajukan pada aku, sewaktu kami sedang berbincang mengenai politik..dalam perbincangan, seperti kebiasaan, ada pro dan kontra, ada kerajaan dan ada pembangkang..saat masing-masing sibuk berbincang, sibuk bagi fakta yang tak tahu betul atau tidak, sibuk cerita pengetahuan entah haq ataupun batil, seorang rakan aku yang letakkan dirinya di tengah-tengah, bukan kerajaan dan bukan pembangkang, menghentikan perbincangan dengan bertanyakan satu persoalan..

"Jika kau diberikan pilihan..sewaktu kau dah dipanggil menghadap Ilahi, sewaktu kau dah meninggal dunia, dan dikala jenazah kau hendak disembahyangkan, datangnya dua orang pemimpin ternama, Dato' Seri Najib Tun Razak dan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz..siapa yang kau pilih untuk imamkan jenazah kau?"

Soalan itu membuatkan kami semua terdiam seketika..dan selepas tu, tanpa segan silu, masing-masing menjawab dengan penuh yakin, tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, kedua-dua pihak memilih Tok Guru Nik Aziz..salah sorang rakanku dari penyokong kerajan menjawab,

" mestilah Nik Aziz..dia kan ulamak..tak kan nak suruh Najib pulak.."

dan kawan aku yang menanyakan soalan tadi pun membalas..dengan penuh bersahaja..

" kalau nak mati, atau dah mati pandai nak pilih pemimpin, dengan mudah dan penuh yakin nak pilih pemimpin, kenapa sewaktu hidup ni tak reti nak pilih??"

semua terdiam..dan yang bertanya soalan tu beredar.......

jadi...SIAPA PILIHAN ANDA?? =)


---

credit to Mat Confident

haha. tak perlu bercerita panjang lebar atau berperang mulut. Nah!

 


Friday, December 03, 2010

Khas untuk mereka yang inginkan PERUBAHAN sahaja!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

*Peringatan : Entry ini khas HANYA BAGI MEREKA YANG INGINKAN PERUBAHAN. Yang tak nak tak mengapa. Sila duduk diam-diam dan teruskan hidup dengan dunia anda seperti biasa. 

Dengan nama Mu Ya Allah, ku mulakan titip bicara ini. Moga keikhlasan itu hadir tiada lain semata kerana Mu.

Amin.

Saja nak mulakan entry dengan nada serius, supaya sampai ke penghujung masih kalian membaca dengan muka berkerut tanpa senyum nipis macam ni :) 

Abaikan. Permulaan yang tiada motif.

Baik. Tak sampai sebulan sahaja lagi kita bakal dijengah satu lagi tahun baru, kalau perkiraan mengikut kalendar SEKULAR. Kalau kalendar Islam, hari ni dah 26 Zulhijjah. Maksudnya tak berapa lama sahaja lagi untuk tahun 1432 H datang. Tak mengapa kalau tak tahu. Sebab kita memang orang Islam yang tak suka ambil tahu kan.

2011 - Masa Untuk Berubah. Biasa dengar? Kalau tak biasa tak mengapa juga. Sebab dah cakap entry ni khas untuk mereka yang nak berubah saja. 

Apa yang perlu diubah?

Lihat sekeliling kalian. Nampak apa?
Luaskan lagi pandangan kalian. Nampak apa?
Luaskan lagi. Jauhkan lagi. Nampak apa?

Baik, beritahu saya siapa yang tidak mengeluh bila melihat sekelilingnya?
Siapa yang tidak menggeleng-gelengkan kepala bila melihat dunia sebenar yang terbentang di hadapannya?
Siapa yang masih boleh bertepuk tangan melihat realiti yang terhampar?
Siapa? Siapa?

Jika ada antara kalian yang masih sebegitu, masih boleh bergoyang kaki melihat dunia serba korup di hadapannya, masih ada yang boleh bergelak ketawa melihat kebobrokan realiti dunia,
pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kita.

Sana sini setiap hari kita dengar, kita baca dan kita lihat sendiri,
bayi dibuang di hadapan masjid,
bapa curah asid pada anak,
sana gaduh Melayu sama Melayu,
lawan songkok siapa paling tinggi dia paling hebat,
sibuk sangat ukur tinggi songkok,
tak sedar anak bangsa sendiri jahanam, ranap,
sibuk sangat bercuti sana sini luar negara,
tak sedar rakyat kat negara sendiri dah cacamarba,
hari ini Islam, esok tukar nama jadi Hindu,
dah macam tak ada apa,
plan macam-macam untuk rancangan ekonomi,
tapi hampeh,
apa kisah pasal rakyat,
yang penting poket penuh,
barang naik minyak naik,
bila bising,
jawabnya rakyat kena ubah cara hidup!

Pernah terfikir tak kenapa semua ni berlaku?
Kenapa banyak sangat benda mengarut berlaku?
Kenapa negara kita kucar kacir begini?
Ya, kucar kacir la ni. Sungguh luarnya nampak aman, tenang, harmoni.
1 Malaysia la katakan.
Tapi kalau kita luaskan lagi pandangan kita, jauhkan lagi langkah kaki kita, tinggikan lagi nada fikiran kita,
ah, semuanya terlampau kucar kacir.

Kenapa ya?
Ahah!
Mudah saja jawapannya.
Dan itu yang perlu kita ubah sebenarnya.
Sibuk sangat mahu ubah, tapi tak tahu mahu ubah apa kan.
Nah. Ini dia.

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

Susah sangat mahu fikir penyelesaian untuk ;
kelambakan kes buang bayi,
rasuah sana sini,
pendidikan seks untuk budak-budak,
masalah sosial yang makin jahanam.
Susah sangat.

Padahal ISLAM dah ajar lama semua tu.
ISLAM dah tunjuk penyelesaian semua masalah.
Sibuk sangat dengan KETUANAN MELAYU,
Kenapa tak junjung ISLAM macam junjung MELAYU tu?

Kalau ikut apa yang ISLAM ajar,
Ikut apa yang ISLAM suruh,
Ikut apa yang ISLAM dah beri,
Ikut apa yang ALLAh suruh,
Tinggal apa yang ALLAH larang,
Malaysia tak kan jadi macam sekarang.
Malaysia tak kan berkecamuk,
tak kan cacamarba.
Baru betul NEGARA ISLAM.
Tak la malu nak mengaku NEGARA ISLAM.
Tak la hanya sekadar nama je NEGARA ISLAM.


Esok lusa bila-bila masa dari sekarang dia akan umum hari penentuan segala-galanya.
Hari untuk membuktikan kekuasaan rakyat.
Korup, pengundi hantu, tipu, rasuah,
Tolak tepi dulu.
Bukan tolak terus.
Bukan maksud tutup mata.
Bukan.
Tapi utamakan FUNGSI rakyat.




Kamu RAKYAT MALAYSIA tak?
Nak tunjuk power tak?
Nak tunjuk bahawa RAKYAT ada kuasa tak?
Nak buat perubahan tak?

Satu undi mampu mengubah segala-galanya.
Serius.
Ini bukan perkara main-main.
Satu undi tu juga akan jadi saham kita di AKHIRAT nanti.
Saham tu akan ke sebelah kanan atau berat ke kiri.
Kita yang tentukan.

Jadi kalau nak buat PERUBAHAN,
DAFTAR UNDI SEKARANG.
Tak susah mana pun.
Pergi pejabat pos.
Beratur la kejap. Isi borang. Siap.
TAPI.
Proses kemasukan data dalam SPR lama juga.
3,4 bulan belum tentu siap.
JADI memang la kena daftar SEKARANG.
Masa semakin suntuk.
Betul ni. Sangat suntuk.

Nak tunjuk kuasa rakyat tak?
Haa.
Nak tunggu apa lagi?



Betul entry ni khas untuk mereka yang nak perubahan je.

PERGI DAFTAR UNDI.




 



Tuesday, November 16, 2010

Untuk kalian pelajar sekolah AGAMA.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan



Saya tersedak beberapa kali mendengar cerita mak tentang kisah pelajarnya yang baru-baru ini kantoi 'fly' dari asrama untuk bersama teman lelakinya. Sampai part tu masih ok lagi, tapi bila mak mula bercerita bagaimana si pelajar dan teman lelakinya pergi check in ke hotel, menyirap terus darah ke kepala. Astaghfirullah - hanya itu mampu terlafaz di hati. Tak sanggup nak tahu sejauh mana mereka pergi selepas adegan check in hotel tu. 
Mak sudah hampir 4 tahun mengajar di sekolah tersebut. Tak perlu dinyatakan sekolah mana, sekadar yang pasti merupakan sekolah agama. Bukan satu, bukan dua kes-kes pelik berlaku, tapi entah, macam satu kebiasaan mendengar kes terbaru bila pulang ke rumah. Masa mak mengajar di sekolah biasa itu, tak lah terlalu pelik bila macam-macam kes yang berlaku. Tapi bila di sekolah agama ni, sungguh, bagi saya merupakan satu musibah yang bukan kecil, bila sedikit demi sedikit petanda akhir zaman muncul.

Gerun rasanya bila memikirkan inilah realiti sebenar yang bakal saya lalui satu hari kelak andai dipanjangkan umur. Masakan tidak, hari demi hari ada sahaja berita menakutkan yang keluar terpampang di muka depan akhbar. Tak tahulah kalau Harian Metro memang suka guna bahasa menakutkan seperti "Guru ratah pelajar dihukum." Tidakkah sangat menggerunkan? Jadi, jangan baca Harian Metro mahupun Utusan, TV3 atau RTM. Ustaz Azizan tak bagi.

Ok. Lari tajuk pula.

Saya juga bekas pelajar sekolah agama. Tak lah bangga sangat. Sebab realiti sekarang pelajar sekolah agama dan sekolah biasa macam tiada perbezaan. Tak pasti kenapa pelajar sekolah agama nak marah-marah atau bising-bising bila ada suara yang menyamakan mereka dengan pelajar sekolah biasa. Nak perjuangkan nama sekolah untuk apa kalau diri sendiri tak langsung membawa imej sekolah? Bangga jadi pelajar sekolah kluster kecemerlangan ke? Tak perlu kot kalau diri sendiri sekadar tumpang nama sekolah, bikin malu lagi ada lah.

Ok. Nampak seperti sangat emosi. Tarik nafas.

Baik. Saya bukan pelajar cemerlang di sekolah dahulu, apatah lagi kaki surau, apatah lagi lah BADAR, apatah lagi lah KEPIMPINAN, apatah lagi lah apa saja lah jawatan hebat-hebat di sekolah dahulu. Sekadar makhluk picisan yang tercampak ke sekolah hebat itu, menumpang kasih mencari ilmu. Oh. Padahal ilmu lain yang saya dapat. Ok. Abaikan. 

Dan bila keluar dari sekolah, saya masih si budak picisan yang kalau jumpa di Melaka Sentral, orang tak sapa pun dengan kata-kata begini "Hey, kau budak SHA****, kan?" Tak. Tak pernah. Orang tak nampak pun saya kalau berjalan di jejantas panjang tu. Tapi saya tak pula rasa saya perlu menjaja nama sekolah saya sebab saya tahu saya tiada fungsi apatah lagi peranan di sekolah itu. Hanya menumpang nama sahaja. 

Apa yang lebih memelikkan dan sebenarnya sangat kasihan, bila satu demi satu teman yang saya kenal, bila sahaja keluar dari sekolah, masuk ke alam pengajian yang lebih tinggi, wah, semuanya berubah! Tudung? Apa perlu pakai? Di sekolah sahaja cukup. Dress? Mesti up-to-date. Wah! Buka pula facebook, bangga benar menayangkan buah hati masing-masing. Posing wajib romantik! Ini Malaysia, beb. Jangan ketinggalan zaman, Waktu sekolah boleh la nak jadi baik-baik, tudung labuh, tangan ketap, berstokin. Itu cerita lama.

Eh, so what happened in school back there? Weren't you girls warned me to wear tudung labuh, socks and so on? Bukan ke? Where are all those words, girls? What happened to you girls? *sigh.

Saya sering tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang kita peroleh waktu di sekolah dahulu? Ilmu kah? Disiplin? Keseronokan? Kawan? Hiburan? Apa? Tak salah rasanya kalau saya kata kita sekadar mengukir A dalam sijil SPM selama, hasil 5 tahun 'pentarbiyahan' dari sekolah.

Saya bukan meletakkan 100% kesalahan pada sekolah, masih ada figur-figur hebat yang berjaya dilahirkan sekolah agama ini, bukan tiada langsung. Tapi bila memikirkan lebih banyak jasad yang keluar hasil cetakan sekolah agama yang sekadar jasad tanpa roh berbanding figur hebat, sungguh, saya terpaksa membutakan mata pada figur hebat itu. Hari demi hari, jiwa yang rebah itu kian bertambah. Sakit rasanya hati ini.

Punca utama mengapa berlaku sedemikian adalah apabila ILMU yang dipelajari, tidak menjadi AMALAN. Ya, bukankah di sekolah dahulu kita belajar Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah? Ke mana hilangnya ilmu tersebut, kawan? Mengapa kita begitu jauh dengan ilmu yang kita belajar itu? Masih ingat kah dalam QS, kita perlu menghafal satu hadis, dan antara hadis paling menjadi rebutan adalah 

"Innamal a'malu binniyyatai, wa innama likullimri in Maanawa"

Apa sebenarnya yang kita hafal? Ke mana isi hadis tersebut kita muntahkan?

sesungguhnya sesuatu perkara itu brgntung kpd niat,bg seseorg ape yg diniatknnya.
 Entah apa sebenarnya kan niat kita belajar di sekolah dahulu?

Kepincangan sistem. Lihat sendiri sistem itu. Ah, kalau akar umbinya sudah korup, bagaimana mahu menyelamatkan yang ranting dan dahannya? Sebab itu, manusia yang luar biasa itu, sebenarnya hanya manusia biasa yang mampu survival dalam kepincangan sistem yang ada sekarang.

Sesak. Sesak bila bicara soal ini. Bukan sengaja saya mahu sentiasa bicara perihal ini. Tapi bila melihat realiti sekarang, risau saya menjadi-jadi. Saya punya adik 3 orang. Ketiga-tiga mereka ini selagi belum mampu hidup sendiri di dunia yang sebenar ini, selagi itu saya anggap mereka di bawah tanggungjawab saya.Realiti dunia belum mengizinkan saya untuk melepaskan mereka sendiri. Mereka masih memerlukan pengisian yang cukup dalam dada untuk di bawa ke luar sana.

Jadi, untuk teman di luar sana, aku sayang kalian. Aku tahu kalian kata itu hak kalian untuk buat apa sahaja kalian mahu, tapi aku juga sedang jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan. Aku tak nak tengok kalian jatuh. Aku tak nak tengok kalian terus lemas dalam arus dunia yang menggila. Tahu tak kalian sedang dipermainkan oleh syaitan dan hawa nafsu kalian sendiri? Aku bukan si pandai yang mahu berlagak seolah-olah dia paling baik, tak. Aku tak pernah berniat begitu. Tolonglah fikirkan seketika tentang dirimu. Kalian cukup berharga, cukup indah, cukup istimewa. Jangan biarkan nafsu dan dunia meratah keistimewaan kalian. Kita nak syurga Allah, itu matlamat hidup kita. Redha Allah. Untuk apa kalian hidup sebegini, tapi tanpa rahmat dan redha dari Nya? Untuk apa? Untuk dunia yang sementara, bukan? Ah, persetankan semua itu, teman. Kalau pernah sedetik di hatimu terlintas untuk berubah, untuk apa perlu ditunggu lagi? Lakukan saja perubahan itu! Allah maha Mendengar. Allah Maha Pengampun. Tolong lah sedikit pun jadilah untuk rasa malu dengan Allah. Tolong lah.... Aku sayang kalian. Pintu taubat itu masih terbuka. Aku pun perlu banyak lagi bimbingan. Dan aku mahu bersama-sama kalian ke syurga. Andai aku jatuh, aku mahu kalian gapai tangan aku, kita pimpin sama-sama ke syurga. Insya Allah.

Kenapa entah saya tekankan soal sekolah di sini? Jawapannya adalah kerana sekolah merupakan universiti asas pentarbiyahan diri, tapak asas bagaimana diri mahu dibentuk. Untuk mendirikan satu jasad yang punya aqidah yang kukuh, pegangan Islam yang mantap, memerlukan batu asas yang mungkin biasa, tapi digilap dengan tarbiyah yang luar biasa. Terus, kenapa hanya sekolah agama pula? Kenapa mahu dibezakan dengan sekolah biasa lain? Itu yang biasa ditanya. Kenapa sekolah agama? Kerana namanya saja sudah membawa perkataan AGAMA. AGAMA bukan satu perkara main-main. Fizikal, rohani, jasmani, semua harus seiring dalam membawa nama ISLAM itu. Dunia sekarang dan realitinya punya gelodak yang mengganas hari ke hari. Hanya aqidah Islam yang kukuh mampu menjadi benteng pertahanan seseorang individu untuk terus bergerak menentang arus dunia. Penyelesaiannya hanya ISLAM, kerana sesungguhnya ISLAM agama yang syumul. Jangan disempitkan pemikiran dengan mengasingkan ISLAM dengan perkara-perkara lain.

 Saya hanya mampu tersenyum sumbing bila ada teman yang dalam nada sinis mengejek penampilan seseorang apabila tamat persekolahan, yang terang-terang bagi saya mempermainkan agama. Ada yang dalam nada bangga berkata, "Tudung-tudung labuh ni aku dah buat kain buruk dah kat rumah!" Wah, begitu sekali. Ya, mungkin benar kata kalian, tudung labuh atau tidak bukan kayu pengukur tahap keimanan seseorang. Allah tengok hati, bukan pakaian. Bukan begitu?

Teman, bukankah menutup aurat, memakai tudung menutupi dada adalah satu daripada syariat Islam? satu daripada arahan Allah? Dan bukankah Allah telah ciptakan sesuatu tanpa sia-sia? Bagaimana nilai Islam dalam diri kita ini perlu dizahirkan, kalau bukan dengan penampilan diri mengikut yang digariskan dalam Islam? Tinggi atau rendah tahap keimanan seseorang itu hanya Allah yang tahu. Bukan kita yang perlu mengukurnya. Tugas kita, hanya patuh pada arahan Allah, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Kenapa masih mahu mempersoalkan arahan Allah?

Teman, ayuh refleks kembali diri. Muhasabah semula. Sejauh mana kita ingkar pada arahan Al Khaliq. Sejauh mana kseombongan dan keangkuhan kita pada DIA? Sesungguhnya kita merupakan insan yang cukup bertuah kerana ALLAH pilih untuk mendapat tarbiyah di sekolah AGAMA. Mungkin ada antara kita yang terpaksa, tapi hikmah di sebaliknya pasti ada. Mengapa kita yang terpilih dalam ramai-ramai yang memohon untuk masuk ke sekolah agama? Jangan sia-siakan peluang itu. Allah buka jalan untuk hidayah Nya, sayangnya mata kita sentiasa dibutakan dengan perhiasan dunia yang 'tak ada apa-apa' pun sebenarnya.

Kita tidak tahu kita mati bila dan bagaimana. Ingat, mati itu tidak kenal usia, wahai teman. Dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa ke sana adalah taqwa.

Wallahualam.









Tuesday, November 02, 2010

Tolonglah sekali fikir untuk umat!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Serius dulu saya tak kisah bila minyak naik harga sampai RM 2.70 seliter.
Mahal.
Tapi setakat naik motor tu berapa sangat je.
Fikir di benak.

Tapi sekarang.
Bila kerajaan yang adil umum harga minyak naik lagi,
temperature terus naik.
Nasib baik Najib kena cacar.
Temperature turun. Kesian juga.
Tapi bila tengok zaujah nya.
Temperature naik balik.
Hish. Rimas.Rimas.

Seminggu dua ni lepas pembentangan Bajet 2011,
kat mana-mana asyik sembang hal-hal kerajaan.
Rasa matang pulak. haha.
Tadi berhenti isi minyak di Lunas sebelum ke Hospital Kulim pon,
sempat lagi mengata Pemangku PM terbaru.
Hish. Rimas. Rimas.

Semakin hari semakin celaru.
Hari ni dia umum nak naikkan Menara Warisan yang bajet lebih 10 billion tu,
siap dalam Bajet Negara lagi.
Haih.
Esok dia lancar Transformasi Ekonomi. ETP.
Pesatkan industri hiburan. Hub Hiburan.
Haih.
Belum kecoh 'zaujah' nya punya Islamic Fashion Festival.
Haih.
Esok pulak dia bagi sampai RM 393 juta buat 14 projek mega kat Galas.
Sebelum ni entah dia pernah tau ke tak wujud tempat nama Galas dan Batu Sapi.
Haih.
Dalam meeting habis semua dia kata kita bawak nama Islam,
mulut tak lekang sembang agama-agama.
Macam betul gebang nya.
Bukak sirah Nabi, kisah sahabat. Wah nampak hebat sudah.

Kami dah penat la dengan semua ini.
Penat, tahu?

Cuba buat sesuatu yang boleh bawa rakyat menuju modal insan.
Buat sesuatu yang adil. Kau untung, kami untung.
Bukan untung harta yang kami mahukan sangat.
Cukup la layan kami dengan adil.
Saya tak nak anak generasi saya akan datang hidup dalam dunia macam ni.
Nampak mewah. Nampak kaya. Nampak hebat.
Tapi minda? 
ZERO.
Yang ada apa - hiburan, hiburan, hiburan.

Kalau dah itu yang mahu dibangunkan sangat. 
Kalau dah itu yang mahu dibanggakan sangat.
Ke mana hala tuju kami?
Sudahlah masalah generasi sekarang tak kan habis.
Apa ingat dengan buka sekolah harapan boleh selesai masalah?
Apa ingat dengan buat Festival Fesyen Islamik boleh diiktiraf sebagai negara Islam?
Tolonglah sekali fikir untuk umat.

Sekarang tiap-tiap hari saya hidup dalam kerisauan.
Apa la nasib anak-anak generasi akan datang.
Saya tak tahulah apa ada dalam fikiran kamu.
Lepas satu, satu.
Bak kata Ustaz Hasrizal - Melengkapkan syarat sebuah keruntuhan!

Saya tak nak Malaysia lingkup.
Tolonglah sekali fikir untuk umat.
Tolong...

"Ya ALLAH, selamatkanlah negara kami, Ya ALLAH"











Tuesday, October 26, 2010

Ingat MATI. Dah Ready kah kita?


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Betul kan nyawa kita sepenuhnya milik Allah?
Betul kan Allah bila-bila masa boleh tarik balik apa yang DIA beri kat kita?
Betul kan kita tak ada kuasa untuk lawan DIA?
Betul kan kita sebenarnya masih sombong sebab tak nak ikut apa yang ALLAH suruh lagi?
Mengapa, manusia? Mengapa?

14 Oktober.
Satu keluarga besar di bumi Tuanku Bainun merasai kehilangan seorang adik,
seorang kawan,
seorang teman,
seorang murid,
seorang guru.
Ahmad Syamil Basri.

Malam itu, sedang meneliti bait-bait kalam Allah usai solat Maghrib,
telefon berlagu OST The Rock by Hans Zimmer berbunyi.
Afif..
Mesti mahu tanya tentang barang yang aku mahu kirim pada emak.
Itu di fikiran.

"Hello, assalamualaikum. Yo. Nape?"
"Wsalam. Mala mana mala?"
Cemasnya bunyi.
"Mala keluar. Kot. Nape ko?"
"Nanti bagitahu semua orang, bagitahu Mala, Syamil meninggal."
Erk.
"Biar benar ko."
"Betul ni. Accident. Dia dengan Tihi. Kat BKE. Bagitahu semua orang."
Terpempan.
"Innalillah.."
"Ok, muna. Bagi tau semua tau. Aku nak pergi tengok."
"Baik."
*diam

Malam itu hostel bagai dilanda garuda.
Sunyi. Hanya terdengar bacaan Yasin dan esak tangis.
Kejap-kejap telefon berbunyi.
Berita tentang kemalangan tragis itu bagai angin laju sebarannya.
Saya diam di sebelah Wan membaca Yasin di blok.
Syamil dah tak ada?
Ok. Mungkin mimpi.
Bangun semua, bangun. 

Pejam mata dua, tiga kali.
Ah. Bukan mimpi. Hakikat rupanya.

Saya dengan arwah bukan rapat mana. Hanya kenal beliau sebagai junior KS.
Maklum sahaja di kelas itu hanya tinggal 4 teruna selepas Ziqrul pindah.
Dan juga kerja bersama dalam Biro Penerbitan JPP 09/10.
Bagus budaknya. Rajin tolong kak Ana. 
Kalau time photoshoot, dia antara yang rajin tolong susun kerusi. 
Tolong itu, tolong ini. 

Kini dia dah tak ada.
Walau kami jarang bercakap, tapi entah kenapa pemergian dia sangat terkesan pada hati saya.
Lagi-lagi bila Bab minta tolong buat video untuk arwah, untuk slot khas Hari Penutup GERKO.
Tak fikir panjang saya kata ya. Saya mahu buat. Selepas banyak tawaran edit video saya tolak sebelumnya.

Sungguh, saya buat video itu dengan air mata.
Sekali preview, menangis.
Masa pilih gambar, gambar beliau bersama keluarga buat saya benar-benar sebak.
Cuba letak diri di tempat keluarganya.
Apa rasanya kakak nya bila dapat tahu adiknya, satu-satu adik lelakinya dah pergi selama-lamanya?
Apa rasa ibunya bila anaknya pergi dulu sebelum dia?
Apa rasa ayahnya, bila anak lelaki tunggalnya sudah tiada lagi?

*menangis lagi.

Bila video itu siap dan ditayang di Dewan, saya tiada di sana ketika itu.
Terpaksa bergegas ke Bertam.
Bertalu-talu mesej masuk ke dalam handphone.
Alhamdulillah feedback yang positif.
Seisi dewan merasai apa yang saya rasa ketika dalam proses membuat video tersebut.
"Power of Friendship," kata Azie.

Kepergian Syamil benar-benar mengejutkan.
Banyak iktibar yang harus kita ambil.
Jangan ingat masa muda kita hanya semata zaman gembira.
Jangan terlalu yakin kita akan hidup untuk tempoh yang lama.
Hargai selagi mana kamu memiliki.

Al Fatihah buat Allahyarham Ahmad Syamil Basri.
Al Fatihah untuk kita semua.
Satu hari kita akan turut bersama Syamil di sana.
Cuma bila, di mana dan bagaimana pengakhiran kita,
itu RAHSIA Allah.
Yang penting, harus persiap bekalan untuk dibawa ke sana.
Harus menjadi HAMBA yang terbaik!

Ingat mati.

Tribute to Allahyarham Ahmad Syamil Basri










Sunday, October 10, 2010

Ketakutan Sebenar


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Bermula semalam kembali mengulit Telaga Budi kesayangan. Sungguh-sungguh sayang buku hikmat itu.
Magika dalam desah kata TG Nik Aziz dikompilasikan menjadi sebuah buku terbaik.
Bagi saya biarpun cuma.
Lama  benar tak mengulit bersama buku, serasa janggal. Tapi nikmat. Itu sepastinya. :)

Baik.
Saya begini susah untuk berasa takut.
Pernah ke genting (dahulu), cuba semua permainan.
Space Shot dicuba beberapa kali. 
Tak terasa puas, kerana bukan ketinggian yang ditakutkan.
Roller coaster dicuba juga.
Sekali lagi bukan kelajuan yang saya takutkan. 
Itu ini habis dicuba. Dan bukan semua itu menjadi ketakutan.
Cuma mencebik bila perempuan melolong tak ketahuan.
Ah. Lelaki pun sama.
Manusia memang gila begitu. 

Bermula itu dilancarkan misi mencari ketakutan diri.
Dicuba memanjat gunung tinggi terus dilihat ke bawah gaung.
Masih tidak terkesan. 
Dicuba meletakkan pacat di kaki. 
Ouh cuma geli-geli biasa. Lagi-lagi bila sang pacat jadi gemuk, berjalan longlai.
Kelakar. Cuba mencari mana mata mana kaki sang pacat. Juling-juling mata jadinya.
Cuba pula naik Pinzgauer.
Sakit kepala. Hentak sana sini. Aduh.
Tapi masih. Bukan itu ketakutan. Tak terkesan.

Apa yang aku takutkan sebenarnya?
Haih.

Semalam. Sedang tekun mengetik tetikus di sisi, telinga terasa mahu disapa Izzatul Islam.
Terus membuka laci. External hard disk bersarung merah diambil. 
Sambung USB seperti biasa. Ah, susah pula lekatnya kali ni.
Diusik-usik sedikit.
Pap!

*diam.betul-betul diam.

External hard disk bersarung merah sudah hilang bahagian hadapannya!
USB port berlubang.

*kaget.dup dap bunyi jantung. 

Rasa satu dunia sudah terbalik.
Cuba masukkan semula. 
Arh. Makin hancur.

Duh. Jadi gmana?
Diam sejenak. Fikir.
Esok harus ke Penang. Nasib masih dalam warranty.
Haih.

Oh. Rupanya ini ketakutan saya.
External rosak??
Kaget rasanya. 

Haha.
Ok. Betul-betul tak ada life.
Takut kan external hard disk bersarung merah rosak - ya, sangat takut.
Apa jadi kalau rosak? Boleh mati.
Laptop rosak pun hampir separuh gila. 

Semalam lagi. Kuliah Hadis 40 Penawar Hati ustad.
Rasa macam lama tak dengar kuliah ustad.
Oh memang la. Kan pergi camping.




Ustad kata,
Antara tanda akhir zaman adalah maksiat itu dianggap biasa.
Bila Allah mencabut rasa malu dari dalam diri manusia.
Bila Allah tarik rasa khauf dalam diri manusia.
Lihat wanita pakai baju taraf adik-adik dirasa biasa,
Lihat wanita dan lelaki berpasangan haram itu menjadi normal,
Lihat artis terkinja-kinja dirasa seronok,
Lihat cikgu cari publisti murahan di facebook dengan miming lagu serupa gampang dirasa itu hiburan biasa,
Lihat semua maksiat itu tanpa rasa salah barang sedikit.

Ustad kata lagi,
Tanya diri sendiri, tanya hati, benci atau suka kah kita kepada maksiat?

Kali ini betul-betul kaget.
Bila ustad ulang dan ulang hadis itu.
"Orang soleh juga akan dikenakan azab andai dia tak pernah risau akan masalah umat"

Termenung panjang. Lihat ustad di depan pun sudah nampak jauh.
Luar masih tenang.
Dalam nya namun gelora tak kesudahan.
Ditanya terus-terus dalam hati.
Benci atau suka kah aku kepada maksiat?
Apa aku buat bila nampak maksiat?
Angguk atau geleng kah aku?
Senyum atau menangis kah aku?
Tegur atau sekadar berlalu kah aku?
Istighfar atau hamdalah kah aku?

Ya, ini benar-benar ketakutan yang sebenar.
Saya takut andai Allah cabut rasa khauf itu dari diri.
Saya takut andai Allah tarik rasa malu itu dari jiwa.
Takut. Sungguh.
Bukan ketinggian atau kelajuan menjadi ketakutan sebenar.
tapi DIMURKAI Allah - itu yang sebenarnya perlu ditakuti!

Pulang itu menung lagi.
Ini bukan lagi masa bermain.
Bukan lagi masa bergurau senda. 
Tiba masanya jadi serius.
Serius melaksanakan lafaz ikrar paling agung kita pada Allah.
Lafaz syahadah - itu ikrar teragung.
Sejauh mana nilai itu menjadi realiti?

Sejauh mana saya melaksanakan ikrar saya sebagai hamba?
Tanya diri kita. Malu weh malu.

Jadi seharusnya perlu ada tindakan!
Cakap saja tulis saja tak berguna.
Saya benci maksiat. Saya benci maksiat.
Akan menangkah Islam sekadar berkata begini tapi terus-terus masih jejak pusat karaoke, 
masih terus seronok berbalas komen di facebook terus lupa mahu solat,
masih terus hidup dalam lakonan.

Bangun manusia, bangun!
Dunia ni bukan masih muda.
Kau juga.
Usia kau muda, tapi usia umur kau hanya Tuhan yang tahu.
terus kenapa masih mahu degil?

Kau boleh saja terpekik terlolong naik Space Shot.
Boleh saja kau tergedik menjerit bila pacat naik ke kaki.
Fikir kau itu cukup takut.
Bila Allah murka,
apa kau masih punya masa untuk terpekik terlolong?
Tiada siapa mahu dengar, kawan.

Bila-bila masa kita boleh mati.
Jangan seronok sangat.
Bukan itu tujuan hidup kita.


TIBA MASA KITA SERIUS MENJADI HAMBA!










Thursday, September 30, 2010

Mari gilap permata dalam diri!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Kebiasaannya sebelum menulis di blog ini, saya akan mencatat sesuatu di dalam handphone
Apa saja yang menarik, lintasan hati kadang-kadang. 
Pernah draft sangat penuh. Tandanya mood saya begitu baik untuk berkongsi. 
Pernah juga draft saya kosong. Yang tinggal hanya emel ustaz Taufiq Darussyifa' yang sampai sekarang saya tak emel lagi kepada beliau. 

Semalam saya check balik draft di handphone.
Ada dua. Tolak emel ustaz Taufiq, tinggal satu.
Tarikh draft 18 September.
Tahu bila?
Sehari sebelum pulang ke Penang.
Hari ni dah 30 September.
Tahu bila?
2 minggu sudah di Penang.

Saya suka menulis, saya mahu menulis.
Masa tingkatan 4 saya ada satu buku.
"Burn Book".
Nama diberi sebab terpengaruh dengan cerita Mean Girls.
Ingat tak? Cerita Lindsay Lohan.

Dalam Burn Book (BB) saya tulis setiap perkara tak best yang berlaku pada hari tu.
Mula-mula BB itu adalah buku tulis Kajian Tempatan Widaad. Kau tahu lah buku KT mana yang pernah penuh.
Tapi rasa macam tak cool.
Beli buku kecil. Yang macam buku note kulit keras.
Baru cool.


Tarikh pertama 1 Januari 2006. Bahasa budak baru nak up.
Contoh tulis macam ni,
"Muna in da house! Yeah, nothing's going wrong in the 1st day! huhu. sgt hepi coz rasa independent da msuk hostel. huhu."
Contoh sahaja.
Macam terencat. Kejap kejap huhu, haha, hehe.

Siap dekat cover BB saya tulis SEML.
Maksudnya Speaking English as The Main Language.
Konon-konon macam TESL la.
Bukan apa, lebih seronok meluahkan kemarahan dalam Bahasa Inggeris.
Kalau mencarut pun tak la rasa dosa sangat.

Saya pernah cerita tak zaman sekolah menengah saya  suram?
Agak la.
Dulu saya salahkan sekolah. Sekarang dah sedar. Salah sendiri.
Jadi bila suram, BB jadi sangat penuh.
Paling banyak tentang study.
Sebab saya tak ada semangat langsung nak belajar untuk SPM.
Lepas kena chicken pox masa trial.

*diam.salah saya sebenarnya bukan salah ayam pox tu.

Kedua terbanyak tentang asrama.
Dorm saya (H15) sangat seronok.
Tapi tipu kalau tak ada yang tak seronok.
Tak mahu cerita lah sini.
Memalukan diri sendiri.

Ketiga terbanyak tentang kawan.
Ok. Noktah.

Sekarang tahun 2010.
BB masih bersama saya.
Bezanya dahulu tempatnya di dalam beg. Ke mana-mana beg itu pergi.
Tapi sekarang tempatnya di dalam loker.
Kulitnya yang warna oren tu pun macam dah nak luntur.
Sticker kartun comel Supia bagi masa dapat dalam kertas kajang yang ada gambar kartun comel kat depan dengan mata besar tu. Tahu tak? Kat belakang dia ada bagi sticker comel. Supia bagi dua kat saya.
Sekarang nampak dah buruk.

Semalam baca semula BB.
Gelak sendiri. Sensitif juga rupanya.
Kawan perli tudung prep pendek pun tulis. Terasa betul.
Sambil baca, saya cari sesuatu.
Cari lagi. Sampai ke muka terakhir. Tak ketemu.

*menung. panjang. tarik nafas dalam.

Saya dahulu banyak marah. Marah saya muka senyum.
Kawan ingat saya tak marah.
Tapi BB jadi bukti. Tak ada langsung kata-kata hikmah atau kata-kata pujangga.

*pujangga?

Yang ada cuma saya yang marah-marah,
saya yang kecewa,
saya yang sensitif,
saya yang memberontak,
saya yang rasa tertindas,
saya yang benci semuanya,
saya yang tertekan,
saya yang menyedihkan,
saya yang kehilangan,
saya yang tak tenang,
saya yang sakit.
Jiwa dan iman saya sakit.

Entah kenapa saya selalu rasa ditindas. Dahulu.
Jiwa yang tak pernah tenang. Serabut semedang.
Rasa memberontak. Marah. Marahkan kan apa tak ketahuan punca.
Ironinya hanya sewaktu Tingkatan 4 dan 5. Di sekolah perempuan itu.

Tingkatan 2 dan 3 sekolah seperti syurga.
Pergi kantin makan makanan cikgu.
Pergi koop ambil buku tak pernah bayar.
Masuk bilik tayang petang-petang tengok Rosalinda.
Dalam kelas asyik jadi contoh.
Sebab mak abah sekolah situ.

Tingkatan 4. Syurga mula bertukar rupa.
Tapi tidak secara total.
Sebab tak duduk hostel.
Kawan - TIADA.
Ada mungkin. Hanya di kelas.
Di hati? TIADA.

Tingkatan 5. Tiada syurga. Hanya dunia yang kosong.
Akui, jiwa saya kosong. Yang hanya penuh dengan muzik dan lagu.
Dalam darah ada muzik yang mengalir.
Fikirnya, itu satu cara tenang diri.
Cara lari dari dunia.

Surau? Solat jemaah? Quran? Mathurat? Tahajud?

*keluh.

Semuanya jauh. Yang wajib-wajib sahaja.
Rasa terlalu muda untuk semua itu.

Yang saya cari dalam BB semasa baca semalam.
Yang saya hilang selama beberapa lama.
Yang saya mahu sebenarnya dalam hidup.
Tapi saya tak tahu.Tak sedar.
Adalah hidup sebagai hamba.

Saya selalu lupa saya adalah hamba.
Selalu lupa ada DIA yang cipta saya.
Bila lupa, maka lahir BB, contengan kata diri yang kecewa.
Aura negatif tak lekang dari fikir.
Rasa kehambaan yang tiada.
Dunia serasa kosong.

Harusnya jiwa kosong itu diisi.
Isi biar penuh, biar padat.
Tapi jangan disalah isi.
Isi dan rasai.
Resepi menjadi hamba terbaik.

Usah angkuh mendabik dada.
Serasa bagus macam tiada Pencipta.
Sedang diri begitu hina.
Malu mahu mengaku hamba DIA.
Jauh dari layak.

Manusia bukan malaikat.
Yang imannya punya naik punya turun.
Jangan pula seronok buat alasan.
Mentang-mentang kau manusia,
bukan malaikat,
jadi tak mengapa untuk buat dosa?

Bersyukur kita lahir dengan fitrah Islam.
Islam cukup indah. Tak perlu isi dunia andai tahu betapa indah Islam.
Dan setiap yang punya fitrah Islam adalah permata.
Tak mengapa andai pernah tercalit lumpur,
atau tak berkilat bercahaya,
kerana semua permata itu punya harga.
Harga sebagai hamba.
Perlu sentiasa digilap terus.
Jangan pernah berhenti.
Hamba terbaik bukan perlu terbaik di mata manusia.
Tapi pada DIA.
Mahu syurga? Mahu bidadari syurga?
Semua janji DIA andai jadi hamba terbaik.

Biar pernah tercalit lumpur,
tersalut najis,
terbuang gadai,
asal masih punya rasa,
rasa sebagai hamba.
Gilap permata dalam diri, mari menuju syurga Allah.




" The Burn Book"

 



Saturday, September 25, 2010

Food Soul ertinya MAKANAN JIWA


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Sebelum pulang ke Penang, pergi Perodua dekat Melaka Mana entah nama tempat. Jalan nak ke MP tu.
Buat servis kali pertama. Siap rasa berdebar lagi. Agak-agak viva tu berdebar juga tak? 

Pergi dengan Along. Mahu terus pulang ke Tg Malim, katanya. Apa-apa lah.
Awal tahu kami sampai? Dapat juga turn sebab office separuh hari saja itu hari.
Jadi, kena tunggu. Tunggu? Bagus. Nasib ada Zune dan Sudoku.

Apa itu orang bilang, penantian itu satu penyeksaan?
Macam tomok saja lelehnya. Maksud saya Tomok kecil-kecil dahulu.














Kan dah bilang. Jijik.

Ok. Abaikan. Maafkan saya, Tomok dan kawan-kawan.

Jadi, terus tunggu. Ramai juga orang. 
Ada kakak. Cantik. Muka kosmetik. Eh meremang pula bulu roma tiba-tiba.
Ada pakcik. Raut wajah seakan Jawa. Handphone berbunyi. Lagu apa tahu? Baby baby ooh. Justin Bieber. Mantap pakcik.
Ada amoi. Tak dapat tengok wajah. Dari awal tidur dengan istiqamah.
Ada makcik. 129 kali telefon berbunyi. 129 cerita. 
Ada Mamat. Ya, M di awal huruf besar kerana memang nama sebenar. Mohamad di tag nama di baju. Guru pelatih barangkali, baju semalam lupa cabut tag nama. 
Ada ustad. Pakai kopiah putih, baju loose, seluar slack. Senyum pada semua yang masuk. Ustad la kan?
Ada budak perempuan. Duduk sorang-sorang. Muka cuak sebab semua orang tua, sembang telefon pun pasal saham dan PERKASA. Pekak. Sebab dengar Zune sambil buat Sudoku. Eh. Macam comel saja describe diri sendiri. 

Dah bosan buat sudoku (baca : tension asyik salah), melayan mata menonton Hitz.TV yang ditayangkan di kaca televisyen. 
Wah. Lama tak layan, bisik dalam hati.
Last layan Hitz.TV masa zaman tingkatan 4,5 dulu. Zaman baru nak up, semua lagu dalam Hitz.TV kena tahu dan hafal jadi bila sembang dengan member, nampak paling cool sebab tahu semua lagu. Haih. Kasihan pada diri sendiri dulu-dulu.

Jam : 9.30 pagi
Rancangan : FOODSOUL @ Hitz.TV. (dalam bahasa Melayu maksudnya MAKANAN JIWA). Highlight MAKANAN JIWA, ya.

Video 1 : New Boyz Band. Band Amerika kulit hitam. Bukan band seperti di atas.
Lagu tak dapat dikenal pasti.

Ingat ya, ini adalah rancangan yang bertajuk FOOD SOUL. MAKANAN JIWA.

Sekumpulan gadis berkulit hitam menari ala-ala stripper di hadapan penyanyi lelaki tersebut. Pakaian tak perlu cerita. Bahaya. Aksi stripper semakin lincah. Ok. Berhenti. Nanti saya dapat dosa kalau korang bayangkan.

Sekali lagi, ini adalah rancangan FOOD SOUL. MAKANAN JIWA.

Video 2 : Video band kulit hitam juga.

Penyanyi menyanyi sambil sekelilingnya gadis menari tanpa separuh pakaian. Durasi hampir 5 minit. Aksi yang sama diulang-ulang.

Video 3. Dah sudah. Muka yang tak berapa cerah menjadi merah. Hati jahat menyumpah-nyumpah. Hati baik beristighfar.

Ya, tuan-tuan itulah MAKANAN yang sangat enak untuk JIWA kita. MAKANAN yang sangat berzat ya. JIWA kita memang perlu MAKANAN yang sebegitu. Lagi-lagi di MALAYSIA yang semakin aman ni. Eh, mana ada rancangan tu menggalakkan maksiat. Itu kan MAKANAN JIWA kita? Eish. Cepat betul melatah ye. Yela, takkan rancangan yang tayang video-video dari band Amerika yang tayang tarian lucah itu boleh galakkan maksiat, lepas tu jadi sebab gejala sosial makin teruk? Eh, salah kot.

Makin punah lah jiwa anak bangsa kalau tiap-tiap hari dapat makanan macam ni.

MAKANAN JIWA.

MAKANAN JIWA.

haih.

Jom la viva, kita balik. Tak pasal-pasal dapat dosa free kat sini. 














Monday, September 20, 2010

Mahu yang baik, harus jadi baik dahulu.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Menulis lagi. 
Pedulikan ketagihan ini. Anggap sudah lupa yang kelmarin.

Jarang buka cerita tentang hati. Kan?
Tak kisah lah mahu tahu atau tidak. 
Selalu rasa manusia yang menulis tentang hati dan cinta hati di blog sangat tak cool.
Entah. Meluat mungkin.
Tapi itu blog beliau, bukan? Biarlah.

Nak jadi tak cool kali ini. Kenapa entah serasa satu rasa itu. 
Bukan rasa itu, tapi rasa yang itu. Yang lagi satu.
Ah. Sulit benar bicara tentang hati ya.
Dibicara bimbang disalah erti.
Jadi begini lebih selesa tak faham langsung daripada kau salah erti saya.
Sedih, tahu?

Begini.

*diam.pandang televisyen.kosong

*tarik nafas

Ok. Mula semula.

Begini. 

*henti. 

Baik. Mengalah. Sukar dizahir. 

Pastinya. Detik ini, hati saya tutup.
Rapat. Amat. Mungkin.
Tak terasa mahu dibuka. Bukan sekarang.
Bukan itu tujuan saya hidup.

Hati tutup itu saya biar. Biar maksud bukan bengkalai. 
Biar tidak terisi dengan isi dunia. Bimbang tumpah. Maklum saja muslihat dunia.

*keluh

"Salam. kenapa awak ni sombong sangat?"

Serius. Macam gampang
Tak suka la marah-marah begini.
Tapi sukarkah faham? Sekali tidak makna sampai mati tidak.
Ya, itu saya. Bukan si Letchumi yang bicara Tamil.
Bukan si Ah Lin yang tutur Kantonis.
Saya si Muna yang bicara Bahasa Malaysia.
Berhenti jadi gampang. Annoying dan membosankan.

Hati tutup hanya untuk dia. Dia selain Allah dan Rasul.
Dia. Harap bukan awak si gampang. Kacau hidup saya.
Saman nanti. Padan muka.

Saya jaga. Saya simpan. Harapnya lah sampai saya jumpa Dia.
Tak perlu tanya siapa. Tidak punya jawapan untuk itu.
Saya tak mahu dia jadi imam saya. Saya tak mahu dia jadi pengkritik saya.
Saya tak mahu dia jadi separuh saya.
SEBAB.
Saya perlu dia jadi imam saya. Saya perlu dia jadi pengkritik saya.
Saya perlu dia jadi separuh saya.

Sudah bilang, jangan ditanya siapa dia.
Tiada idea.
Tidak perlu tahu.
Mahu bising kenapa?
Itu kerja Allah. Biar saja DIA lakukan.
Sibuk saja. Buat kerja kau la. 

Kerja kau la. Yang itu.
Mahu dia yang soleh, harus jadi solehah dulu.
Mahu dia yang baik, harusnya jadi baik dahulu.
Mudah, bukan?
Lagi mahu merungut.

*henti. tenung semut di meja. comel.

Begini rupanya bahasa hati. Meluah menjadi tak meluah menjadi juga.
Haha.
Harap kalian tak rasa nak mengerti.
Membosankan cerita tentang hati. 
Cmon, man! Get a life.

Oh. Bukan ini tujuan saya hidup.


Kenapa entah lebih selesa berbahasa begini.
Ingat yang dahulu. Dahulu lagi.
Tulis. Sendiri tak faham.
Bukan lagi bahasa merintih. Cukup rintih di hati.
Sakit pun biar habis di hati.

Oh. Ingat sifir ini.
Mahu yang baik, harus jadi baik dahulu.
Mahu lah!
Mari. 

18 September 2010.
5 minit lagi Subuh.

 


Saturday, September 18, 2010

"Live Life To The Fullest"


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Malam gelap. Seperti selalunya. Indah juga. Seperti selalu. Bila saya kata indah maknanya tiada lara berduka hari ini. Sekejap. Lara juga sebenarnya. Bangun pagi terus capai telefon rumah mendail nombor di resit, oh si jejaka kacak di kaunter tempoh hari mungkin yang menjawab.

"ACER Melaka."
"Ya. Helo. Nak tanya pasal laptop saya?"
"Read the case number, miss."
"blablabla"
*bisu
"Err. Miss, your laptop is now at KL. You will only get it by next week."
"Pardon? Next week?"
"Yes."
"Snap."
"Sorry for any inconvenience,miss"
"But i've to go back to Penang this Sunday. Any possibility to get it ASAP?"
"I'm afraid no, miss. Sorry again"
"Yah.Great.Thanks"
*hang up.

Termenung. Tiada carutan. Terlalu pagi untuk merosakkan otak. Hanya menung kosong menunggu keajaiban. Jejaka kacak telefon semula dan berkata, "Surprise! Tadi saja prank." Celaka. Tak kelakar. Lupakan keajaiban. Ini dunia realiti.

Assignment. Tiap hari pun azam sama. Harus buat assignment. Harus buat assignment. Akhirnya jejak hanya di kerusi termenung melihat soalan. Susah kot. Teori pengajaran? Sejarah PJ? Tak mengapa. Esok cari jawapan. Ya, saya Melayu yang percaya kalau makan kemudian berbual sehingga jari jemari kering padahnya mak mertua akan benci. Itu Melayu.    

Gila. Kalau begini setiap hari, memang sampai mati jadi Melayu. Maksud saya, meLAYU. Hari ni malas buat, esok masih ada. Esok masih ada. Esok masih ada. Esok masih ada. Fikir begini sampai esoknya kiamat. Sempat tak bertaubat?

Tiba masanya kita berfikir tentang akhirat. 20 tahun kau hidup berjimba. Terfikir tidak hari esok? Esok maksudnya hari selepas hari ini. Ya, hari ini. Hari yang kau kata tak mengapa, esok masih ada. Hari yang kau fikir hari seronok, esok taubat la. Hari yang kau fikir ini saja hari untuk enjoy, esok tak sempat. Bangang lah fikiran kita. Maaf, aku memang lepas cakap. Silap. Cakap lepas. Silap lagi. Tulis lepas.

Dulu saya fikir macam itu juga. Gila tak remaja la hidup tak seronok. Bodoh juga saya. Akui.

Bodoh sebab seronok itu bukan hanya kegembiraan bersama teman.
Bodoh sebab seronok itu bukan sekadar gelak tawa manja berpeleseran.
Bodoh sebab seronok itu bukan lepak jamming gig konsert head banging semata.
Bodoh sebab seronok itu bukan gosip kecoh minah wayang pejadahnye lagi sekadar.
Bodoh sebab seronok itu bukan bila jauh dari Tuhan!

*diam.

Terasa bodoh itu bagus. Jangan tiada langsung.

*keluh.paling berat.

Hidup seronok bila kau hayati betul.

"Live life to the fullest"

Second that. Tidak perlu enjoy berhibur semata untuk rasa seronok.

To the fullest.

To the fullest.

Rasa bertuhan. Itu part To The Fullest.

Bila kau rasa bertuhan, kau akan rasa seronok. Tak perlu pergi gig untuk lepas tension. Kau ada Tuhan. DIA cipta kau. DIA kata, kena ikut. Sombong bapak kalau tak nak ikut. Hebat sangat ke?

Seronok bila rasa bertuhan. Kau rasa DIA ada. Kau rasa DIA dekat. Kau rasa DIA nampak kau. Kau rasa nak dengan DIA. Bagi sebab kenapa tidak seronok? 1 cukup.

*bisu.hati senyum.

Cakap banyak tak guna. Feel dulu. Baru rasa kick tak kick.

Oh ya. Saya bukan budak alim. Saya bukan budak agama-agama. Saya hanya budak picisan berbangsa Melayu berdarah campuran Siam, mamak dan Bugis. Tapi yang penting saya ISLAM.

********


Santapan rohani.


note : Ini bukan acara mendulang bijih timah. Ini acara mendulang abu mayat.
Malaysia menyeramkan. Perlu segera ubah kerajaan.


 




Tuesday, September 14, 2010

Petua : Kalau terasa nak makan apa-apa, jangan lengah. Terus cari.


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan

Saya selalu klik new post yang dekat dashboard tu lepas tu saya tak tahu nak taip apa lepas tu saya biarkan lama-lama sambil baca apa-apa lepas tu saya terus lupa nak menulis. Selalu macam tu. Sekarang pun sama. 

Saya menulis sebab saya nak kongsi. Tak pun macam mengumpat isteri PM sorang-sorang lepas publish korang baca lepas tu komen jadi la satu perbualan di situ. Kira berkongsi juga la kan walaupun bukan secara langsung. Atau nama hebat sikit perkongsian maya. Wah. Memang nampak intelek.

Hari ni tak nak la mengumpat isteri PM. Dekat facebook pun asyik buat usrah pasal awang adek beradek. Cukup la sampai di situ kot. Esok kita sambung lain.

Tadi saya hantar adik saya pulang semula ke asrama. Awal-awal mak dah pesan jangan bawak cik bibah hitam sebab naik bukit nanti failed. Macam tercabar tapi sebab mak yang cakap, takut juga. Ye la kan, selalu kalau mak cakap, kau jangan main mercun, nanti hancur dua jari tangan kiri kau. Tuhan selalu makbulkan doa ibu tanpa perlu Touch and Go. Takut punya pasal, saya ambil kunci Myvi dan pandu secara berhemah.

Lepas hantar adik, saya terasa nak makan kek. Saya memandu terus ke Jusco. Banyak betul kereta di jalan. Menyampah sebab asyik kena tekan brek. Sampai di Jusco saya terus cari kedai kek. Lupa pula saya baru sekali masuk Jusco baru ni jadi saya tak tahu nak menuju arah mana. 

Saya pun memulakan perjalanan yang tanpa arah itu mengikut kaki yang nak berjalan. Nasib baik dompet juga berduit. Tak lah benci sangat dengan diri sendiri bila berkenan satu barang lepas tu dah nak beli bila tengok beg duit kosong terpaksa buat-buat tak berkenan. Fuh.

Ramai orang. Mungkin semua orang juga baru hantar anak balik asrama kemudian terasa nak makan kek. Kaki saya akhirnya terhenti di hadapan satu kedai. Hati saya mula memaki diri sendiri sambil mulut beristighfar panjang. Saya yakin kalau saya masuk tempat berhantu ni saya akan lupa untuk ke tandas. Macam mana ni, detik hati saya.

Dengan lafaz bismillah saya melangkah masuk ke kedai itu. Arh. Waktu ni dah kurang mencarut sebab ada orang kata saya annoying bila bercakap kasar atau mencarut. Saya terus beristighfar panjang. Tuhan, ampunkan dosa-dosa saya!

Dua jam di kedai itu. Hati saya berdebar-debar. Mampus aku mampus, kata hati jahat. Hati baik hanya beristighfar panjang. Cepat-cepat saya ke kaunter. Tangan saya menggigil sewaktu mengeluarkan dua keping not 50 dari beg duit. Hati jahat kata celaka. Hati baik masih beristighfar. Sesekali bertahmid, ini mungkin ujian Allah.

Saya melangkah dari kedai berhantu sambil menjinjing beg plastik penuh dengan buku. Kali ni dua-dua hati menyumpah manusia bijak yang menyusun kedai-kedai di Jusco seluruh Malaysia. Kenapa mesti letak Popular sebelah eskalator? Arh. Tengok. Saya tak dapat makan kek. Kalau saya mati kempunan boleh cari Pengurus Jusco kemudian jerkah ramai-ramai "hantu muna akan merayau di jusco setiap hari selasa untuk mencari kek!" sambil buat bunyi seram. Biar dia takut. Minta-minta dia Melayu, mudah sikit kena tipu dengan hantu.

Saya memandu pulang dengan rasa lapar sambil beristighfar panjang.

#####

Santapan rohani.


Kau junjung keris tinggi-tinggi. Orang Melayu sekarang tak reti main keris dah. Bayangkan dalam CS atau Mafia Wars pakai keris. Tak cool la kau. 


 



Sunday, September 12, 2010

Saya alah dengan perempuan.


بسم الله الرحمن الرحيم

Saya alah dengan perempuan. Maksud saya, perempuan.

Saya masih boleh memasak. Walaupun semata air. Tapi saya tak boleh dengan perempuan.
Dulu sekolah saya semua perempuan. Saya jadi alergik. Alergik la macam kau tak boleh makan sambal belacan tapi kau makan lepas tu hidung kau kembang-kembang. Kau marah sambal belacan sambil kata "sialan, aku alergik dengan belacan rupanya" walaupun sebenarnya hidung kau dah memang kembang.

Macam itu lah.

Mata saya jadi gatal-gatal mulut saya jadi herot-herot kalau saya nampak perempuan dengan perempuan mesra lain macam. Kau tahu lain macam macam mana? Harap korang tahu tanpa perlu saya buat perumpamaan. Letih tahu nak fikir.

Kenapa entah saya cakap tentang hal ini? Oh sebab saya terjumpa facebook perempuan. Saya tak tahu. Mungkin saya yang tak normal.

Perempuan ada satu kepelikan. Banyak sebenarnya. Tapi biarlah kita cerita satu saja dulu.

Perempuan suka fikir. Bunyi bagus, bukan? Lihat seperti saya sekarang. Masih berfikir kenapa baju Najib dan Rosmah tak sepadan pada hari raya pertama. Berselisih faham, mungkin.

Ya. Perempuan suka berfikir sesuatu dengan begitu mendalam sehingga kadang kala merosakkan minda. Misalnya, kamu terjumpa di Facebook, seorang kenalan kamu menaip di status, "I'm sick. Lemme outta here". Wah kenapa contoh yang berbahasa Inggeris. Ok. Abaikan. Kalau kau perempuan, pasti akan terus terbayang di minda kau, si polan ni mesti bergaduh dengan bf dia dan sekarang mesti nak bunuh diri. Atau pun, si polan mesti tak dapat duit raya dari ayah, lepas tu bergaduh dengan adik sebab adik dapat banyak duit raya. Atau pun, si polan bergaduh dengan adik saudara sebab dia nak tengok KL Drift tapi adik dia nak tengok Geng Bas Sekolah Raya. Kalau anda perempuan. Eh kenapa bila taip KL Drift saya terbayang katak. Ok. Mungkin sebab kedua-duanya ada persamaan dari segi kegampangan.Abaikan.

Berbalik kepada topik. Kalau kamu perempuan, kamu pasti akan berfikir sebegitu. Fikir sentiasa. Padahal mungkin si polan itu sememangnya sakit, dan dia mahu keluar dari tempat yang dia berada sekarang. Kenapa susah-susah mahu fikir bukan-bukan? Penat tahu fikir macam-macam. Oh. Begitu rupanya perempuan. Sebab itu nama dia perempuan.

Saya masih alah dengan perempuan. Walaupun saya perempuan. Alah saya menjadi-jadi sekarang lagi-lagi dengan yang pakai kosmetik. Al Fatihah untuk jutawan kosmetik. Makcik-makcik yang beli kosmetik beliau dan masih tak bayar baik lakukan dengan segera. Try la kawtim-kawtim dengan bisnes partner dia.

Gila arr saya ingat dalam drama melayu saja ada bunuh-bunuh. Eh. Naifnya saya. Oh. Lupa. Saya kan perempuan. 



 



Saturday, September 11, 2010

Versi Raya


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan


Fuh. Memang kenyang. Balang kacang ditutup rapat. Bimbang lemau. 
Dia mengerling jam di tangan. Pukul 2 dah, getus hatinya.
Mulutnya masih mengunyah sisa-sisa kacang di mulut.
Dia mengerling lagi jam di tangan. 2.05.
Dia bingkas bangun. Terus ke tandas. 

Dia berkumur. Niat ambil wudhu'.
Tangannya mencapai berus gigi dan ubat gigi yang terletak di atas sink.

"Eh. Makruh gosok gigi siang-siang"

Dia meletakkan semula berus gigi dan ubat gigi di tempat asal.
Dia membasuh muka.Membasuh tangan sehingga ke siku. Membasahkan rambut.

Sebentar kemudian...

Ape jadah yang sedang berlaku??
Dah habis puasa, mangkuk. Dah 1 syawal dah.

Dia menepuk dahi.

Betul-betul mangkuk. 


....

nenek aku kata jangan makan kfc ngan mcd banyak2. nanti otak benak.

contoh mcm abang aku.


kah kah kah

.....

najib pakai baju hijau. rosmah pakai ungu. kenapa tak matching?
tak payah tanya.
bodoh macam Terry Jones

......

entah apa faedah entry kali ni pon aku tak tahu.


 

Monday, September 06, 2010

Beza sakit di rumah dan hostel.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Dua hari lepas, saya sakit. LAGI. Kalau teman sebilik tahu mesti dia gelak sambil hatinya berkata "budak penyakit.heh." Nasib baik kali ni saya sakit di rumah. 

Bezanya bila saya sakit di rumah ni,

tak ada teman sebilik yang nak belikan makanan dan 100 plus, tak ada attiq yang nak picit kepala sambil baca ruqyah, tak ada azie yang pura-pura ambik berat, tak ada kak faiz yang nak letak towel basah kat kepala, tak ada ratna yang nak letakkan panadol dgn air kosong di sebelah katil bila dia singgah di bilik, tak ada kak anis  yang nak masakkan bubur kalau saya nak, tak ada kak yus yang akan buatkan kerja saya, tak ada elee yang caring gila, tak ada ekinn, mek n ween yang selalu tak tau saya sakit, tak ada syam atau afif yang nak belikan air kelapa untuk saya, tak ada cik hana untuk bagi kata-kata semangat kat saya, tak ada bib untuk bagi chocolate chip favorite sy, tak ada wan untuk kacau tidur saya, dan tak ada padil atau khai untuk hantar saya pergi klinik tengah-tengah malam. Chibi tak sempat bersama saya yang sakit kan?

Mereka semua tak ada.

Yang saya ada cuma,

mak yang 24 jam menjenguk saya di bilik, abah yang kejap-kejap letak tangan di leher, along yang masak bubur jadi nasi, widaad yang buat air asam tapi manis, mus'ab yang teman saya makan walaupun tak lalu makan lepas tengok muka beliau, 'auni yang setia membantu dan angah yang... entah..apa angah buat ek? dan supian yang setia senyap di tepi saya, menolak handphone jatuh dari katil bila berbunyi. Terima kasih supian.  

Jadi, saya tak ada sebab untuk tidak menyayangi mereka semua. Dan juga korang yang doakan saya, marah saya sebab tak bagi tau, membebel kat saya. Terima kasih. Saya sayang korang sampai kiamat :)

Kenapa kita kena suka bila kita sakit? 



Btw, selamat meneruskan saki baki ramadhan yang tinggal. Terbaca status chip, berdarah-darah hidung

"Hanya yang berjaya mengisi Ramadhan dengan amal ibadah layak meraikan Aidil Fitri.. Adakah Anda layak?


notakaki : semua orang ada facebook nampaknya. perlukah buatkan supian satu?


 


 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting